Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

- lima belas -

Aku meletakkan kedua dua belah tangan aku di atas dada , merasakan betapa lajunya jantung aku tengah berdegup tanpa henti ketika ini.

Bibir bawah aku digigit kuat. Kotak minda aku pula daripada tadi tak habis habis nak putarkan semula kejadian yang jadi petang tadi.

Darah panas mula berkumpul di pipi aku dan membuatkan pipi aku berona merah. Senyuman kecil terukir di wajah aku. Muka aku tutup dengan kedua dua belah telapak tangan.

"Kyaaaaaaaaa !" sekali lagi aku guling guling atas katil macam orang tak betul.

Tak , kau boleh bayang tak crush kau yang kau suka and layan kau nak tak nak tetiba je ajak kau jadi girlfriend dia like wtf siapa je sia tak happy siot !

Aku ketawa miang sekali lagi. Boleh gila aku kalau hari hari macam ni. Mahunya papa hantar aku ke hospital tanjung malam ni jugak.

Jimin... muehehehehehehe.

Sedang aku melayan perasaan miang dan gembira aku , tiba tiba telefon pintar aku berdering menandakan ada seseorang sedang membuat panggilan.

Tanpa berfikir panjang , aku terus mencapai telefon yang aku letak di sebelah aku di atas katil. Skrin telefon aku pandang sebelum senyuman manis mula terukir.

Crush

"Hello ?" Pantas sahaja aku menjawab panggilan yang aku terima daripada Jimin.

"Hello ? Tak tidur lagi ke ?"

"Tak. Kau pulak ? Kenapa tak tidur lagi ?"

"Cuma... aku nak dengar suara kau sebelum tidur"

Aku terkedu.

Jantug aku dah mula buat larian pecut sekali lagi sampaikan aku sendiri boleh dengar bunyi degupan jantung aku berdegup laju ini.

"Jira ?"

"Ah ye ? Kenapa ?"

"Aku tak boleh nak tidur"

"Dah tu kau nak aku buat apa ?" aku ketawa di hujung kata.

Keadaan menjadi hening buat seketika di hujung talian membuatkan sebelah kening aku terangkat. Dia ni dah end call aku ke apa ?

Belum sempat aku nak jauhkan telefon aku dari telinga aku untuk melihat skrin telefon sama ada dia sudah memutuskan panggilan atau belum , tiba tiba dia memanggil namaku.

"Shin Jira"

"Hurm ? Ya Jimin ? Kenapa ?"

"Aku tertanya suatu benda"

"Apa dia ?"

"Betul ke kau akan bertahan dengan aku ? Kau akan masih sukakan aku walau sejahat mana pun aku ? Kau betul betul maksudkannya ke ?"

Aku mengangguk laju. "Ya , aku maksudkannya"

Walaupun dia tak nampak pun aku anggukkan kepala , tapi lantaklah. Aku tak kisah pun. Asalkan dia tahu yang aku jujur dengan dia.

"Kau pernah dengar tentang sex on phone ? Kau nak cuba dengan aku tak ?"

Mata aku membulat.

Aku tak dapat nak keluarkan sebarang bunyi pun sekarang ni sebab bulu roma aku dah meremang dah sekarang ni.

"Hiks aku gurau jelah haha"

Dia punya gurau tu...

"Okay lah aku nak tidur. Esok aku datang rumah kau. Aku hantar kau ke sekolah , okay ?"

"N-nae..."

Panggilan terus terputus. Aku terus letak telefon aku ke tepi dan memegang dada aku yang berombak laju tu.

Ni semua gila !

Dia nak kata yang perangai jahat dia tu sebenarnya perangai daddy ke weh ?! BAPAK DIA !

Ting !

Aku pandang telefon aku yang tiba tiba berbunyi menandakan ada notification masuk. Telefon terus aku ambil dan aku bukak.

Crush : goodnight :)
Crush : jangan lupa esok
Crush : ily

Membaca sahaja mesej yang dia berikan kepada aku itu , kedua dua belah pipi aku mula membahang. Aku cuba untuk tahan senyum tapi tak boleh.

"Kyaaaaaaaaa !"

+++

Pagi ni aku bangun awal dan aku habiskan waktu aku selama 30 minit dalam bilik mandi sebab aku sabun badan aku 5 kali dan syampu rambut aku 3 kali !

Takkan lah aku nak jumpa dengan Jimin dalam keadaan busuk dan serabai je kan ? Lagipun tak pernah pernah dia ajak aku ke sekolah sama sama.

Walaupun hakikatnya kami berdua bukannya dari sekolah yang sama , tapi dengan cara ini pun dah memadai.

Walaupun kami berdua baru sahaja memulakan hubungan ini , tapi aku tetap gembira. Sebab Jimin tak rejected aku macam dulu dia buat.

Eh tapi bagus apa kalau sekolah lain pun. At least aku takde cemburu buta. Dan dia tunggu aku lepas balik sekolah dari sekolah aku pun dah cukup sweet.

Aku memandang semula pantulan wajah aku di cermin sebelum menguntumkan senyuman manis. Harini aku pakai cekak ribbon. Cekak kesayangan aku.

"Untuk pertama kalinya aku pakai cekak ni untuk Jimin hehe"

Aku terus turun ke tingkat bawah. Mama dan papa yang ada di meja makan aku aku pandang. Senyuman manis aku berikan kepada mereka.

"Aik ? Gembira semacam je anak mama ni kenapa ?" mama menyoal.

Aku ketawa kecil.

"Ni mesti seronok sangat sebab tak sabar nak pergi Seoul Highschool tu" ujar papa yang sedang mengunyah roti.

"Seoul Highschool ? Sekolah Jimin ? Kenapa dengan sekolah tu ?" mama pandang wajah aku dan papa silih berganti pelik.

"Ni ha Jira nak join lawatan pelajar pertukaran sementara ke Seoul Highschool tu. Pemilihan semua dah buat semalam dan esok diorang akan pergi ke sekolah tu"

Mama mengangguk faham mendengar penerangan yang diberikan daripada papa. Aku hanya senyum sahaja.

Pancake di atas meja aku pandang sekilas sebelum pandangan aku jatuh pada mama.

"Ma , boleh tak kalau Jira nak bawak makanan ni makan dekat sekolah ?"

"Aik ? Kenapa pulak ? Kenapa tak makan dekat rumah ni je ?"

Aku tersenyum kelat. Kepala yang tak gatal aku garu perlahan. "Ji-jira nak kena siapkan kerja kumpulan kitorang dekat kelas tu ha"

"Hm suka hati kamu lah"

Aku tersenyum lebar tatkala mendengar kata kata yang meniti di bibir mama. Pantas sahaja aku mengambil bekas tupperware yang kosong dan aku bungkuskan pancake bersama dengan syrup.

Keluar sahaja dari rumah , aku dapat lihat Jimin yang menunggu aku di luar pagar. Kasut sekolah pantas sahaja aku pakai dan berlari keluar dari pagar.

"Hi Jimin !" aku menyapanya ceria.

Dia hanya membalas senyuman aku dengan senyuman nipis.

"Macam mana semalam ? Kau tidur lena ke ?" Jimin menyoal aku tatkala kami berdua mula berjalan beriringan menuju ke sekolah.

"Okay. Kau pulak ?"

Dia hanya mengangguk sahaja menandakan yang dia dapat tidur dengan lena malam semalam.

"By the way Jimin , waktu awal lagi" aku menghentikan langkah dan memandang jam pada tangan aku.

Kelas bermula pukul 8 tapi sekarang baru pukul 7:30. Ada lagi 30 minit sebelum waktu sekolah bermula.

"Kenapa ?" dia menyoal aku dengan sebelah kening aku terangkat.

"Kau dah makan ?"

"Belum. Kenapa ?"

"Kenapa tak makan lagi ?"

Dia tersenyum kelat. "Cuma... aku dah biasa tak breakfast pagi pagi ni"

"Kalau macam tu jom kita breakfast sama sama !"

Aku terus tarik lengan Jimin dan membawanya ke suatu tempat. Kami akhirnya tiba di Han River.

"Kenapa kita ke sini ?" dia menyoal aku dengan dahinya yang berkerut.

"Jom kita duduk sana !" aku terus tarik tangan Jimin dan membawanya ke sebuah bangku.

Duduk sahaja di atas bangku tersebut , bekas makanan yang aku bawak bersama itu terus dibuka penutupnya.

Jimin yang ada di sebelah aku terus aku pandang dan berikannya senyuman lebar.

"Kau nak sikit ?"

"Tak payah lah. Aku tak makan lah"

"Yah , Park Jimin. Kalau kau tak breakfast nanti macam mana kau nak belajar ? Dengan perut kosong tu kau fikir ilmu boleh masuk ke ?"

Dia menyandarkan belakang badannya dengan kepala bangku ini. Helaan nafas lega dia lepaskan. Lengannya direhatkan di atas kepala bangku tersebut.

"Jangan risau , aku dah biasa dah hidup macam ni"

"Jangan nak mengada. Kau makan sekarang" tak pasal pasal peha Jimin aku cubit kuat.

"Argh sakitlah gila !" dia mengusap pehanya.

Aku ketawa kecil. Malas nak layan dia yang tengah jeling aku macam nak makan aku ni , aku pun mula menyiapkan pancake yang ada dekat dalam bekas makanan ni.

"Makanan apa kau bawak ?" Jimin menggaru kepalanya yang tak gatal sambil memandang isi dalam bekas makanan aku.

"Pancake with syrup. Nak ?"

"Aku kata tak nak kan tadi"

"Kau nak kena cubit lagi ke ha ?"

"Okay okay fine" kedua dua belah tangan Jimin diangkat paras dadanya sambil memandang aku. "Aku makan okay ?"

Aku mengukirkan senyuman kemenangan setelah dia berputus asa untuk berdegil.

"Tapi kau kena suap aku lah"

Aku tergamam. Tangan aku yang sedang mengambil sudu dan garfu plastik itu terhenti. Pantas sahaja aku tolehkan kepala memandang dia.

Dia tergelak kecil melihat wajah aku. Gelakan tawanya membuatkan eye-smilenya comelnya mula terbentuk di mukanya yang kacak.

"Kenapa ? Hati kau berdegup laju ke bila aku cakap macam tu , hm ?"

Aku terus alihkan pandangan. Sedaya upaya pipi aku yang dah mula membahang dan berona merah ini aku cuba sembunyikan.

"Ma-mana ada !"

"Elelelele ye la tu" pipi aku dicucuk cucuk dengan jari Jimin.

"Kau ni tepilah !" aku tepis tangan Jimin kasar.

Kita kena tunjuk yang kita ni garang sikit. Walaupun sebenarnya dalam hati aku ni dah menjerit jerit sakan rasa macam nak pengsan je bila dia sentuh aku.

Tapi Jira kau kena ilek Jira. Jangan perangai bodoh kau keluar time time macam ni. Mampus kau karang kena label gedik ke gila ke tak pasal pasal.

Mungkin sebab aku ni lembap sangat , Jimin terus merampas bekas makanan tu dan mula menjamah pancake yang aku bawak tu.

Eh eh budak ni. Tadi kata dia tak nak.

"Jiraaaa" Jimin mula meleretkan suaranya membuatkan aku pandang dia pelik.

Tak pernah pernah dia buat suara gedik macam tu. Ni dah kenapa ? Kena santau pagi pagi buta macam ni ke apa ?

"Comot"

Jimin menunjukkan calitan syrup yang terkena pipinya itu sambil pipinya dikembungkan. Jimin ni dah kenapa nak goda aku dengan kecomelan dia.

"Nah tisu" seplastik tisu aku hulurkan kepadanya.

"Alaaaa aku nak kau yang tolong lapkan"

"Kau dah kenapa ? Mabuk ke apa ?"

Dia ketawa kecil. "Sebagai girlfriend aku yang baik kau kena lah dengar cakap aku"

"Hello , lap mulut kau tu bukan tugas seorang girlfriend okay ? Kau je yang malas nakharom"

Aku jeling dia tajam sebelum mengalihkan pandangan aku ke hadapan semula. Baru je aku nak meloloskan diri , tiba tiba Jimin menarik bahu aku kasar membuatkan tubuh aku berpaling ke arahnya.

Mata aku membulat tatkala wajah aku dengan wajahnya menjadi terlalu dekat. Mata aku bertemu dengan mata milik Jimin.

Jarak wajah aku dan Jimin terlalu sehinggakan aku dapat rasakan hembusan panasnya di wajah aku ketika ini.

Oh jantung aku tak berhenti berdegup !

Perlahan lahan Jimin tersenyum sinis. Matanya memandang bibir mungilku di hadapannya buat sekilas sebelum matanya kembali bertembung dengan mata aku.

"Kau nak tolong lapkan dengan tisu tu ke atau lap dengan bibir sexy kau tu ?"

Fuck you PARK JIMIN !

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro