• f i v e •
. . .
Setibanya di rumah.
Aku meletakkan beberapa bahan yang sempat aku beli di atas meja belajar. Segala buku yang berselerak aku campak ke lantai.
"Mari kita tengok apa yang aku ada..." ujarku pada diri sendiri.
Aku tersenyum tatkala melihat beberapa alat yang mungkin akan membantu aku untuk menarik perhatian audience untuk menjadi seorang youtuber.
Gel rambut.
Eyeshadow.
Lip balm.
Aku tak pasti betul ke tak benda yang aku beli ni. Tapi dari apa yang aku perhatikan dari beberapa video , youtuber ada pakai sedikit makeup.
Dan aku yakin , kalau aku ubah gaya rambut aku , dan pakai sedikit makeup , aku pasti akan berubah menjadi seorang yang kacak.
Aku tersenyum lebar.
Tanpa menunggu lama lagi , aku terus mengambil bahan bahan itu dan mula menggunakannya sebaik yang mungkin.
Gaya rambut aku juga di ubah.
Aku calitkan lip balm pada bibir sendiri.
Aku pakai eyeshadow berwarna hitam pada mata.
"Live stream pertama aku akan bermula malam ni..."
. . .
Aku menekan butang merah tersebut dan serentak itu camera komputer aku terus merakam aku yang duduk di atas kerusi roda tersebut.
Aku tersengih.
Dengan berpakaian baju suit berwarna biru gelap , hairstyle modern yang menampakkan dahi sedikit dan wajah aku yang dimakeup sederhana.
Aku tak sabar nak tunggu mereka masuk nanti.
Mata aku membulat tatkala melihat beberapa username asing masuk ke dalam live stream aku. Entah kenapa aku rasa begitu teruja.
kim taehyung's wife joined your live stream
jungxkook joined your live stream
busan_guy02 joined your live stream
BLACKPINK joined your live stream
Aku mengukirkan senyuman lebar kepada camera.
"Anneyong semua , Park Jimin imnida ehe." Aku ketawa kecil.
Entah kenapa aku pula rasa kekok. Hakikatnya di mana aku hanya sedang bersuara sendirian sahaja tapi ada mata yang sedang memerhatikan aku.
jungxkook apabende sial mamat ni pakai ???
kim taehyung's wife wtf apahal buruk dia ni ???
jungxkook siot je mamat ni buang masa aku
BLACKPINK shet tercemar mata aku pandang najis
Senyuman aku serta merta mati.
"Tu-tunggu , jangan pergi lagi. A-aku ada banyak benda yang nak tunjuk kat korang !"
Aku berkata kuat , berharap supaya mereka tidak akan keluar dan meninggalkan live stream aku begitu sahaja.
Dengan pantas , aku mencapai sikat rambut berwarna coklat yang berada berdekatan dengan tempat aku berada.
BLACKPINK apabende dia nak buat tu siyel ?
busan_guy02 lmao
kim taehyung's wife cara dia pgg sikat pun nampak jijik
Aku ketap bibir rapat. Aku betul betul tak nak diorang semua pergi macam tu je !
Aku mendekatkan sikat rambut itu dengan dagu aku. Mulut aku dibuka perlahan dan aku mula menyanyikan satu lagu.
kim taehyung's wife jantan ni memang buang masa aku
BLACKPINK sudah lah hodoh, suara macam katak
busan_guy02 ngl , kau memang memalukan
Sebaik sahaja aku membaca komen tersebut , sekelip mata sahaja semua penonton aku hilang bagaikan debu. Langsung tak ditemui jejaknya.
Mereka pergi...
o n l i n e
STREAMER
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro