- tujuh belas -
Jira's
Aku mendongakkan kepala dan memandang bangunan sekolah Seoul Highschool yang berada di hadapan aku ini.
Sesekali aku cuba untuk menarik nafas dan menghembuskannya perlahan , cuba untuk menenangkan diri aku yang sedang gugup dan nervous sekarang ni.
"Apesal kau tercegat kat sini lagi , hm ?" suara garau seseorang mengejutkan aku dari lamunan aku.
Aku terus menoleh ke tepi dan wajah Yugyeom menghiasi pemandangan aku. Perlahan lahan aku ukirkan senyuman kepadanya.
"Kau tak bagitahu aku pun yang kau join sekali lawatan ni" ujar aku kepadanya.
Dia mengangguk perlahan dan mengalihkan pandangannya. Pandangannya mula ditumpukan pada hadapannya.
"Aku ada bagitahu. Cuma kau je yang malas nak dengar. Sombong sangat !"
Ribut tak , gempa tak , tiba tiba sahaja Yugyeom ketuk kepala aku membuatkan aku mengaduh sakit. Aku jeling dia tajam yang dah ketawa kerana berjaya mengenakan aku.
"Dah jom lah kita masuk"
Lawatan pelajar pertukaran sementara ini hanya tiga orang pelajar je yang terpilih. Iaitu aku , Yugyeom dan Lee Hani.
Sepatutnya kesemua pelajar yang terpilih merupakan pelajar batch aku tapi entah macam mana sesat Hani sorang tu junior boleh join sekali.
Ah lantak. Peduli apa aku. Aku bukannya rapat pun dengan junior. Bahkan dengan classmate aku sendiri aku tak rapat ni kan pulak junior.
Kami bertiga dikehendaki untuk menghadirkan diri ke dewan sekolah ini. Katanya nak buat sesi perkenalan dengan barisan Badan Wakil Pelajar.
Ada tiga kerusi yang disediakan di dewan itu untuk kami bertiga duduk. Aku , Yugyeom dan Hani mula mengambil tempat di ketiga tiga kerusi tersebut.
Di hadapan kami bertiga ada sebuah pentas. Yang aku agak mungkin barisan Badan Wakil Pelajar tu akan berdiri dekat situ dan diorang akan kenalkan diri diorang.
"Anneyonghaseyo semua !" seorang pelajar perempuan muncul di atas pentas itu dan mula menyapa kami semua.
Dia menunduk hormat kepada kami sebelum microphone yang dipegangnya dirapatkan pada mulutnya.
"Nama saya Lia merangkap biro kebudayaan dan keceriaan. Selamat berkenalan dan selamat datang ke Seoul Highschool" dia berikan kami senyuman lebar.
"Aigoo.. aku tak sangka kat sekolah ni ada bidadari hehehehe"
Aku jeling Yugyeom di sebelah. Pehanya aku cubit kuat membuatkan dia menjerit sakit. Pandangan tajam dia berikan kepada aku.
"Gatal tak sudah kau ni"
"Eleh , kau jeles kan sebab aku tak puji kau lawa"
"Diam lah"
Kemudian ahli yang lain pula mula mengenalkan dirinya. Seorang pelajar perempuan mula keluar di pentas itu dan berdiri di sebelah Lia.
"Anneyong semua. Hi nama saya Hwang Yeji. Korang boleh panggil Yeji. Saya biro puteri Seoul Highschool. Selamat datang ke Seoul Highschool"
Kami hanya membalas senyuman dia sahaja. Yugyeom kat sebelah aku ni pulak bukan main dia tepuk tepuk tangan dia kuat kuat.
Eleh , seronok lah tu dapat jumpa budak budak sekolah lain yang lawa. Aku pijak dia karang ha ape tak dapat.
"Diucapkan selamat datang kepada pelajar pelajar Silver Highschool. Saya Kim Seokjin selaku President Badan Wakil Pelajar di Seoul Highschool. Kalau ada apa apa , jumpa je saya okay ?" lelaki berbahu lebar mula menguntumkan senyuman manisnya pada kami semua.
Kami membalas senyumannya dan juga membalas tundukan hormat yang dia baru sahaja berikan kepada kami.
Aku dengar yang harini ada tiga orang je bwp dorang. So maknanya Seokjin ni ahli last lah kan.
Sepatutnya bwp dorang ada ramai lagi tapi yang lain banyak keluar sekolah sertai program kat luar.
Badan Wakil Pelajar ni diibaratkan macam pengawas dekat sekolah tapi diorang ni lagi power ah. Dorang akan handle program sekolah , apa apa cikgu suruh ke apa dorang akan laksanakan.
Dorang ni macam ibaratkan laksanakan tugas cikgu. So apa apa pelajar sekolah ni boleh rujuk BWP ni. Haih , pelik jugak kenapa sekolah aku takde jawatan ni.
Baru sahaja aku ingin meloloskan diri aku di atas kerusi ini , pergerakan aku terhenti tatkala mata aku jatuh pada seorang lelaki dengan gaya selambanya naik ke pentas.
Dengan pakaian sekolahnya yang agak selamba. Baju kemeja sekolah tak dituck in ke dalam seluar dan memakai cermin mata hitam.
Lagak seperti bad boy.
Siapa lagi lelaki itu kalau bukan Park Jimin. Lelaki yang baru sahaja curi hati aku.
"Anneyong ! Park Jimin imnida !" dia tersenyum lebar.
Terkebil kebil aku memandang dia. Seolah olah dia melayan kami macam bukan orang penting.
Dengan gaya bajunya yang sangat berbeza seperti tiga orang ahli BWP yang lain. Yang lain semua kemas , dia sorang je selamba badak pakai baju macam tu.
"Aku bukannya ahli BWP pun tapi sebab aku ni cekap dan bijak orangnya , jadi pengetua suruh aku join. So boleh kan Jimin join program dengan korang , hm ?" dia memandang ke arah aku.
Tatkala mata kami bertembung , dia mula tersenyum nakal. Matanya dikenyitkan gaya nakal ke arah aku membuatkan aku tergamam.
Entah kenapa bibir aku gatal nak senyum bila dia buat macam tu. Aku nak senyum tapi aku tahan je sebab tanak lah dicop gila dengan Yugyeom nanti.
"So... jom kita mulakan lawatan kita ?"
+++
"Kalau ni pulak bangunan blok C. Ni bangunan kelas pelajar pelajar grade 7 dan ada terletaknya makmal biologi dan physics dekat bangunan tu"
Kami mula mengangguk faham mendengar penjelasan daripada Seokjin. Aku hanya memandang sahaja sekeliling sekolah itu diam.
Lawa jugak lah sekolah Jimin ni. Tak sangka pulak yang sekolah diorang ni lagi lawa daripada sekolah aku. Aku patut bagitahu papa suruh dia renovate sekolah ceni.
"Jira"
Aku menolehkan kepala ke arah tepi dan aku sedikit terkejut apabila Jimin berdiri betul betul di sebelah aku.
Aik bukan dia kat depan ke tadi ?
Dia menghentikan langkahnya membuatkan aku juga menghentikan langkah aku. Budak yang lain semua dah jalan ke hadapan meninggalkan kami berdua.
"Kenapa ?" aku menyoalnya dengan kening yang terangkat.
"Kau tak rasa bosan ke ?"
"Ha ?"
"Round round sekolah macam ni ? Bosan tahu tak" dia memasukkan kedua dua belah tangannya ke dalam poket seluar.
Pandangan membosankan dia tayang kepada aku. Kepalanya pula masih setia memandang hadapan. Memandang mereka yang semakin lama semakin meninggalkan kami berdua.
Aku ketawa kecil. "Ni apahal pulak kau ni ? Dengan pakaian macam ni. Nak tunjuk bad boy sangat lah tu ha ?" aku pandang Jimin atas bawah.
Dia tergelak kecil. "Kenapa ? Tak boleh ke ? Aku dengar , perempuan sukakan bad boy"
"Memang pun"
"So kau pun suka bad boy lah ?" dia mengangkat wajahnya dan memandang aku.
"Perempuan mana je yang tak suka bad boy" aku mengorak langkah ke hadapan.
Baru sahaja aku ingin melangkah mara ke hadapan beberapa langkah , tiba tiba sahaja bahu aku ditarik kuat dengan Jimin membuatkan tubuh aku tertarik ke belakang.
Mata aku membulat tatkala dia menolak aku kuat ke dinding. Terkebil kebil aku memandang Jimin yang berada betul betul di hadapan dia.
"Maknanya kau akan sukakan aku lah kan sebab aku bad boy , hm ?"
Aku tergelak kecil. Dah kenapa mamat ni sebenarnya ?
"Tepi lah. Aku tak suka lah nak main main macam ni dengan kau Jimin"
Baru sahaja aku nak tolak tubuh Jimin menjauhi aku , dia pangas menahan pergelangan tangan aku membuatkan aku terkejut memandangnya.
"Nak aku tunjuk tak macam mana rupanya berhadapan dengan bad boy ?" dia tersenyum sinis.
Wait , dia dah kenapa ?
Dia merehatkan sebelah tangannya di dinding di sebelah kepala aku membuatkan aku terkejut memandangnya.
Dia masih dengan senyuman sinisnya. Senyuman yang mampu membuatkan bulu roma aku berdiri tegak ketika dalam situasi seperti ini.
Dia mendekatkan wajahnya dekat dengan wajah aku membuatkan aku terus menahan nafas aku. Tipulah kalau aku cakap aku tak gugup sekarang ni.
Jantung aku berdegup bagai nak gila dah ni !
Aku memejam mata aku rapat di saat wajahnya terlalu dekat dengan wajah aku sehingga aku dapat rasakan hembusan panasnya di wajah aku.
"Kenapa kau selalu takut nak pandang muka aku ha ?" dia tergelak kecil.
"Ji-jimin ak-aku...."
Tiba tiba wajah aku ditarik membuatkan mata aku terus terbuka luas. Jimin memegang kedua dua belah pipi aku dan tersenyum manis.
Senyumannya membuatkan eye-smilenya mula terbentuk. Dia tergelak kecil.
Perlahan lahan kepala aku ditarik dekat dengan dirinya dan dia mula mengucup ubun ubun rambut aku lembut.
Aku tergamam.
A-apa yang dia baru lakukan....
"Nah hadiah untuk kau. Sebagai hadiah welcoming kau ke sekolah aku hehe"
Perlahan lahan aku dongakkan kepala aku ke atas bagi memandang wajah Jimin. Dia masih dengan senyuman eye-smilenya itu.
Senyuman yang mampu buatkan jantung aku rasa nak meletop !
"Ji-jimin..."
Tiba tiba tubuh aku ditarik masuk ke dalam dakapannya membuatkan mata aku sekali lagi membulat kerana terkejut dengan tindakannya.
"Aaahhh hangatnya. Baru semalam kita jumpa tapi aku dah rindukan bau kau , Shin Jira"
Aku menolak tubuhnya perlahan. "Ji-jimin , kau kenapa ?"
Baru sahaja aku nak lepaskan diri aku dari pelukannya , dia lebih kuat mengeratkan lagi pelukan aku dan dia buatkan aku tak dapat lepaskan diri.
"Nak aku jujur sesuatu tak , Shin Jira ?"
Aku dongakkan kepala bagi memandang wajah dia. "Apa dia ?"
"Aku rindukan kau"
Aku terkedu.
Rasa macam waktu ketika ini berhenti buat seketika. Dan hanya ada aku dengan Jimin sahaja di sini. Mata kami saling bertemu buatkan aku semakin gugup.
Dia ketawa.
Pelukan terus dileraikan dan kedua dua belah pipi aku dicubitnya geram. Aku mengaduh sakit apabila dia mencubit pipi aku.
"Eh pendek ni tanak cakap dia rindukan Jimin jugak ke haaaa"
"Sakitlah Jimin !" aku memejam mata rapat.
Dia ketawa. "Pipi gemok dengan Jira berpisah tiada !"
"Yah !" aku jeling dia tajam.
Sekali lagi dia ketawa melihat aku yang sedang marah dengan kata katanya. Oh dia fikir kelakar lah tu tengok aku marah marah dia macam ni ?
"Alololo si kecil Jira ni marah Jimin ke ? Eee tatutnya titewww" sengaja Jimin merendahkan suaranya seperti budak kecil.
"Park Jimin !" baru je aku nak pukul dia , dia dah lari menjauhi aku.
Dia menghentikan langkahnya sekejap dan memusingkan tubuhnya menghadap aku. Aku pandang dia dan tersenyum kecil.
"Jira aku hadiah untuk kau" Jimin mula meraba raba bajunya mencari poket bajunya.
Aku hanya memandangnya dengan sebelah kening terangkat. Melihat sahaja dia yang sedaya upaya untuk mencari hadiah yang dia katakan itu.
"Nah !"
Hampir tergelak aku apabila Jimin mengeluarkan jarinya yang sudah membuat bentuk mini love dengan jarinya itu kepada aku.
"Nah nah nah !" dia mengeluarkan mini love beberapa kali kepada aku.
Aku ketawa melihat Jimin yang berkelakuan seperti itu. Sumpah aku cakap , dia nampak comel sangat sangat.
Aku tak sangka yang aku....
Dapat lihat sisi comel Park Jimin seperti ini.
• to be continued •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro