- dua puluh -
Jimin's
" Kau pernah terfikir tak agak agak apa reaction Shin Jira lepas dapat tahu diri kau yang sebenar , hm ?"
Aku meraup wajah kasar. Nafas aku menjadi tidak teratur dan dada aku berombak naik turun dengan lajunya.
"Aku ada kerja untuk kau harini. Bunuh budak ni dan bawak balik kepala dia untuk aku"
Kata kata kakak aku masih terngiang di dalam kotak minda aku. Bayangan wajah kakak aku yang merenung aku tajam masih segar di ingatan.
Dan sudah semestinya sebagai seorang adik kepada kakak aku , aku tak mampu nak lawan kata kata dia dan buat apa sahaja yang dia suruh.
Aku melepaskan keluhan.
Perlahan lahan aku pusingkan wajah ke arah sebuah rumah yang berada berdekatan dengan tempat kereta aku berada.
Rumah mangsa kakak aku. Budak perempuan dalam baya aku. Apa salah yang budak tu lakukan pada kakak aku , aku sendiri tak tahu.
Tapi sebagai adik , aku perlu laksanakannya jugak.
Mungkin kalau aku lepaskan geram pada perempuan tu , perasaan sakit hati aku akan terubat sedikit ?
Aku keluar dari perut kereta sebaik sahaja memakai mask berwarna hitam dan sarung tangan hitam di kedua dua belah tanganku.
Sesekali aku perhatikan sekeliling , memastikan tiada siapa yang sedang memerhatikan apa yang aku ingin lakukan ini.
Langkah aku laju sahaja diaturkan menuju ke arah rumah tersebut. Pintu masuk belakang rumah tersebut menjadi destinasi utama aku.
Dalam sekelip mata sahaja dengan kepakaran aku dalam membuka pintu menggunakan alatan besi yang tajam , aku berjaya membuka pintu tersebut.
Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dan memerhatikan sekeliling. Aku sedang berada di bahagian dapur rumahnya.
Disebabkan aku memakai kasut but berwarna hitam , bunyi yang kuat mula kedengaran tatkala tapak kasut aku berlaga dengan lantai rumah mereka.
Aku memandang sekeliling sebelum aku meneruskan langkah menuju ke ruang tamu rumah mereka.
Langkah aku terhenti di sebuah meja yang terdapat di ruang tamu. Sebuah bingkai gambar aku ambil dan melihat gambarnya.
Gambar perempuan itu dan neneknya.
Nampaknya budak tu duduk dengan nenek dia. Perempuan yang merupakan mangsa seterusnya kakak aku.
Namanya Jeon Somi. 18 tahun. Bersekolah di Hanyoung Highschool. Sekolahnya agak jauh nak dibandingkan dengan sekolah aku.
"Si-siapa kau ?"
Langkah aku terhenti tatkala telinga aku menangkap suara seorang perempuan dari arah belakang.
Senyuman sinis aku perlahan lahan terukir di sebalik mask hitam yang aku pakai. Perlahan lahan aku pusingkan badan ke belakang dan berhadapan dengan perempuan itu.
Jeon Somi.
Matanya membulat memandang aku yang semestinya dia tidak kenal aku siapa. Tubuh badannya serta merta menggeletar tatkala melihat sahaja aku.
"Ka-kau nak apa ?!"
Dia yang berdiri di tangga , mula mengundurkan tubuhnya ke belakang sehingga belakang badannya berlanggar dengan dinding.
Aku hanya memandangnya sinis dari atas hingga bawah. Aku tak buat apa apa lagi takkan perempuan ni dah kecut kot.
"Cakap ! Ka-kau nak apa ?! Ma-macam mana kau boleh masuk rumah aku ?!"
Aku tersenyum sinis.
"Rika suruh aku pesan kat kau , tak semua jalan cerita berakhir dengan happy ending"
Matanya membulat mendengar kata kata aku. Entah apa yang membuatkan dia terkejut sangat aku pun malas nak ambil tahu.
Tiba tiba sahaja dia berlari naik ke tingkat atas dengan laju. Aku tergelak sinis melihat kebodohan yang dia baru sahaja tonjolkan di hadapan aku.
Wajah aku kembali ke pandangan kosong. Tak berperasaan. Expression muka ini lah yang aku akan tunjukkan kepada mangsa mangsa aku.
Atau lebih tepat.
Mangsa mangsa kakak aku.
Aku terus melangkah ke arah tangga dan mendaki tangga dengan pantas. Sudah pasti aku kena kejar perempuan tu.
Kalau perempuan tu berjaya larikan diri , habis lah rosak plan aku. Mahunya aku kena penggal kepala sendiri untuk bagi kakak aku pulak.
Tiba sahaja di tingkat atas , langkah aku terus terhenti. Suasana di tingkat atas ini agak sunyi sepi seperti tiada penghuni langsung.
Disebabkan nenek tua yang menghuni rumah ni tiada dan balik ke Busan untuk berjumpa dengan saudaranya , hanya ada Somi seorang sahaja di rumah ini.
Di mana benda ni buatkan kerja aku bertambah senang.
Tak perlu lah aku nak bunuh ramai orang memandangkan hanya ada dia seorang sahaja di dalam rumah ini.
Aku perhatikan sekeliling dan tersenyum sinis. Langkah aku perlahan lahan diaturkan berjalan di sekeliling ruang tengah di tingkat atas.
Di tingkat atas , mempunyai tiga buah bilik. Di mana bilik pertama aku yakin merupakan bilik neneknya dan yang kedua pula bilik milik Somi.
Dan yang ketiga sudah pasti bilik tetamu atau bilik kosong yang mereka tidak gunakan memandangkan mereka hanya ada dua ahli sahaja di dalam rumah ini.
"Somi-ah... Somi-ah..." aku ketawa sinis.
"Aku tak mahu pun gunakan kekerasan dekat kau. Kalau kau buat apa yang aku suruh , aku janji yang aku takkan sentuh kau atau apa apa kan kau"
Aku tersenyum sinis.
Namun keadaan di tingkat atas ini masih sunyi sepi tanpa sebarang respon atau bunyi yang dilakukan oleh Somi.
Aku agak dia tengah menyorok sekarang ni. Cuma aku kena fikir sendiri di mana agaknya dia berada.
"Kenapa ? Kau nak main hide and seek dengan aku ke , hm ?" aku ketawa lagi.
Disebabkan aku dah ada banyak pengalaman dalam hal seperti ini , aku dapat teka di mana agak agaknya dia berada.
Sudah semestinya bukan di dalam biliknya mahupun bilik neneknya. Dan sudah semestinya dia sedang menyorok di dalam bilik yang kosong itu.
Disebabkan aku bijak orangnya , aku dapat analisis kesemua mangsa mangsa aku dengan begitu cepat sekali.
Aku tersenyum sinis.
Langkah aku diaturkan menuju ke bilik tetamu yang berada di hadapan aku. Tombol pintu aku pulas namun ternyata pintu itu terkunci.
Sekali lagi aku tergelak sinis.
"Aigoo... pintu ni tak boleh bukak lah pulak"
Dan perkara ini membuatkan ianya kelihatan lebih obvious. Hakikat bahawa perempuan itu sebenarnya sedang menyorok di dalam bilik ini.
Aku terus merempuh pintu itu kuat dengan bahu aku membuatkan bunyi yang kuat terhasil.
Mungkin disebabkan terkejut dengan bunyi hentakan yang kuat yang baru sahaja aku lakukan , perempuan itu menjerit takut dari dalam bilik.
Sekali lagi aku tersenyum sinis.
Aku merempuh pintu bilik itu beberapa kali dengan bahu aku kuat sehingga pintu bilik itu akhirnya terbuka. Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Seperti yang aku sangkakan , ianya sunyi sepi. Seperti tiada orang langsung di dalam bilik ini.
Terdapat sebuah katil bersaiz king di dalam bilik ini dan meja solek serta kerusi. Aku dah kata , bilik ni mesti bilik tetamu punya.
Aku memerhatikan sekeliling ruang di dalam bilik ini. Derepan kaki aku yang memakai kasut but ini mula kedengaran kembali.
Di mana aku tahu bunyi derepan kaki aku akan membuatkan jantung perempuan itu berdegup laju bagai hendak gila.
Kerana aku datang ke sini atas tugas untuk mencabut nyawanya. Haha , Park Jimin gantikan tugas malaikat maut pulak ke sekarang ni ?
Aku berjalan menghampiri sebuah almari baju yang berwarna coklat itu. Pantas sahaja aku membuka pintu almari tersebut dengan kedua dua belah tangan aku.
"Arrrgghhhh !"
"Found you , little princess" aku tersenyum sinis.
Aku terus menarik rambut perempuan itu kasar membuatkan tubuh perempuan itu jatuh ke lantai. Dia menjerit kesakitan tatkala aku mula mengheretnya dengan menarik rambutnya.
"To-tolong lepaskan aku !!!"
Aku tak menghiraukan langsung rayuan dan tangisan perempuan ini. Badannya pantas sahaja aku campakkan ke atas katil. Dia menjerit ketakutan.
"Shuhhh. Diam" aku berkata sinis.
Dia memandang aku dengan matanya yang sudah mula bergetar. Dan sekelip mata sahaja dia kembali menangis dan menjerit jerit meminta tolong.
Haih , susah betul cakap dengan binatang. Cakap sekali tak faham.
Aku menjeling Somi tajam sebelum beg galas yang aku pakai ini aku ambil dan keluarkan sesuatu.
Pantas sahaja aku menghampiri Somi di atas katil dan mula menahan tubuhnya daripada terus meronta ronta.
Kedua dua belah tangan dan kakinya aku ikat dengan tali di kepala katil. Dia menangis teresak esak apabila dirinya tidak lagi mampu melepaskan diri.
"Kau tahu tak , aku tak suka dengar perempuan menangis. Annoying"
Aku merenung wajahnya tajam sebelum mulutnya terus sahaja aku stapler. Dia menjerit kesakitan tatkala mulutnya sudah pun bercantum dan tidak mampu dibuka lagi.
Aku ketawa.
Disebabkan dia dah senyap , jadi aku boleh lakukan kerja aku dengan tenang. Aku tak suka bunyi bising bising ni. Sakit telinga aku dengar.
Pisau yang tajam aku keluarkan dari dalam beg dan mula menyiat isi kulitnya perlahan lahan. Jeritan kesakitan yang langsung aku endahkan.
Kedua dua belah telinganya aku potong tanpa belas kasihan. Darah darah yang memercik mengenai wajahku , aku endahkan sahaja.
Tidak cukup dengan itu , setiap jari tangan dan kakinya aku potong satu per satu sebelum kedua dua belah tangan dan kakinya aku hiris perlahan.
Aku ketawa lagi.
"Kakak aku cakap... lain kali jangan masuk campur urusan orang lain. Tengok , kau dah terima akibatnya"
Aku memaparkan pandangan kosong aku kepadanya sebelum perlahan lahan tangan aku dinaikkan ke atas untuk menjulang pisau tajam itu.
Senyuman sinis aku terukir.
Darah yang memancut keluar mengenai tubuh aku , aku biarkan sahaja. Kerana aku sudah terbiasa dengan semua ini. Aku dah terbiasa hadap darah dan bau hanyir.
Kedua dua bebola matanya aku cungkil keluar menggunakan jarum panjang. Entah perempuan ni hidup lagi ke tak aku sendiri tak tahu.
Cadar katil yang berwarna putih itu mula bertukar warna tatkala darah pekat mula mengalir membasahi cadar katil ini.
Pisau yang aku julang tadi aku gunakan untuk memeggal kepala perempuan ini , perlahan lahan. Supaya dia dapat rasakan setiap kesakitan yang aku berikan.
Aku menghela nafas lega.
Akhirnya aku berjaya laksanakan tugas yang kakak aku berikan kepada aku. Akhirnya aku berjaya tamatkan semua kesengsaraan ini.
Aku pandang kedua dua belah tangan aku yang sudah pun berlumuran dengan darah. Kedua dua tangan aku mula menggigil dahsyat.
Takut ?
Aku dah biasa lakukan semua ini takkan lah aku takut pulak. Bertahun tahun aku jalankan dan lakukan kerja kotor ni kot.
Jadi kenapa tangan aku menggigil ?
Rambut Somi aku tarik dan kini aku memegang kepalanya sahaja yang sudah pun aku penggal.
Disebabkan kakak aku mahukan kepala ini , jadi aku kena bawak balik kepala ini untuk dia. Untuk dia bangga dengan apa yang aku lakukan untuk dia.
Plastik hitam aku keluarkan dari beg aku dan kepala itu aku terus masukkan ke dalam plastik tersebut.
Darah darah yang memancut terkena lantai aku bersihkan dengan kain tuala yang aku bawa bersama sebelum aku buang kain tuala itu semula.
Langkah aku terus sahaja menuju ke tingkat bawah. Badan aku dan sarung tangan yang terkena darah , semua aku bersihkan di dapur rumah ini.
"Tunggu... aku patut buat apa pulak ya ?"
Ha , baru aku teringat.
Mata aku meliar memandang sekeliling di dapur ini. Mencari di manakah terletaknya microwave ataupun ketuhar yang berada di dapur rumah mereka.
Senyuman sinis terus terukir tatkala mata aku jatuh pada microwave yang ada di dapur rumah mereka.
Lighter yang aku bawak bersama aku letakkan di dalam microwave itu dan mula tentukan masa di microwave itu selama 3 minit.
Seusai sahaja menamatkan tugasan aku , langkah aku terus diaturkan untuk keluar daripada rumah ini.
Dengan pantas aku kembali ke kereta aku semula.
Aku fikirkan dengan melepaskan segala rasa geram aku dengan membunuh mangsa kakak aku , aku akan rasa puas dan gembira.
Tapi kenapa aku rasa sedih ?
Park Jimin , kau dah kenapa sebenarnya ?
• to be continued •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro