- dua puluh dua -
Mata aku perlahan lahan terbuka. Mata aku kuyu sahaja memandang ke arah jam pada dinding di hadapan aku ini yang menunjukkan pukul 7:30 pagi.
Lah , awal lagi.
Aku melepaskan keluhan berat. Kejadian semalam mula dimainkan semula di dalam kotak minda aku.
Kejadian di mana Jimin tiba tiba sahaja call aku pagi pagi buta dan dia menangis di hadapan aku sambil memeluk aku.
Aku tertanya sebenarnya , apa yang terjadi kepada dirinya ? Ni bukan kali pertama dia jadi macam ni.
Tak silap aku dia pernah jadi macam ni dulu waktu aku baru sahaja mengenali dia. Apa yang buat dia jadi sedih sebenarnya ?
Aku geleng kepala perlahan. Malas nak fikir pasal benda ni semua. Baik aku mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Kalau lambat karang naya je.
Tidak mengambil masa yang lama pun , aku sudah pun menyiapkan diri lengkap berpakaian uniform sekolah.
Walaupun aku dan dua orang pelajar sekolah aku yang lain menjadi pelajar pertukaran sementara dekat Seoul Highschool , tapi kami dibenarkan untuk pakai uniform sekolah sendiri.
Turun sahaja ke tingkat bawah , mata aku meliar memandang sekeliling. Mencari di manakah mama dan papa berada.
"Selamat pagi , cik Jira"
Oranf gaji aku menyambut aku dengan senyuman lebarnya di hadapan aku. Aku hanya membalas senyumannya.
"Mana mama dengan papa ?" aku menyoal sambil mata masih meliar memandang sekeliling.
"Mama dengan papa kamu dari semalam tak balik balik lagi. Katanya banyak sangat kerja jadi diorang tidur kat pejabat"
Aku hanya mengangguk faham mendengar penerangan yang diutarakan oleh orang gajiku.
Seusai sahaja menikmati sarapan , aku terus bersiap sedia nak keluar rumah. Sudah semestinya sebab nak pergi sekolah kan.
Aku bukak pintu pagar kecil dan keluar dari kawasan rumah. Baru sahaja ingin melangkah pergi meninggalkan rumah , tiba tiba seseorang memanggil namaku.
"Shin Jira"
Langkah aku terhenti.
Perlahan lahan aku memusingkan tubuh badan aku menghadap ke belakang bagi melihat gerangan yang memanggil namaku.
"Park Jimin ?" sebelah kening aku terangkat memandangnya.
Dia hanya memberikan aku segaris senyuman sebelum perlahan lahan menghampiri aku.
"Nak ikut aku tak ?"
"Hurm ? Pergi mana ?" aku menyoalnya balik.
"Kita ponteng sekolah"
"Tunggu , apa ?" mata aku membulat memandangnya.
Siapa sangka budak top student dan genius dekat Seoul Highschool tengah ajak aku ponteng sekolah sekarang ni ?
Dia hanya tersenyum menampakkan eye-smilenya kepada aku. Tak jadi aku nak maki dia sebab dia dah bagi aku pandangan angel dia.
"Jomlah. Aku tahu kau suka bab ban ponteng ni"
"Jom !" aku tersengih.
+++
"Kau nak bawak aku ke mana ?" aku menyoal Jimin yang berada di sebelah aku.
Dari tadi kitorang jalan berdua dekat tepi jalan ni tapi dia tak bagitahu aku pun dia nak bawak aku pergi mana.
"Baby nak pergi mana ?"
Aku tergamam mendenar panggilan nama Jimin kepada aku.
Terus bibir aku diketap rapat. Cuba menahan diri ini daripada tersenyum ataupun ketawa di hadapannya.
Dia ketawa kecil. "Eleh nak senyum tu senyum jelah tak payah nak cover cover"
"Yah , kau panggil aku macam tu out of nowhere memang aku tergelak lah !"
"Kenapa ? Panggilan tu kelakar ke ?" Jimin mengangkat keningnya.
Aku hanya tersenyum di sebelahnya. Bukannya kelakar lah Jimin oii. Perempuan mana je tak malu dan blushing dengar orang panggil dia macam tu.
Same goes to panggilan sayang jugak.
"Habistu kau nak aku panggil kau apa ?"
"Jira. Shin Jira jelah"
"Eee noobnya"
"Eh apahal pulak noob ?" aku ketawa kecil.
"Takde takde. Suka ke tak suka ke , aku nak panggil kau ikut suka hati aku jugak"
Aku tergelak dan menggeleng kepala perlahan. Macam macam si Jimin ni.
Nasib comel kalau tak dah lama aku tendang sampai ke pluto.
"Cepat bagitahu aku , kau nak pergi mana ? Kita pergi tempat tu sama sama"
"Kenapa kena tanya aku ?" aku memandangnya.
"Sebab aku nak kau pergi tempat yang kau suka"
Aku tersenyum.
+++
"Tempat apa ni ?"
Jimin di sebelah aku mula menyoal dan memandang tempat di hadapannya itu dengan mimik wajah pelik.
Aku hanya tersenyum. Lengan Jimin aku terus tarik dan membawanya masuk ke dalam tempat itu.
Ada ramai budak budak dekat sini. Suasana dekat sini pun ceria je dengan gelak tawa budak budak ni.
"Rumah anak yatim ?" Jimin mula bersuara perlahan namun aku tetap dapat mendengarnya.
"Eo ? Bae Jira ?"
Aku terus menoleh tatkala mendengar seseorang memanggil namaku. Senyuman lebar pantas sahaja terukir apabila aku bersemuka dengan wanita itu.
Ianya Cik Ma.
Pemilik rumah anak yatim ini. Dan dia juga merupakan orang yang menjaga aku dahulu ketika aku berada di rumah anak yatim ini.
"Omo lama tak jumpa !" dia terus menghampiri aku dan memeluk aku erat.
Aku tersenyum lebar dan membalas pelukannya. Jimin di sebelah aku pula terpinga pinga memerhatikan apa yang berlaku.
"Bila sampai ni ?" Cik Ma terus menyoal sebaik sahaja pelukan kami dileraikan.
"Baru je tadi , Cik Ma" aku menguntumkan senyuman.
"Aigoo... lamanya kamu tak datang sini. Last kamu datang sini pun 2 tahun lepas kan ? Budak budak semua rindukan kamu. Semua tanya Cik Ma , bila kamu nak datang main dengan diorang lagi"
Aku tergelak kecil. "Saya dah datang kan ?"
"Jap , kamu tak ke sekolah ke ?"
"Saya ponteng lah , Cik Ma" aku menjelir lidah kepadanya.
"Macam macam lah kamu ni Jira" dia tersenyum seraya menggeleng kepalanya perlahan.
Cik Ma terus menoleh ke tepi aku di mana Jimin sedang berdiri tegak di situ. Melihatkan sahaja wajah asing itu , dia terus memandang aku inginkan penjelasan.
"Oh ni kawan Jira , Park Jimin" aku memperkenalkan Jimin kepada Cik Ma.
Cik Ma memberikan senyuman lebar dan manisnya kepada Jimin. Jimin juga membalas senyumannya dan menunduk hormat kepadanya.
"Pembetulan. Saya teman lelaki Jira , Park Jimin"
Tersedak aku mendengar kata kata Jimin. Pantas sahaja aku berikan pandangan kau-srs-la-babi? kepada Jimin.
Namun Jimin hanya memberikan senyuman dan wajah angelnya kepada Cik Ma. Tak hiraukan langsung aku di sebelahnya.
"Kamu pergi lah bilik masak. Diorang ada dekat sana tengah buak cookies. Boleh kamu main dengan diorang sekali"
Aku terus mengangguk laju dengan senyuman yang lebar. Tak sabarnya nak main dengan budak budak tu !
"Jimin , jom ?"
"Nae ?"
Lengannya terus aku tarik dan berlari dengannya menuju ke arah bilik masak yang dikatakan Cik Ma.
+++
"Kak Jiraaaa !!!!"
Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke dalam bilik masak , budak budak yang ada di dalam itu berlari ke arah aku dan memeluk aku erat.
Budak budak ni semua dalam baya tadika. Ada lelaki dengan perempuan. Dan diorang jugak merupakan anak yatim piatu.
"Rindu akak tak ?" aku tersengih.
"Mestilah rinduuuu !"
Aku ketawa kecil melihat reaksi mereka semua. Dua orang penjaga yang ada di dalam bilik masak ini aku tunduk hormat kepadanya.
"Korang semua buat apa ha dekat sini ?"
"Buat cookiessss !"
"Uyowww nak akak buat sekali dengan korang tak ?"
"Nakkkk !" sekali lagi aku ketawa melihat reaksi mereka yang penuh bersemangat.
"Uwaaaahhhh kak Jira bawak suammmiiiii !"
Terbatuk aku mendengar kata kata budak budak itu apabila mereka semua ternampak Jimin yang ada di sebelah aku.
"Aigoo... mana tahu abang kahwin dengan kakak kamu ni , hm ?"
Aku terus toleh memandang Jimin apabila dia juga turut masuk air dengan budak budak ni. Eyy dia ni kan memang lah.
"Uwaahhh kak Jira dah becaaarrr !"
Aku pejam mata rapat dan cover muka. Kedua dua belah pipi aku dah mula membahang ni bila kena usik dengan diorang.
"Suami kak Jiraaa , jom lah masak cookies dengan kitorang sekali !"
Alahai Jimin ni kan memang lah , tengok dorang semua ingat dia suami aku. Tak guna betul !
"Ha jom jom. Kita nak masak cookies cepat !" Jimin mula melayan budak budak ini.
Budak budak itu mula bersorak gembira tatkala mendengar kata kata Jimin yang mempersetujui cadangan mereka.
"Memandangkan korang ada sepuluh orang dekat sini apa kata kita buat team nak ? 5 orang masuk team mama Jira. 5 orang lagi masuk team papa Jimin okay ?"
What the fuck ? Mama Jira dengan Papa Jimin ? Mamat ni dah gila ke apa ?!
Aku dah jeling Jimin tajam dah macam nak makan dia. Tapi Jimin masih dengan senyuman lebarnya yang dia tayang buat budak budak tu.
"Jom kita main masak masak !"
Aduhai.
+++
Disebabkan budak budak tu nak main masak masak dengan aku dengan Jimin , jadi kami berdua kena lah bersiap sedia untuk lawan masak cookies.
Disebabkan budak budak ni ada 5 orang perempuan dan 5 orang lelaki. Jadi Jimin ambil geng laki aku pulak ambil geng perempuan.
Tapi masalahnya aku tak reti masak.
Emmmm. Cane ni ? Kalah lah aku macam ni. Selalunya aku masak pun atas bantuan mama ke atau siapa siapa.
Ni kalau aku sorang yang kena masak cookies memang terbakar lah dapur ni karang. Mahunya kalah group aku karang.
"Mama Jira ready nak dikalahkan dengan Papa Jimin , hm ?"
Tiba tiba sahaja Jimin di sebelah menegur aku. Aku terus pandang dia dengan jelingan tajam. Geli lah siot dia main mama papa ni aduh.
"Okay catuu duaaa mulaaa !"
Mendengarkan sahaja arahan daripada salah seorang dari budak budak itu , aku dan Jimin terus memulakan perlawanan memasak kami.
Disebabkan di bilik masak ni ada dua dapur , jadi senang lah aku dengan Jimin nak masak dekat tempat masing masing.
Budak budak perempuan semua bersorak dan menyokong aku. Manakala budak budak laki pulak bersorak dan menyokong Jimin.
Aku dengan confidentnya mula membuat cookies tersebut. Aku pandang sekilas ke arah Jimin yang membuat cookies dengan sangat tekun dan serious.
Omg , dia masak pun nak hot ke ?!
Tanpa aku sedar , aku terset kan ketuhar selama satu jam. Dengan confidentnya aku masukkan kesemua cookies yang aku buat ke dalam ketuhar itu.
Ya , aku pasti menang !
+++
"Mama Jira , mama yakin ke nak bagi kitorang makan ni ?"
Aku dah gigit bibir bawah menahan rasa malu yang menyelubungi diri aku sekarang ni. Kau boleh bayang tak yang aku tak berjaya buat cookies !
Ni semua sebab aku cuai dah terset masa dalam ketuhar tu terlalu lama. Tengok sekarang , cookies tu dah hangus dan hitam dah !
Aish aku malu !
Jimin di sebelah aku tak henti henti ketawakan aku. Aku terus pandang dia dan jeling wajah dia tajam.
"Apa gelak gelak ha ? Nak mati ke ?"
Dia ketawa. Tangannya dia cover mulutnya ketika dia sedang ketawa. Ewah ewah nak gelakkan aku pun nak kena ayu ayu ke mamat ni.
"Tengok dari cini pun , jeje tau siapa menang dah" seorang budak perempuan bernama jeje memandang aku dan Jimin.
Ye budak , aku tahu aku kalah.
"Dicebabkan Papa Jimin menang , Mama Jira kena denda !"
Aku melepaskan keluhan. Walaupun aku agak menyampah sebab kalah dengan Jimin. Tapi aku tetap ukirkan senyuman pada budak budak itu.
"Ya sayang , nak denda apa hm ?" aku duduk bercangkung di hadapannya dan mengusap kepalanya lembut.
"Mama Jira kena kiss Papa Jimin !"
What the fuck ?
Mata aku membulat. Terkebil kebil aku memandang Jeje yang tiba tiba sahaja kata begitu kepada aku.
Bukan sahaja aku yang terkejut malahan Jimin yang berdiri di belakang aku juga terkejut mendengar kata kata Jeje.
"Ciummm ! Ciummmm ! Ciummmm !"
Aku terus bangun dan menggaru kepala yang tak gatal. Bibir bawah aku digigit erat dan mata aku bertemu dengan mata milik Jimin.
Alahai budak budak ni kan. Siapa yang ajar dorang benda ni.
Aku memandang wajah Jimin ragu ragu. Dia berdehem perlahan dan mula berlagak macho di hadapan aku. Seolah tak terkesan langsung dengan apa yang Jeje cakap.
"Jimin , mi-mian"
Aku terus mendekatkan tubuh aku dengannya lalu mengucup pipi kanan milik Jimin sekilas.
"Uwaaaaaahhhhh !" budak budak itu mula bersuara.
Apa dorang fikir dorang tengah tengok drama ke apa sekarang ni ? Macam siot je.
"Shin Jira"
Baru sahaja aku ingin menoleh memandang Jimin dan menayangkan wajah apa kepadanya. Tiba tiba sahaja dia menarik lengan aku laju.
Dan dalam sekelip mata sahaja bibir aku sudah pun bercantum dengan bibir milik Jimin. Mata aku membulat.
Oh tidak.
• to be continued •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro