- dua puluh lapan -
Jimin's
Setelah mengambil masa yang sangat lama untuk mencari tapak perkhemahan dan memasang khemah untuk ahli kumpulan akhirnya kami berjaya juga siapkan semua ini.
Sekarang ni aku dan ahli kumpulan aku sedang duduk di sebuah unggun api yang kami buat di tengah tengah.
Manakala kami semua duduk di dalam bulatan tersebut. Ada yang tengah bakar marshmellow , ada yang tengah main gitar dan bernyanyi kecil.
Sejujurnya dari tadi mata aku asyik meliar memandang sekeliling , cuba untuk mencari kelibat Jira.
Aku fikir dia berkemungkinan ada merayau rayau ke tengah jalan ke apa. Takkan dia terus masuk dalam khemah dia kan ?
"Jimin , kau apahal ?" Seokjin di sebelah mula menegur.
Pantas aku menoleh memandang ke arah Seokjin yang ada di sebelahku. Wajahnya ditatap dengan pandangan 'apa'.
"Kenapa ? Aku buat apa ?"
"Takdelah. Aku tengok kau dari tadi macam tengah cari someone. Kau cari siapa ?" Seokjin bertanya sambil tangannya dari tadi tak henti membaling daun daun kering ke dalam unggun api.
"Armm..." aku memandang Seokjin buat seketika.
Tak tahu lah sama ada perlu atau tidak aku bertanyakan tentang di mana Jira berada pada Seokjin. Takut takut pulak kalau dia syak something.
Aku tak nak hubungan aku dengan Jira ni diketahui orang.
"Kau nampak tak budak budak Silver High ?"
"Silver High ? Asal ? Kau cari budak Yugyeom tu ke ?"
"Bukan. Ya-yang lain"
"Siapa pulak ? Lee Hani ? Adik sepupu kau tu ke ?" sekali lagi Seokjin meneka.
Aku menggeleng kepala perlahan.
"Habistu siapa kau cari ?" Seokjin mengerutkan dahinya.
"Shin Jira. Salah seorang pelajar Silver High tu"
"Oh dia tu" Seokjin menganggukkan kepalanya laju. "Anak pengetua Silver High tu kan ?" soalnya lagi.
Aku mengangguk kepala aku laju. Nampaknya Seokjin cam Jira.
"Tak. Tak nampak pulak dia"
Aku mengeluh hampa. Punya lah aku berharap dia bagi aku jawapan yang aku nantikan. Tapi last last sia sia je aku tanya dia.
Aku terus bangkit dari duduk membuatkan bukan sahaja Seokjin malahan semua ahli kumpulan aku mendongak kepala memandang aku.
"Kau nak pergi mana Jimin ?" soal Seokjin sambil memandang wajah aku.
"Aku nak pergi somewhere jap. Korang buat lah apa apa yang korang nak buat dulu"
Sebaik sahaja berkata begitu kepada mereka , aku terus melangkah pergi meninggalkan tempat perkhemahan kumpulan aku.
Malam yang gelap ini cukup dingin dan sejuk membuatkan aku memasukkan kedua dua belah tangan ke dalam poket jaket yang tersarung di tubuh aku ini.
Aku mengorak langkah menuju ke arah tempat di mana terletaknya khemah Hani dan Jira.
Aku dengar dari cikgu yang Jira dan Hani akan berkongsi khemah bersama. Jadi aku patut pergi ke khemah diorang berdua.
Berkemungkinan Jira ada di situ.
Aku patut mintak maaf sekali lagi pada dia.
Ya , aku memang bersalah sangat sangat dengan dia. Aku akuinya. Aku tak patut buat benda bodoh macam tu dekat dia sampai dia bencikan aku.
Kau memang bodoh , Jimin.
Langkah aku berhenti betul betul di hadapan khemah Jira dan Hani. Baru sahaja aku ingin menggoyangkan sedikit khemah mereka , tiba tiba Hani keluar dari khemah.
"Eo ? Jimin oppa ?" dia tersenyum teruja.
Aku berundur ke belakang sedikit apabila dia mula keluar dari khemah. Aku berdehem perlahan sebelum mengangkat wajah dan menatap wajahnya.
"Kenapa datang sini ?" Hani mula menyoal.
"Jira ada tak ? Nak jumpa dia sekejap ?" aku berdehem perlahan. "Cikgu suruh panggilkan dia sekejap" tambah aku lagi.
"Jira eonni ? Jira eonni dari tadi takde"
Sebelah kening aku terangkat tatkala mendengar apa yang dijelaskan Hani kepada aku.
"Maksud kau ?"
"Dari petang tadi dia takde. Hani tak tahu dia pergi mana. Hani pasang khemah ni pun sorang sorang"
Dahi aku berkerut mendengar apa yang dikatakannya.
"Dan kau tak report dekat cikgu ?"
"Hani tak report. Maybe Jira eonni pergi somewhere ke dengan kawan kawan dia ?"
Aku melepaskan keluhan berat. Muka aku diraup kasar. Aku betul betul serabut sekarang ni.
"Aku nak kau bagitahu cikgu sekarang" jari aku ditunding ke arah Hani.
Hani tidak membantah. Kepalanya laju sahaja dianggukkan. Pantas sahaja dia berlari ke arah khemah cikgu.
Aku pula terus kembali ke khemah aku semula.
Panggilan dari Seokjin yang memanggil aku sebaik sahaja aku tiba di kawasan khemah terus sahaja aku endahkan.
Aku terus masuk ke dalam khemah dan mencari torchlight aku yang aku simpan kemas di dalam beg sandang.
Torchlight terus aku capai dan aku keluar dari khemah. Sebaik sahaja aku keluar , Seokjin menghampiri aku.
"Kau nak ke mana ?" dia menyoal dan memegang lenganku.
"Kau tak perlu tahu" pantas aku rentapkan lengan dan melepaskan tangannya dari pautan aku.
Aku terus melangkah beredar meninggalkan kawasan khemah aku dan ahli kumpulan yang lain.
"Park Jimin"
Langkah aku terhenti.
Perlahan lahan aku memusingkan tubuh ke belakang dan mata aku jatuh pada seorang lelaki yang memang tak asing bagi aku melihat wajahnya.
Yugyeom mengorak langkah menghampiri aku. Dia memandang torchlight yang aku pegang itu sekilas sebelum memandang wajah aku semula.
Pandangan kosong dan redup dia berikan kepada aku. Begitu juga aku. Aku berikan pandangan ketat kepadanya.
"Aku tak rasa kau nak pergi tandas , kan ?" dia berkata sinis.
"Kalau kau nak berbual kosong dengan aku , baik kau berambus dari pandangan aku. Ada benda yang lebih penting aku kena buat"
"Maksud kau ?"
Aku merengus kasar. "Lelaki macam kau tak patut tahu"
Dia tersenyum sinis.
"Kalau semua benda yang penting buat kau , mesti ianya berkaitan dengan Shin Jira kan ?"
Aku ketap gigi rapat. Serentak itu rahang aku mengeras. Aku menggenggam tangan aku erat sehingga menjadi penumbuk.
"Kau baru sedar yang dia hilang ke ?" dia menyoal sinis.
Aku mengerutkan dahi aku memandang wajah Yugyeom. Kata kata yang dia lontarkan kepada aku semuanya kedengaran sangat aneh.
Aku pantas menggenggam kolar bajunya kasar membuatkan tubuhnya ternaik ke atas sedikit. Pandangan tajam aku berikan kepadanya.
"Kau.... tahu sesuatu yang aku tak tahu ke ?"
Dia tergelak sinis.
"Nampaknya ada seseorang yang kau kenal dah bersedia nak balas dendam dekat kau , Park Jimin"
"Sebelum aku hancurkan muka kau , baik kau cakap dekat aku apa yang jadi dekat Jira !"
Gelak tawa Yugyeom serta merta terhenti.
Pandangan redup dia berikan sekali lagi kepada aku. Dia membuka mulut untuk membalas kata kata aku.
"Mujur aku ada buat sedikit analisis dengan latar belakang kau"
"Aku kata cerita dekat aku apa yang jadi dekat Shin Jira !" aku menjerit marah.
Dia tersenyum sinis.
"Musuh lama kau dah tau Jira tu merupakan satu satunya kelamahan kau. Dan dia nak balas dendam dekat kau guna Jira"
"A-apa yang kau...."
"Aku tak tahu dekat mana diorang tapi yang aku pasti Mingyu dah culik dia. Dan apa yang bakal berlaku dekat Jira , aku sendiri tak pasti"
Aku perlahan lahan meleraikan tangan aku dari memahamg erat kolar baju Yugyeom. Dia memandang aku pelik dengan sebelah keningnya terangkat.
Aku merengus kasar.
Torchlight aku yang sudah pun terjatuh di tanah itu aku ambil semula dan pegang erat. Wajah Yugyeom di hadapan aku pandang tajam.
"Ambil torchlight kau. Aku nak kita selamatkan perempuan yang kita suka malam ni"
• to be continued •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro