- empat -
Jimin's
Pertemuan aku dan Jira di rumahnya tadi hanya sementara sahaja. Aku pergi sana sekejap je untuk sesi perkenalan dan esok lepas balik sekolah baru aku akan mulakan sesi pembelajaran.
Aku berjalan menuju ke bangunan condo rumahku. Butang lif aku tekan.
Pintu lif perlahan lahan terbuka membuatkan aku terus mengangkat wajah untuk melihat ruang lif yang terbuka itu.
Dan ada seorang perempuan.
Jung Haemi.
Aku terus masuk ke dalam lif tersebut dan berdiri bersebelahan dengannya. Mata kami bertembung buat seketika sebelum dia mula menatap telefon pintarnya semula.
Aku hanya diam duduk di sebelahnya.
Telefon pintar aku dikeluarkan dari dalam poket seluar. Mesej daripada kakak , aku baca.
Keluhan berat aku lepaskan.
Haemi yang berada di sebelah aku pandang. Mata dia masih melekat di skrin telefon pintarnya.
Aku berdehem perlahan membuatkan dia yang rasa terganggu dengan deheman aku terus menoleh memandang ke arah aku.
Dia pandang aku terkebil kebil. Aku hanya berikan dia senyuman manis. Jari aku ditunding ke arah belakangnya.
"Zip beg awak tak tutup"
Mata dia terus membulat. Terus sahaja bagpacknya ditarik untuk melihat kalau kalau dia tidak zip begnya semula.
Menyedari kecuaian diri yang tidak zip beg sendiri , dia tersenyum malu. Pantas sahaja bagpacknya dizip.
"Terima kasih" dia menundukkan kepala kepada aku sebagai tanda hormat.
Aku hanya tersenyum.
"Awak ni... Park Jimin sunbaenim kan ?" dia bertanya lembut membuatkan aku mengangguk.
"Oppa yang join Math Competition kat Seoul Highschool tu kan ? Oppa sumpah pandai gila !" dia tersenyum lebar.
Aku hanya ketawa kecil. Mulut dicover sedikit dengan telapak tangan supaya gelakan tawa kuat tidak terletus.
"Exam tak lama lagi kan ?" aku menyoalnya. Dia angguk laju.
"Nak oppa bagitahu rahsia nak pandai dalam math ?"
Matanya terbuka luas. Dia terus angguk laju.
"Ikut oppa"
Disebabkan Haemi terlalu lurus bendul percaya dengan kata kata aku , aku terus bawak dia ke aras rumah aku.
Bagus , disebabkan cctv dalam lif tu cctv fake dan aras aku tidak mempunyai cctv langsung , kerja aku akan jadi lebih senang.
Tiba sahaja di hadapan pintu rumahku. Aku mula membuka kotak password dan memasukkan kata laluan untuk membuka pintu rumahku.
"Oppa , takpe ke oppa bawak saya masuk rumah oppa ? Mak dan ayah oppa ada tak ?"
Aku terkedu.
"Oppa takde mak dan ayah"
Dia agak terkejut dengan jawapan aku. Bibirnya terus diketap rapat.
"Ma-maafkan saya"
Aku hanya tersenyum nipis dan menoleh memandang dia yang berada di belakangku.
"Jangan risau , tak terasa pun" bukak sahaja pintu rumah , aku terus menjemputnya untuk masuk.
"Wahhh kemasnya rumahh" dia tersenyum lebar sambil amati segenap ruang rumahku.
Aku hanya tersenyum memandang dia yang tak ubah macam budak budak.
Jung Haemi merupakan salah seorang junior di sekolahku dan dia juga kebetulan duduk berhampiran dengan condo ku.
Rasanya dia datang ke bangunan condo ini untuk berjumpa dengan rakannya.
"Oppa tinggal dengan kakak oppa ke ?" dia tiba tiba sahaja bersuara.
Dia sudah pun berada di hadapan rak yang terletaknya pelbagai gambar gambar aku dan kakak aku.
Satu gambar diambil dan diperhatikannya dengan senyuman lebar.
"Lawanya kakak oppa. Muka dia macam barbie doll" Haemi tersengih.
Aku hanya berikan pandangan kosong kepadanya.
"Mana kakak oppa ?" dia menoleh memandang aku.
"Kerja. Besok pagi baru dia balik"
Dia mengangguk faham. Gambar yang dipegang diletakkan semula di atas rak gambarnya. Matanya masih tak lepas memandang wajah kakak aku yang ada di gambar gambar tersebut.
Ya , rupanya tak ubah macam barbie doll.
"Haemi-yah"
"Nae ?" dia menjawab tanpa memandang aku.
"16 January , 16 May , 16 October , tau tak apa tarikh semua ni ?" aku menyoal dengan nada yang mendatar.
"Hurm ? Kenapa dengan tarikh tu ?"
"Tu tarikh kakak oppa balik kerja lambat. Esok pagi baru dia balik rumah"
Dia mengangguk. Seolah olah cuba untuk mengerti apa yang aku katakan kepadanya. Walaupun sebenarnya aku tahu dia tidak mengambil serious tentang semua perkara ini.
"Oppa nak pergi bilik dulu ambil buku latihan tu , kamu duduk lah sini dulu ya"
Dia hanya akur sahaja. Tanpa banyak soal , dia terus duduk di sofa ruang tamu rumahku.
Perempuan bodoh.
Aku tidak terus masuk ke dalam bilik tidurku , sebuah bilik yang terletak di hujung sekali menjadi destinasi utama aku.
Masuk sahaja ke dalam bilik itu , terdapat sebuah bingkai gambar besar
Bingkai gambar itu aku tarik dan terdapat satu ruang yang telah pun dihasilkan di belakang dinding tersebut.
Dengan pandangan kosong , tangan aku terus mencapai sebuah penukul besi besar yang pada hujungnya dibalut dengan kain yang tebal.
Penukul tersebut dibawa keluar dari bilik tersebut.
16 January...
16 May...
16 October...
Dia tak sedar ke tarikh pada hari ini sebenarnya 16 January ?
Bodoh.
Kerana pada tarikh tersebut , di mana aku akan menjalankan tugas aku. Tugas melakukan perbuatan keji.
"OPPPPAAAAA !!"
+++
Aku mengheret tubuh Haemi dengan menarik kedua dua belah tangannya yang menyebabkan badannya terheret mengikuti langkahku.
Darah darah pekat mengalir membasahi lantai tatkala aku mengheret tubuhnya. Tidak terlalu banyak , tapi terlalu cukup untuk mengotorkan lantai rumahku.
Tiba sahaja di hadapan sebuah almari kayu antik kepunyaan kakak aku , aku menghentikan langkah. Tubuh Haemi aku letak sebentar.
Dengan tenaga yang masih tersisa aku gunakan untuk menolak almari besar tersebut ke tepi supaya memberi ruang untuk aku lihat..
Sebuah pintu tersembunyi.
Pintu besi yang tiada siapa pun tahu kewujudannya di dalam rumahku ini.
Tangan aku yang sudah pun berlumuran darah aku pandang buat seketika. Aku rasa nak menangis.
Ya , aku takut.
Takut pegang penukul tersebut dan gentar untuk memukul perempuan tersebut tanpa ada perasaan belas kasihan pun.
Tapi disebabkan aku sudah pun terbiasa dengan semua ini , aku jadinya tidak kisah. Bagi aku , semua perkara ini sudah seperti perkara yang aku patut lakukan.
Rutin harian ?
Aku berjalan menghampiri pintu besi tersebut. Tangan aku yang terketar ketar mula dinaikkan ke atas dan ketukan dihasilkan sebanyak tiga kali.
Tunggu.
Tunggu.
Dan tunggu.
Klerk !
Pintu besi tersebut perlahan lahan terbuka dari dalam. Tubuh badan aku terus menggigil melihat apa yang aku lihat. Mata aku terbuka luas.
"Kau dah uruskan semuanya ke , dik ?" wajah seorang perempuan yang tak ubah seperti barbie doll menerjah pemadanganku.
Dengan senyuman lebarnya sampai ke telinga. Gigi putihnya yang kelihatan tajam dan darah pekat yang mengalir keluar dari celahan giginya.
Matanya dibuka luas untuk memandang aku. Matanya yang sudah sedia bulat membuatkan aku berasa gerun untuk melihatnya.
Tubuh badannya yang memang kurus bagaikan tiada isi lemak , membuatkan tubuh badannya kelihatan seperti tulang bergerak.
"Bagi aku budak tu ehehe" dia tersengih lebar.
Air liur yang bercampur dengan darah pekat keluar dari celahan giginya sehingga mengalir di dagunya.
Menggelikan.
Aku ketap bibir rapat.
Tangan aku yang masih berketar perlahan lahan mengheret semula tubuh badan perempuan itu yang sudah pun lemah.
Tatkala menarik tubuh Haemi untuk dibawa masuk ke dalam bilik rahsia itu , mata aku menangkap katil kecil yang dijadikan tempat untuk doktor gigi mencabut gigi pesakitnya.
Di mana katil itulah menjadi tempat untuk kakak aku menjalankan kerjanya. Dia akan cabut kesemua gigi mangsanya dan akan memotong kuku mangsanya.
Mata aku menangkap pulak peralatan peralatan yang disusun rapi di sebelah katil tersebut.
Di mana peralatan tersebut , kakak aku gunakan untuk jalankan hobinya.
"Kau tengok apa ?" dia berikan aku senyuman yang menyeramkan.
Senyuman sehingga ke telinga. Tubuh badan aku terus terkaku melihat wajahnya seperti itu. Dengan wajahnya yang masih ada kesan calitan darah.
"Ta-takde apa apa" aku tundukkan kepala.
Takut.
Ya , aku takut.
"Kemaskan semuanya , adik.." dia menekankan perkataan adik ketika berbicara dengan aku.
Pintu besi tersebut laju sahaja ditutup semula sehingga menghasilkan bunyi yang kuat ketika dia menutupnya kembali.
Jantung aku yang berdegup laju rasa bagaikan hendak meletop.
Kedua dua belah kaki aku yang terasa lemah longlai perlahan lahan jatuh lemah ke lantai. Aku tercungap cungap. Perasaan takut yang aku tak boleh nak terangkan bagaimana.
Dari aku kecil lagi , aku kena hadap semua ini.
Membunuh. Mencuri. Keganasan.
Semuanya aku pernah lalui sejak dari kecil lagi. Dari kecil lagi aku dididik untuk lakukan semua perbuatan keji ini.
Walaupun aku sendiri tak rela.
Aku terpaksa hadapi pelbagai peralatan tajam yang menakutkan ini untuk menyiat kulit kulit manusia , memecahkan muka mereka dan membunuh mereka.
Darah.
Aku dah terlalu muak mendengar perkataan itu , membau bauan itu dan menyentuh cecair itu.
Bahkan aku juga benci warna merah.
Aku tak sukakan semua ni. Aku tak mahu lakukan semua ini.
Tapi...
Sebagai adik kepada kakak aku. Aku langsung tidak punyai hak untuk membantah dan menghalang apa sahaja yang dia lakukan.
Hakikatnya bahawa seorang lelaki seperti aku lebih lemah daripada seorang perempuan macam dia buatkan aku rasa malu dengan diri sendiri.
Aku , Park Jimin.
Kakak aku , Park Rika.
Dia merupakan seorang pembunuh yang akan menculik budak budak pada usia muda dan lepaskan mereka semua.
Dan pada usia budak budak yang diculik itu dewasa , dia akan bunuh mereka apabila mereka berusia 16 tahun.
Kakak aku , seorang pembunuh psycho.
Dan aku , selaku rakan subahatnya.
●to be continued●
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro