- sembilan -
Bibir aku diketap erat. Mata pula setia memandang ke siling putih. Perlahan lahan tangan diangkat dan diletakkan di atas dada milik aku.
Merasai betapa lajunya jantung aku berdegup.
"Tak guna... aku tak boleh tidur !"
Ada ke bangang si Jimin tu cakap macam tu dekat aku. Sumpah meremang aku satu badan. Dia lupa ke yang aku ni perempuan ha ?
Aku geleng kepala laju. Cuba untuk melupakan insiden yang berlaku antara aku dan Jimin. Ya , aku patut lupakannya ! Sudah Jira , baik kau tidur.
Mata aku terus dipejam erat. Cuba untuk membuatkan diri sendiri dibuai mimpi yang lena.
+++
"ALAMAK !!!" aku menekup kedua dua belah pipi dengan kedua dua belah tanganku.
Macam mana aku boleh terlupa yang harini merupakan hari sukan tahunan sekolah aku ?! Dah lah aku tak pergi training semalam. Bongoknya kau ni Jira !
Aku terus mengambil totebag aku dan pakai. Langkah aku laju sahaja diaturkan untuk turun ke tingkat bawah. Sudah lah aku terlupa yang harini hari sukan sekolah , lepastu datang lambat pulak tu.
Rumah sukan aku sudah lah ada buat training pagi ni untuk mereka yang menyertai acara balapan yang akan berlangsung pada harini. Acara padang pula akan dilaksanakan pada hari esok.
"Nak ke mana tergesa gesa ni sayang ?" teguran omma menghentikan langkah aku.
Aku terus menoleh memandang ke arah omma yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi untuk kami sekeluarga di meja makan. Aku gigit bibir bawahku dan pandang omma.
"Sorry ma , Jira dah lambat nak pergi sekolah ni" aku ketap bibir erat.
Tak pernah pernah lagi aku skip breakfast omma. Tapi harini sumpah aku dah terlambat sangat sangat jadi aku terpaksa skip breakfast untuk pergi training.
"Eh tapi makan lah dulu" omma pandang aku dengan pandangan yang berharap.
Aku tahu omma mesti rasa agak kecewa bila aku cakap macam tu dekat dia. Tapi nak buat macam mana kan ? Takkanlah aku nak skip training pagi ni. Dah lah acara aku pukul 9 pagi ni.
"Sorry ma !"
Tanpa memandang ke arah omma , aku terus berlari keluar daripada rumah.
+++
"Lambat betul kau datang" Yugyeom di sebelah mula menegur aku.
Aku terus toleh pandang dia sekilas sebelum pandang depan semula. Mula nak fokus untuk aktiviti memanaskan badan yang akan dilakukan rumah sukan magenta.
"Nasib aku backup kau tau tadi. Pres ada tanya mana kau and kenapa tak datang lagi so aku stood up for you and cakap kau pergi tandas"
Aku ukirkan senyuman lebar dan pandang Yugyeom. Sumpah aku suka berkawan dengan lelaki ni. Dia memang sentiasa bantu aku tau hiks terharu gua jadinya.
"Tapi yang pasti lepas habis acara harini , kau kena belanja aku makanlah"
"Paleotak kau" aku jeling dia tajam.
Pergh memang tak lah si Yugyeom tu nak tolong aku dengan ikhlas. Ada je benda yang dia nak aku belanja lah belikan lah apalah. Dasar tak ikhlas !
"Kau main acara apa harini ?" Yugyeom di sebelah mula bertanya.
Kami berdua masing masing dalam rumah sukan yang sama iaitu rumah sukan magenta. Memandangkan Yugyeom ni merupakan salah seorang peserta larian 100meter , dia pun turut serta ada bersama untuk menjalankan latihan pada pagi ini.
Aku dan dia mula memanaskan badan sama sama. Mendengarkan sahaja soalan daripada Yugyeom , aku teru buka mulut untuk menjawab soalannya.
"4 by 400meter and... 3000meter"
Yugyeom mengangguk tiga kali.
Aku ni pun atlet tau haa kau apa tahu. Dulu aku menang banyak acara tau. Tapi tahun ni appa limitkan aku untuk masuk beberapa acara je.
Sepatutnya appa tak bagi aku masuk apa apa acara pun.....
Tapi suka hati akulah kan. Hidup aku, aku boleh buat apa yang aku suka lah kan ?
"Kau okay ke ?" aku perlahan lahan menoleh ke arah Yugyeom tatkala dia mula bertanya soalan itu kepada aku.
Faham akan soalannya , aku cuba untuk ukirkan senyuman kepada dia dan mengangguk laju. Tak nak buat dia risau ke apa. Sebab masalah yang aku hadapi ni hanya keluarga aku dan dia sorang je yang tahu.
"Okayyy atlet semua dah boleh buat latihan !!"
Mendengarkan sahaja arahan daripada president rumah sukan , aku mula bersedia untuk berkumpul ke tempat atlet atlet kategori aku.
"Jira" lengan aku ditarik Yugyeom membuatkan langkah aku terhenti.
Terkebil kebil aku pandang dia. Apahal pulak mamat ni tarik tangan aku. Muka serious semacam je dah kenapa.
Dia berikan aku pandangan redup. "Hati hati. Aku tak nak kau pengsan macam haritu lagi"
Aku tersenyum nipis dan perlahan lahan mengangguk.
+++
Jimin's
Mentang mentang lah aku ni di hire jadi private tutor anak dorang and aku ni sebaya dengan anak dorang , boleh pulak dorang mintak aku tolong dorang buat semua ni haih.
Tapi sebenarnya aku tak kisah pun bila Encik Shin dengan Puan Shin suruh aku tak payah pergi sekolah dan pergi sekolah anak dorang untuk tengokkan anak dorang sekejap.
Dengarnya harini sekolah Jira ada buat hari sukan tahunan sekolah. Cepat betul sekolah dorang adakan hari sukan. Sekolah aku akan buat bulan depan so lama lagi tak payah training awal awal pun.
Masuk sahaja ke dalam perkarangan kawasan sekolah Jira , beberapa pelajar perempuan dalam baju sukan yang berwarna mula memandang ke arah aku banyak kali. Tapi aku buat tak layan je.
Aku angkat bekas bekal makanan yang mak Jira bagi dekat aku. Dia suruh aku bagi anak dia makan. Katanya anak dia akan bagi sorakkan untuk ahli rumah sukan dia jadi perlukan makanan yang banyak.
Apa apa jelah.
"Baiklah hari sukan tahunan Hanyoung Highschool akan dimulakan pada hari ini dengan acara kita yang pertama iaitu acara 3000meter terbuka bagi peserta perempuan !"
Sebelah kening aku terus diangkat tatkala telinga aku mendengar pengumuman yang baru sahaja diumumkan itu. Langkah aku terus sahaja diaturkan ke khemah khemah yang berada di padang sekolah mereka.
Mata aku meliar memandang sekeliling sehinggalah mata aku jatuh pada seorang perempuan yang aku amat kenali dalam pakaian sukannya yang berwarna putih magenta itu. Aku mengerutkan dahi.
"Mak dia takde pulak cakap yang dia atlet"
Malas nak ambil tahu lebih lanjut , aku terus mengambil tempat di bawah khemah yang ada di tepi padang yang akan menjadi track larian mereka.
Dengan tangan disilangkan dan dirapatkan ke dada , aku hanya memerhatikan sahaja acara yang akan berlangsung pada pagi ini.
Aku dapat tengok Jira lari sekali kan.
Aku pandang Jira yang berada di atas padang itu. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia betul betul tengah gementar sekarang ni. Aku tersenyum nipis.
"Hwaiting" aku berkata perlahan.
+++
Jira's
Aku menarik nafas dalam dalam dan menghembuskan nafasku perlahan. Cuba untuk menenangkan diri aku yang sudah semestinya dalam keadaan takut ini.
Walaupun appa dah larang aku untuk masuk acara sukan untuk tahun ni , tapi aku tetap nak masuk jugak. Peduli lah kalau appa nak marah ke apa.
"Korang semua bersedia tau , nanti cikgu tembak korang boleh mula" ujar Encik Jong selaku cikgu yang bertugas menjaga peserta acara ini.
Aku pejam mataku rapat. Kau boleh Jira , kau boleh !
Disebabkan acara ini merupakan acara yang terbuka , maka pesertanya pun tiada had. Dan untuk acara yang aku masuk ini , ada 12 orang peserta.
Kau boleh !
PPOMMM !
Aku dan peserta peserta yang lain memulakan larian perlahan tatkala bunyi pistol dilepaskan kedengaran menandakan acara kami sudah pun bermula.
Sorakkan dan jeritan daripada ahli rumah sukan yang lain mula kedengaran tatkala kami sudah pun memulakan larian. Mereka semua bersorak untuk menyokong rumah sukan masing masing.
Baru habis satu pusingan padang yang bersamaan dengan 400 meter , dada aku sudah mula terasa sakit. Tapi aku tahan. Aku tak boleh nak layankan rasa sakit aku tu kalau tak aku tak boleh menang !
Setakat ni aku mendahului peserta yang lain. Maknanya disini aku di tempat pertama. Jadi kalau aku berhenti sekarang , aku mesti akan ketinggalan dekat belakang sekali.
"Argh"
Pandangan aku mula kabur. Terasa sakit sangat kepala aku bagai dicucuk cucuk. Aku terus gelengkan kepala laju. Tak , kau tak boleh layankan perasaan tu Shin Jira.
Dada aku yang terasa sakit aku pegang. Berharap dengan tekanan yang aku berikan pada dada aku ini dapat menahan rasa sakit aku itu sedikit.
Tetapi semuanya hampa.
Perasaan sakit yang aku rasa itu makin menjadi jadi buatkan aku dalam tak sedar sudah pun mengerutkan muka aku menahan sakit yang aku rasa.
Larian masih diteruskan dan kedua dua belah kaki aku masih tidak tahu untuk berhenti. Walaupun peluh sudah meleleh di dahi dan rasa sakit aku makin menjadi jadi lagi , aku tetap berlari.
Demi rumah sukan aku , aku pasti boleh !
Aku Shin Jira. Penggalas gelaran olahragawati terbaik 2 tahun lepas !
Aku—
Langkah aku terhenti dan semuanya berlaku dengan sangat pantas. Aku jatuh terlentang di atas tanah. Tubuh badan aku tak mampu untuk bergerak langsung.
Pandangan aku menjadi begitu kabur. Dan aku rasa sangat sukar untuk bernafas. Aku tak boleh nak bangun untuk meneruskan kembali larian aku semula.
Ak-aku tak boleh...
Keadaan mula menjadi huru hara tatkala mereka semua menyaksikan aku yang sudah pengsan secara tiba tiba di track larian padang ini.
Beberapa orang pelajar yang merupakan ahli pbsm mula berlari ke arah aku bersama dengan cikgu bertugas. Mereka cuba untuk memeriksa keadaan aku.
"Mana tempat untuk angkat budak injured tu ?!" cikgu mula bertanya dengan nada yang kuat kepada pelajar itu.
"Ada ahli yang lain tengah guna cikgu. Lagipun kita ada satu je benda tu."
Kata kata pelajar itu membuatkan cikgu itu merengus kasar. Satu hal pulak dia nak kena angkat aku untuk ke khemah rawatan yang ada di padang ini.
"Biar aku angkat dia. Dia tanggungjawab aku."
Sebelum mata aku perlahan lahan tertutup dapat aku rasakan tubuh aku mula diangkat dan digendong oleh seseorang. Tubuh badannya yang sasa.
Dan baunya yang sangat familliar.
Park Jimin.
●to be continued●
sorry sebab dah lama tak update gaes ehek
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro