Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

+ epilogue +

Jimin's

Kadang kadang dunia ini akan berputar bukan seperti apa yang kita mahukan. Dunia ini tidak semestinya akan akur dengan apa yang kita impikan.

Dunia ini memang tidak adil.

Namun kejadian ini juga lah yang membuatkan dunia ini nampak menarik dengan pelbagai jenis kisah dan ragam manusia.

Mungkin kisah aku kelihatan kelakar dan kedengaran lucu.

Seorang accomplice pembunuh bersiri yang berakhir dengan menyerah diri kepada pihak polis.

Semuanya berlalu dengan sangat pantas. Disebabkan aku mempunyai peguam bela yang handal dan juga nasib menyebelahi aku , aku hanya akan diringankan hukuman sahaja.

Kalau tidak , sudah pasti aku akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Disebabkan aku sudah pun terlibat dengan pelbagai kes pembunuhan yang berleluasa di bumi Korea ini.

Tapi aku berjaya terlepas. Dan aku hanya dihukum dipenjarakan beberapa tahun sahaja.

Hubungan aku dan Jira makin rapat.

Walaupun aku jarang dapat bertemu dengannya dan waktu melawat hanyalah singkat sahaja , tetapi dia tidak henti henti menghantar surat kepada aku.

Dia bercerita tentang kisah hidupnya di luar. Tentang macam mana dia di tempat kerja , macam mana dia dengan kawan kawan barunya.

Dan aku tumpang gembira dengan Jira.

Kerana dia dah selamat. Tidak lagi terlibat dengan apa apa hal yang dapat membahayakan dirinya dan nyawanya itu.

Untuk pertama kalinya aku dapat tersenyum lebar dan bahagia kerana perempuan yang aku suka pada akhirnya bahagia juga.

Walaupun kami berdua tak dapat nak jumpa sangat tapi aku masih mampu bahagia kerana Jira bahagia.

Dan akhirnya hari ini tiba juga.

Hari di mana aku bakal dibebaskan untuk melihat bumi Korea semula. Hari yang aku dapat menghirup udara segar di luar semula.

Aku akan dibebaskan.

Aku melangkah keluar daripada pagar pusat penjara tersebut. Dengan beg galas disarungkan di sebelah bahu dan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket.

Sebaik sahaja kaki aku menjejak tanah , aku tersenyum lebar.

Mata aku meliar memandang sekeliling , cuba untuk mencari keberadaan Jira. Dia ada cakap yang dia nak ambil aku harini tapi batang hidung dia pun aku tak nampak.

Aku hanya memandang kosong ke arah mereka yang juga turut dibebaskan pada hari ini dan dijemput oleh keluarga mereka dan rakan rakan mereka.

Aku cemburu lah jugak.

Aku memasukkan kedua dua belah tangan ke dalam poket seluar. Mata aku masih setia memandang sekeliling.

Kaki aku perlahan sahaja menyepak batu batu kecil yang ada di atas tanah itu. Bosan menanti Jira barangkali.

Entah dia ingat aku ke tak aku pun tak tahu. Sejak akhir akhir ni dia dah jarang melawat aku. Surat surat pun dia dah jarang bagi dekat aku.

Seminggu sebelum aku dibebaskan ni , dia langsung tak jenguk aku.

Aku rindukan dia.

Kepala aku masih setia ditundukkan ke bawah memandang batu batu kecil itu. Aku mengeluh berat.

"Mungkin dia dah lupakan aku"

Sudah Jimin , jangan menangis.

Aku menggigit bibir bawahku tatkala mata aku sudah mula berair. Aku tak nak nampak macam lelaki lemah menangis sebab perempuan.

"Dia dah bahagia. Kau patut bahagia bila dia dah bahagia" aku ketap bibir rapat.

Aku cuba untuk tersenyum.

Tidak kisah lah kalau Jira sudah pun melupakan aku dan meninggalkan aku seorang diri seperti ini , mungkin dia dah bahagia sekarang.

Dan mungkin dia sudah pun bertemu dengan seseorang yang dapat jaga dia. Yang lebih baik daripada lelaki seperti aku ini.

Kebahagiaan Jira , kebahagiaan aku jugak.

Baru sahaja aku ingin mengangkat wajah , mata aku membulat apabila sejambak bunga mawar merah dihulur betul betul di hadapan aku.

Aku mengerutkan dahi. Siapa pulak yang bagi aku bunga ni ?

Riak wajah aku berubah tatkala seorang wanita di hadapan aku yang memegang sejambak bunga itu mengalihkan sedikit bunga itu dari menyembunyikan wajahnya.

Aku terkedu.

Wanita itu tersenyum lebar. Bunga itu dikucupnya lembut sebelum dia menghulurkan semula kepada aku.

"Anneyong Park Jimin , long time no see ?"

Mata aku mula berair.

Pantas sahaja tubuh kecil Jira aku tarik perlahan masuk ke dalam dakapan aku. Air mata yang aku tahan tadi akhirnya bercucuran keluar juga.

"Aku rindukan kau , Jira. Aku rindukan kau sangat sangat"

Jira ketawa kecil. Dia terus membalas pelukan aku. Belakang badan aku diusapnya perlahan.

Aku mula menangis teresak esak.

Tipulah kalau aku tak rindukan perempuan ini. Aku lebih dari rindu dia.

"A-aku fikir kau dah lupakan aku , kau dah tinggalkan aku..." aku bersuara sebak.

Jira ketawa.

"Kau gila ke ? Buat apa pulak aku nak lupakan dan tinggalkan bakal suami aku ni ?"

Dahi aku berkerut mendengar apa yang baru sahaja Jira katakan kepada aku. Jap , aku salah dengar ke atau apa sebenarnya ?

Aku pantas meleraikan pelukan dan memegang kedua dua belah bahu Jira. Wajahnya aku pandang pelik. Dia hanya ketawa.

"Kenapa pandang aku macam tu ?" dia tersengih.

"A-apa yang kau cakap tadi , Jira ?"

Dia tersenyum. "Aku cakap , aku takkan tinggalkan dan lupakan bakal suami aku lah lembap !"

"Tu-Tunggu , bakal suami ?" aku pandang dia pelik.

Dia ketawa.

Tiba tiba dia menghulurkan semula sejambak bunga mawar itu kepada aku. Aku terus memandang sejambak bunga itu semula.

Bila aku perhatikan dengan teliti sejambak bunga tu , baru aku perasan ada sebuah kotak cincin yang dilekatkan bersama dengan bunga bunga itu.

Jira terus membuka kotak cincin itu dan menampakkan sebentuk cincin kepada aku.

"Park Jimin , jom kahwin dengan aku nak ?" Jira menyoal selamba.

Mungkin orang akan cakap perempuan macam Jira ni kelihatan seperti tak tahu malu sebab dia melamar aku untuk menjadi suaminya.

Tapi , jujur aku ingin katakan. Perempuan ini berjaya membuatkan hati aku kembali cair.

Aku tidak membalas soalan Jira namun wajahnya terus aku tarik laju dan mendaratkan bibirku ke atas bibirnya.

Mata Jira membulat.

Dia yang pada awalnya terkejut dengan tindakan aku perlahan lahan tersenyum dalam ciuman itu. Pantas sahaja dia membalas ciuman aku.

Aku memeluknya erat.

Walaupun kami berdua menjalani banyak dugaan dalam hubungan kami , namun perkara itulah yang mengukuhkan hubungan kami.

Kami menghadapi pelbagai bahaya dan pelbagai situasi yang menyukarkan , namun kami berdua tetap bersama.

Aku dah buat keputusan.

Aku akan buat janji terakhir untuk diri aku sendiri dan aku takkan pernah memungkiri janji aku ini sendiri.

Janji yang akan melibatkan aku dan juga Jira. Aku dan dia akan berjanji bersama sama.

Our last promise is to stay together until the end.

I love you , Bae Jira.

• the end •

so heyyooo ! akhirnya ff ni habis jugak hohoho !

Aku tahu ff ni complicated and korang cam confused kan sebab aku rushing nak habiskan terus ff ni and sorry to say sebab haritu aku hiatus lama gila sebab takde idea

aku mintak maaf sangat sangat sebab aku rasa ff ni aku tak bagi the best of me and aku takut korang tak suka ff ni em

aku nak tanya korang , ff ni best tak ? tapi aku malu sebab aku rasa ff ni tak best 😭😭😭

sorry sangat sangat , aku akan try harder untuk buat ff yang lebih baik dan aku janji akan improve skill aku okay ?

kepada yang setia membaca , mengevote dan mengoment , aku sayang korang sangat sangat muah muah muah HAHAHHA

hope korang boleh ambil pengajaran dalam ff ni walaupun aku rasa actually takde pengajaran pun— EH ?

last , i purple you my dear readers 🙆‍♀️💜

- neul <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro