+ tiga puluh lapan +
"Jira !!!"
Jimin berlari meluru ke arah Jira yang sudah pun terapung di balang aquarium tersebut. Matanya membulat kerana terkejut melihat Jira dalam keadaan sebegitu.
Pantas dia berlari ke arah mesin tersebut dan menekan butang off. Air yang tadinya memancut mancut keluar di dalam balang tersebut akhirnya berhenti juga.
Jimin terus mengangkat wajahnya semula dan memandang ke arah Jira. Tubuh badannya tidak bergerak langsung. Air yang diisi hampir penuh membuatkan Jira tidak dapat bernafas.
Jimin berlari ke arah balang aquarium tersebut dan terus membuka penutup aquarium tersebut. Tubuh Jira pantas sahaja dikeluarkan olehnya.
Jira yang sudah pun tidak menyedarkan dirinya membuatkan Jimin panik dan cemas. Dia terus duduk di atas lantai dan mendaratkan kepala Jira di atas pehanya.
"Ji-Jira... ?" mata Jimin mula berair.
Namun Jira masih tidak menyedarkan dirinya. Seluruh tubuhnya sudah pun basah kuyup dengan air air itu. Matanya terpejam sahaja tidak mampu dibuka.
"Ji-Jira.... tolong..." bibir Jimin mula bergetar.
Pipi mulus gadis itu ditamparnya perlahan supaya gadis itu akan kembali membuka matanya semula dan memanggil namanya semula.
Namun tiada respon.
Tiada sebarang respon.
"Ji-Jira... jangan buat aku macam ni... to-tolonglah" air mata Jimin mengalir deras.
Tak dapat langsung lelaki itu bayangkan hidupnya tanpa gadis yang dicintainya itu. Walaupun mereka sudah pun berpisah dan menuju ke haluan masing masing , namun tak bermakna Jimin akan melupakan gadis itu.
Walaupun mereka sudah berpisah , tidak bermakna Jimin sudah pun melupakan semuanya tentang gadis itu.
Kerana nama gadis itu masih terukir elok di dalam hatinya.
Air mata Jimin sudah pun mengalir deras. Hidungnya yang sudah memerah itu terasa pedih dan sakit bagai dicucuk cucuk. Penglihatannya yang kabur dengan air mata dibiarkan.
"Ji-Jira..." rintih suaranya.
Kedua dua tangannya yang sudah pun berketar ketar itu memegang kepala gadis itu perlahan sebelum dia mula melakukan CPR di mulut gadis itu.
Hidung Jira dikepitnya erat dengan dua jarinya manakala mulutnya pula mula mendarat di atas mulut Jira. Aktiviti CPR mula dijalankan.
Pada awalnya , gadis itu langsung tidak menyedarkan dirinya. Namun Jimij masih tidak berputus asa. Dia tetap melakukannya sekali lagi.
Tiba tiba Jira terbatuk batuk. Air mula terkeluar daripada mulut gadis itu. Wajahnya tampak lemah dan pucat sekali.
"Ji-Jira !!" mata Jimin membulat melihat wajah Jira.
Sedikit perasaan gembira dan lega menyinggah dirinya tatkala melihat gadis di hadapannya ini sudah pun sedar. Nasib menyebelahinya , gadis itu tidak mati kelemasan.
"Ji-Jimin...." Jira bersuara lemah.
Melihatkan sahaja keadaan Jira yang kelihatan sungguh lemah ini , pantas sahaja Jimin mula mempercepatkan langkahnya.
Tubuh Jira mula dipeluknya erat sebelum dia mengangkat tubuh gadis itu gaya bridal style. Langkahnya pantas sahaja diaturkan keluar daripada bilik ini.
Disebabkan tidak mahu kesuntukan masa , Jimin terus berlari keluar dari rumah menuju ke arah lif. Walaupun dia rasa penat dan lelah , namun dibiarkan sahaja perasaan itu.
Setibanya di dalam lif , butang aras bawah pantas ditekannya. Dadanya berombak naik dan turun dengan lajunya. Peluh peluh mula meleleh di dahinya.
Perlahan lahan Jimin tundukkan sedikit wajahnya bagi melihat wajah Jira. Matanya sudah pun terpejam semula menandakan Jira memang betul betul dalam keadaan tidak sedarkan dirinya semula.
"Bertahan Jira , bertahan... !" bibir bawahnya diketap erat.
Tidak mengambil masa yang banyak , disebabkan Jimin pandai memandu kereta mereka berdua akhirnya tiba juga di hospital tepat pada waktunya.
Jira dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Jimin menunggu di luar bilik tersebut dalam keadaan yang serabut.
Siapa sahaja yang tidak akan diselubungi perasaan risau dan gelisah jika orang yang tersayang dalam keadaan sebegitu.
Jimin tidak dapat bertenang.
Daripada tadi kedua dua belah kakinya tak henti henti bergerak ke kanan ke kiri. Jimin berjalan mundar mandir di hadapan bilik kecemasan itu.
Bibir bawahnya digigit erat. Kedua dua belah tangannya pula disilangkan dan dirapatkan ke dada , menunggu dengan sabar keputusan keadaan Jira.
Sebaik sahaja sliding door bilik kecemasan itu terbuka , pantas sahaja Jimin menoleh memandang ke arah tersebut. Wajah doktor menghiasi pandangannya.
Tanpa berlengah masa , terus dia berjalan menghampiri doktor tersebut yang merupakan doktor yang ditugaskan untuk merawat Jira.
"Kamu ahli keluarga Shin Jira ?"
"Ta-tak. Tapi saya yang bawak dia ke sini tadi" aku berkata tenang.
Cuba sedaya upaya aku sembunyikan perasaan resah gelisah yang aku sedang rasakan ketika ini.
"Syukur , Cik Shin tak apa apa. Dia dalam keadaan yang stabil"
Mendengarkan sahaja kata kata doktor tersebut , Jimin terus menghela nafas lega.
"Kalau kamu tak bawak dia cepat ke sini sudah pasti dia dah mati kelemasan"
Aku hanya tersenyum lega.
"Boleh saya tengok dia sekarang , doktor ?" Jimin menyoal sopan.
"Cik Shin kena tahan dekat hospital dalam beberapa hari untuk dia berehat"
Jimin mengangguk perlahan mendengar apa yang diberitahu oleh doktor di hadapannya itu. Senyuman terujanya perlahan lahan memudar.
"Kalau takde apa apa lagi , saya pergi dulu ya ?"
"Te-terima kasih doktor"
Doktor itu hanya menguntumkan senyuman manis seraya mengangguk perlahan sebelum dia mula mengorak langkah meninggalkan Jimin.
Jimin menghela nafas lega.
+++
"Rasanya kau dah boleh terangkan dekat aku apa otak bodoh kau tu tengah fikirkan waktu tu" Jimin merenung wajah Rika tajam.
Rika dengan muka polosnya itu elok sahaja duduk bersila di atas sofa sambil mengunyah snack yang diambilnya di dapur.
Matanya tidak langsung diberi perhatian kepada Jimin yang berdiri tegak di sebelahnya itu. Televisyen di hadapannya lebih penting gamaknya.
"Park Rika , kau pekak ke sial ?!" Jimin menjerit marah.
Nafasnya mula tidak teratur. Dadanya berombak naik dan turun dengan lajunya. Perasaan marah dan geram terhadap wanita di hadapannya menguasai dirinya.
"Aigoo... kau ni bising lah Jimin. Tak nampak ke noona kau tengah layan running man ni ?" Rika memaparkan wajah tidak bersalah.
"Kau sendiri tahu aku ni lelaki yang berpegang pada janji. Itu semua tak bermakna yang kau boleh trick aku hidup hidup lah perempuan !!"
Rika mengeluh.
Snack yang dipegangnya itu diletakkan ke tepi. Pantas sahaja dia bangkit daripada duduknya dan terus berdiri tegak di hadapan Jimin.
Pisau lipat yang sentiasa dibawanya bersama itu dibuka dan dihalakan ke leher milik Jimin. Matanya dijengilkan memandang adik lelakinya itu.
"Berani kau sekarang tinggikan suara dekat aku , hm ?"
Jimin hanya merenung wajah Rika tajam. Langsung tidak takut dengaj pisau lipat yang bila bila masa sahaja aku dicucuk ke badannya itu.
"Aku jaga kau , besarkan kau sampai kau jadi macam ni. Ini yang kau balas dekat aku, Park Jimin ?"
"Rika , tolong jangan macam ni"
"Apa ?"
"Kau buat aku rasa macam nak lempang kau"
Mata Rika membulat. Agak terkejut sebenarnya kerana adik lelakinya yang sentiasa akur dengannya itu mampu berkata sebegitu kepadanya.
"Kau kenapa ? Takkan lah kau berubah sampai macam ni sekali hanya sebab perempuan bodoh macam dia tu ha ?!"
Jimin hanya diam. Matanya masih tidak henti merenung tajam wajah kakaknya seperti pemangsa ingin membaham mangsanya.
"Kau lupa janji kita ? Janji terakhir yang kita buat , Park Jimin ? Our last promise ?"
Jimin tersentak.
"Kau tu...." Rika mula menghiris perlahan lengan Jimin menggunakan pisau lipat yang dipegangnya itu.
Darah perlahan lahan mengalir daripada lengannya namun Jimin tetap membiarkan sahaja.
"...Lelaki yang berpegang pada janji bukan ? Jadi kau kena ikut cakap aku dan laksanakan our last promise together !"
"Tapi kau yang mungkiri janji kita. KAU CAKAP KAU TAKKAN KACAU JIRA KALAU AKU TINGGALKAN DIA !!"
Rika ketawa.
"Kau faham tak apa maksud 'tinggalkan' wahai adik ku sayang ?"
Jimin terkedu.
Lengan Jimin ditariknya perlahan sebelum dia mula mencucuk pisau lipat itu ke dalam lengan milik lelaki itu membuatkan dahi Jimin berkerut menahan sakit.
"Tinggalkan tu maknanya kau akan lupakan dia !"
Lengan Jimin dicucuk.
"Tinggalkan tu bermakna kau takkan fikirkan langsung tentang dia !"
Lengan Jimin dicucuk.
"Tinggalkan tu bermakna kau akan buang semuanya tentang dia !"
Lengan Jimin dicucuk.
"Arrgghhhh !!"
Rika tersedar dari lamunannya. Lengan Jimin yang sudah pun berdarah darah itu dipandangnya dengan mata yang membulat.
Pantas sahaja pisau lipat itu diletakkan di atas meja. Lengan Jimin yang sudah pun luka akibat dicucuk berkali kali dengan pisau lipatnya itu diusap perlahan.
"Sebab tulah kau tak boleh bersama dengan dia , hm ?" suaranya dilembutkan kepada Jimin.
Jimin memandang wajah Rika dengan dahinya yang berkerut. Pantas tangan Rika mengusap pipi Jimin lembut.
"Hanya aku seorang sahaja yang kau perlukan dalam dunia ni , Jimin. Dan aku hanya ada kau seorang je , Jimin. Aku hanya kau seorang je... A-aku tak mahu kau tinggalkan aku. A-aku tak mahu..." air mata Rika mula mengalir deras.
Riak wajah Jimin berubah tatkala melihat kakaknya mula menangis.
Pantas sahaja dia menarik tubuh kecil Rika dan memeluknya erat. Rika menangis teresak esak dan mula membenamkan wajahnya ke dada Jimin.
"Aku hanya ada kau , Jimin...."
Jimin hanya mampu berdiam diri.
Perlahan Rika meleraikan pelukannya dan mula mengangkat wajahnya bagi memandang wajah Jimin.
"Kau ingat apa yang aku katakan dulu ? Manusia ni semua dajjal. Hanya kita sahaja malaikat di dalam dunia ni. Kau sendiri nampak omma dan appa macam mana. Walaupun mereka sayangkan kita , tapi perangai dajjal mereka keluar dan akhirnya kita terpaksa hapuskan mereka!"
Air mata Rika mengalir.
"Mungkin kau takkan lihat lagi. Tapi lambat laun nanti Shin Jira pun akan berubah menjadi dajjal. Dan sebab itulah aku suruh kau untuk tinggalkan dia. Kau hanya perlukan aku seorang sahaja , Jimin. Jira bukannya malaikat. Dia hanyalah salah satu dari dajjal yang kau tak nampak lagi personaliti sebenar dia"
Jimin menundukkan pandangannya.
"Kau dah janji dengan aku bukan ?"
Pipi Jimin ditariknya perlahan menghadap wajah Rika. Mata Rika dan Jimin bertembung.
"You promise me that you will make my dreams come true. That is our last promise !"
Jimin terdiam.
"Ji...Jimin-ah... kau tak kesiankan noona kau ke , hm ?" pipi Jimin diusap perlahan.
"N-nae.... aku janji"
Tubuh Jimin pantas sahaja dipeluk oleh Rika erat. Rasa gembira sangat kerana adik lelakinya bersetuju untuk melaksanakan janji terakhir mereka berdua.
+++
Jimin's
Waktu rehat di sekolah sudah pun tiba. Dan sejujurnya , aku masih tidak boleh nak melupakan lagi apa yang terjadi pagi buta tadi.
Wajah Jira yang tak sedarkan diri dan wajah noona yang menangis teresak esak masih terngiang ngiang di dalam kotak fikiran aku.
Aku buntu. Aku tak tahu nak buat apa.
Terkadang aku rasa aku patut dihukum. Dibelasah dan dipukul sampai mati sebab aku dah libatkan Jira dalam urusan hidup aku sekaligus sudah pun membahayakan dirinya.
"Bodohnya kau , Park Jimin"
Sepanjang aku melaksanakan tugas yang noona bagi , smooth je. Aku dah kucar kacirkan hubungan Jungkook dan Soojin. Supaya Soojin sudah tiada sesiapa untuk dia bergantung.
Jadi aku boleh dekati dia perlahan lahan dan perangkap dia. Dengan itu , aku dapat beri peluang kepada noona untuk jelaskan semua urusannya dahulu dan membunuh Soojin.
Tapi malam semalam nampak seperti Jungkook dan Soojin sudah berbaik. Sebab Jungkook sambut birthday Soojin.
Aku mengeluh.
Hal berkaitan dengan Jira masih terngiang di dalam kepala aku. Macam mana aku nak bersama dengan Jira dan cuba menjauhi noona ?
Tiba tiba pandangan aku jatuh pada Jungkook yang sedang menikmati makanannya itu bersama dengan Taehyung di satu meja.
Satu idea mula muncul.
Aku terus bangkit daripada tempat duduk dan berjalan menghampiri Jungkook.
"So Bae Soojin dah maafkan kau ? Yakinnya kau" Aku menghampiri Jungkook dan berikan senyuman sinis kepadanya.
"Aku taknak gaduh , Jimin. So better kau blah sekarang. Tak nampak ke aku tengah makan ni ?"
Aku tersenyum sinis.
"Jeon Jungkook.... alolo semalam sambut birthday baby kesayangan dia lah" aku ketawa kecil. "Jungkook kau nak dengar suatu cerita tak ? Confirm menarik punya"
"Jimin, tolong blah. Aku mintak baik baik ni. Kau jangan sampai aku naik angin"
"Bae Soojin..." aku tersenyum sinis di saat Jungkook yang sedang menunduk pantas mengangkat wajahnya tatkala mendengar nama Soojin.
"Dia gugur anak kau kan ?" aku tersenyum sinis. "Kalau kau nak tahu aku yang upah geng Jihyun tu belasah teman wanita kau sampai dia gugur. Lagipun kau yakin ke tu anak kau ?"
"Apa maksud kau sial ?" aku tergelak kecil.
"Kau yakin ke Soojin tu bukan jenis perempuan pelacur ?"
"Apa kau cakap ni bodoh ???"
"Kau tak kenal Bae Soojin tu macam mana lah Jungkook" aku menggeleng kepala perlahan.
"Aku lebih kenal dia macam mana daripada kau Jimin , so better kau diam"
"Oh ye ? Kandungan dia tu bukan anak kau lah bodoh. Haha bodohnya kau"
Jungkook terkedu.
"Kau jangan buat lawak , Jimin" nada suara Jungkook berubah dingin.
"Nak tahu satu rahsia tak Jungkook ?" aku tersengih memandangnya.
"Aku dah banyak kali tidur dengan Soojin. Kandungan dia yang kau claim anak kau tu actually anak aku. Haih kesian kau kena jadi pak sanggup Jungkook. Dan bertuahnya aku dapat hapuskan bukti sebab dia dah gugur. Kalau tak memang kau kumpul pahala sebab jaga anak aku dengan dia jelah haha"
Bukkk !
Jungkook melepaskan tumbukan kuat di wajah aku membuatkan aku terjatuh ke lantai. Aku tidak membalas tetapi ketawa kuat.
Ini yang aku mahukan.
"Kau ni memang bodoh lah Jungkook" aku ketawa lagi.
Baru sahaja aku ingin bangkit daripada jatuh , Jungkook pantas menyepak mukaku membuatkan aku terjatuh sekali lagi.
"Kau cakap sekali lagi , apa yang kau cakap tadi Jimin ? Anak aku tu... anak kau ?" aku ketawa sinis.
"Aik ? Marahnya abang ni. Sayang sangat ke do kau dekat perempuan murah macam dia tu ?"
Jungkook menarik kolar baju aku kasar membuatkan tubuh aku bangkit secara paksa. Aku tersenyum sinis dengan bibirku yang sudah pecah dan berdarah.
"Jangan cakap macam tu pasal teman wanita aku"
"Oh ? Teman wanita kau ? Thank you bagi aku tidur dengan dia haha mantap jugak dia tu"
Sekali lagi muka aku ditumbuk membuatkan aku jatuh ke lantai. Aku langsung tidak membalas apa apa , kerana aku mahukan semua ini.
Aku mahu diri aku dibelasah teruk supaya aku dapat menghukum diri aku yang sudah pun banyak berdosa ini.
Ya , aku rasa bersalah. Dan aku rasa dibelasah sampai mati sahaja cara yang ada untuk hilangkan rasa bersalah aku.
Sekurang kurangnya kalau aku mati , tiada lagi mangsa yang akan mati.
Jungkook terus duduk di atas aku dan menumbuk muka aku berkali kali dengan kuat sekali.
"SIAL PERGI MATI KAU PERGI MATI !!!" Jungkook menumbuk aku berkali kali.
"SIAL MACAM KAU PATUT MATI !!!"
Aku hanya membiarkan sahaja dia membelasah diri aku. Kalau dia nak belasah aku sampai aku mati pun aku tak kisah kerana itulah balasan yang setimpal dengan aku.
Aku ni memang bodoh.
Tiba tiba Jungkook berhenti. Aku tak dapat lihat dan dengar apa yang berlaku kerana penglihata aku sudah menjadi kabur dan telinga aku pula seakan tidak berfungsi.
Kepala aku rasa pening dan sakit. Aku tak boleh nak bergerak langsung kerana tubuh aku rasa begitu lemah sekali.
Perlahan lahan senyuman aku terukir.
Good job , Park Jimin Good.
• to be continued •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro