• t h i r t y - t h r e e •
. . .
"Diorang pilih B , noona."
Sengihan sinis penuh makna terukir di wajah Jimin. Manakala Yoongi di sebelah terkaku. Dia sendiri tidak tahu ingin ungkapkan apa.
Saesong hanya berdiam diri.
Bahkan wanita itu sendiri tidak tahu hidangan apa yang telah disediakan Jimin. Tapi walau macam mana pun... dia tahu hidangan itu bukan lah sesuatu yang menyenangkan.
Jimin mencapai topengnya lalu terus dipakaikan pada wajahnya. Perlahan langkahnya diaturkan menuju ke arah meja tersebut.
Buat seketika , wajahnya ditoleh menghadap ke arah camera yang sedang merakam perbuatannya. Memberikan senyuman penuh sinis di sebalik topeng yang dipakai.
"Jadi... kau orang tertanya tak apa yang ada di dalam tudung saji ni semua ?"
Mungkin tiada jawapan dari camera tidak bernyawa.
Tapi Park Jimin tahu , komen komen mula timbul di skrin monitor laptop milik Yoongi , menandakan penonton sedang berebut rebut mengatakan bahawa mereka ingin tahu tentang hidang tersebut.
Jimin tersenyum puas.
"Mari... kita tengok apa yang ada di hidangan pertama."
Tubuh Jimin menghampiri hidangan yang dilabel sebagai A. Tangannya perlahan memegang tudung saji itu sebelum ditarik untuk menunjukkan apa yang ada di dalamnya.
Ianya lipas.
Masih hidup.
"Sayangnya... kalau pilihan A mendapat undian lebih banyak , sudah pasti kita dapat saksikan actress kita makan benda ni."
Jimin ketawa.
Hidangan itu kembali ditutup. Tidak mahu pula lipas lipas itu melarikan diri daripada bekas itu.
"Jadi... apa kata kita tengok hidangan seterusnya pula ? Yang hanya mendapat 20% undian , hm ?"
Jimin melangkah perlahan lahan menghampiri hidangan yang dilabel sebagai C. Tangannya memegang erat tudung saji itu.
Dipandangnya camera dengan senyuman sinis sebelum perlahan lahan mula membuka tudung saji tersebut. Menunjukkan hidangan yang terakhir.
Bangkai seekor arnab.
Serentak apabila Jimin membuka tudung saji itu , bau yang busuk mula menusuk ke dalam rongga hidungnya.
Busuk , tapi Park Jimin sukakannya.
Tangan menyentuh perlahan bangkai arnab tersebut , langsung tak merasakan sebarang kegelian walaupun dia hanya menggunakan tangannya sahaja.
"...tak ke kau rasa ianya kelihatan begitu menakjubkan ?"
Sengihan lebar menghiasi wajah Park Jimin. Kagum melihat bangkai arnab yang berada di hadapannya.
"Dan kau orang tertanya tanya tak hidangan pilihan apa yang kau orang pilih untuk actress aku ?"
Tudung saji hidangan terakhir itu ditutup kembali. Kini Park Jimin menjadi semakin teruja untuk berbualkan tentang hidangan yang berada di tengah tengah.
Hidangan kegemarannya.
"Tapi aku tak akan bukakan kalini. Aku nak..." perlahan Jimin toleh dan memandang ke arah Saesong yang masih terduduk kaku di tempatnya.
"...actress aku yang buka sendiri. Baru surprise."
Tanpa disuruh , pantas Jimin melangkah menghampiri Saesong. Kerusi yang diduduki wanita itu ditolak ke hadapan supaya lebih dekat dengan meja tersebut.
Tubuh Saesong sedikit terhinjut dengan gerakan secara tiba tiba. Namun dia membiarkan sahaja apa yang Jimin ingin lakukan.
Bahu Saesong disentuh Jimin lembut.
"Noona , noona boleh bukak tudung saji dekat depan tu sekarang."
Saesong hanya diam.
Tidak langsung memberikan sebarang respon kepada Jimin. Dengan matanya yang sudah pun di blindfolded lagi. Manakan boleh dia melihat di sekelilingnya.
Jimin terus memegang perlahan tangan Saesong lalu perlahan dibawanya untuk memegang tudung saji tersebut. Mengarahkan wanita itu untuk membuka tudung saji.
"Buka."
Suara dingin milik Jimin menyapa perlahan gegendang telinga Saesong membuatkan wanita itu rasa seakan diancam.
Jikalau dia membantah , sudah pasti nasibnya bakal buruk.
Selepas sahaja Jimin melepaskan tangannya dari tangan Saesong , perlahan tudung saji itu dibuka Saesong dengan tangannya tak henti berketar.
Hidangan itu....
Merupakan najis manusia.
Komen yang banyak mula timbul di skrin monitor. Hampir kesemuanya tidak percaya dengan apa yang baru sahaja mereka lihat di hadapan gadget masing masing.
Sama ada benda di hadapan itu real ataupun tidak , mereka semua tidak pasti.
Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikannya.
Dan ianya...
Hwang Saesong perlu menelannya.
o n l i n e
STREAMER
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro