• f o u r t y - o n e •
. . .
Ttok ! Ttok ! Ttok !
Aku mengetuk meja Yoongi sebanyak tiga kali , cuba membuatkan lelaki itu bangun daripada tidur lenanya. Sejak dari awal period tadi , kerja dia tidur sahaja.
Bukannya aku tak biasa dengan Min Yoongi yang sentiasa tidur di dalam kelas. Tapi sesuatu yang membuatkan aku agak pelik bila semua budak kelas aku tengah pandang aku semacam.
Kenapa ? Hanya sebab aku nak kejut dia bangun tidur ?
Tch , aku dah cakap. Min Yoongi ni tak buat apa apa pun dia dah jadi pusat perhatian semua orang untuk pandang dia. Ada sahaja orang yang akan perhatikan dia.
Golongan karnivor kan ?
Walaupun suda diketuk mejanya sebanyak tiga kali , namun dia langsung tidak memberikan sebarang respon kepada aku membuatkan sebelah kening aku terjungkit ke atas , memandangnya pelik.
"Dah mati ke dia ni ?"
Tangan aku menyentuh perlahan bahu Yoongi , masih tidak berputus asa dalam mengejutnya dari bangun tidur. Lagipula , aku ada suatu benda penting yang aku ingin katakan kepadanya.
Aku mengerutkan dahi tatkala dia masih tidak memberikan sebarang respon kepada aku walaupun aku sudah goyangkan bahunya dengan kuat. Apa dia tidur mati ke ?
"Yah Min Yoo--"
Aku menyentuh bahagian tengkuknya kuat. Namun aku tak sangka pula cepat sahaja dia memberikan respon di kala aku menyentuh bahagian tengkuknya. Mungkin itu merupakan bahagian sensitif buatnya.
Aku sedikit terkejut tatkala tubuhnya pantas bangkit daripada lenanya dan kini dia mencekik leher aku dengan renungan tajamnya walaupun dalam separa mamai.
Aku tersenyum sinis.
"Nampaknya... sleeping beauty dah bangun , hm ?"
Matanya sedikit membulat tatkala menyedari orangnya dia cekik itu merupakan aku , pantas dia mengalihkan tangannya daripada leher aku sendiri. Pandangannya terus dialihkan.
Dia terus kembali duduk di atas kerusinya sendiri. Aku tahu , semua budak kelas agak terkejut dengan reaksi secara tiba tiba yang dilakukan Yoongi terhadap aku.
Aku ? Terkejut ? Mungkin.
"Apa kau nak ?" seperti biasa , Min Yoongi bersuara dingin kepada aku.
Aku senyum.
"Harini aku nak kau dengan noona cuti. Kinda like cuti bekerja ?"
Dia mengerutkan dahinya. Perlahan mengangkat wajah dan memandang aku , inginkan penjelasan yang munasabah. Aku tahu , Min Yoongi memang begini orangnya.
"Maksudnya... kau tak akan buat live stream malam ni ?"
Aku menggeleng perlahan sambil bibir dicebik.
"Aku nak rehat dekat rumah sambil tengok video video membunuh yang menarik. Mana tahu idea aku datang nak bagi noona membunuh mangsa baru ?"
Dia hanya diam. Kepala diangguk perlahan.
"Tapi... aku nak hadiahkan sesuatu dekat kau dengan noona."
Sebelah kening Yoongi terjungkit ke atas. Memandang aku dengan pandangan peliknya. Aku tahu , dia juga turut ingin tahu dengan apa yang aku ingin sampaikan dekat dia.
"Hadiah aku untuk kau orang sebagai seorang majikan yang baik."
Dan senyuman sinis aku mula terukir.
o n l i n e
STREAMER
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro