Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

+ tiga puluh empat +

"Boleh ?"

Hani memandang wajah aku dan Jimin yang berada di hadapannya itu silih berganti. Nampak sangat budak Hani ni tengah blur blur lagi.

"Jadi.... kawan oppa ni kena halau rumah dan oppa nak mintak tolong Hani untuk bagi dia stay dekat rumah Hani ?" dia ulang balik apa yang Jimin cakap dekat dia.

Jimin terus mengangguk kepalanya laju.

Aku pandang wajah Jimin dan Hani silih berganti. Macam mana pulak Jimin boleh percayakan budak ni ?

Aku tak rasa budak tu macam faham dan dia nak benarkan aku untuk tinggal dekat dalam rumah dia ni.

Jimin cakap sepupu dia Hani ni hanya tinggal serumah dengan appa dia je. Dan appa dia sakit dan dia lah satu satunya anak appa dia yang ada untuk jaga appa dia.

Kalau Hani ni tak bagi aku tinggal sini macam mana ? Mana tahu dia rasa aku ni menyemak je kat sini kan kan kan.

"Okayyy !!"

Aku tercengang melihat wajah Hani yang berada di hadapan aku dan Jimin ketika ini. Dia dengan senyuman lebar dan innocent dia tu menjawab dengan baik sekali.

Tunggu , aku salah anggap ke apa dekat budak ni ?

"Kalau Jira eonni nak kawan oppa , Hani kena lah tolong !" dia tersenyum lebar.

Hurm mestilah dia tolong Jimin kan , Jimin kan crush dia waduh waduh.

Cuba kalau aku yang mintak tanpa bantuan Jimin , mahunya aku kena halau sekali dengan beg beg aku ni karang haih.

Alahai Jira kau ni kan selalu overthinking dan negative thinking pasal budak Hani ni. Cuba lah sekali sekala diam ke apa hurm.

"Hani ada satu bilik tetamu kosong. Eonni boleh tidur dekat dalam bilik tu tau. Nak Hani bawakkan beg beg eonni pergi bilik eonni ke ?"

"Ta—" kata kata aku tergantung apabila Jimin di sebelah menyampuk.

"Takpe , oppa boleh tolong Jira. Hani pergi lah tengok appa dulu. Nanti kalau ada apa apa , oppa panggil Hani , okay ?"

Jimin menghadiahkan senyuman manis kepada adik sepupunya di hadapannya itu. Aku hanya pandang sahaja dua ekor tenuk ni tanpa ada rasa minat.

Mendengarkan sahaja kata kata Jimin , Hani terus mengangguk kepalanya laju. Dia terus bangkit daripada duduknya dan mula menuju ke arah bilik appanya.

Mungkin nak tengok keadaan appa dia mungkin.

"Jom , kita pergi bilik kau" Jimin mengajak.

Aku hanya mengangguk perlahan. Aku dan Jimin serentak bangkit daripada duduk dan mula mengatur langkah menuju ke bilik tetamu yang dikatakan Hani sebentar tadi.

Aku dah cakap dekat Jimin yang aku nak bawak beg aku sendiri tapi dia berkeras nak bawakkan juga. Jadi aku biar jelah tenuk tu nak buat apa pun.

"So mulai malam ni kau dah boleh tidur dalam ni" Jimin bersuara sebaik sahaja kami berdua masuk ke dalam bilik ini.

Aku hanya memandang sekeliling bilik ini diam. Dekorasinya agak simple tapi aku tak kisah pun. Walaupun bilik aku jauh lebih besar , tapi aku tak kisah.

Aku berjalan menuju ke katil dan mula duduk di atas katil empuk itu. Jimin pula sedang meletakkan bagasi aku di tepi dinding bilik.

"Macam mana ? Okay ?"

Aku mengangguk perlahan.

Jimin tersenyum nipis. Dia mula melangkah menuju ke arah aku. Tubuh aku ditolaknya perlahan membuatkan aku terus terbaring di atas katil.

Dia menarik selimut katil dan mula menyelimuti tubuh aku sehingga paras dada. Aku hanya memerhatikan sahaja kelakuannya yang tak ubah macam boyfriend material.

Sebaik sahaja menyelimuti aku , rambut aku diusapnya lembut. Mata aku dan dia bertaut buat seketika sebelum dia mengucup dahi aku lembut.

"Kau rest je okay ? Kau tu demam kan"

Aku hanya diam.

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik ini , aku terus menarik tangannya membuatkan langkahnya terhenti.

"Ji-Jimin..."

"Ya sayang , kenapa ni ?" dia terus menghampiriku.

Aku tundukkan pandangan. "Bo-boleh tak kau temankan aku sekejap"

Dia ketawa kecil. Rambut aku diusapnya lembut. "Anything for you babe"

Aku tersenyum tatkala dia mula duduk di atas katil di sebelah aku. Tubuhnya didekatkan dengan tubuh aku. Tangannya mula tak henti membelai rambut aku lembut.

"Boleh aku tanya sesuatu ?" aku menyoal sambil mendongakkan wajah bagi melihat mukanya.

"Tanyalah"

"Kau memang rapat dengan Hani ke ?"

"Dulu waktu kecik kitorang rapat dan besar ni dah tak rapat tapi aku ada lah hubungi dia dan dia ada hubungi aku memandangkan rumah kitorang takdelah jauh mana"

Aku mengangguk perlahan sambil membuat mulut bentuk O.

"Kenapa ? Jeles ke ?" Jimin tersengih nakal.

"Ma-mana ada !" aku terus mengalihkan pandangan.

Malu lah aku kalau dia ingat aku ni sebenarnya tengah jeles dengan hubungan dia dan Hani. Lagipun diorang sepupu je kan.

"Jangan lah nak jeles. Dia tu adik sepupu aku je"

"Ta-tapi dia sukakan kau kan ?"

"Mana kau tahu dia suka aku , hm ?" dia tersenyum senget.

"A-aku tahu lah. Aku pun perempuan jugak mestilah aku tahu perasaan perempuan macam mana. Aku tahu lah dari cara dia layan kau semua tu"

"Aigoo... bidadari aku tu jeles ke , hm ?" dia menyoal lembut sambil kedua dua belah tangannya mencubit pipi aku perlahan.

"Kau nampak tak matang lah kalau kau jeles macam ni" dia berkata lembut.

Aku berdecit geram lalu memandang dia tajam. Dia cakap senang lah. Dia tak tahu perasaan jeles tu natural bagi setiap perempuan.

Walau macam mana pun kau cuba untuk tak jeles dengan perempuan yang rapat dengan teman lelaki kau , kau mesti takkan berjaya jugak.

"Hey Jira" Jimin memandang aku redup.

Dia menarik wajah aku dekat dengan wajahnya buatkan aku tergamam dan terkejut dengan jarak wajah kami yang terlalu dekat.

"Aku hanya sayang kau sorang jelah , budak tua !" Jimin membuat mimik wajah comel.

Serentak itu kedua dua belah pipi aku mula membahang. Aku ketap bibir rapat cuba untuk mengawal diri daripada tersenyum macam orang gila.

"Kenapa ? Cair ke ?" dia tersenyum senget.

"Baik kau jauh sekarang sebelum aku sepak kau , Park Jimin"

Dia ketawa kecil.

"Alolo pikir garang lah tu nak sepak orang ha ?"

"Kau jangan macam macam , aku boleh sepak kau sampai ke planet lain tau. Jangan pandang rendah dengan aku"

"Alolo comelnya budak tua ni marah marah" kedua dua pipi aku dicubit cubitnya geram.

"Yah Park Jimin !"

Dia ketawa kecil. Mungkin menyedari yang aku dah mula naik angin dengan perangai dia , dia terua melepaska tangannya dari pipi aku.

Dia mula bersandar di kepala katil duduk bersebelahan dengan aku.

Aku mendongak dan memandang wajahnya buat seketika yang sedang memandang hadapan. Entah dia termenung apa aku pun tak tahu.

Aku terus mengangkat tubuh dan membaringkan kepala aku di atas riba Jimin membuatkan dia pandang aku dengan muka terkejut.

"Jira—"

"Aku teringin nak baring atas riba kau. Macam dalam drama" aku tersenyum kecil.

Dia hanya tersenyum.

Tangan kirinya aku ambil dan pegang. Permukaan kulit tangannya aku usap perlahan dan kucup lembut.

Betapa hangatnya tangan Jimin ketika menggenggam tangan aku. Jujur aku cakap , aku sukakan kehangatan dari tubuh Jimin.

Jimin hanya tersenyum melihat aku yang dari tadi tak habis meneliti tangannya. Dia mula mengusap rambut aku perlahan dengan tangan kanannya.

Sedang aku mengusap tangan Jimin , mata aku tertancap pada bahagian parut yang ada di lengan kirinya itu. Aku mula menyentuh parut itu perlahan dengan jariku.

"Ni... parut apa ?"

Jimin memandang parut yang aku sentuh itu sekilas sebelum menjawab soalan aku.

"Aku kena toreh dengan pisau sebab tak ikut arahan kakak aku" Jimin menjawab tenang.

"Ini... pulak ?" aku mula menyentuh parut yang lain yang turut ada di lengan kirinya itu.

"Kakak aku bakar bahagian kulit aku tu sebab aku..."

Diam diam buat seketika.

"Sebab aku cuba rendam dia dalam air untuk bunuh dia"

Aku terdiam.

Parut Jimin aku usap perlahan. Entah kenapa hati aku rasa sakit dan pedih sangat sangat mendengar apa yang dikatakan Jimin.

Selepas sahaja tahu kebenaran bahawa dia terpaksa menjadi rakan subahat kakaknya yang merupakan pembunuh bersiri , aku rasa kasihan.

"You must've had hard time all alone , Jimin-ah..."

Dia hanya diam.

Air mata aku mula berkumpul di tubir mata. Aku tak tahu kenapa aku rasa kasihan dan sedih sangat dengan kisah hidup Jimin yang jauh lebih teruk berbanding aku.

Air mata aku mula mengalir.

"Ya-yah , kenapa kau menangis ni ?" dia cuba untuk menyentuh bahuku tapi pantas aku menarik tangannya dan menggenggamnya erat.

Jimin terdiam.

Tangan Jimin aku usap perlahan dan kucup lembut. Aku membenamkan muka aku di tangannya dan menangis teresak esak.

"Maafkan aku , sebab tak tahu apa yang kau lalui... hiks hiks... maafkan aku sebab tinggalkan kau seorang diri... hiks hiks... kalau kita bertemu lebih awal mesti kau tak akan...." aku mula menangis.

Jimin hanya mendiamkan diri.

Aku tak tahu kenapa , aku jadi lebih emosional tatkala mendengar suara tenang Jimin memberitahuku tentang apa yang dilaluinya.

Aku yakin , walaupun dia berbicara dengan nada yang tenang , namun jauh di sudut hatinya dia sedang terluka.

Lelaki ini , sudah lama keseorangan sejak kecil lagi.

"Aku janji takkan tinggalkan kau... a-aku janji...."

Air mata Jimin mengalir.

+++

Jimin's

Aku membuka pintu rumah dan menutupnya semula. Masuk sahaja ke dalam , seperti biasa suasana gelap gelita menyambut aku pulang ke rumah.

"Park Jimin"

Langkah aku terhenti tatkala mendengar suara seorang wanita dari arah ruang tamu.

Walaupun keadaan ruang tamu terlalu gelap namun aku dapat rasakan kakak aku berada betul betul berhampiran dengan aku ketika ini.

"Nampaknya kau memang cari pasal dengan aku"

Aku hanya diam.

Ppang !

Kepala aku tertoleh ke tepi. Walaupun rasa sakit dan pedih bagaikan berdenyut denyut di pipi aku ketika ini , namun aku biarkan sahaja. Aku tahan.

"Kenapa sampai sekarang kau masih tak mahu dapatkan Bae Soojin untuk aku , hm ?"

Aku hanya diam.

"Kau memang aku nak bunuh perempuan tu ke ? Apa nama dia ? Shin Jira ?" kakak aku ketawa kecil.

Aku terus menoleh memandang wajahnya. Aku menghadiahkan pandangan maut kepada perempuan di hadapan aku ini.

Dia tersenyum sinis.

"Aku tak suka dua perempuan tu. Sama ada ianya Bae Soojin mahupun Shin Jira sekalipun , aku nak bunuh kedua dua mereka"

Aku ketap gigi rapat sehingga rahang aku mengeras. Tangan aku digenggam erat sehingga membentuk penumbuk.

"Park Jimin , berapa kali aku nak cakap dekat kau , hm ? Tiada satu cinta pun yang abadi dalam dunia ni. Perempuan tu akan tinggalkan kau jugak nanti"

—Diam.

"Aku dah ajar kau bukan ? Cinta dan kasih sayang hanya akan dapat dirasai apabila kau bunuh diorang. Di saat mereka menjerit merayu pada kau untuk selamatkan mereka , kau tak rasa macam kau ni dewa ke hahahhahaha"

—Diam.

"Diorang sanggup mintak tolong kau untuk bebaskan diorang tau. Itulah kasih sayang dan cinta yang sebenar benarnya , adik ku sayang"

Wajah aku dipegangnya erat. Dapat aku rasaka hembusan panasnya di wajah aku.

"Daripada kau tunggu dan setia dengan perempuan bodoh macam dia tu. Dan menunggu masa dia tinggalkan kau. Lebih baik kau tinggalkan dia , Park Jimin"

"Noona , aku—"

"Tinggalkan dia atau kedua dua Shin Jira dan Bae Soojin mati. Pilih , Park Jimin"

Aku terdiam.

• to be continued •

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro