🧟♀️lapan🧟♂️
Makin hambar hiks 😓
🧟♀️🧟♂️🧟♀️🧟♂️🧟♀️
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 08
"Eh, kau saja? Mana K-onn?"
Berat hati Taehyung ingin mengkhabarkan tentang K-onn buat masa sekarang. Tetapi jikalau tak diberitahu, sudah tentu San si sepupu mengamuk teruk.
"Erm, yang sebenarnya K-onn..." Taehyung bermatian kata-kata sejurus dia terdengar ngauman enjin motosikal berkuasa tinggi yang menjengah deria pendengaran.
Laju kepala mereka berdua berpaling ke belakang semata-mata mahu ketahui punca bunyi enjin itu kedengaran.
"Eh, K-onn? Kawasaki siapa kau rembat tu?"
Pertanyaan San dijawab sepi oleh gadis itu, yang cuba menuruni dari tunggangan motosikal berkuasa tinggi itu.
Masing-masing cuak akan gelagat aneh K-onn yang menderap langkah ke arah mereka berdua sambil berdengus kasar.
"Whoa, whoa K-onn. Chilllah, takkan aku tanya sikit kau nak mengamuk kot?" gusar sekali San setelah terdengar K-onn menggeram, seperti bersedia mahu membahamnya.
"La-ri San!" tergagap-gagap Taehyung menyuruh San untuk melarikan diri daripada K-onn.
Tetapi sebaliknya terjadi. Tubuh sasa San terkaku, seperti sengaja menantikan kedatangan K-onn menghampirinya.
Dengan membiarkan tauke kilang santan, Taehyung sudahpun menyembunyikan diri di balik tiang seri balai raya.
"Cis, sama degil macam K-onn, memang patut pun jadi sepupu sepapat." kutuknya yang setia mengintai dari situ.
Bulu halus pada tengkuk Taehyung makin berceracak naik akibat gerun akan perbuatan K-onn yang tiba-tiba ketawa penuh menghilai. Paling tidak dipercayainya, San pun turut menyambung hilaian gadis itu.
"Takkanlah penyakit zombi yang tersebar melalui udara? Bukan dari gigitan ke?" sempat pemuda bersenyuman petak itu memikirkan penyakit itu disebarkan.
Namun segala yang menerawang dalam benak fikiran tiba-tiba lenyap lantaran San dan K-onn tepat menoleh ke arahnya, berserta raut wajah kebuluran.
"Alamak!" seperti terkantoi kerja mengintainya, laju saja Taehyung menghayunkan langkah, sehingga berada di hadapan pintu balai raya.
"Woi, bukaklah!"
Tombol dipulasnya penuh gelabah. Habis manik-manik peluh merenik atas dahi. Ternyata Taehyung betul-betul ketakutan.
Nyawa jejaka itu hampir meninggalkan jasad setelah mendapati mereka berdua betul-betul berada berhadapan dengannya.
"K-onn, apa kita nak buat dengan Taehyung? Sexy brain ni, jom geget berjemaah!" Taehyung terjerit melolong disaat San membuka luas mulut, bersedia untuk membaham.
Tetapi, K-onn mendahului dengan menyekeh kepala San, menghentikan perbuatan tidak bertamadun sepupunya.
"Ish, mana boleh. Tak sedap makan mentah-mentah. Apa kata kalau kita buat sambal otak Tae, confirm sedap!" usul K-onn yang ralit memikirkan kelazatan otak pandai jejaka itu sebelum sakan ketawa.
"Eh, zombi mana gelak-gelak macam tu." Taehyung mula rasa curiga dengan zombi ditemuinya.
"Memang pun, saja nak kenakan abang Tae muehehehe. Sep sikit San!"
Di saat sepupu sepapat ini berlaga tapak tangan, sempat si Taehyung menyumpah seranah atas perbuatan mereka berdua yang sememangnya menjadi mengenakannya. Ini kalau ditularkan ke Kautiub, pasti dapat banyak tontonan dan malu besar.
━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━
Hampir semua penduduk kampung yang bersesak-sesak dalam balai raya terkedu melihat wajah K-onn dan San yang berlumuran darah.
"Jangan takut orang kampung! Ini cuma sirap." K-onn memberikan penjelasan, mujur semuanya menarik nafas lega.
"Hah, ini makannya!" tidak semena-mena Wooyoung menyekeh kepala adiknya.
K-onn meringis kesakitan, biarpun tidaklah sesakit pun sebenarnya.
"Buat risau orang saja budak ni. Nasiblah tak ada zombi baham kau." tersengih-sengih K-onn lantaran ketahui Wooyoung betul-betul bimbang sewaktu ketiadaannya.
"It's okaylah! Bang Tae yang jagakan K-onn tadi." sejuk hati Taehyung apabila K-onn memetik namanya. Habis lesap kemarahannya mengenai insiden tadi.
"Sudah-sudahlah berdrama Romeo Save Me. Sekarang ni ada sesiapa tahu macam mana nak bendung masalah zombi dekat kampung ni?" masing-masing mendiamkan diri setelah Seokjin lantang bertanya, tidak tahu nak kemukakan apa-apa cadangan.
Tetapi ada satu tangan yang yakinnya mengangkat tinggi ke udara.
"Aku tahu. Jom ikut aku pergi kilang santan San."
"KILANG AKU?"
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
🧟♂️🧟♀️🧟♂️🧟♀️🧟♂️
Mungkin chapter seterusnya merupakan yang terakhir, so nak bubye awal-awal 🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro