- dua puluh satu -
Jira's
Ring ! Ring !
Lena aku terganggu disebabkan bunyi deringan telefon aku secara tiba tiba. Dahi aku mula berkerut kerut sebelum mata aku mula terbuka.
Aku pandang sekeliling dengan mata yang sepet. Masih mamai untuk bangun kerana bunyi deringan telefon pintar aku.
Tangan aku mula mencapai telefon pintar yang aku letakkan di sebelah bantal. Skrin telefon aku tatap buat seketika.
Penglihatan aku cuba stabilkan sebelum membaca nama yang tertera di skrin telefon aku. Siapa pulak yang call aku pagi pagi buta ni ?
Crush
Mimpi apa Jimin ni tiba tiba call aku pukul 3 pagi ni ? Dia mengigau ke apa sampai tercall aku ?
"Hello ?" suara aku yang serak basah mula kedengaran.
Yelah , aku baru bangun tidur kot. Memang lah suara serak semacam je. Siapa je suara dia ceria lepas bangun tidur kan.
Namun walaupun sudah memulakan bicara dalam talian , di hujung talian hanya sunyi sepi. Tiada langsung balasan aku terima dari Jimin.
Aku terus mengubah posisi baring aku kepada duduk dan dahi aku mula berkerut kerut. Telefon aku jauhkan dari telinga aku dan melihat skrin telefon semula.
Masih dalam talian.
"Hello Jimin ?"
Di hujung talian masih senyap.
"Jimin kalau kau call aku saja saja pagi pagi buta ni , baik tak payah call. Buang masa aku tahu tak ?"
Aku mengeluh seraya menggulingkan mata ke atas. Sudah lah aku ngantuk ni kan pulak dia main main call aku pada pagi pagi buta ni.
Baru sahaja aku ingin memutuskan panggilan tiba tiba pergerakan aku terhenti tatkala telinga aku menangkap suaranya memanggil nama aku.
"Shin Jira"
Aku mendekatkan semula telefon dengan telinga kanan aku.
"Jimin ?"
"Boleh... kita jumpa sekarang ?"
Sebelah kening aku terangkat mendengar soalan yang dia baru sahaja tujukan kepada aku. Kenapa tiba tiba pulak ni?
"Jimin , kau okay tak ?"
"Bogoshippeo , Jira-yah..."
Aku tergamam.
"Aku ada dekat luar rumah kau. Aku tunggu kau..."
Selepas sahaja dia berkata begitu , panggilan terus terputus. Aku terus sahaja jauhkan telefon daripada telingaku dan menatap skrin telefon.
"Kenapa dia tiba tiba nak jumpa aku ni ?"
Jam pada skrin telefon aku tatap pulak. Menunjukkan sekarang sudah pun pukul 3 pagi. Apesal dia tak tidur lagi ni ?
Tanpa berfikir panjang , aku terus mempersiapkan diri aku untuk keluar dari rumah. Yelah , Jimin dah tunggu aku kot. Takkan aku nak biarkan je dia.
Tak perlu bersiap lama dan pakai baju yang berfesyen sangat pun , aku hanya mengambil kardigen hijau aku dan menyarungkan pada tubuhku.
Disebabkan aku hanya menyarungkan singlet putih bersama dengan seluar pendek sahaja , aku perlu lah pakai kardigen untuk nampak sopan sikit.
Aku terus turun ke tingkat bawah dengan berhati hati. Supaya aku tidak menghasilkan apa apa bunyi yang boleh menyebabkan mama dengan papa terjaga daripada tidur mereka.
Keluar sahaja rumah dan bukak sahaja pagar rumah , mata aku jatuh pada sesusuk tubuh seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan rumah aku.
Dengan hanya memakai hoodie berwarna hitam dan menutup kepalanya dengan kepala hoodie , dia menyandarkan belakang badannya dengan pagar rumahku.
"Park Jimin"
Dia terus memusingkan kepalanya memandang ke arah aku sebaik sahaja aku memanggil namanya.
Aku menghadiahkan segaris senyuman kepadanya sebelum membuka mulut untuk mengatakan sesuatu kepadanya.
"Kenapa kau call aku pagi pagi buta ni , hm ? Jimin , kau—"
Kata kata aku tergantung apabila dia tiba tiba sahaja menarik tubuh aku dan menolak tubuh aku ke dinding.
Belakang badan aku berlanggar dengan dinding. Mata aku membulat kerana terkejut dengan tindakannya yang tiba tiba itu.
Terkebil kebil aku melihat Jimin yang tiba tiba sahaja mengepung aku dengan kedua dua belah tangannya seperti yang dia buat di sekolah.
Merehatkan kedua dua belah tangannya di sisi aku dan mengepung aku. Membuatkan aku tak dapat melarikan diri daripada dia sekarang ni.
"Jimin kau—"
Mata aku membulat tatkala dia tiba tiba sahaja mendaratkan kepalanya di bahu aku. Seluruh anggota badan aku serta merta kaku.
"Ji..Jimin-ah..."
"Mi-mianhae..." suara Jimin kedengaran begitu serak.
Bukannya seperti bunyi suara seseorang yang baru bangun tidur. Tetapi seperti bunyi suara seseorang yang baru sahaja lepas menangis.
"Aku dah banyak kali buat semua tu tapi kenapa... kenapa aku rasa sedih sangat harini ?"
Aku hanya diam.
"Aku takut. Aku takut dengan diri sendiri"
"Jimin-ah..."
Aku terkejut apabila dia tiba tiba sahaja menangis teresak esak di bahuku. Terkebil kebil aku jadinya.
Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Aku juga tak mampu nak katakan apa apa kepada dia sekarang ni.
Aku betul betul buntu.
"Jimin-ah , kenapa ni ?"
Aku cuba mengangkat tangan dan menepuk bahunya perlahan , cuba sedaya upaya untuk memujuknya.
Tiba tiba Jimin menarik pinggang aku dekat dengan tubuhnya dan memeluk tubuh aku erat membuatkan aku terkejut dengan tindakannya.
Kepalanya masih didaratkan di bahu aku. Pelukan aku dan dia makin dieratkan lagi membuatkan jantung aku tak henti henti dari berdegup dengan lajunya.
"Boleh tak... berdiri macam ni buat seketika ?"
Aku memandang Jimin.
"Aku rindukan kau sangat sangat , Shin Jira"
Aku tergamam.
Kata kata yang baru sahaja Jimin ungkapkan kepada aku sebentar tadi membuatkan aku tak mampu lagi ingin katakan apa apa.
Terkelu lidah aku jadinya. Aku cuma terkejut dan keliru kenapa dia jadi macam ni tiba tiba sahaja.
Aku membalas pelukan Jimin erat dan menepuk belakang badannya perlahan. Membiarkan sahaja dia menangis teresak esak di bahu aku.
Bahunya mula terhinjut hinjut kerana terlalu banyak menangis dengan teruk. Entah kenapa aku pulak yang rasa sedih melihat dia begini.
Aku tak tahu apa yang dia lalui.
Tapi yang aku tahu sekarang ni , aku nak jaga dia. Aku tak nak tengok dia menangis macam ni lagi.
"Shin Jira"
Tiba tiba Jimin mengangkat kepalanya dari bahu aku membuatkan aku terus mendongak bagi memandang wajahnya.
Aku terkedu melihat wajahnya yang sudah pun lencun dengan air matanya. Matanya juga mula memerah kerana terlalu banyak menangis.
"Jimin-ah..."
Perlahan lahan tangan aku dinaikkan ke atas dan pipinya aku pegang dengan tangan kanan aku.
"Jimin-ah , waegurae ?" suara aku mula kedengaran sebak.
Walaupun sebenarnya dia yang sepatutnya menangis teruk kerana alami sesuatu yang teruk tapi entah kenapa seperti aku pula yang terkena tempiasnya.
Jujur aku katakan , aku sedih melihat dia begini.
"A-aku ni menyedihkan sangat..."
Jimin menundukkan kepalanya ke bawah. Membiarkan air matanya sekali lagi mengalir deras membasahi pipinya.
"Yah , waegurae ?" aku cuba untuk bertanya dengan nada yang lembut.
Aku nak tahu apa yang buatkan dia rasa sedih sangat sangat malam ni sampaikan dia sanggup telefon aku pada pagi pagi buta macam ni.
Aku nak tahu apa yang buatkan dia menangis sampai macam ni sekali. Sebab aku akan cuba sedaya upaya untuk elakkan benda tu berlaku sekali lagi kepada dirinya.
Supaya Park Jimin takkan bersedih lagi.
"A-aku tak tahu kenapa. A-aku ni menyedihkan sangat , Jira. Aku tak ubah macam orang bodoh ikut je apa yang kakak aku suruh. Ta-tapi aku tak pernah rasa bahagia pun dengan apa yang dia suruh aku buat"
Aku hanya diam.
Membenarkan dia untuk meluahkan segalanya yang dia mahu kepada aku. Sekurang kurangnya dia akan rasa kurang terbeban.
Sebab kalau dia pendam rasa sedih dia , dia akan bertambah rasa sedih dan aku yakin dia akan stress dengan apa yang menimpa diri dia.
"A-aku takut"
Dia perlahan lahan mengangkat wajahnya dan memandang aku. Mata aku dan matanya saling bertemu.
"Aku takut sangat sangat"
"Jimin-ah..."
Aku terus menarik Jimin ke dalam dakapan aku. Kepalanya aku daratkan di dada aku. Pelukan aku dan dia aku eratkan lagi.
"Aku tak tahu apa yang kau lalui dan mungkin aku takkan faham apa yang buatkan kau sedih sebab aku tak pernah laluinya , tapi aku janji yang aku takkan buatkan kau menangis sampai macam ni"
Jimin kembali menangis teresak esak.
Entah kenapa mendengar tangisan Jimin buatkan aku teringatkan hari hari buruk yang aku sering lalui.
Buatkan aku sendiri rasa sedih dengan diri aku. Aku juga rasa yang hidup aku ni sangat sangat menyedihkan.
Aku benci diri aku.
Kepala Jimin aku usap lembut. Cuba sedaya upaya untuk memujuk lelaki ini dan memberikan semangat serta kekuata kepada dirinya.
Melihat orang yang kita sayang sedang bersedih tanpa mampu lakukan apa apa kepada dirinya , adalah sangat perit sekali.
"Jimin-ah..."
Aku memanggil namanya perlahan apabila dia tiba tiba sahaja meleraikan pelukan dan matanya merenung tepat ke dalam anak mata aku.
"Gwaenchanna , kau boleh lepaskan semuanya dekat aku. Aku sentiasa ada untuk kau" aku menguntum senyuman kepadanya.
Belum sempat aku ingin berbuat apa apa , tiba tiba sahaja dia memegang kedua dua belah pipi aku dengan kedua dua belah tangannya.
Dalam sekelip mata sahaja , wajah aku ditarik Jimin dan bibir aku bercantum dengan bibir miliknya.
Mata aku membulat pada awalnya kerana aku terkejut dengan tindakannya. Namun melihatkan sahaja Jimin yang sedang memejam matanya sambil air matanya mengalir.
Aku terus membalas ciuman Jimin. Mata aku perlahan lahan mula terpejam.
"Aku sayangkan kau Jira. Aku sayangkan kau sangat sangat"
Aku pun sayangkan kau , Park Jimin.
• to be continued •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro