• t h i r t y - t w o •
. . .
Camera dibetulkan.
Di dalam live stream mula menampakkan seorang wanita yang sudah pun di blindfolded sedang duduk di atas sebuah kerusi.
Di hadapannya terdapat sebuah meja yang sudah pun diletakkan tiga hidangan. Ditutup dengan tudung saji. Dan tiada siapa tahu apakah isi di dalamnya.
JIMIN :
Welcome to my suicide live stream , yeorobun.
Suara Jimin kedengara namun wajahnya tidak kelihatan. Hanya menampakkan Saesong di hadapan sahaja memandangkan kalini...
Wanita itu bakal membuat persembahan.
JIMIN :
Kau orang... nampak tiga hidangan yang disediakan di atas meja tu ?
Beberapa komen mula timbul.
Dan kebanyakannya memberi respon kepada soalan yang ditanya Jimin. Dalam diam , Jimin ukirkan senyuman.
Seronok apabila mendapat perhatian.
JIMIN :
Tudung saji itu ditandakan dengan label A , B dan C.
JIMIN :
Tugas kau orang mudah. Untuk live stream kalini... kita akan bermain bersama sama.
JIMIN :
*tertawa sinis*
JIMIN :
Aku berikan kau orang selama 15 minit dan pilih... hidangan mana yang kau orang inginkan. Tanpa mengetahui langsung apa yang ada di dalam tudung saji itu.
JIMIN :
Selepas tengok undian mana yang lebih banyak... wanita itu akan makan hidangan yang kau orang pilih.
Jimin mengangkat wajahnya perlahan ke atas dan memandang ke arah Saesong buat seketika. Senyumannya perlahan lahan terukir di wajah.
JIMIN :
Kau orang ada 15 minit. Masa , bermula sekarang.
Serentak mendengar Jimin memberi arahan , Yoongi di sebelah pantas menekan butang set masa 15 minit.
Dengan kepakarannya , matanya tak lepas dari memandang ke arah laptop di hadapan. Headphone pula sudah pun melekat di telinganya.
Tangannya menari nari mengikut rentak di atas keyboardnya. Membuat statistik berapa orang yang akan memilih hidangan A , B ataupun C.
Jimin tersenyum lebar.
Dia memandang ke arah Saesong. Saesong masih cuba mengawal dirinya sendiri daripada menangis di hadapan. Kedua dua belah tangannya digenggam erat.
Walaupun dirinya terlalu takut untuk hadapi apa sahaja yang dia sendiri tidak pasti , namun dia perlu teruskan semua ini juga.
Demi... mendapat duit.
Duit yang diberi upah Park Jimin bukanlah dalam jumlah yang sedikit. Malahan lebih dari segalanya. Jumlah duit yang tak pernah Saesong dapat sebanyak itu.
Dan disebabkan dia amat amat perlukan duit , dia perlu juga teruskan apa yang dia perlu. Wanita itu tidak akan berhenti di takat itu sahaja. Dia tidak mahu berputus asa.
Dia , mahukan duit.
Ttet ! Ttet ! Ttet !
Mendengarkan bunyi alarm tersebut , pantas Yoongi menekan butang tutup. Menandakan 15 minit yang sudah pun di set kannya itu telah pun tamat.
Jimin tersenyum sinis.
JIMIN :
Woops , 15 minit yang telah pun diperuntukkan , dah tamat.
JIMIN :
Bersedia dengan aktiviti kita yang seterusnya ?
Mendengar arahan Jimin , pantas jari Yoongi menekan butang di keyboard pantas. Melihat hidangan manakah yang mendapat undian tertinggi.
Dan di kala itu jarinya serta merta terhenti.
Jimin perlahan mendekatkan tubuhnya dengan Yoongi. Matanya melihat ke arah laptop tersebut , melihat undian tertinggi itu. Membuatkan dia tersenyum sinis.
JIMIN :
It is really going to be hella fun...
o n l i n e
STREAMER
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro