Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🧟‍♂️satu🧟‍♀️

Ta-da! Terimalah chapter tak seberapa ni 🤭

🍉🍉🍉🍉🍉

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 01


"Halah halah, waktu ni jugak kau nak buat hal." keringat-keringat halus mula muncul atas dahi San setelah bertungkus lumus menghidupkan moto ditunggangnya.

"Oit, dah tau tak larat, guna starterlah. Kau start guna kaki sampai ke subuh pun moto ni tak hidup!" jerkah Agust D akibat lenguh memaut tubuh ayah San yang pucat lesi.

Terlupa pula keberadaan butang pemula (starter) yang betul-betul berada pada ibu jarinya.

"Nyanyok dengan San berpisah tiada." cemuh Taehyung yang termengah-mengah memapah ayah saudara San.

Setelah enjin motosikal dipanaskan, tubuh kedua-dua lelaki berusia itu diletakkan perlahan-lahan dalam pelantar kosong itu.

"Kau orang jangan balik lagi, escort aku dari belakang." arahan San diterima anggukan paksa daripada Agust D dan Taehyung.


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"SAN! Kenapa abah dengan pak long kena papah ni?" habis cuak K-onn dan Wooyoung seusai menatap kedua-dua mereka yang dipapah masuk ke dalam rumah.

"Dia orang tadi pengsan dekat warung Pak Dollah tadi, tu aku cepat-cepat bawak balik ni."

"APA?" hampir rebah K-onn ke lantai tatkala menerima perkhabaran yang pastinya tidak menyedapkan hati itu. Mujur Wooyoung sempat menyambut dari belakang.

"Erm Wooyoung, pergi telefon M.A (medical assistant) klinik, cepat! Tak payah risaukan aku."

Dengan kalut, Wooyoung mendail nombor klinik melalui telefon rumah.


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

Dengan teliti, pembantu kesihatan itu memicit pergelangan kedua-dua lelaki berusia itu bagi mendapatkan denyutan nadi.

Setelah diperiksa keadaan mereka, dia beredar keluar dari bilik ke ruang tamu, mahu maklumankan sesuatu.

"Encik-encik sekalian, cik. Setelah saya jalani pemeriksaan ke atas mereka berdua, saya nak khabarkan kondisi ayah-ayah encik, yang mereka ni..." terhenti pembantu kesihatan itu daripada menyambung ayatnya.

"Apa dia, Yeosang? Cakap teruslah." desak San yang kedengaran tidak sabar ketahuinya.

"Maaf ya, nyawa mereka berdua tidak dapat diselamatkan." berat sungguh hati Yeosang, selaku pembantu kesihatan mengkhabarkan perihal ini.

"ABAH!" K-onn yang sudahpun jatuh terduduk mula meraung kesedihan, tidak dapat menahan sebak di dada.

"Sabar dik." sedaya upaya Wooyoung memujuk adiknya agar tidak berkelakuan sebegini di hadapan yang lain.

San yang kekal berdiri turut menimpa nasib yang sama, seperti sepupu-sepupunya.

"Kalau tak ada apa-apa, saya nak panggilkan orang masjid untuk uruskan kedua-dua jenazah." pamit Yeosang sebelum berlalu pergi ke rumah San.

Sambil-sambil melihat kelibat Yeosang mulai lenyap dari pandangan, San mengambil tempat

"Salam takziah. Harap kau banyakkan bersabar ya. Redhakanlah pemergian dia orang." sayu Agust D menitipkan pesanan buat San.

Taehyung tidak mampu membalas apa-apa, jadi dia mengangguk saja akan kata-kata rakannya.

"San, kau nak aku maklumkan hal ni dekat mak kau dengan mak aku tak?" riak kebimbangan terpancar pada wajah lesu San tatkala menoleh ke arah Wooyoung yang sudahpun menggengam telefon pintar.

"Tak payah lah, kursus bussiness kerepek pisang dia orang tak habis lagi. Nanti bertambah risau kalau dia orang dapat tahu." terus terbatalnya niat Wooyoung untuk memulakan panggilan.

Ada betul juga apa yang San perkatakan, keadaan bakal menjadi rumit jikalau diberitahu ketika ini. Mesti mereka tidak senang duduk di sana, jadi lebih mereka rahsiakan buat sementara waktu.

"ARGHHH!"

Mahu saja dia menyelesakan diri atas sofa, tiba-tiba mereka berempat terdengar jeritan nyaring. Dengan segera, mereka meninggalkan ruang tamu lalu beralih ke bilik yang menempatkan jenazah ayah San dan ayah kepada sepupu-sepupunya.

Masuk saja ke dalam bilik, terlihatnya K-onn yang terduduk sambil menggigil ketakutan.

"Ayah dengan pakcik Choi hilang." K-onn lantas menjawab tanpa menunggu soalan daripada mereka.

Terbungkam mereka berempat tatkala tingkap yang tertutup rapat tadi tiba-tiba terbuka luas. Masing-masing mula membuat andaian sendiri. Jangan kata yang ayah San dan ayah saudaranya itu....


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🍉🍉🍉🍉🍉

Jeng jeng jeng! Hehe, payah jugak genre horror ni muehehehe. Menyesal pulak buat 😣 Nak Wauthormelon teruskan ke? 😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro