Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

- enam belas -

Jimin's

Aku menanggalkan beg sekolah aku dan meletakkannya di bawah meja. Aku terus duduk di atas kerusi sebaik sahaja meletakkan beg aku.

Sesekali pemandangan di luar tingkap menjadi tatapan aku. Memandangkan tempat duduk aku berada di sebelah tingkap , memudahkan aku untuk melihatnya.

Aku tersenyum sendirian. Teringatkan kembali apa yang terjadi di antara aku dan Jira sebentar tadi.

Bukkk !

"Yah Shin Jira !" aku pegang pipi aku yang baru sahaja kena pukul dengan Jira.

"Ka-kau yang buat muka tak senonoh tu kenapa ?"

Refleks Jira terus bangun daripada duduknya sambil memandang aku dengan mukanya yang cemas.

Tanpa aku sedar , aku tergelak kecil. Entah kenapa aku rasa muka Jira sekarang ni nampak kelakar sangat.

"Tunggu , kau boleh gelak ? Lawak ke ha ?" Jira menjengilkan matanya kepada aku.

"Yah , kau ni memang tak boleh nak dibawa gurau ke macam mana ?"

"Tak , aku tak percayakan kau. Kau tu kalau kau nak cium aku memang kau akan cium betul !" dia tekup mulutnya dengan kedua dua belah tangannya.

Aku ketawa kecil.

"Kenapa ? Teman lelaki kau sendiri tak dibenarkan untuk cium kau ke ?" aku menyoalnya dengan sinis.

"Ji-jimin ak-aku..."

Aku tersenyum melihat Jira yang sudah pun buntu dan mati kutu ini. Tidak dapat memikirkan sebarang ayat langsung untuk membalas soalan aku.

Aku bangkit daripada duduk dan berjalan menghampirinya. Terkebil kebil dia memandang aku.

Aku memasukkan kedua dua belah tangan ke dalam poket seluar dan menundukkan sedikit tubuh aku untuk mendekatkan wajah aku dengan wajahnya.

Mata Jira membulat. Wajahnya diundurkan ke belakang sedikit kerana terkejut dengan jarak wajah kami berdua yang sungguh dekat.

"Shin Jira , kau sukakan aku bukan ?"

Dia perlahan lahan mengangguk.

"Jadi kenapa kau nampak macam takut sangat dengan aku ?"

Dia terdiam buat seketika.

Aku sendiri tak tahu apa yang dia tengah fikirkan sekarang ni. Tapi aku hanya menguntumkan senyuman manis kepadanya.

Aku membetulkan posisi badan aku berdiri dan kedua dua belah tangan aku mula menyentuh bahunya membuatkan dia sekali lagi terkejut dengan tindakan aku.

"Shin Jira , Jimin nak bagi awak sesuatu"

"Nae ?"

Kedua dua tangan aku perlahan lahan beralih ke sisi kepalanya. Serentak itu kepalanya aku tarik laju dan dahinya menjadi mangsa kucupan aku.

Matanya membulat kerana terkejut. Dapat aku rasakan tubuh badan dia kaku sebaik sahaja aku mengucup dahinya lembut.

"Aigoo.. pipi awak merah lah baby"

Kedua dua belah pipinya aku cubit dengan kedua dua belah tangan aku dan tersenyum lebar menampakkan eye-smile aku.

"Jom kita pergi sekolah sama sama , ya ?"

Aku tersenyum sendirian dan menggeleng kepala perlahan. Aku tak sangka muka terkejut perempuan tu boleh nampak comel.

"Yow Jimin-sshi"

Seokjin yang entah datang dari ceruk mana tiba tiba sahaja duduk di tempat di hadapan aku. Dia menarik kerusi pemilik meja hadapan aku menghadap ke arah aku.

Laju sahaja dia duduk di atas kerusi itu dan memandang wajah aku. Sebelah tangannya diangkat dan dagunya direhatkan di atas telapak tangannya.

Aku mengangkat sebelah kening memandangnya dengan wajah yang pelik. Dah kenapa lelaki ni datang tempat aku tiba tiba ?

"Cikgu Joe suruh aku sampaikan benda ni dekat kau"

"Benda apa ?"

"Kau tahu kan tentang lawatan pelajar pertukaran sementara dari sekolah jiran kita tu ?" aku mengangguk sebagai jawapan.

"Cikgu suruh kau terlibat sekali dalam program tu. So maknanya kau akan handle sekali semua benda yang diperlukan"

"Aik ? Tapi tu bukan korang punya tugas ke ? Tugas Badan Wakil Pelajar kan ?"

Seokjin mengangguk seraya tersenyum. "Memang tu tugas kitorang tapi ada certain BWP sibuk nak uruskan hari karnival sekolah nanti. So kitorang kekurangan ahli jadi aku suggestkan kau untuk tolong"

"Apesal aku ?"

"Sebab kau Park Jimin ?" Seokjin ketawa.

Aku menggulingkan mata ke atas. Apa dia ingat lawak ke benda ni sekarang ni ?

"Apepun , harap kita dapat bekerjasama esok. Byebye !"

Seusai sahaja berkata begitu kepada aku , Jimin terus pergi meninggalkan aku seorang diri di tempat aku. Aku melepaskan keluhan berat.

+++

Jira's

Malam ini aku ada kelas dengan Jimin memandangkan dia masih lagi private tutor aku. Macam biasa , malam malam macam ni jugak mama dengan papa takde dekat rumah.

Diorang berdua sibuk dengan kerja so boleh dikatakan setiap malam jugaklah dorang berdua takde dekat rumah. Jadi aku akan duduk rumah sorang sorang.

Ikutkan sepatutnya orang gaji aku ada je teman tapi memang dah dijadikan peraturan yang papa kenakan pada orang gaji tu.

Dia hanya bertugas pada waktu yang telah ditetapkan sahaja. Tamat sahaja waktu itu , orang gaji itu dikehendaki untuk balik ke rumahnya semula.

Harini Jimin ajar aku subjek Science. Subjek yang aku memang suka hahhahaha. Tapi tula aku tahu bab reproduction je. Bab lain aku bodoh sikit.

"So maknanya yang ni buat macam ni kalau yang tu pulak buat macam tu , kau faham tak ?"

"Jap jap jap , aku tak faham lah"

Aku mengerutkan dahi. Kepala yang tak gatal mula digaru.

Satu hapak apa yang Jimin terangkan dekat aku , satu pun aku tak faham. Dia guna bahasa Tamil ke apa do sampai aku tak faham.

"Jira please , exam dah nak dekat ni. Kau fokus sikit boleh tak ?" dia menjeling aku tajam.

"Ye ye aku memang tengah fokus pun tapi masalahnya aku tak faham"

Aku kembali garu kepala aku yang tak gatal. Masih menayangkan wajah blur dan tidak tahu di hadapan mukanya.

"Kau tengok ni" buku teks di atas meja ditunding dengan jarinya.

"Jantung manusia akan berdegup laju apabila terjadinya suatu benda yang mengejutkan dan nerve cell kita akan bagi impulse dekat brain and buatkan involuntary action berlaku. Contohnya bila kau terpegang suatu benda panas and then tangan kau detect benda tu panas and serta merta kau akan tarik tangan kau tu jauh daripada benda panas tu , faham ?"

"Involuntary action tu pebende pulak aduhh" aku garu kepala.

Jimin melepaskan keluhan berat. Mungkin berputus asa dengan aku yang masih tidak faham.

"Kalau macam tu , aku akan buat experiment"

"Hurm ?" sebelah kening aku terangkat.

Tiba tiba Jimin menghampiri tubuhku membuatkan mata aku membulat memandangnya.

"A-apa yang kau nak buat ni ha ?"

Jimin tiba tiba sahaja menolak tubuh aku perlahan lahan baring di atas sofa ruang tamu ini. Dan entah kenapa aku hanya biarkan sahaja dia berbuat begitu.

Jantung aku berdegup laju.

Jimin betul betul berada di hadapan aku. Bukan , di atas aku. Dia merehatkan kedua dua belah tangannya di sisi kepala aku. Mata kami bertembung.

"Jantung kau berdegup laju kan ?"

Aku perlahan lahan mengangguk.

"Kalau aku kiss kau pulak , apa akan jadi ?"

"N-nae ?"

Belum sempat aku ingin berbuat apa apa , Jimin lebih pantas mengucup bibir aku membuatkan mata aku terbuka luas.

Jimin memejam matanya rapat dan mencium bibirku lembut sekali. Kulit sofa aku genggam erat.

Perlahan lahan aku juga membalas ciumannya.

Dia menarik tubuh aku dekat dengannya. Tangannya menahan belakang leher aku erat. Ciuman masih tidak dileraikan.

Jantung aku berdegup laju. Begitu juga dia.

Dia menarik pinggang aku dan membawa aku dekat denganku sehingga tiada jarak di antara kami. Baru sahaja hendak sampai ke klimaks, tiba tiba Jimin berhenti.

Kami berdua cuba untuk mengambil nafas.

"Tengok , pipi kau merah. Itu involuntary action. Reaksi yang berlaku tanpa kau sempat untuk berfikir"

Aku terkedu.

"Faham ? Kalau macam ni hari hari aku kena buat experiment dengan kau untuk kau faham"

Ha sudah. Jimin nak ajar aku buat experiment bab reproduction ke ?!

Dia tersenyum sinis apabila aku menayangkan wajah cemas dan terkejut aku sekali lagi di hadapan dia.

Tiba tiba dia sekali lagi menghampiri aku dan duduk di atas aku semula. Weh baru tadi dia buat aku naik gila sekarang takkan dia nak seksa aku lagi woi !

"Apa yang kau fikir ha ?" dia tergelak kecil menampakkan eye-smilenya.

"Fi-fikir apa ?" aku pandang dia gugup.

Aku menggenggam erat baju yang aku pakai ini. Kau gila tak takut bila lelaki hot tengah duduk betul betul atas kau dengan gaya dia yang daddy nak mati.

"Aku okay je kalau kau tanak bagi aku balik rumah"

"Nae ?"

Dia tersenyum sinis. "Esok kau nak datang ke sekolah aku , tak ke sepatutnya aku welcoming kau dulu , hm ?"

"Nae ?"

Dia sekali lagi mendekatkan tubuhnya dengan tubuh aku membuatkan mata aku terus membulat kerana terkejut dengan tindakan dia.

Aku memejam mata aku rapat dan menarik nafas. Rasa jantung aku sekarang ni macam nak meletop dah sebab jarak aku dan Jimin terlalu dekat.

Tapi tiada apa yang berlaku.

Aku dapat dengar suara gelakan tawa kecil Jimin. Aku terus buka mata luas dan memandang dia di hadapan yang tiba tiba sahaja ketawa.

"Comel"

Terkebil kebil aku pandang dia.

Dia mula menjauhkan balik diri dia daripada aku dan mula mengemas barang barang tulisnya di atas meja.

"Kelas kita dah tamat jadi aku balik dulu tau"

Aku perlahan lahan bangun daripada posisi baring aku di atas sofa ini. Jimin yang sedang sibuk mengemas barangnya aku pandang gugup.

Lelaki ni memang bahaya.

Aku tak yakin yang jantung aku akan baik baik sahaja bila ada dengan dia. Jantung aku boleh berhenti berdegup bila bila masa sahaja kalau ada dengan dia dalam keadaan macam ni.

"Shin Jira"

Aku mengangkat wajah dan memandang Jimin yang sudah pun merenung ke arah aku. Terkebil kebil aku memandang dia.

Apa yang terjadi di antara aku dengan dia sebentar tadi masih terngiang di dalam kepala aku membuatkan jantung aku tak berhenti berdegup.

"Jimin mintak maaf kalau buat Jira tak selesa" dia tersenyum tawar.

Aku hanya diam.

"Kalau Jira tak suka , bagitahu Jimin. Jimin akan elakkan buat benda yang Jira tak suka"

"Park Jimin" panggilan aku membuatkan dia menoleh memandang aku.

"Kenapa kau mintak aku jadi teman wanita kau ?"

Ya , aku perlu tahu jugak sebab dia. Memang lah aku gembira sebab dia jadikan aku teman wanita dia. Tapi aku perlu tahu juga apa sebabnya.

Kerana perkara ini berlaku secara tiba tiba. Aku tak expect langsung lelaki yang asyik rejected aku ni boleh mintak aku jadi teman wanita dia.

Dia tersenyum. "Rahsia"

• to be continued •

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro