- tiga belas -
Langkah aku dan Jimin berhenti tatkala kami mula sampai di hadapan rumah aku. Aku mengetap bibir rapat , apa yang terjadi antara aku dan Jimin masih terngiang di kepala.
Perlahan lahan aku pusingkan badan menghadap Jimin di hadapan aku. Hampir ketawa aku bila aku nampak kedua dua belah pipi Jimin yang sudah berona merah.
Dia blushing ke tu ?
"A-aku nak balik dulu. A-anneyong" aku mengangkat tangan dan melambai kepadanya.
Baru je aku pusingkan badan membelakangi dia dan bersedia untuk membuka langkah , tiba tiba dia memanggil namaku.
Aku tersenyum kecil. Entah kenapa mendengarkan sahaja dia memanggil nama aku dah boleh buat hati aku berbunga bunga.
Aku berdehem perlahan sebelum memusingkan semula badan ke belakang bagi menghadap Jimin yang sedang memandang wajah aku.
"Kenapa ?" wajah selamba aku tayang kepadanya.
Dia ketap bibirnya rapat dan tundukkan kepalanya ke bawah buat seketika sebelum memandang wajah aku semula.
"Maaf"
Punya lah dia ambil masa yang lama hanya untuk cakap benda tu je dekat aku ? Heol.
"Kenapa ?"
"Kau tahu yang aku...." dia usap belakang tengkuknya perlahan.
"Kau buat apa ?" aku mengangkat sebelah kening.
Sengaja nak uji dia. Nak tengok macam mana reaction dia kalau aku buat buat lupa depan dia ni.
Dia terdiam. Terkebil kebil dia memandang aku. Aku tahan je diri aku ni daripada senyum dan ketawa. Sumpah aku cakap , Park Jimin nampak comel sangat sangat.
Kata kata aku kepadanya tadi terus buatkan dia hilang kata kata. Keadaan menjadi hening buat seketika di antara aku dan Jimin.
Aku tak tahan jadi aku ketawa kecil. Dia memandang aku pelik dengan keningnya yang terangkat. Kepalanya yang tak gatal dia garu.
"Ke-kenapa Jira ?"
"Eeee kau ni kan shomel lah memang aku fall lah dengan kau !" aku cubit kedua dua belah pipi Jimin dengan jari aku.
"Aduh sakit lah !" Jimin mengaduh sakit.
Aku ketawa dan lepaskan tangan aku. Dia mula memuncungkan bibirnya dan usap pipi dia perlahan. Eleh , sakit sangat lah tu ?
"Malam ni aku ada kelas ke dengan kau ?" aku menyoal.
Dia geleng perlahan. "Disebabkan mama dengan papa kau suruh aku tengokkan kau pagi ni so malam ni takde kelas. Ermmm esok ada"
Aku mengangguk kepala perlahan menandakan yang aku faham dengan apa yang dia katakan kepada aku.
"A-aku masuk dulu tau" aku senyum kepadanya.
Dia membalas senyuman aku perlahan. Aku terus pusingkan tubuh ke belakang dan masuk ke dalam rumah.
Tutup sahaja pintu rumah , aku terus menyandarkan belakang badan aku dengan pintu rumah. Senyuman aku mula terukir.
Aku pegang dada aku erat. Jujur aku cakap , jantung aku masih tak berhenti berdegup laju lagi. Aku cuba untuk tarik nafas dan hembuskan nafasku perlahan.
"Jira , relax okay ? Jira , kau relax je kau bo—" kata kata aku terhenti.
"Kyaaaaaaa !" aku terus berlari naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilikku.
Pintu bilik aku tutup rapat dan aku mula melompat ke atas katil. Bantal peluk aku peluk erat erat dan aku mula guling guling atas katil.
"Kyaaaaaa seksi gilos suara dia weh tadi !!" aku pejam mata aku rapat guling tak henti atas katil.
Aku terus berhenti dan mengubah posisi baring aku kepada duduk. Aku tersengih sengih miang seorang diri. Patung beruang aku ambil dan pandang.
"Hiks kenapa comel sangat ha kau tadi kenapa comel sangat haaa ?" patung beruang tu aku tumbuk tumbuk kuat.
Aku ketawa miang lagi. Badan aku kembali berubah ke posisi barung di atas katil sekali lagi. Senyuman lebar masih tak lepas diukirkan di wajah aku.
Ting !
Sebelah kening aku terangkat mendengar bunyi notification dari telefon aku. Telefon yang aku letak di dalam beg aku keluarkan dan mula melihat mesej tersebut.
Crush : goodnight :)
"Kyaaaaaaaaaa !!!!" maka aktiviti menggigit bantal peluk mula bermula.
+++
Jimin's
Aku tersenyum memandang tingkap bilik Jira daripada luar rumahnya. Daripada luar kot aku boleh dengar dia jerit jerit. Kepala aku geleng perlahan.
Macam macam perempuan pelik ni.
Aku keluarkan telefon aku. Telefon aku tadi aku off sebab aku nak spend time dengan Jira. Tak nak lah kalau ada orang kacau ke apa.
On sahaja telefon , senyuman aku terus pudar tatkala aku membaca notification.
3 missed call dari kakak aku dan 5 mesej daripada kakak aku yang aku terima. Aku gigit bibir bawah aku.
Mesej kakak aku dibuka.
Noona : jimin
Noona : kau dekat mana ?
Noona : kenapa kau tak jawab call ?
Noona : aku ada kerja untuk kau
Noona : jimin , aku mabuk
Aku melepaskan keluhan berat tatkala mata aku membaca mesej terakhir yang aku terima daripada kakak aku. Di mana mesej terakhir itulah yang buatkan aku risau.
Bila kakak aku mabuk.
Dia akan jadi gila.
Aku kena dapatkan dia sekarang jugak sebelum dia buat benda benda gila !
Aku terus berlari laju menuju ke condo aku dengan kakak aku. Tidak mengambil masa yang lama kerana condo rumah kami hanya berhampiran dengan rumah Jira.
Tiba sahaja di aras tingkat rumah aku , aku terus berlari laju ke rumah dan mula membuka peti password. Kata laluan aku masukkan dan pintu rumah aku terus dibuka.
"Noona kau ok—" aku yang tengah bukak kasut untuk masuk ke dalam rumah terhenti.
Apabila mata aku menangkap cecair merah pekat yang bertumpahan di atas lantai rumah. Bukan itu sahaja , bau hanyir juga mencucuk cucuk hidung aku.
Tak , aku takkan tekup hidung aku. Sebab aku dah biasa dan dah lali dengan bau darah macam ni.
Tak sah kalau rumah aku tak bau hanyir darah. Kau expect apa kalau penghuni rumah ini juga kedua duanya merupakan pembunuh ?
Aku melepaskan keluhan berat. Kasut aku cabut dan aku mula melangkah masuk ke dalam rumah. Darah darah yang bertumpahan di atas lantai aku elakkan dari terkena kaki aku.
Aku mula menoleh dan memandang ke arah ruang tamu. Di mana kakak aku sedang duduk di sofa di sana dengan di atas ribanya ada kepala manusia.
Kepala mangsa yang dia baru sahaja bunuh. Tapi yang menariknya kalini kepala lelaki pula. Selalunya dia hanya bunuh perempuan sahaja. Jarang dia bunuh lelaki.
"Noona" aku memanggilnya perlahan.
Dia yang tengah menonton televisyen itu terus mengalihkan pandangan dan memandang aku. Melihatkan sahaja wajah aku , senyuman lebar mula terukir di wajahnya.
"Omo adik noonaaa !" dia mula menepuk tangan berkali kali.
Aku mengeluh dan mula melangkah menghampirinya. Aku hanya diam sahaja memandang anggota tubuh yang telah dipisahkan itu disusun di atas sofa.
Memang cara kakak aku bunuh orang.
Memisahkan anggota badan mangsanya. Kaki , tangan , kepala dan semuanya. Aku memejam mata aku rapat dan mengeluh berat sekali lagi.
"Noona , okay tak ?" aku menyoalnya.
"Park Jimin" suaranya mula berubah tegas.
Dan aku tahu itu bukannya suatu petanda yang baik buat aku.
Dia perlahan lahan mengangkat wajahnya ke atas dan memandang tepat ke dalam anak mata aku. Matanya tajam menikam anak mata aku.
"Kenapa kau tak angkat call aku ?" dia ketawa sinis. "Kau fikir aku ni bermain main ke , hm ?"
Aku hanya diam.
"Macam mana dengan tugasan kau tu ? Bila kau akan jayakan semuanya , hm ?" dia tersenyum sinis.
"Noona..."
"Bila kau akan banggakan aku , Park Jimin ?" kata katanya membuatkan aku terdiam sekali lagi.
Tak mampu aku nak katakan apa apa kepadanya lagi. Aku buntu. Aku sendiri tahu yang aku tak dapat nak lawan kakak aku dengan cara macam ni.
Satu sahaja kesilapan yang aku lakukan , mahunya kepala aku pula yang akan dia penggal.
"Macam mana dengan Bae Soojin ? Bila kau akan dapatkan dia untuk aku , hm ?" kakak aku mula memandang televisyen di hadapan , tak mahu memandang wajah aku.
"Noona aku—"
"Kenapa ? Kau tak boleh lakukannya ke ?" dia memandang wajah aku semula. "Kau kata kat aku yang kau dah dapat detect dia dan sekarang kau tak boleh bawak dia kepada aku pulak , macam tu ?"
Aku terdiam.
"Park Jimin... kau lupa ke siapa yang jaga kau selama ni ? Kau lupa siapa yang bagi kau makan dan minum ? Kau lupa siapa yang lindungi kau daripada semua bahaya ni , hm ?"
Aku masih diam.
"Kau lupa siapa yang selamatkan nyawa kau ke , Park Jimin"
Aku ketap gigi rapat. Rahang aku mula mengeras. Kata kata yang baru sahaja kakak aku lontarkan kepada aku serta merta membuatkan aku teringat kejadian 12 tahun yang lalu.
Kejadian di mana aku mula mula belajar untuk membunuh.
Ketika aku hanya berumur 7 tahun. Di mana aku melakukan kerja kotor dengan tangan aku sendiri buat pertama kalinya.
"Park Jimin" tiba tiba kakak aku bangun daripada duduknya.
Dia mula melangkah ke hadapan menghampiri aku yang masih berdiri tegak di sini. Tangannya pulak tak lepas dari memegang rambut kepala manusia itu erat.
Kakak aku memandang tepat ke dalam anak mata aku. Bukannya pandangan yang biasa biasa , namun lebih kepada pandangan si pemangsa kepada mangsanya.
"Kau dapatkan Bae Soojin dan semuanya akan selesai , nae ?"
Aku hanya mendiamkan diri.
Sejujurnya aku tak pernah setuju dengan apa yang kakak aku ingin aku lakukan pada kali ini.
Lagi lagi apabila Bae Soojin yang kakak aku katakan sekarang ini telah diiktiraf menjadi teman wanita palsu kawan aku sendiri.
Memang lah aku yang brainwash Jungkook untuk jadikan Soojin teman wanita palsunya mengikut kepada deal jahat kami berdua , namun rancangan yang kakak aku aturkan buatkan aku rasa aku tak mampu lakukan.
Culik Bae Soojin dan biarkan Rika membunuhnya.
Tak , aku akan berdepan masalah besar dengan Jeon Jungkook. Kawan baik aku sendiri.
"Kenapa ? Kau tak boleh teruskan rancangan ini ke , hm ?"
Aku tundukkan kepala.
"Kau nak dapatkan Soojin untuk aku atau... perempuan baru tu aku jadikan mangsa pulak ? Untuk ganti tempat Soojin ?"
Mata aku membulat.
"Siapa ye nama budak tu ? Tak silap aku dia mentee kau kan ? Shin... Jira ?" dia ketawa sinis.
Perlahan lahan aku angkatkan kepala dan memandang tepat ke dalam anak mata kakak aku. Rahang aku mula mengeras. Tangan aku digenggam erat.
Dia tersenyum sinis. "Bawak Bae Soojin kepada aku atau Shin Jira akan jadi mangsa seterusnya"
Fuck.
●to be continued●
kan cite ni ada kaitan dengan first snow and his personal assistant kan ? so ingat lagi tak soojin ? cite ni aku tak ambik yang first snow wattpad version but buku version so kalau korang cam blur blur or tak faham ke apa ha padan muke sape suruh tak beli buku version punya HAHHAHAHAHA K TAK
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro