Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

• f o u r t y - s e v e n •

. . .

"Kenapa awak pukul dia ?"

Seorang detektif perempuan bertanya lembut kepada Yoongi namun Yoongi hanya mengabaikan sahaja wanita itu. Langsung tak ambil peduli.

Disebabkan ada beberapa polis di sekitar kawasan sekolah nak siasat tentang kes kejadian Heeseung mati kena bunuh dekat dewan tu , jadi ada lah penyemak penyemak ni.

Kebetulan ada polis ni nampak Yoongi tengah belasah aku dan dia terus hentikan lelaki tu. End up sekarang aku dengan Yoongi ada dekat dalam bilik disiplin.

Dan kau tau apa yang kelakar ?

Aku perlahan menoleh ke arah Yoongi yang masih mendiamkan diri. Wajahnya ditundukkan ke bawah , langsung tidak mahu bertemu mata dengan detektif wanita itu.

Kalau dia jujur sekalipun bahawa aku yang bunuh omma dia , perempuan semak depan dia tu takkan percaya punya. Tengok lah keadaan sekarang.

Yang nampak sangat teruk dibelasah hanyalah aku. Manakala Min Yoongi langsung tak tercedera. Tiada satu cacat cela pun dekat muka dia.

Dan kalau dia bagitahu dekat polis tu tentang live stream dan channel aku sekalipun , dia dan Saesong pasti akan kena sekali memandangkan mereka merupakan rakan subahat aku.

Jadi... kau nampak kemenangan di pihak siapa sekarang ?

"Min Yoongi , saya tanya sekali lagi. Kenapa awak pukul Park Jimin ? Apa yang dia dah buat dekat awak sampai awak bertindak begitu ?"

Masih dengan pertanyaan yang sama dia ulang dekat Yoongi dengan suara lembut dia tu. Haih lah penyemak ni , aku rogol karang.

Aku terus gulingkan mata ke atas. Semakin aku menyampah bila detektif tu tak henti henti bertanya kepada Yoongi. Masih mahu Yoongi jelaskan semuanya dekat dia.

Perempuan tu melepaskan keluhan perlahan. Mungkin kalini dia dah berputus asa memandangkan hampir setengah jam Yoongi masih tidak mahu menjelaskan kepadanya.

Bila dia tanya aku , aku apa lagi. Jawab la jawapan cliche yang aku tak tahu apa apa. Memandangkan muka aku memang nampak baik , dia terus tanya Yoongi sahaja.

"Haih... noona dah cuba call omma awak tapi stilltak dapat dapat."

Aku hampir tertawa tatkala mendengar kata kata perempuan tu. Pantas aku menoleh dan memandang ke arah Yoongi yang masih setia menundukkan wajahnya ke bawah.

Matanya berair.

"Awak ada penjaga ? Kalau awak ada , noona bo--"

Kata kata perempuan itu tergantung tatkala pintu bilik disiplin dibuka oleh seseorang. Membuatkan perempuan itu dan aku serentak menoleh ke arah tersebut.

Mata aku sedikit membulat.

Tanpa mempedulikan pandangan aku , Saesong terus melangkah menghampiri Yoongi yang masih setia menundukkan wajahnya ke bawah di tempat duduknya.

Dia terus duduk bercangkung di hadapan Yoongi. Pipi Yoongi yang terasa kering dengan air mata itu disentuhnya lembut. Iris mata wanita itu menatap lembut wajah Yoongi risau.

"Gwaenchanna ?" soal Saesong lembut.

Yoongi hanya diam. Kepalanya masih setia ditundukkan ke bawah.

"Boleh saya tahu , awak siapa..."

"Noona Yoongi." pantas Saesong memintas.

"Nae ? Tapi dalam fail peribadi sekolah dia takde pun cakap yang dia ada noona."

Saesong melepaskan keluhan beratnya. Pantas dia bangkit daripada duduk cangkungannya. Matanya merenung tajam wajah detektif wanita itu.

"Izinkan saya bawak Yoongi balik sekarang."

"Ta-tapi..."

"Terima kasih."

Belum sempat perempuan penyemak tu nak cakap apa apa , Saesong lebih pantas bertindak. Lengan Yoongi terus ditariknya lalu dibawa Yoongi keluar dari bilik disiplin tersebut.

Jujurnya , aku hampir ketawa.

Dah kenapa pula sejak dua menjak ni ramai sangat orang nak buat aku ketawa. Apa diorang ni dulu semuanya merupakan pelawak ke ?

Bullshit apa pulak Hwang Saesong tu cakap ? Noona ? Pffttt... lmao.

Detektif perempuan itu melepaskan keluhan beratnya. Dia menolak rambut panjang yang menutup dahinya ke belakang. Begitu tertekan.

"Noona..."

"Hurm ?"

Dia mengangkat wajah , memandang aku dengan pandangan malas. Mungkin disebabkan terlalu tertekan. Dengan kes pembunuhan yang berlaku dekat sekolah ni lagi.

Lembap betul polis polis ni. Langsung tak dapat nak cari aku yang merupakan dalangnya.

"Noona kata... kalau ada apa apa tentang Yoongi saya boleh bagitahu kan ?"

"Eo. Kenapa ? Ada sesuatu yang kamu nak bagitahu ke ? Kenapa tak bagitahu tadi ?"

Aku tersenyum tawar. "Saya takut... dia akan belasah saya lagi."

Detektif wanita itu terkedu.

Aku cuba sedaya upaya untuk sembunyikan senyuman aku yang hampir terukir. Pfftt... aku ni takdelah lemah sangat hanya ingin diri ni dibelasah dengan orang yang lemah.

"Jadi... bagitahu noona."

Aku menundukkan wajah buat sebentar lalu mengangkat wajah. Bertemu mata dengan perempuan semak di hadapan aku.

"Min Yoongi... haritu saya ada nampak dia bawa sesuatu yang pelik. Dia datang sekolah awal pada haritu sedangkan selalunya dia akan datang lambat."

"Ma-maksud kamu ?"

"Dalam beg plastik tu... ada mayat. Dan dia letak dekat kandang arnab."

o n l i n e
STREAMER

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro