- sebelas -
Jira's
"Jimin, apa maksud kau ?" aku menyoal.
"Kemas barang kau dan mari kita balik rumah. Aku hantar kau balik."
Dahi aku berkerut. Tadi aku dengar dia cakap pasal bunuh eh ke pasal mangsa ke apa entah apahal tetiba kemas barang balik rumah ni ?
Jimin langsung tak menghiraukan aku, dia terus mengambil bekas makanan dan berjalan keluar dari bilik sakit ini.
Disebabkan tanak ditinggalkan seorang diri, aku terus ikut dia dari belakang. Kami berdua akhirnya keluar dari kawasan sekolah.
"Woi , acara sukan tahunan sekolah aku tak habis lagi lah. Takkan nak blah macam tu je ?"
Jimin terus menghentikan langkahnya apabila mendengar aku berkata begitu. Tubuh badannya terus dipusing ke belakang dan menghadap aku.
"Kau kena balik. Mak bapak kau amanahkan aku untuk bawak kau balik."
Dahi aku berkerut mendengar kata katanya. Dia fikir dia siapa nak arah arahkan aku ? Dan kenapa pulak bapak aku nak main amanah amanahkan dia ni ?
"Jangan banyak bunyi , just follow me." lengan aku dia tarik kasar.
"Argh sakitlah !" aku merentap tangan dan melepaskan lengan aku dari pegangannya.
"Shin Jira , apa masalah kau ?"
"Aku yang patut tanya kau , apa masalah kau yang sebenarnya ?"
Dahinya berkerut memandang aku. Aku menggulingkan mata ke atas sebelum menatap ke dalam anak matanya lama.
"Kau fikir kau siapa ? Kenapa aku kena ikut cakap kau dan kenapa kau nak kena arah arahkan aku ?"
"Shin Jira , ni arahan dari bapak kau dan aku—"
"Jimin kau sedar tak yang sebenarnya kau hanyalah private tutor aku je ?"
Kata kata yang meniti di bibir aku membuatkan Jimin terus terdiam. Tak mampu lagi dia nak balas apa apa kepada aku.
Aku mengeluh.
"Aku tak suka orang yang kongkong hidup aku. Ni hidup aku jadi suka hati aku lah aku nak buat apa."
"Shin Jira aku—" dia sekali lagi ingin menarik tangan aku tapi pantas aku menepis tangannya kasar.
"Aku menyesal jatuh cinta dengan orang macam kau. Kau sama je macam orang lain. A-aku fikir kau ni lain.."
Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Kami saling berpandangan lama namun masing masing tidak mengatakan apa apa.
Seolah olah aku dan Jimin sedang berbicara melalui pandangan mata kami.
Aku melepaskan keluhan berat sebelum mula melangkah pergi meninggalkannya. Ya , aku kecewa. Betul betul kecewa.
+++
Aku termenung memandang sungai Han di hadapan. Apa yang berlaku di antara aku sebentar tadi dengan Jimin terus buatkan aku rasa kosong.
Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang nj tapi... lebih kepada sedih.
Sepanjang aku hidup , aku tak pernah kenal apa itu erti kebebasan. Mama dengan papa tak pernah bagi aku buat benda yang aku suka.
Apa yang aku minat , aku tak boleh buat. Apa yang aku mahu buat , aku tak boleh buat. Seolah olah aku dijadikan seperti patung boneka dalam hidup aku.
Aku tak pernah belajar di sekolah rendah dahulu dan mama dengan papa hanya suruh aku home-schooling sahaja. Kata mereka , tak mahu aku dapat pengaruh buruk.
Aku terus dimasukkan ke dalam sekolah menengah. Tu pun apa yang aku lakukan semua diperhatikan oleh papa memandangkan papa merupakan pengetua sekolah.
Aku kena dapat markah sekurang kurangnya 90 markah ke atas bagi setia mata pelajaran. Aku tak boleh dapat rekod disiplin yang teruk.
Dan aku kena jadi apa yang mereka semua nak aku jadi.
Sejujurnya aku sukakan warna hitam dan putih tapi mama sentiasa menyuruh aku membeli barang berwarna purple dan pink kerana katanya lebih keperempuanan.
Aku sukakan lagu rap dan hip hop tapi papa tak bagi aku dengar semua tu. Papa suruh aku dengar lagu ballad sahaja. Kalau dia tahu aku practice rap , dia mesti akan hukum aku.
Pendek kata , dalam hidup aku. Aku tak dibenarkan untuk jadi diri sendiri.
Dan sejujurnya aku sedih dengan Jimin.
Aku fikir dia merupakan lelaki pertama yang menyokong apa yang aku suka lakukan. Aku fikir dia bukannya seperti orang lain yang sentiasa menyuruh aku untuk jadi seperti apa yang mereka inginkan.
Ternyata aku salah.
Park Jimin sama seperti orang lain.
Hanya tahu mengarahkan aku dan menyuruh aku buat apa yang mereka mahu aku buat. Tak membenarkan aku untuk jadi diri sendiri.
Kalau Jimin dah datang sekolah aku ni hm mesti dia akan bagitahu mama papa yang aku sertai acara sukan. Dan balik ni mesti aku akan dimarahi teruk.
Aku melepaskan keluhan. Kepala aku sandarkan pada bangku yang aku sedang duduk ini. Mata aku terus dipejam rapat.
"Kau buat apa ?"
Mata aku terus terbuka luas tatkala telinga aku menangkap suara garau seseorang menegur aku.
Bukak sahaja mata , mata aku terus membulat besar apabila wajah Jimin berada betul betul di hadapan mata aku. Jark wajah aku dan dia terlalu dekat.
"Jadi kat sini ke tempat kau nak merajuk ?"
"A-apa kau ni !" aku terus tarik wajah aku jauh daripadanya.
Jantung aku berdegup laju. Kau bayangkan jelah kalau silap langkah sikit tadi mesti aku dah tercium Jimin tau.
"Han River ? Kau suka pergi sini ke ?" Jimin menyoal.
Dengan selambanya , dia mula mengambil tempat di sebelah aku. Aku hanya membiarkan sahaja dia di situ.
Malas nak marah marah. Lagipun aku takde mood sekarang ni.
"Jira , kalau kau ada masalah. Kau bagitahu aku boleh tak ?"
Aku hanya diam.
Malas nak layan dia sekarang ni. Baik aku diam je and palau je dia sampai dia penat dan berputus asa dengan aku.
Pastu baru lah dia blah kan ?
"Shin Jira kau ni pekak ke ? Ke kau bisu ?" suaranya berubah ke nada yang lebih tegas.
Aku tak tahu macam mana aku boleh tersuka dekat lelaki kasar macam dia ni.
"Yah !" dia memanggil nama aku kasar.
"Jimin !" panggilan aku membuatkan dia terus terdiam.
Aku tak memandangnya , hanya memandang sungai Han di hadapan aku. Dia pula di sebelah memandang aku , menunggu jawapan daripada aku.
"Leave me alone , jebalyo..." aku mula merendahkan suara.
Jimin menatap wajah aku lama. Aku melepaskan keluhan berat. Aku rimas tahu tak. Dia ni tak faham bahasa ke ?
Aku cuma perlukan masa berseorangan.
"Jimin , kau ni tak faham bahasa ke ? kau—" kata kata aku tergantung tatkala dia tiba tiba sahaja menarik tubuh aku ke dakapannya.
Badan aku serta merta menjadi kaku tatkala dia memeluk tubuh kecilku erat. Mata aku membulat dan jujur aku cakap , aku terkejut dengan apa yang dia baru sahaja lakukan.
"Are you okay sayang ?" dia berdehem buat seketika. "Aku ada baca , yang perempuan akan rasa tenang bila lelaki yang dia suka panggil dia sayang bila dia tengah marah atau bersedih and i think this will work."
WAIT WHATTTTT ?
Hshshshhshshsh SAYANG APAKAH ?!
"Ji-jimin kau ni mabuk ke apa ?" aku cuba untuk meleraikan pelukan namun dia menahan tubuh aku.
Aku terkejut sekali lagi kerana Jimin langsung tak mahu meleraikan pelukan aku dan dia ini. Dia dah kenapa sebenarnya ?
"Aku tak rasa kau okay."
Aku hanya diam.
Keadaan menjadi hening buat seketika. Namun pelukan aku dan Jimin langsung dia tak mahu lepaskan. Aku hanya membiarkan sahaja dia lakukan begitu.
Kalau aku membantah tak nak peluk dia pun nanti dia tarik aku balik. Jadi aku biar jelah. Walaupun jantung aku dah berdegup kencang...
"Shin Jira , kau tak perlu tahan kalau kau tak nak nampak lemah. It's okay to cry and to be sad , no one are not allowed to be that way. Let it all go and you will feel more better."
Entah kenapa mendengar sahaja Jimin berkata seperti itu dengan lembut sekali membuatkan aku rasa sebak dan ingin menangis.
Bibir aku sudah mulu bergetar. Minda aku mula terngiang semula pelbagai memori memori sedih yang aku pernah lalui seumur hidup aku.
Di mana papa pukul aku kerana aku tak pandai dalam mengira matematik.
Di mana mama tak benarkan aku makan dan minum hanya kerana aku tak sengaja terpecahkan pasu kesayangan mama.
Di mana aku dikurung oleh mama dan papa hanya kerana aku berkawan dengan budak yang mereka tak suka.
Di mana aku dihukum dengan teruk hanya disebabkan tidak menjadi seperti apa yang mereka mahukan.
Air mata aku mengalir deras dan esakan tangis aku mula kedengaran. Terhinjut hinjut bahu aku kerana menangis teruk.
"Shuhh shuhh." Jimin menepuk perlahan belakang badan aku.
Hakikatnya bahawa aku hanyalah anak angkat mama dan papa membuatkan aku bertambah sedih.
Aku tak mahu hidup seperti ini.
Aku mahukan kebebasan. Aku mahu lakukan apa yang aku suka dan aku mahu lakukan apa yang aku mahu.
Aku mahu jadi diri sendiri. Aku mahu jadi Jira yang sebenar. Bukannya Shin Jira yang mama dan papa mahukan.
Tetapi Bae Jira.
Itulah nama aku yang sebenar sebelum aku dijadikan anak angkat mereka berdua.
"Jira , boleh aku tanya kau sesuatu ?" Jimin mula menyoal apabila tangisan aku semakin lama sudah semakin surut.
Aku tak sangka dengan menangis sebanyak mana yang boleh ini mampu membuatkan hati aku sedikit lega. Aku rasa puas.
Aku tak dibenarkan menangis.
Sebab papa tak suka. Papa kata manusia yang menangis ni lemah.
Jimin perlahan lahan meleraikan pelukan aku dan dia. Kedua dua belah bahu aku dia pegang erat dan dia memandang wajah aku yang sudah lencun dengan air mata.
Aku memandang wajah Jimin dan Jimin juga memandang wajah aku sebelum dia mengukirkan senyuman kecil.
Ibu jarinya mengesat air mata aku yang mengalir. Jujur aku katakan , jantung aku makin berdegup kencang. Jimin tersenyum lalu mengusap kepala aku lembut.
"Boleh kau bagi aku satu peluang tak , Jira ?"
"Peluang apa ?" aku menyoal denga suara yang serak basah kerana baru sahaja selesai menangis.
Dia gigit bibir bawahnya dan memandang aku dengan pandangan yang penuh berharap.
"Boleh tak kau bagi aku peluang untuk pujuk kau ?"
●to be continued●
hi gaesss ! neul nak promote first snow ni for sec batch btw ni last batch tau lepasni dah takde dah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro