Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

+ tiga puluh tujuh +

Jimin's

Aku terjaga.

Tepat pada pukul 3 pagi. Entah kenapa mimpi aku tadi ngeri sangat sampai aku terjaga balik daripada tidur. Aku melepaskan keluhan berat.

Tengok sekarang aku dah tak boleh nak tidur balik. Ni semua sebab mimpi aku tadi.

Kau bayangkan jelah , aku mimpi zombie kot tadi. Kalau mimpi hantu lain aku boleh chill lagi. Ni zombie kot. Dah lah laju , muka menakutkan pulak tu.

Dah banyak kali aku cuba pejamkan mata tapi masih tak dapat nak tidur balik.

Penat punya pasal , aku terus bangkit daripada katil dan mengorak langkah keluar daripada bilik tidurku. 

Ruang dapur menjadi destinasi utama aku. Seluruh rumah yang sudah pun gelap gelita tanpa sebarang cahaya ini dipandang aku sekilas.

Aku dah biasa dengan keadaan rumah yang gelap gelita macam ni.

Memandangkan noona jenis yang suka berada di dalam gelap jadi aku diarahkan untuk tidak membuka lampu lagi lagi pada waktu malam.

Lampu kecil yang ada di dapur itu aku buka. Barulah aku nampak sikit ruangan dapur ni dengan adanya bekalan cahaya daripada lampu kecil itu walaupun hanya sedikit.

Tangan aku pantas sahaja mencapai cawan plastik yang disusun rapi itu. Mesin coway aku hampiri dan aku mula menekan butang air sejuk.

Sebaik sahaja air sejuk itu diisi penuh ke dalam cawan plastik aku , aku terus ambil dan teguk rakus. Entah kenapa aku rasa dahaga sangat sekarang ni.

"Kenapa rumah ni senyap semacam je , hm ?" aku bersuara perlahan.

Memang lah sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Dan pada waktu sebegini , semua orang sudah pun lena dibuai mimpi.

Namun keluarga aku ni bukannya normal. Lagi lagi noona aku.

Pada waktu waktu sebegini , merupakan waktu dia bergiat aktif melaksanakan hobi kegemarannya itu.

"Tapi harini bukan tarikh dia membunuh..." aku mengangkat sebelah kening.

"Jap , apahal aku fikir pasal noona pulak ni ?" aku geleng kepala perlahan.

Cawan plastik terus sahaja aku letak di dalam sinki. Sebab malas nak basuh , aku biarkan sahaja di situ.

Esok pagi pandai pandai lah aku basuh sendiri apa susah kan ?

Aku terus mengorak langkah keluar daripada dapur ini. Niat aku nak bergerak terus menuju ke arah bilik tidur terbantut buat seketika.

Entah kenapa hati aku mendesak aku untuk pergi ke bilik noona sekejap. Hati ni daripada tadi menjerit ingin tahu keadaan noona dekat bilik dia sekarang.

Dia dekat bilik tidur dia ke ataupun dekat bilik operasi dia ?

Aku geleng kepala perlahan. Pantas sahaja aku mengatur langkah menuju ke arah bilik noona yang terletak tidak jauh dari tempat aku berada.

Kini , aku berdiri betul betul di hadapan pintu biliknya.

Tiga ketukan perlahan aku berikan di pintu biliknya. Namun keadaan masih menjadi sunyi sepi tanpa sebarang respon diberikan oleh noona.

Sekali lagi ketukan diberi. "Noona ?"

Tiada respon.

Aku mula mengerutkan dahi aku memandang pintu biliknya ini. Dah kenapa dia tak jawab panggilan aku ni ?

Mustahil kalau aku cakap dia sedang tidur dengan nyenyaknya di atas katil. Kerana noona aku , bukannya manusia normal yang akan menjalani hidup yang normal.

Tanpe meminta kebenaran , aku terus memulas tombol pintu biliknya. Serentak itu daun pintu terbuka luas sebaik sahaja aku menolaknya pantas.

Suis lampu pantas sahaja aku tekan dan segenap ruang bilik tidur noona terus menjadi terang benderang dengan bekalan cahaya lampu.

Mata aku membulat.

Tatkala melihat seluruh bilik yang kosong tanpa sebarang jejak daripada noona. Batang hidungnya sendiri tidak kelihatan inikan pula dirinya pula.

Aku pasti , dia tiada.

Walaupun perasaan ingin tahu aku semakin membuak buak , namun aku ketepikan sahaja. Buat apa pulak aku ingin masuk campur hal urusan noona kan ?

Suiz lampu ditutup semula dan aku terus beredar meninggalkan bilik tidurnya.

Masuk sahaja ke dalam bilik , aku terus berbaring semula di atas katil. Mungkin sebab aku dah banyak bergerak tadi membuatkan aku tak dapat nak tidur balik.

Telefon pintar yang ada di sebelah bantal aku ambil dan bukak.

You got (3) missed call from Hani
(5) unread message from Hani

Dahi aku berkerut.

Budak sorang ni dah kenapa sebenarnya ? Tengah tengah malam macam ni pulak dia call dan message aku.

Aku tengok , dia hantar message ni pukul 12 pagi tadi. Nampaknya dah lama jugak lah dia hantar mesej ni. Siap call aku bagai. Urgent sangat ke ?

Aku tekan message dari Hani.

Hani : oppa !!!
Hani : hani ada benda nak bagitahu ni
Hani : jira eonni tak balik balik !
Hani : dia pergi beli mknn and tak balik balik lagi !
Hani : oppa tahu jira eonni dekat mana ?

Riak wajah aku berubah.

Terus hal berkaitan ketiadaan noona di dalam bilik tidurnya terngiang ngiang di dalam kepala otak aku. Aku rasa betul betul tak sedap hati.

Pantas sahaja aku mengubah posisi baring kepada duduk. Skrin telefon aku tekan tekan dengan jari jemari aku dan kini terpaparlah gps lokasi noona.

Aku ada letak gps lokasi dia dekat dalam telefon pintar dia. Dan ke mana sahaja dia pergi aku akan dapat detect melalui telefon dia.

Mata aku membulat.

Noona berada di bilik operasi dia. Di bilik yang merupakan tempat dia menyeksa mangsa mangsa bunuhnya itu. Dan juga bilik itu merupakan bilik yang bersambung dengan rumah sebelah.

Aku menelan liur gugup.

"Fuck"

Aku ikut arahan kau untuk lupakan Jira dan ini apa yang aku dapat ? Kau memang tak reti menepati janji , Rika.

Aku terus bangkit daripada katil.

Kali ini , destinasi utama aku merupakan bilik operasi Rika.

+++

"Dah sedar ?"

Suara Rika menerjah gegendang telinga Jira di saat gadis itu baru sahaja membuka kedua dua kelopak matanya.

Matanya yang tadinya sepet terus terbuka luas tatkala melihat dirinya yang sudah pun dikurung di dalam sebuah balang berbentuk segi empat tepat yang sempit ini.

Jira memandang sekeliling dengan pandangan cemas. Balang ini tak ubah seperti balang aquarium untuk ikan ikan peliharaan.

Jira memandang ke atas , melihat penutup yang sudah pun ditutup dengan ketat. Beberapa lubang kecil dibuat bagi dia dapat menghirup udara di luar.

"Nampaknya , adik aku masih tak boleh lupakan perempuan bodoh macam kau ni"

Rika akhirnya menghampiri Jira yang berada di dalam balang itu sambil berpeluk tubuh. Pandangan kosong diberikan kepada gadis malang itu.

Dahi Jira berkerut. Jelas kelihatan dia keliru dan buntu dengan situasi ini.

"Si-siapa kau ? Ke-kenapa kau masukkan aku dalam tempat ni ?" suara Jira mula bergetar.

Rika tersenyum sinis.

"Aku , Park Rika. Gadis Barbie"

Jira memandang wajah Rika takut takut. Jelas , dia takut dan gentar dengan wanita di hadapannya itu. Yang merupakan seorang pembunuh bersiri.

Dan juga merupakan kakak kandung kepada bekas teman lelakinya.

"Ke-kenapa kau buat aku macam ni..." rintih Jira perlahan.

Rika ketawa.

"Aigoo... seronok pulak aku tengok kau macam ni. Tak ubah macam ikan peliharaan HAHHAHAHAHA. Nampaknya kau boleh jadi haiwan peliharaan aku lah , Shin Jira" Rika berkata sinis.

Air mata Jira mengalir.

"A-apa yang aku buat... a-apa yang aku buat dekat kau..."

Seluruh tubuhnya sudah pun menggigil ketakutan. Peluh peluh dingin meleleh di dahinya. Jantungnya pula tidak henti berdegup laju.

"Sebab perempuan tak guna macam kau ni , dah rosakkan kebahagiaan aku"

"A-apa ?" dahi Jira berkerut.

"Argh aku malas lah nak berbual lebih. Haih, buat apa pulak aku berbual dengan haiwan peliharaan aku. Aku ni mesti dah gila hahahahhaha"

Rika terus berjalan menuju ke arah satu mesin dan satu butang ditekannya perlahan. Serentak itu pancutan air mula keluar dari balang aquarium itu.

Mata Jira membulat.

Dia memandang sekelilingnya yang sudah pun dinaiki air dengan pandangan cemas. Air matanya yang tak henti henti mengalir deras itu dihiraukannya.

Keadaannya ketika ini membuatkan dia teringatkan semula tentang traumanya dengan air yang banyak seperti ini.

Jira mula menjerit ketakutan. Permukaan balang aquarium itu diketuk ketuk dan dipukulnya kuat namun masih tidak dapat membebaskan dia dari tempat itu.

Jira mula menangis teresak esak.

Dia menggigil ketakutan. Teringatkan semula di ketika dia hampir hampir lemas disebabkan kerja gila yang dilakukan oleh Mingyu kepadanya.

"Lepaskan akuuuu !!!" Jira menjerit kuat.

Tidak cukup dengan kedua dua belah tangannya yang digunakan untuk memukul permukaan balang , kedua dua belah kakinya jugak mengambil beranan untuk menendang permukaan balang itu.

Namun walau sebanyak mana pun dia cuba , balang aquarium itu langsung tidak pecah supaya dia dapat melepaskan diri daripada tempat itu.

"Sia sia je kerja kau , sayang"

Jira terus mengangkat wajahnya laju memandang ke arah Rika yang bersuara perlahan itu.

Rika hanya memaparkan pandangan kosong dan tidak bersalah. Sempat lagi dia minum sekotak susu pisang yang entah dapat dari mana itu.

"Aquarium tu diperbuat daripada plastik , Shin Jira"

Riak wajah Jira berubah.

Bermakna , usahanya untuk memecahkan balang aquarium itu hanya sia sia. Kerana balang aquarium itu tidak akan dapat dihancurkan.

Kerana ianya diperbuat daripada plastik.

Dan gadis yang lemah dan malang seperti dia sudah tentu tidak akan dapat melepaskan dirinya daripada situ.

"Kau ada lagi 15 minit untuk air ni memenuhi aquarium tu" Rika bersuara tenang.

"Tunggguuuu !!" Jira menjerit kuat.

Mendengarkan sahaja jeritan gadis itu , Rika terus menoleh memandang wajah Jira yang sudah lencun dengan air mata itu. Pandangan apa diberikan.

"A-apa yang perlu aku buat.... a-apa yang aku perlu buat supaya kau lepaskan aku..." suaranya sebak.

Rika tersenyum sinis.

"Kau boleh berjanji sesuatu dengan aku"

"A-apa dia ?"

"Aku sanggup buat apa apa sahaja untuk kau lepaskan aku daripada sini. To-tolonglahh !!" Jira merayu.

Rika tersenyum sinis.

"Our last promise , promise me that you will not do anything and just let the water drown you. Aku nak kau mati dengan aman , Jira"

Rika ketawa kuat.

Riak wajah Jira terus berubah.

"Omo , kau ada lagi 10 minit" dia ketawa lagi.

Pantas sahaja Rika bangun daripada duduknya dan memandang wajah Jira buat seketika.

"Aku tak sanggup nak tengok haiwan peliharaan aku mati" Rika mencebik. "Gotta go , my pet"

Rika terus pergi meninggalkan Jira seorang diri di dalam aquarium itu. Walaupun sudah menjerit dan menangis kuat namun wanita itu hanya mengendahkan sahaja gadis itu.

Rika berjalan laju menuju ke arah pintu utama rumah itu.

Rumah yang dijadikan sebagai bilik operasinya. Bilik operasi dia untuk menjalankan aktiviti menyeksa mangsa mangsanya di situ.

Ada bilik untuk doktor , main bedah bedah mangsa. Ada bilik untuk chef , main bakar bakar dan masak anggota tubuh mangsa. Dan pelbagai lagi.

Pintu rumah terus sahaja ditarik Rika laju. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari rumah itu , pergerakannya terhenti tatkala menyedari seorang lelaki berada betul betul di hadapannya.

Park Jimin.

Adik lelaki kandungnya.

Pandangan maut diberikan kepada kakak kandungnya itu. Tiada secalit senyuman pun yang terukir di bibir lelaki itu. Tangannya pula digenggam erat.

"Eo ? Jiminie ?" Rika tersengih.

"Fucking tell me , Park Rika. Where the hell you hide Jira ?" Jimin menyoal dingin.

Bagaikan ada aura kegelapan di dalam dirinya.

Rika tersenyum sinis.

"Omo omo takutnya aku dengan adik aku ni. Alolo comelnya kau—argh !"

Jimin menolak tubuh Rika kasar ke dinding. Tangannya mencengkam leher Rika kasar membuatkan wanita itu sukar untuk bernafas.

"Kau bagitahu aku , dan aku takkan bunuh kau" suara Jimin kedengaran begitu menakutkan.

"Ji-Jimin..."

"Kau sendiri tahu apa yang aku mampu lakukan kalau aku dah hilang kawalan kan , hm ?" Jimin tersengih. Sengihan yang menakutkan.

Rika terdiam buat seketika.

"Kau ada dalam 5 minit lagi sebelum Shin Jira mati kelemasan"

• to be continued •

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro