Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

+ tiga puluh sembilan +

"Jimin oppa koma"

"Nae ?" sebelah kening Jira terangkat tatkala mendengar apa yang baru sahaja Hani maklumkan kepadanya itu.

"Dia bergaduh dengan Jungkook teruk. Tak tahu apa masalah diorang. Tahu tahu je sekarang Jimin dah koma"

Jira tersentak.

Jujur , apa yang baru sahaja didengarinya sebentar tadi daripada Hani membuatkan hatinya luruh buat seketika.

Bukannya dia tak ingat , macam mana dirinya diculik dan hampir hampir sahaja mati lemas disebabkan Rika iaitu kakak Jimin.

Dan Jimin merupakan orang yang menyelamatkannya daripada mati pada malam itu. Bila diingatkan semula tentang insiden itu mampu membuatkan seluruh tubuh Jira menggigil ketakutan.

"Ha-habistu dia kat mana ?" Jira menyoal perlahan.

"Dia ada dekat hospital ni jugak. Tapi dekat bilik lain. Surpisingly , dia ada dekat bilik sebelah eonni. Eonni nak tengok dia ke ?"

Pantas sahaja Jira menggeleng dan tersenyum hampa. "Ta-tak payah lah. Lagipun bukannya dia sedar pun"

"Kenapa ? Eonni dengan oppa kan kawan ? Kenapa eonni taknak melawat oppa ?"

Jira terdiam.

Dia terlalu keliru dan buntu dengan perasaanya ketika ini. Otaknya sekarang ini melarangnya sehabis baik untuk tidak bertemu dengan Jimin langsung kerana takut bakal berjumpa dengan Rika semula.

Namun jauh di dalam sudut hatinya merayu rayu untuk bertemu dengan lelaki yang pernah bahagiakan dirinya dulu itu. Dia ingin tatap wajah lelaki itu lama seperti selalu.

Namun semua itu hanya mampu bermimpi sahaja.

Jira cuba untuk melaporkan tentang apa yang baru sahaja terjadi kepada dirinya , namun dia tidak punyai bukti yang kukuh mahupun saksi untuk menyalahkan Rika.

"Okay lah eonni , Hani nak pergi balik dulu tau. Esok kita jumpa lagi okay ?"

Hani menguntumkan senyuman lebar kepada Jira sebelum dia pergi meninggalkan Jira seorang diri di dalam biliknya.

Jira melepaskan keluhan berat.

Walaupun doktor dan jururawat sudah menyuruhnya untuk berehat di biliknya sahaja , namun dia enggan akur.

Dia perlahan lahan cuba untuk bangun daripada katilnya. Dia memusingkan kepala ke arah tepinya bagi memandang tongkat yang terletak elok di tepi meja.

"Disebabkan apa yang terjadi dekat awak dah buat awak trauma sangat sangat , mungkin memakan masa lama sikit untuk awak pulih. Awak akan ada kesukaran untuk berjalan dan berlari seperti dulu jadi saya harap awak dapat rehat secukupnya"

Jira mengeluh.

Termasuk kali ini sudah dua kali dia hampir mati di dalam air. Dan apa yang menimpa dirinya membuatkan dia betul betul trauma dengan lautan , tasik dan kolam.

Jira mencapai tongkat tersebut dan mula membantu dirinya sendiri untuk berjalan. Perlahan sahaja langkahnya diaturkan. Selangkah selangkah ke hadapan.

Tidak mengambil masa yang lama , kini Jira berdiri betul betul di hadapan bilik Jimin. Papan yang menunjukkan nama pesakit di dalam bilik ini dipandangnya.

Park Jimin

Jira memandang keadaan di dalam bilik melalui cermin di pintu. Dirinya sendiri tidak berani untuk melangkah masuk ke dalam bilik Jimin.

Mahunya nanti tiba tiba Rika datang , macam mana ?

Air mata mula bergenang di tubir mata tatkala matanya menatap wajah Jimin yang tidak menyedarkan dirinya di atas katil.

"Mianhae , ni semua salah aku"

Air mata Jira mengalir.

Tangannya diangkat ke atas dan ingin menyentuh permukaan pintu itu namun tiba tiba satu tangan menahan pergelangan tangannya membuatkan mata Jira membulat terkejut.

Pantas kepalanya tertoleh ke tepi memandang ke arah gerangan yang menarik tangannya secara tiba tiba itu.

"Apa kau buat kat sini , hm ?"

Mata Jira membulat. Serentak seluruh anggota tubuhnya menggigil ketakutan. Tubuh badannya mula hilang keimbangan dan akhirnya dia jatuh di atas lantai.

Rika tersenyum sinis.

Dia duduk bercangkung di hadapan Jira. Manakala Jira terus mengalihkan pandangannya. Begitu takut dirinya itu ingin bertentang mata dengan wanita itu.

"Why ? Are you afraid ?" Rika menyoal sinis.

"Apa hak kau nak tengok adik aku , hm ?" dahi Jira ditunjualnya perlahan.

"Kau nak kena bunuh dengan aku betul betul ke baru kau sedari diri kau tu ha ?"

"Ta-tak nak ! A-aku tak nak !" tersekat sekat suara Jira kerana takut.

Rika tersenyum sinis.

"Aku nak kau pergi jauh dari Jimin. Jangan pernah muncul dalam hidup dia lagi. Disebabkan perempuan macam kau ni lah dia bakal abaikan kakak kesayangan dia ni , kau tahu ?"

Jira hanya diam.

"Sekali lagi aku nampak kau cuba dekati Jimin , kau tahu lah apa yang akan jadi dekat kau nanti. Aku dah bagi kau amaran kan ?" Rika tersenyum sinis.

Pantas sahaja wanita itu bangkit daripada cangkungannya dan membuka pintu bilik Jimin. Langkahnya terus diatur masuk ke dalam bagi melawat adiknya.

Jira menangis teresak esak.

+++

Disebabkan terlalu takut dan gentar dengan Park Rika , akhirnya Jira membuat keputusan yang drastik.

Sebaik sahaja tamat graduasi di Silver High , dia membawa diri jauh daripada Jimin hanya kerana dia tidak lagi mahu terlibat dalam hidup lelaki itu.

Kerana dia takut jikalau suatu hari nanti dia bertemu dengan Jimin , Rika akan betul betul membunuh dirinya.

Mungkin insiden dia yang hampir mati kelemasan pada hari itu hanyalah satu amaran untuk dia menjauhi Jimin sahaja.

Jadi , dia perlu kotakan janji.

Dia tidak akan lagi terlibat dalam apa apa urusan dalam hidup lelaki bernama Park Jimin. Disebabkan ingin menyelamatkan nyawa dan melindungi dirinya sendiri.

Dia sanggup meninggalkan dan cuba untuk melupakan cinta hatinya.

Kerana apa yang dilakukannya ini mungkin merupakan satu satunya jalan yang terbaik untuk dia dan Jimin kekal selamat.

+++

6 tahun kemudian

"Oh my god , nampaknya Korea sekarang dah banyak kes kes pembunuhan kan ?" Solar mula menegur.

Aku hanya tersenyum seraya mengangguk. Mengiyakan sahaja apa yang dia ingin katakan kepada aku. Lagipula aku sedang sibuk dengan kerja kerja dekat pejabat ni.

Takde masa sebenarnya aku nak layan dia lebih lebih. Kalau dulu setiap kali Solar bukak mulut je , mesti ada yang aku sambung gossip lagi.

"Bae , kau ada jumpa apa apa news menarik tak untuk kita release ?"

Aku menggeleng perlahan. "Takde. But aku akan usahakan"

Mendengarkan sahaja apa yang aku katakan kepada dia , Solar mengeluh.

"Aku selalu tertanya. Kenapa lah aku pilih untuk jadi reporter weh ? Aku tak sangka pulak reporter ni banyak kerja. Nak kena lari sini lari sana untuk dapatkan news menarik then release. Argh stresss !"

Aku tersenyum melihat Solar. Perempuan sorang tu tak sah kalau tak emo.

Aku Bae Jira. 3 tahun yang lepas aku baru sahaja pulang semula ke Korea. Dan aku akhirnya dapat menggalas kerja sebagai seorang wartawan.

Dan sepanjang aku berada di Korea ini , aku masih tidak bertemu dengan Jimin.

"Woi termenung apa tu ???"

Lamunan aku serta merta mati. Pantas aku menoleh memandang wajah Solar yang pandang aku pelik.

"Ha ? Kau ada cakap apa apa ke ?"

"Waktu bekerja dah nak habis. Jom minum nak ? Aku dah lama tak minum ehehe"

Mendengarkan sahaja cadangan daripada Solar aku tersenyum lebar. Siapa sahaja yang mahu menolak kan kalau orang ajak minum bersama ?

+++

"Park Jimin... Park Jimin... ehehehehe" Jira ketawa seorang diri.

Kedua dua belah pipinya sudah pun berona merah , kesan daripada bir yang di minumnya itu. Penglihatannya terus menjadi kabur.

"Aigoo Bae , kau ni memang teruk kan bila minum ? Baru 3 shot , kau dah mabuk ?" Solar menggeleng perlahan.

"Jimin-ah.... Jimin-ahh shehehhehsh"

Solar mengerutkan dahinya. "Kau ni kenapa eh ? Setiap kali kau mabuk je mesti kau kena sebut nama lelaki tu ? Siapa lelaki tu sebenarnya weh ? Hensem ke ?"

Jira tersenyum sambil memejamkan kedua dua belah matanya. Pantas sahaja kepalanya dianggukkan laju.

"Dia hensem. Hensem sangat sangat hehehehe. Rambut dia lembut... kulit dia putih... hidung dia mancung.... bau dia macam bau baby... badan dia hangat... mata dia bersinar sinar...."

"Aigoo... kau ni memang angau betul dengan lelaki tu eh ? Dah kau stay sekejap sini , aku nak bayar"

Solar terus bangun daripada duduknya dan mengorak langkah menuju ke arah kaunter untuk bayar makanan dan minuman yang dipesan oleh mereka.

Jira memandang sekeliling dalam keadaan yang masih mabuk. Entah apa yang menghasutnya membuatkan dia tiba tiba sahaja bangun daripada duduknya dan terus keluar dari kedai itu.

"Straight ! Straight !"

Dia menunding jarinya ke hadapan dan mula berjalan ke hadapan. Walaupun dia berjalan terhuyung-hayang namun dia tetap meneruskan perjalanannya.

Seperti orang gila , dia berjalan dengan riangnya. Terloncat sana , terloncat sini. Sehinggalah dia tiba di satu jalan yang sunyi sepi tiada orang.

"Oh nooo ! I'm lossttt hahhahaha" Jira ketawa seorang diri.

Baru sahaja dia ingin meneruskan perjalannya semula , tiba tiba seorang lelaki berpakaian serba hitam menarik tubuhnya masuk ke dalam sebuah lorong gelap.

"Argh sakitlah !" Jira menjerit marah dalam keadaan mabuk.

Lelaki itu tidak mengendahkan Jira. Sling bag yang dipakainya itu pantas sahaja ditarik dan dibuka laju. Mata lelaki itu meliar memandang sekeliling sebelum dia mula mencari dompet Jira di dalamnya itu.

Kelihatan seperti lelaki itu ingin merompaknya dalam keadaan dirinya yang mabuk itu.

"Heyyy youu ! Apa kau buat dengan beg aku ni haaaa !" Jira ketawa lagi.

Dia cuba untuk menarik begnya semula daripada lelaki itu namun pantas lelaki itu menepis tangannya kasar sehingga membuatkan dia terjatuh ke tanah.

Dia mengerang kesakitan.

"Auch sakit !"

Lelaki itu terus menggeledah beg dompetnya dan cuba untuk mencari duit yang ada di dalamnya. Namun sebarang duit langsung tidak ditemui.

"Mana duit kau , perempuan ?!"

Jira ketawa kecil. "Tak adaa !" lidahnya dijelirkan kepada lelaki itu.

"Tak gunaaa !" pantas wajah Jira ditampar kuat.

Tertoleh terus kepala Jira ke kanannya. Matanya membulat kerana terkejut apabila ditampar sebegitu oleh lelaki itu. Matanya mula berair.

"MANA DUIT KAUUU ??!!!" Kolar baju Jira ditariknya kasar.

"Le-lepaskan aku lah !!!"

"AKU TANYA MANA DUIT KAU ?!!!" Sekali lagi wajah Jira ditampar membuatkan gadis itu terjatuh sekali lagi.

Air matanya sudah mengalir laju.

"Perempuan tak guna !!!" baru sahaja lelaki itu ingin mengangkat kakinya untuk memijak tubuh Jira , tiba tiba kakinya ditahan.

Dia terus menoleh ke arah tepinya dan matanya membulat memandang seorang lelaki.

Belum sempat dia ingin berbuat apa apa , tumbukan padu dilepaskan pada wajah lelaki itu membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang.

Jira menggelengkan kepalanya sedikit sebelum dia memandang ke hadapan , melihat apa yang terjadi sebenarnya.

Matanya membulat melihat dua oranf lelaki yang sedang bergelut itu.

Hampir terjerit Jira apabila seorang daripada lelaki itu menikam lelaki yang sorang lagi dengan sebilah pisau. Kedua dua tangannya diangkat dan menekup mulutnya.

Terlampau terkejut dengan apa yang baru sahaja disaksikannya. Adakah ini satu gurauan ataupun mimpi ?

Lelaki itu mula termengah mengah. Pisau yang dipegangnya dijatuhkan ke tepi. Dia menolehkan kepalanya memandang ke arah Jira yang masih terkejut dengan apa yang terjadi.

Perlahan lahan langkahnya diaturkan ke arah Jira yang sudah mula menggigil. Disebabkan terlalu takut , tubuh Jira langsung tidak dapat bergerak walaupun seinci.

"Jom , kita balik"

Air mata Jira mengalir. Pantas dia menggeleng kepalanya laju. Terlalu takut dengan lelaki di hadapannya.

Lelaki itu mengeluh. Dia mula duduk bercangkung di hadapan Jira dan menatap wajah Jira. Perlahan lahan mask hitam yang dipakainya itu dibuka.

Mata Jira membulat.

"Jom ? Aku hantar kau balik"

Lelaki itu , Park Jimin.

• to be continued •

minta maaf sangat sangat sebab storyline/plot penulisan semua macam dah terabur and tak teratur hiks sebab neul nak habiskan cepat ff ni T~T

hope enjoy !! inshaallah malam ni neul aku upd the last 2 chapter

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro