Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

• t h i r t y - f i v e •

. . .

Y O O N G I

"Buweeerrkkk ! Buwweeeerrrkk !"

Kendengaran jelas dari dalam bilik air , Saesong sedang memuntahkan segala isi perutnya.

Aku bersandari di dinding sebelah pintu bilik air. Menunggunya dari luar sambil memegang sebotol air mineral dan tuala kecil untuk diberikan kepadanya.

Perlahan aku melepaskan keluhan berat.

Hinggakan aku sendiri , tak sanggup melihat dia yang hampir separuh mati cuba menelan najis jijik tu sendiri.

Ianya najis manusia.

Walaupun dengan menyebutnya juga sudah terasa  jijik , ini kan pula jikalau kau yang kena hadap dan telan benda jijik tu. Kau yakin kau mampu buat ?

Pintu bilik air dibuka dan figura seorang wanita melangkah keluar dari bilik air. Pantas aku menghulurkan tuala dan botol mineral kepadanya.

Langkahnya terhenti buat seketika sebelum dia mengangkat wajah dan menghadiahkan aku satu renungan tajam.

Ya , aku dapat agak apa yang dia hendak katakan.

"Kenapa kau biar je aku terseksa macam tu ?" dingin suara Saesong.

Aku hanya diam.

Aku sendiri tidak tahu nak balas apa dekat dia. Lagipun kalau aku cuba , aku tak boleh pun hentikan semuanya memandangkan ini apa yang Park Jimin inginkan.

Mengikut kepada contract yang telah pun aku dan Saesong setujui , salah seorang di antara kitorang pun tak boleh halang apa yang Jimin rancang untuk live stream.

Singkat kata , aku tak mampu buat apa apa.

Walaupun aku tahu benda yang berlaku di hadapan mata aku ni salah dan aku tak mahukannya berlaku , tapi... aku takde kekuasaan dan kekuatan untuk menghalangnya.

Lagipula , Park Jimin.

Dia mastermind.

Saesong terus merampas botol mineral dan tuala yang aku pegang itu. Pantas sahaja langkahnya diaturkan ke arah ruang tamu rumahnya. 

Botol mineral diteguknya rakus sebelum tuala itu dijadikan untuk mengelap mulut dan peluhnya yang tak henti menitik di dahi dan lehernya.

Saesong terus menghempas tubuhnya duduk di atas sofa. Langsung tidak memandang ke arah aku walaupun sekilas. Aku tahu... dia pasti marah dengan aku.

Aku memandangnya kekok.

Lagipula sekarang aku berada di rumahnya. Dan aku tahu mood dia begitu tidak baik dan dia tidak akan mahu untuk aku tinggal di sini untuk menemaninya.

Lagipun , takkan lah aku nak tinggalkan omma sorang sorang dekat rumah buat kali kedua.

Aku bukan seorang anak yang teruk.

"Aku... nak balik dulu tau."

Baru sahaja aku ingin pusingkan tubuh ke belakang untuk memulakan langkah menuju ke arah pintu utama rumah , satu suara menghentikan langkah aku.

"Tunggu."

Langkah aku serta merta terhenti.

"Biar aku... hantar kan kau ke pintu."

Aku tersenyum.

Pantas Saesong bangun daripada duduknya dan mula mengatur langkah menuju ke arah pintu rumahnya , aku hanya mengikuti langkahnya dari belakang.

Langkah kami berdua berhenti buat seketika di ketika aku kini sudah menjejakkan kaki di luar rumahnya manakala dia di dalam rumah.

Dia menahan pintu , memandang aku dengan pandangan kosong.

"Kalau macam tu... aku pe--"

"Kau tak menyesal ke ?" suara Saesong dengan nada yang mendatar.

"Apa ?"

"Tandatangan contract tu. Kau tak menyesal ke ?"

Aku terdiam.

Tak menyangkakan pula bahawa wanita ini akan bertangakan soalan itu kepada aku ketika ini.

"Aku rasa... kau sendiri kenal Park Jimin tu macam mana lebih dari aku tahu. Memandangkan kau dengan dia rakan sekelas."

"Tch , dan disebabkan tu kau assume aku kenal dia ?"

"Kalau tak... macam mana kau boleh setuju untuk bantu dia dalam channel ni ?"

"Park Jimin... bukan seperti budak yang kau kenal. Dia... terlalu bahaya."

"Jadi , kenapa kau libatkan diri dengan dia ? Kenapa kau setuju untuk jadi cameraman ?"

Aku tersenyum nipis. "Sebab... aku nak kenal dia. Sisi mental dia macam mana."

Berkerut wajah Saesong mendengar apa yang aku baru sahaja katakan , langsung tidak memahami satu hapak. Makin dengar , makin pening jadinya.

"Dah , aku nak pergi ni. Dah lewat dah pun."

Mendengarkan kata kata aku , Saesong mengangguk perlahan.

Aku tahu , dia masih takut dan trauma dengan apa yang dia sudah pun lakukan harini. Tapi dia sedaya upaya cuba untuk kelihatan kuat. Dia... tidak mahu aku berikan simpati kepada dia.

"Saesong-ah."

"Biadap betul kau ni. Aku lagi besar dari kau tau !" Omel Saesong dengan jelingan tajam.

Aku tak menghiraukan dia , terus aku tanggalkan beg sandang dan keluarkan sesuatu dari dalam beg. Patung bear berwarna merah kecil itu aku hulurkan kepadanya.

"Eo ? Apa ni ?" lambat lambat tangan Saesong mengambil huluran aku.

"Aku buat sendiri. Untuk kau."

"Untuk aku ?" kening Saesong terangkat ke atas.

"Peluk tu sambil tidur. Mana tahu dia dapat teman kau malam ni. Takde lah kau nightmare lagi macam semalam."

Aku pandang dia sekilas.

"Okay , aku nak pe--"

Mata aku serentak membulat besar tatkala Saesong tiba tiba melompat dan memeluk tubuh aku erat. Kedua belah tangannya disatukan di belakang tengkuk aku.

"Sae--"

"Gumawo , Yoongi-yah."

Dan perlahan lahan senyuman aku terukir.

o n l i n e
STREAMER

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro