Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

- dua belas -

Jimin's

"Yah Park Jimin !" Jira memandang wajah aku dengan pandangan teruja.

Aku hanya tersenyum memandang wajahnya yang sudah pun tersenyum lebar sambil matanya tak lepas memandang apa yang dia lihat di hadapannya.

Aku tersenyum manis.

Aku bawak Jira pergi tengok ikan HAHAHAHHAAHH.

Aku memandang semula ke arah Jira yang tak habis lagi tengah dalam mood teruja dan kagum melihat tempat ini. Tak pernah pergi ke apa perempuan ni ?

"Shin Jira"

Dia terus memusingkan kepalanya ke tepi bagi memandang wajah aku. Aku menguntum senyuman manis.

"Jom"

Tangannya terus aku tarik dan pegang erat. Aku terus bawa dia masuk ke dalam.

+++

"Park Jimin"

Aku menoleh memandang Jira yang ada di sebelah aku tatkala mendengar dia memanggil nama aku secara tiba tiba.

"Kenapa kau bawak aku pergi sini ?" dia memandang aku dan mata kami saling bertaut.

"Cuma... aku harap kau akan rasa lebih tenang"

Dia ketawa kecil. "Dengan tengok ikan ikan ni ?"

Aku hanya tersenyum. Langkah aku diaturkan menuju ke hadapan. Tangan aku diangkat dan diletakkan di atas permukaan plastik tangki ikan yang luas ini.

Senyuman aku perlahan lahan mula memudar. Entah kenapa bayangan Jira menangis di hadapan aku tadi terngiang semula.

"Shin Jira"

"Hurm ?"

"Kau cuba tengok ikan ikan yang ada dekat dalam aquarium ni , apa yang kau dapat rasakan ?" aku memandang pelbagai jenis ikan yang ada di dalam aquarium ini.

Dia memandang segenap aquarium itu buat seketika. Harini minggu bekerja jadi tak ramai yang datang ke sini. Di koridor ini hanya ada aku dan Jira sahaja.

Jira memandang wajah aku semula. Dia membuka mulut untuk menyatakan jawapannya terhadap soalan yang aku berikan.

"Sedih"

Aku menoleh memandang wajahnya. Dia melepaskan keluhan dan tersenyum tawar memandang ikan ikan tersebut.

"Sebab diorang terperangkap dan terkurung dekat dalam tempat ni sedangkan diorang nak bebas di lautan"

Kata katanya membuatkan aku menundukkan kepala aku memandang ke lantai. Entah kenapa aku terasa hati dengan kata kata Jira.

"Tapi kalau diorang semua tak ada pilihan lain ? Kalau diorang semua terpaksa berada di sini ?"

Tiba tiba sahaja bayangan wajah kakak aku bermain di dalam kotak fikiran aku. Entah kenapa aku rasa hidup aku sekarang ni menyedihkan.

"Semua manusia ada pilihan mereka sendiri cuma... bergantung kepada mereka yang mereka mahu memilih ataupun kelal berdiam diri dan biarkan sahaja apa yang ingin menimpa mereka"

Aku memandang wajah Jira. Dia tersenyum tawar dan membalas pandangan aku. Mata kami saling bertemu.

"Macam kita. Manusia tak mahu hidup dalam peraturan , bukan ? Kita juga mahukan kebebasan. Semua yang hidup inginkan kebebasan yang mereka sendiri mahukan. Begitu juga dengan haiwan. Walaupun mereka tiada akal tetapi aku tahu yang mereka juga tahu apa itu erti kebebasan"

Aku terdiam.

Dia tiba tiba ketawa kecil. Matanya menatap ke dalam anak mata aku.

"Kau kata kau nak pujuk aku. Ni datang sini buat aku terpujuk ke buat aku makin sedih ha ?" dia tersengih.

Aku hanya diam.

Walaupun dia tersenyum dan ketawa macam tu di hadapan aku , aku tahu. Dia sebenarnya masih bersedih. Hati dia masih terluka dengan perasaan sedih dia.

"Shin Jira , boleh aku bawak kau ke suatu tempat ?"

"Nae ?"

Aku mengangkat tangan aku dan menatap jam pada tangan yang aku pakai. Dia hanya memandang sahaja aku dengan wajah peliknya itu.

"Rasanya diorang semua dah balik. Jadi kita ada masa lagi"

"Kau nak bawak aku ke mana ?" dahinya berkerut memandang aku.

Aku ukirkan senyuman nipis. "Adalah"

+++

"Kenapa kau bawak aku ke sini ?" Jira menyoal sebaik sahaja aku dan dia tiba di kawasan sekolah ini.

Kawasan sekolah rendah Seoul. Tempat di mana aku belajar dahulu. Kawasan sekolah ini agak sunyi memandangkan semua pelajar dah balik ke rumah.

Aku perlahan lahan memusingkan kepala dan memandang ke arah Jira. Dia pandang aku atas bawah dengan sebelah keningnya terangkat.

"Nak aku tunjukkan sesuatu tak dekat kau ?"

"Tunjuk apa ?"

Aku tak membalas jawapannya mahupun mengangguk atau menggeleng sebagai jawapan. Lengannya terus aku tarik dan kami berdua berlari masuk ke dalam bangunan sekolah ini.

Aku membawa dia masuk ke dalam sebuah bilik yang mempunyai cermin yang luas. Seperti bilik dance practice. Dan di hujung bilik terdapat sebuah piano berwarna hitam yang besar.

Aku tersenyum. Piano tu masih ada di situ.

"Kau bawak aku ke mana ni , Jimin ?" berkerut dahi Jira memandang aku.

Aku menundukkan kepala bagi memandang wajahnya. Dia tergamam tatkala aku memberikannya pandangan redup.

"Boleh kau tolong aku ?"

"To-tolong apa ?"

Aku tersenyum lalu menarik lengannya membawa dia ke tempat duduk piano tersebut. Aku menarik bahunya dan mendudukkannya di atas kerusi piano.

"Apa kau buat ni ?" Jira masih memberikan aku pandangan kelirunya.

Aku hanya tersenyum. Beg yang aku pakai aku bukak dan letakkan di atas piano tersebut. Aku mula mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket.

Telefon pintar aku diletakkan di atas lantai. Aku memandang semula ke arah Jira yang masih tak faham dengan apa yang aku cuba lakukan.

"Kau nak tahu tak ? Waktu aku kecik dulu , cita cita aku nak jadi kpopstar. Menari dan bernyanyi atas pentas dan berjumpa dengan peminat peminat yang sayangkan aku" aku tergelak kecil.

"Kebebasan tu amat penting bagi seseorang manusia , tak ke begitu ?" aku memandangnya dia tergelak kecil.

Dia hanya memandang aku diam. Tidak langsung mengeluarkan sebarang suara.

"Aku suka menari dan bernyanyi. Walaupun kakak aku tak benarkan aku buat macam tu. Rasa macam hidup aku dikongkong dan aku penat dengan semua ni"

Jira tersentak.

Dia hanya memandang aku sahaja tanpa mengerdipkan matanya. Seolah olah kata kata aku membuatkan dia rasa sesuatu.

"Aku nak tunjukkan kau bakat aku. Dah lama aku tak menari jadi tarian aku mungkin akan jadi agak kekok sikit haha."

Aku mula memasang lagu di tefon pintar aku dan mula mengambil tempat. Tubuh badan aku mula mengikut rentak lagu yang baru sahaja aku bukak.

Sudah lama aku tak menari bebas macam ni. Dah 12 tahun. 12 tahun aku tak dapat menari hanya kerana kakak aku tak suka.

Dan kisah hidup Jira , aku tahu tentangnya.

Aku rasa aku dan Jira dua dua sama. Kami mempunyai persamaan dalam matlamat dan kehidupan kami berdua.

Hidup dalam peraturan dan dikongkong dan kami berdua mahu bebas dari semua ini. Itu yang aku dan Jira rasakan.

+++

Jira's

Kenapa...

Jantung aku berdegup kencang ? Kenapa bulu roma aku menegak hanya dengan melihat Jimin menari seperti itu ?

Aku tak tahu apa yang aku rasakan ketika ini. Perasaan ini aku tak pernah rasakan sebelum ini.

Jimin tiba tiba sahaja berhenti menari tatkala lagu yang dipasangnya juga sudah pun berakhir. Dadanya berombak laju. Nafasnya mula tak teratur.

Aku tahu dia rasa sedikit penat.

Tiba tiba dia tersenyum dan mula ketawa. Kening aku terjungkit ke atas melihat kelakuan dia yang tiba tiba sahaja begini.

Mata aku membulat apabila Jimin tiba tiba sahaja jatuh terduduk di atas lantai. Refleks aku terus bangun dan berlari untuk mendapatkan Jimin.

"Jimin , kau okay tak ?" aku bertanya cemas.

Aku tergamam tatkala mata aku bertemu dengan mata milik Jimin. Kerana matanya sedang berair.

"Jimin..."

Perlahan lahan Jimin mengangkat wajahnya dan pandang aku tepat ke dalam anak mataku. Aku hanya memandang sahaja dia diam.

"Kau tahu Jira , kau tak keseorangan. Aku pun mengalami nasib yang sama dengan kau"

Aku tersentak. Di-dia apa ?

"Jadi kau tak perlu salahkan diri kau dengan apa yang berlaku. Tu semua bukan salah kau. Kau hanya perlu ingat satu perkara sahaja"

Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku membuatkan aku tergamam sekali lagi.

"Kau perlu jadi diri kau yang sendiri. Dalam dunia ni kau adalah watak utama bagi kisah diri kau dan tiada siapa yang boleh halang kau lakukan apa yang kau mahu lakukan"

Dia ukirkan senyuman manis.

"Kau tak perlu pergi mana mana sebab aku... aku datang kepada kau. Aku akan tolong kau jadi... jangan bersedih lagi ya ?"

Jimin menatap wajah aku dengan pandangan redupnya membuatkan jantung aku tiba tiba sahaja berdegup kencang.

Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa gugup semacam. Berduaan dengan Jimin di dalam bilik ini

"Shin Jira..."

Aku meneguk liurku gugup tatkala mata aku bertembung dengan mata milik Jimin. Perasaan ini semakin lama semakin kuat. Perut aku rasa semacam. Like a butterflies in my stomach.

"Aku..."

Dia tiba tiba memegang pipi kanan aku erat dengan tangannya membuatkan mata aku membulat kerana terkejut dengan tindakan dia.

"Ji-jimin aku..." aku cuba untuk menepis tangannya namun dia tahan tangan aku.

Mata aku seolah olah terkunci dengan mata Jimin. Dia masih dengan pandangan redupnya itu lagi. Di mana pandangan itulah yang membuatkan jantung aku tak berhenti berdegup.

Perlahan lahan tangannya menjalar ke belakang tengkuk aku dan tangan kirinya pula menarik pinggang aku ke hadapan membuatkan tubuh aku menghampiri tubuhnya.

Aku tak mampu nak lakukan apa apa ketika ini.

Se-selalunya dalam drama kalau dalam situasi macam ni maknanya hero dan heroin akan lakukan babak bercium.

Tunggu , Jimin nak cium aku ke ?!

Jimin menarik tengkuk aku ke hadapan membuatkan wajah aku semakin dekat dengan wajahnya. Aku dapat rasakan hembusan panasnya di wajah aku.

Aku terus pejam mata rapat. Tunggu , aku suka Jimin kot tapi kenapa aku tak bersedia dengan semua ni ?!

Tolong lah katakan ini semua hanyalah mimpi indah sahaja !

Aku memuncungkan bibirku sebaik sahaja aku dapat rasakan bibirnya betul betul ada di hadapan aku.

Tiba tiba aku terdengar bunyi Jimin ketawa.

Mata aku terus terbuka. Tunggu , dia ketawa ke weh ? Jap , aku kena game ke ?!

Aish tak guna !

"Kenapa ? Kau fikir aku nak cium kau ke ?" Jimin masih ketawa menampakkan eyesmilenya.

Aku mula mencebik geram. Ni yang aku sakit hati ni. Lelaki ni mana pernah nak buat aku macam ni. Dia just game aku je ni.

Dasar lelaki.

"Pergi mampus lah kau !"

Baru sahaja aku ingin bangun dan tinggalkan dia tiba tiba Jimin menarik lengan aku kuat membuatkan aku kembali terduduk kini di atas ribanya.

Tarikannya begitu kuat sehingga badan aku berpusing ke belakang menghadap dirinya. Dan tanpa aku sangka , mata aku mula membulat.

Tatkala bibir aku bercantum dengan bibir Jimin.

Matanya dipejam rapat. Menikmati ciuman yang dia terima sekarang ini. Mata aku pula terbuka luas kerana terkejut dengan situasi yang secara tiba tiba ini.

Baju Jimin yang aku pegang ini aku genggam erat dan perlahan lahan aku pejamkan mata. Membalas ciuman yang Jimin berikan kepada aku.

"Jangan merajuk lagi tau"

to be continued

okay first kiss dorang dalam ff ni kan ? lmao . apepun im sorry sangat sangat sebab ff ni makin lama makin bosan sebab neul busy and then takde idea haih rasa macam nak unpub je ff ni tapi bila fikir balik hmmmm tah la dah takde mood sebenarnya nak menulis

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro