• t h i r t y - n i n e •
. . .
Aku memandang kosong ke arah tubuh yang digantung pada tiang jaring basketball itu. Dengan kulitnya yang telah pun aku siat dan kepalanya yang tanpa sengaja aku terputuskan.
Bukan salah aku. Kepala dia yang sensitif sangat.
Belum sempat aku nak buat apa apa , dah terputus. Tch , lemah. Cakap besar boleh pulak last last cepat jugak kau mati. Dasar lelaki pengecut.
Aku tinggalkan sahaja tubuhnya berada di situ dengan darah darah yang mengotori lantai. Langsung tak terniat ingin membersihkannya. Lagipun bukan tugas aku untuk bersihkannya.
Pandai pandai lah besok pagi makcik cleaner bersihkan.
Suis lampu aku terus tekan membuatkan segenap ruang dewan mula menjadi gelap gelita. Tapi berkat cahaya flashlight daripada telefon pintar aku , aku boleh nampak sedikit sekeliling aku bagaimana.
Dengan langkah yang pantas , aku mendaki tangga dan melangkah menuju ke arah sumber cahaya kecil yang berada tak jauh dengan tempat aku berada. Ianya sudah pasti dari laptop milik Min Yoongi.
Dan daripada sini pun aku dah nampak figura wanita yang sedang berpeluk tubuh sedang bermain dengan telefon pintarnya di hadapan laptop.
Pelik. Kelibat Yoongi tiada pula.
Sebaik sahaja aku berdiri betul betul di hadapan noona , dia menayangkan wajah berkerutnya kepada aku. Hidungnya pantas sahaja ditekup , menahan busuk bau hanyir daripada tubuh aku.
"Bak baju aku."
Faham dengan maksud aku , noona pantas sahaja mencapai satu beg kertas yang diisi dengan pakaian untuk aku tukar. Tengok , aku dah buat persediaan awal awal lagi.
Nampak tak betapa telitinya aku ?
Dengan selambanya , aku terus menanggalkan baju di hadapannya. Langsung tidak terniat pun untuk menyembunyikan diri bagi menyalin pakaian kotor.
Membulat mata noona tatkala melihat bahagian tubuh atas aku yang sudah pun terdedah di hadapannya. Walaupun keadaan di sekeliling agak gelap , namun dia tetap boleh nampak dengan cahaya dari laptop.
"Yah ! Kalau ye pun pergi tukar baju dekat belakang sana lah !"
Aku tersengih comel. "Tatuttt."
Noona menggulingkan matanya ke atas. Dia terus memusingkan sedikit tubuhnya membelakangi aku , tidak mahu pula matanya tercemar melihat sesuatu yang tak sepatutnya.
Eleh , gaya tu macam dia suci sangat tak pernah tengok lelaki bogel.
Dengan selambanya , tangan aku pantas menanggalkan seluruh pakaian aku dan masukkannya ke dalam beg kertas itu. Pakaian yang aku bawa untuk salin itu aku ambil dan sarungkan pada tubuh.
"By the way... mana Yoongi ?"
Aku menyoal dengan sebelah kening terjungkit ke atas. Tangan aku pula ralit sahaja menyarungkan tshirt berwarna putih pada tubuh aku yang terdedah.
"Yoongi dia--"
Kata kata noona tergantung tatkala telinga aku menangkap bunyi derepan kasut melangkah menghampiri tempat ini dan bunyi pintu utama dewan dibuka oleh seseorang.
"Hoi , siapa dekat sana ?!"
Aku tidak menoleh ke arahnya , pantas aku mengambil beg sandang Yoongi yang sudah pun diisu dengan cameranya. Mata aku membulat memandang ke arah noona yang juga turut terkejut.
"Lari !"
Pantas aku menarik lengan noona. Wanita itu juga terus menutup laptop milik Yoongi dan mengikut langkah aku untuk melarikan diri daripada dewan.
Manakan tidak aku kabut apabila tetamu yang tak diingini tiba tiba sahaja hadir ke persembahan aku pada malam itu. Nasib sahaja live stream semuanya dah tamat.
Kalau tidak... memang hancur semuanya !
Setelah sekian lama berlari dan kini aku dan noona berada di hutan yang terletakdi belakang bangunan sekolah. Merasakan tiada sesiapa yang mengejar kami , aku dan dia serentak menghentikan langkah.
Aku menolak tubuh noona kasar membuatkan tubuh gadis itu terjatuh ke tanah. Dia mengerang sakit lalu terus mengangkat wajah. Memandang aku dengan pandangan keliru.
"Jimin apa yang..."
"MANA SIALAN TU ?!"
Mata aku tajam menikam ke arah anak mata noona membuatkan wanita itu serta merta terdiam. Urat urat mula tersembul keluar dari leher aku. Wajah aku merah , menahan marah.
Kalau aku tak boleh kawal diri... mahunya Hwang Saesong mati malam ni.
"Jimin..." suaranya bergetar.
Disebabkan terlalu serabut , aku pantas melangkah ke arahnya sebelum lehernya aku tarik kasar. Mencekik lehernya lalu membuatkan tubuhnya berdiri menghadap aku.
Mata noona mula berair. Dia cuba untuk bernafas namun menjadi begitu sukar untuknya kerana aku sedang mencekik lehernya.
"Aku tanya... mana sialan tu ?"
Pandangan menakutkan aku berikan kepada wanita itu. Cukup untuk membuatkan noona menggigil ketakutan. Bagaikan bila bila masa sahaja aku boleh membunuhnya.
"Y-Yoongi... d-dia... per..gi ho-hospital..."
"BUAT APA ?!"
Air mata noona mengalir.
"O-omma d-dia... de-dekat ho-hospital..."
Dan ini lah salah satu kelemahan Min Yoongi yang aku paling benci.
o n l i n e
STREAMER
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro