- dua puluh enam -
Jimin's
Perlahan lahan mata aku terbuka.
Dan benda pertama yang aku dapat lihat ketika ini hanyalah siling putih yang menyambut pagi aku pada hari yang cerah ini.
Aku melepaskan keluhan berat sebelum tangan aku diangkat dan lengan aku direhatkan di atas dahi aku perlahan.
Sebaik sahaja keluhan berat dilepaskan , insiden malam semalam terus sahaja bermain di dalam kotak fikiran aku.
Perlahan lahan aku membuka mata aku semula dan mengeluh.
"Fuck you Park Jimin. Apa yang kau dah buat sial ?"
Aku meraup muka aku kasar. Rasa kesal dengan apa yang aku baru sahaja lakukan kepada gadis itu malam semalam.
Dan aku yakin , Jira tak mahukan semua ni.
Perlahan lahan aku memusingkan kepala aku ke arah tepi cuba untuk melihat keadaan Jira yang berbaring di sebelah aku namun baru aku sedar Jira tiada.
Aku terdiam.
Pantas sahaja aku bangun daripada posisi baring. Mata aku meliar memandang sekeliling , cuba untuk mencari kelibat gadis itu.
Namun tiada.
Mata aku akhirnya jatuh pada pakaian pakaian yang sudah pun berselerak di atas lantai. Aku mengeluh pendek dan meramas rambut aku kasar.
"Sial" aku mencarut perlahan.
Selimut yang menutupi sebahagian tubuh aku ini aku tarik dan lihat bahagian kaki aku. Sudah semestinya tiada seurat benang pun pada tubuh aku ketika ini.
Pantas sahaja aku bangun daripada katil. Baju dan seluar aku yang berselerak di atas lantai itu aku capai dan mula menyarungkannya pada tubuh aku.
Mata aku masih meliar memandang sekeliling , mencari di mana Jira.
Aku yang sedang ingin menyarungkan baju pada tubuh terhenti apabila telinga aku menangkap bunyi air shower yang dibuka di dalam bilik air.
Aku terus menoleh dan memandang ke arah bilik air yang berada di luar bilik tidur. Pantas sahaja aku berjalan menghampiri bilik air itu.
Tangan aku perlahan lahan diangkat ke atas dan ingin mengetuk pintu bilik air ini. Namun langkah aku terhenti apabila aku terdengar bunyi esakan tangis.
Shin Jira menangis.
Aku jilat bibir bawah aku yang terasa kering itu. Perasaan bersalah sekarang sedang menyelubungi diri aku membuatkan aku rasa menyesal sangat sangat.
Kau bodoh. Kau betul betul bodoh , Park Jimin.
Aku melepaskan keluhan berat dan meraup rambut aku kasar. Aku geram. Geram sangat sangat dengan diri aku ni.
Bodoh apa kau tak boleh nak kawal diri kau ke sial semalam ? Fuckkk !
Aku menumbuk dinding kuat. Ingin melepaskan rasa geram yang terbuku di dalam diri aku. Kalau boleh mahu sahaja aku tumbuk diri sendiri.
Aku mengeluh.
Kehadiran aku dalam hidup Shin Jira memang membawa malang.
Aku pandang pintu bilik air ini buat seketika sebelum mula melangkah pergi meninggalkan bilik Jira ini.
Apa yang terjadi dekat diri dia , aku tak perlu ambil tahu.
Bukan , aku tak sepatutnya muncul depan dia lagi.
Kerana dia pasti sudah pun membenci aku.
+++
Jira's
Aku menangis teresak esak.
Esakan tangis kuat aku menjadi tenggelam kerana bunyi rintikan air dari shower yang aku baru sahaja buka ini.
Tubuh aku yang tidak ditutupi dengan sebarang pakaian itu aku peluk erat. Kedua dua belah lutut aku peluk erat dan membenamkan muka di kedua dua belah tangan yang disilangkan itu.
Aku menangis lagi.
Shin Jira menangis macam perempuan lembap dan kurang waras kerana kehilangan kesuciannya sebagai seorang perempuan.
Nampak macam bodoh bukan ?
Sepatutnya perkara seperti ini merupakan asas dan perkara biasa untuk pasangan yang bercinta. Tapi aku tak tahu kenapa aku jadi terlalu takut dengan Jimin semalam.
Dan sejujurnya aku tak bersedia.
Aku tak mengharapkan dia untuk berbuat seperti itu kepada aku. Aku hanya mengharapkan dia menjadi teman lelaki yang akan ada sentiasa untuk aku.
Tapi aku tak sangka pulak... hubungan kami ini membenarkan dia untuk melakukan ini kepada aku.
"Kau memang bodoh , Shin Jira. Kau memang bodohhh !!!"
Aku menangis sekali lagi.
Cukup lah aku didera dengan omma dan appa angkat aku sendiri. A-aku tak mahu diperkosa dengan teman lelaki aku yang aku sangat sangat percaya pula...
Aku menekup kedua dua belah mata aku dengan kedua dua belah tangan aku dan menangis teresak esak sekali lagi.
Bahu aku terhinjut hinjut kerana menangis terlalu teruk.
Mata dan hidung aku yang sudah memerah itu aku biarkan sahaja. Perasaan sedih aku sekarang ini lebih penting buat diri aku.
Apa yang aku lalui sepanjang hidup aku , buatkan aku rasa macam aku tak perlukan sesiapa dalam hidup ini.
Ada omma dan appa , tapi didera.
Ada teman lelaki , tapi diperkosa.
Tidak boleh ke sesiapa tolong berikan aku cahaya yang terang. Untuk bawak aku keluar daripada kegelapan aku ini ? Tiada sesiapa ke ?
Aku menangis lagi.
"Apa yang aku buat.... A-apa yang aku patut buat...."
Tuk ! Tuk !
Bahu aku terhinjut kerana terkejut dengan bunyi ketukan pada pintu bilik air ini. Pantas sahaja aku menoleh ke arah pintu bilik air.
"Maafkan aku"
Air mata aku mengalir sebaik sahaja mendengar suara garau itu dari luar pintu bilik air. Suara lelaki itu.
Lelaki yang buatkan aku yang bodoh ini jatuh cinta dengan dia.
Buatkan aku yang bodoh ini terpedaya dengan dia.
Adakah dia bersetuju untuk bercinta dengan aku hanya untuk permainkan aku ?
Adakah dia bercinta dengan aku hanya semata mata ingin memperkosa aku ?
Aku tak sangka.
Aku terlampau bodoh.
"Aku...." suara garaunya kedengaran lagi.
Aku yang ingin melayan perasaan sedih ini terhenti. Pantas sahaja aku memandang semula ke arah pintu bilik air.
Seluruh anggota aku masih menggeletar. Aku masih lagi takut dan gementar untuk bertemu semula dengan lelaki bernama Park Jimin itu.
Kerana aku masih trauma dengannya.
"Aku takkan pergi dari bilik kau selagi kau tak maafkan aku , Shin Jira"
Mata aku membulat mendengar kata katanya.
"Apa yang terjadi semalam , betul betul diluar kawalan aku. Aku tak bermaksud untuk buat macam tu dekat kau langsung" suaranya mula sebak.
Dia cuba sedaya upaya untuk merayu kepad aku untuk memaafkan dia.
Hati aku rasa sakit. Sakit sangat sangat.
Bukannya sakit kerana Park Jimin. Tetapi sakit kerana diri aku sendiri.
Walau aku cuba apa cara sekalipun , aku tak dapat nak bencikan langsung lelaki itu. Aku tak dapat nak bencikan Park Jimin.
I can't stop myself from loving him.
Walaupun dia sudah pun buat sesuatu yang diluar jangkaan aku dan semestinya perkara yang dia lakukan kepada aku ini teramat teruk.
Tapi aku....
Masih tak dapat membenci dia. Walau bagaimana sekalipun.
Hati ini masih ingin memaafkan diri lelaki itu. Hati ini masih terasa sedih mendengar suara sebaknya. Hati ini masih ingin memeluk tubuhnya.
Hati ini masih lemah dengan kewujudan lelaki bernama Park Jimin itu.
"Shin Jira... maafkan aku. Maafkan aku sangat sangat"
Aku ketap bibir rapat dan membiarkan air mata mengalir deras membasahi pipi aku.
"Shin Jira aku sayangkan kau. Aku sayangkan kau sangat sangat jadi tolong... tolong maafkan aku nae ?" dia merayu kepada aku.
Perlahan lahan aku mula berdiri. Tubuh aku yang terasa kebas dan lemah itu membuatkan aku hampir sahaja ingin terjatuh namun sempat aku imbangkan diri.
Bathrobe yang tergantung di dalam bilik air ini pantas sahaja aku capai dan aku sarungkannya pada tubuh aku.
Aku memandang pintu bilik air ini buat seketika.
Wajah aku dan rambut aku yang basah sudah pun aku lap dan keringkan. Aku tak patut nampak macam janda tengah meroyan di hadapan Jimin.
Aku mengangkat tangan aku dan memegang tombol pintu bilik air erat. Aku menarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya perlahan.
Pintu bilik air pantas sahaja aku buka dan wajah Jimin di hadapan menghiasi pemandangan aku.
Aku tidak terkejut langsung melihat dia.
Senyuman lebarnya mula terukir sebaik sahaja melihat aku berada betul betul di hadapannya ini.
Tubuh aku diariknya laju masuk ke dalam dakapan hangatnya. Mata aku sedikit membulat kerana terkejut dengan tindakannya.
"Maafkan aku... maafkan aku sangat sangat , Shin Jira" ubun ubun rambutku dikucupnya lembut.
"Lepaskan aku" aku berkata dingin.
Jimin tersentak.
Riak wajahnya terus berubah. Senyuman lebarnya terus mati tatkala mendengar kata kata yang meniti di bibir aku.
Perlahan lahan dia meleraikan pelukannya. Kedua dua belah tangannya menarik bahu aku menjauhinya. Dia memandang wajah aku pelik.
Aku hanya menghadiahkannya pandangan kosong.
"Shin Jira...."
Ppang !
Mata Jimin membuntang tatkala aku menampar pipinya kuat. Kepalanya pantas sahaja tertoleh ke kanan.
Aku masih memaparkan pandangan kosong.
"Siapa kau dan kenapa kau sentuh aku dengan tangan jijik kau tu ?" aku berkata penuh sarkastik.
Jimin terkedu.
Hati aku lemah ? Ya , hati aku memang lemah. Tapi sebagai seorang perempuan , aku takkan tunduk dan terpedaya dengan setan bertopengkan malaikat lagi.
Aku bencikan lelaki ini.
Park Jimin.
• to be continued •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro