Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

+ tiga puluh lima +

Jimin kata harini sepatutnya aku tak perlu pergi ke sekolah kerana demam aku masih belum surut. Tapi suka hati aku lah kan aku nak pergi ke tak.

Lagipun aku pergi sekolah dia sebagai pelajar tetamu kot. Takkan lah aku nak habiskan hari hari yang masih berbaki dua tiga hari ni dekat rumah Hani je kan ?

"Eonni pergi sekolah ? Bukan eonni demam ke ?" Hani menyapa.

Aku tersenyum seraya menggeleng kepala perlahan. "Jangan risau , aku kuat okay !!"

Aku tersenyum lebar.

Aku tak sabar nak pergi sekolah. Bukan tak sabar nak belajar atau melihat sekeliling bangunan Seoul Highschool , kau gila ke ?

Aku tak sabar nak jumpa Park Jimin ehe.

"Hani , kau kan rapat dengan Jimin kan ? Dia suka makan apa eh ?"

"Kenapa eonni tanya ?"

"Ta-takdelah kan dia dah tolong aku. So aku fikir nak buatkan dia makanan untuk dia makan rehat nanti sebagai tanda terima kasih" aku tersenyum manis.

"Uwaaahhhh bagusnya eonni" Hani ketawa kecil.

Haih kalau dia tahu aku ni teman wanita Jimin agak agak dia layan aku baik ke atau dia campak aku masuk kandang taik lembu eh ?

"Okay meh Hani ajar eonni buat makanan kegemaran Jimin oppa"

Dengan terujanya aku terus mengangguk kepala aku laju. Tak sabar pula nak belajar memasak dengan Hani ni.

Tak sia sia aku bangun awal pagi ni. Dapat lah aku buatkan bekalan makanan untuk Jimin makan rehat ni.

Nampak tak ? Aku ni girlfriend Jimin yang bagus kan ? HOHOHO tau dah.

+++

Aku tiba di sekolah bersama dengan Hani. Disebabkan kami berdua dari kelas yang lain lain jadi blok bangunan akademik kain berbeza.

Hani bahagian blok bangunan akademik C yang menempatkan kelas kelas junior bawah setahun kami manakala aku di bahagian blok bangunan akademik A di mana kelas senior tertinggi berada.

"Okay lah eonni , Hani pergi kelas dulu. Byebye !"

Aku hanya mengukirkan senyuman lebar kepadanya dan melambai tangan kepadanya. Bila difikirkan balik , si budak Hani ni takdelah teruk sangat.

Aku je sebenarnya yang teruk sebab fikir bukan bukan dan jeles tak tentu pasal dengan dia tu ha aduhai Jira jira.

Sampai sahaja di dalam kelas , mata aku terus meliar memandang sekeliling. Mencari di mana Jimin. Namun di tempatnya tiada dia langsung.

Aku mula pelik.

Kelas lagi berapa minit je lagi ni nak bermula dah , kenapa dia tak sampai kelas lagi ? Dia tak datang sekolah lagi ke apa ?

Aku tolak ke tepi sahaja perasaan ingin tahu dan risau tentang Jimin itu , aku yakin Jimin baik baik sahaja. Kejap lagi dia sampai lah tu.

Namun sangkaan aku meleset.

Sudah dua kelas dah , tapi batang hidung Jimin langsung tidak kelihatan lagi. Hati aku rasa betul betul tak sedap hati sangat sekarang ni.

Dia okay ke ?

Dia dah makan ke ?

Dia tidur dengan lena ke semalam ?

Banyak benda aku nak tanya dia bila aku jumpa dia nanti. Lagikan pula aku sudah pun masak makanan kegemaran dia untuk rehat ni pulak.

"Okay semua , kelas kita sampai sini je. Awak semua dah boleh pergi rehat"

Selesai sahaja mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar , aku terus bangkit daripada duduk aku.

Seorang lelaki yang lalu di koridor kelas aku terus aku dekati dan menarik lengannya bagi menahan dia daripada terus berjalan.

"Kau !"

Taehyung menoleh ke arah aku tatkala aku memaut lengannya membuatkan langkahnya terhenti. Dia mengangkat sebelah kening memandang aku.

"Kau tahu tak mana Jimin ?"

"Jimin ? Apahal ?"

"Dia takde dekat kelas. Dan aku tak tahu sama ada dia datang ke tak ke sekolah..." suara aku mula merendah.

"Oh dia" Taehyung tersengih. "Jimin tak pernah lah tak datang sekolah"

"Nae ? Maksud kau ?"

"Dia fly class lah tu. Kau cuba cari kat rooftop. Selalunya dia ada lepak sana sampai rehat"

Aku mengangguk faham.

"Tapi dia selalu lepak sana bila dia tengah sedih"

Aku terkedu mendengar apa yang Taehyung katakan kepada aku.

Dia menguntumkan senyuman petaknya kepada aku dan terus berlalu pergi meninggalkan aku.

"Jimin.... tengah sedih ?"

+++

Betul lah apa yang Taehyung cakap dekat aku tadi. Jimin memang betul betul ada dekat rooftop ni. Dan dia sedang berbaring dekat lantai dengan beg galasnya dijadikan bantal.

Aku tersenyum.

Pantas aku berjalan menghampirinya. Aku mula duduk bersimpuh di sebelah kepalanya. Wajahnya yang sedang dibuai mimpi itu aku pandang lama.

"Aku rindukan kau"

Aku mengangkat tangan aku ke atas dan mula menghalang cahaya matahari daripada mengenai mukanya dengan tangan aku sendiri.

Dia nampak comel.

"Jira ?"

Aku terkejut mendengar teguran Jimin yang secara tiba tiba tu. Alamak , Jimin dah bangun daripada tidur ke ?"

Dia terus bangun daripada baringnya dan pantas sahaja bangkit berdiri. Terkebil kebil aku memandang dia yang berbuat begitu secara tiba tiba.

Aku juga turut ikut berdiri di sebelahnya. Dia menepuk debu debu di seluarnya. Aku menguntumkan senyuman lebar kepada dia.

"Nah" aku hulurkan sebekas tupperware berwarna hijau kepadanya.

Dia memandang tupperware itu dan wajah aku silih berganti. Dahinya dikerutkan dan memandang aku dengan pandangan menjengkelkan.

"Aku masak tau. Aku buat makanan kegemaran kau. Boleh la kau makan rehat ni nanti takdela—"

Brukk !

Seluruh tubuh aku serta merta kaku apabila Jimin menolak tupperware itu kasar sehingga terjatuh di atas lantai. Habis bertaburan makanan di dalamnya.

"Ji..Jimin-ah...."

"JANGAN PANGGIL NAMA AKU DENGAN SUARA JIJIK KAU TU DAN MUNCUL DEPAN MATA AKU , AKU SERABUT TAU TAK !!!"

Bahu aku terhinjut kerana terkejut dengan jeritan marah yang baru sahaja dilontarkan oleh Jimin. Seluruh tubuh aku serta merta menggigil.

Perlahan lahan aku mengangkat wajah aku ke atas dan menatap wajahnya. Dada Jimin berombak naik dan turun dengan laju. Nafasnya tak teratur.

Dia nampak marah...

"Jimin , kau kena—" baru sahaja aku ingin menyentuh lengannya , dia terus menepik aku kasar sehingga membuatkan aku terjatuh ke lantai.

Mata aku membulat. Terlalu terkejut dengan apa yang baru sahaja dia lakukan kepada aku ketika ini.

"Jimin-ah..."

Air mata sudah pun berkumpul di tubir mata aku , menunggu masa sahaja untuk empangan ini pecah berderai bagaikan tiada hari esok.

Jimin memberikan pandangan dingin dan bengisnya kepada aku. Jelas kelihatan dia sangat sangat membencikan aku.

Kenapa Jimin macam ni.... ?

"Aku tak sangka kau ni bodoh sangat , Jira" dia berkata kasar.

Terangkat sebelah kening aku memandangnya tatkala mendengar apa yang dia baru sahaja luah. Apa yang dia cuba maksudkan ini ?

"Kau mintak aku jadi teman lelaki kau dan aku terima macam tu je. Heh , bodohnya kau ingat aku ni sukakan kau dengan ikhlas" dia tersenyum senget.

"A-apa yang...."

"Aku terima kau sebab aku kesian kan perempuan bodoh macam kau ni , Jira. Aku tak sangka pulak perasaan kau dekat aku tu memang kuat gila sampai kau nak couple semua dengan aku"

Aku terdiam.

"Perempuan bodoh macam kau ni memang layak pun diguna pakai. Terlalu bodoh untuk lelaki bijak macam aku ni , kau tau tak ?"

Aku terus bangkit berdiri tegak di hadapannya. Bibir aku dikemam rapat menahan rasa sakit di hati ini terhadap kata kata yang baru sahaja dia lontarkan.

Aku merenung wajahnya tajam. Kedua dua tangan aku menggenggam kain skirt erat. Cuba mengumpul segala keberanian yang aku ada.

"Sanggup kau cakap macam tu dekat aku ?" suara aku mula bergetar.

Dia hanya memandang aku sinis.

"Kenapa ? Baru tahu betapa bodohnya kau sebab percayakan aku ni betul betul sukakan dekat kau ke , hm ?"

Bibir aku mula bergetar.

"Untuk pengetahuan kau , matlamat aku hanya satu je. Permainkan kau. Aku nak jugak test kau ni macam mana , nak tahu jugak sejauh mana kau sukakan aku. Tak sangka kau sampai gadaikan maruah kau dekat aku. Dasar perempuan murah"

Air mata aku mengalir.

"Ji...Jimin-ah.... kenapa ni ? Si-siapa yang suruh kau berkelakuan macam ni , hm ?" suara aku mula sebak.

Jimin terdiam.

Aku terus menghampiri Jimin. Lengannya aku tarik perlahan. Aku memandang wajahnya dengan pandangan penuh berharap.

Berharap supaya dia ketawa dan beritahu aku bahawa apa yang dikatakannya sebentar tadi hanyalah sekadar jenaka dan terus memeluk aku untuk memujuk aku.

"Jimin-ah...." aku memanggil namanya dengan nada merayu.

Kepala aku ditundukkan ke bawah , membiarkan air mata aku mengalir laju membasahi pipi.

Tangan kiri Jimin aku pegang dan usap perlahan. Tangan yang pernah aku kucup lama semalam.

"Sudah Jira , cukuplah tu. Kenapa kau ni degil sangat ha ?! Kau pekak ke apa ?! Aku cakap yang aku tak sukakan kau lah sial !"

Aku menangis teresak esak.

Tubuh Jimin aku tarik perlahan dan mula memeluknya erat. Aku menangis teresak esak di dada bidang miliknya.

Walaupun aku sudah peluk tubuh lelaki ini dengan sangat erat sekali namun dia langsung tidak membalas pelukan aku.

"Park Jimin , kenapa kau berkelakuan macam ni , hm ?" air mata aku mengalir.

Jimin hanya diam.

"Did you ever love me , Park Jimin ?" aku menyoal lembut.

Aku perlahan lahan mengangkat kepala aku dan memandang wajah Jimin dengan mata aku yang dikaburi dengan air mata. Bahu aku mula terhinjut hinjut beberapa kali.

Hidung aku rasa pedih sangat sangat bagaikan ada sesuatu yang tajam mencucuk cucuk hidungku. Mata aku sudah memerah dan air mata pula lencun membasahi pipi aku.

"Jimin-ah...." aku memanggil namanya lembut dan menangis teresak esak di hadapannya.

Jimin melepaskan keluhan berat.

Dia menundukkan wajahnya dan mula memandang wajahku yang sudah pun lencun dengan air mata.

Jimin menolak aku kasar menjauhi tubuhnya membuatkan aku hampir hampir sahaja terjatuh kerana tolakannya yang kuat itu.

Dia memandang aku dengan wajah yang ketat dan garang.

"Aku tak sukakan perempuan bodoh macam kau , Bae Jira" dia berkata tegas.

Air mata aku mengalir.

"Perempuan macam kau ni , aku boleh jumpa kat mana mana lah. Berjuta juta perempuan macam kau ni banyak tau. Aku boleh kutip dan buang senang senang je , kau tahu ?" dia berkata sinis.

Jimin pandang aku atas bawah dengan sengihan sinisnya. Nampak seperti dia berpuas hati kerana berjaya menyakitkan hati aku.

"Jangan muncul depan mata aku lagi. Silap silap nanti kau pulak yang jadi mangsa bunuh aku"

Aku tersentak.

Air mata aku tak henti henti mengalir dengan deras membasahi pipi. Walau macam mana pun aku cuba untuk tahan diri ini daripada menangis tetapi masih tak boleh.

Baru sahaja Jimin berpaling ke belakang dan ingin melangkah pergi meninggalkan aku , pantas aku menarik lengannya membuatkan langkahnya terhenti.

"Jimin-ah...." aku bersuara sebak.

"Kenapa ? Kau nak menangis lagi ? Nak buat aku serabut lagi dengan tangisan kau tu ?"

Aku ketap bibir rapat tatkala ia mula bergetar.

"Kenapa asyik aku je yang nak kena pujuk kau , hm ? Kenapa asyik aku je kau nak bergantung , hm ? Kau ni memang takde life ke , Jira ? Kau merimaskan aku , kau tau tak ?"

Air mata aku mengalir.

"Ji-Jimin...." aku menundukkan kepala. Genggaman aku pada lengan bajunya makin erat.

Dia memberikan aku pandangan yang menjengkelkan.

"Is this really... the last of us ?"

Jimin terus merentap lengannya kasar sehingga membuatkan genggaman aku pada lengannya terlepas. Dia merengus kasar sebelum melangkah pergi meninggalkan aku.

Sebaik sahaja kelibatnya hilang , aku menangis teresak esak dengan kuat.

Aku perlahan lahan jatuh terjelopok di atas lantai. Kedua dua belah tangan aku menekup muka aku yang sudah lencun dengan air mata.

Aku menangis teresak esak.

Kenapa semua orang nak tinggalkan aku ? Kenapa semua orang hanya datang dalam hidup aku dan pergi tinggalkan aku lepas berikan aku kebahagiaan ?

Bahu aku terhinjut berkali kali akibat menangis dengan teruk sekali.

Kenapa aku selalu berakhir dengan pengakhiran yang menyedihkan ?

Park Jimin...

Kalau kau tak pernah cintakan aku , kenapa kau peluk aku ? Kenapa kau cium aku dan berikan aku kasih sayang kau ?

Kenapa kau buat aku tak mampu untuk lupakan kau.... ?

Bae Jira , bodoh. Kenapa aku selalu macam ni ? Kenapa aku selalu berkelakuan bodoh dan lemah macam ni ? Kenapa aku selalu tak boleh nak berkata apa apa kepada dia ?

Air mata aku mengalir deras.

Kalau kau bagitahu aku awal awal yang kau tak cintakan aku , aku pasti takkan menyayangi kau sampai macam ni sekali , Park Jimin....

"Diatak wujud... Di-dia tak pernah wujud" aku menyeka air mata dengan telapak tangan kasar.

"W-walaupun dia wujud , buat sahaja seperti dia tak wujud..." aku menangis teresak esak lagi.

Susah.

Susah sangat sangat untuk aku lupakan lelaki itu. Lelaki yang aku fikir takkan pernah tinggalkan aku dan akan sentiasa bersama dengan aku.

Lelaki yang aku fikirkan merupakan satu satunya cahaya dan harapan aku untuk membawa aku keluar dari kegelapan yang aku sentiasa hadapi.

"I need you , Park Jimin..."

Aku menangis teresak esak.

• to be continued •

sorry neul dah tak reti nak buat scene sedih :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro