🍀U🍀
Kilang Santan readers, maila serbu, Wauthormelon ada buat kejutan😆 cuma peringatan, watak Jungkook paling muda (18 tahun). Yang lain, dah menginjak usia dewasa.
🌻🌼🌻🌼🌻
𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3
"Assalamu'alaikum." ucapku bersama bunyi hon motosikal yang ditekan berulang kali.
"Wa'alaikumussalam, eh eh Jungkook. Ada apa datang ni?" terjengul seorang gadis yang lengkap berhijab di balik daun pintu.
"Em, kak K-onn. Abang Hassan ada tak?" segan silu aku menanyakan soalan.
Aduh, mana perginya perangai 'inter-kampung-chiangkerik-national playboy' aku sebelum ni? Takkanlah baru berniat nak berubah, terus jadi pemalu?
"Ada je kat belakang rumah, pergilah tengok."
Aku tertunduk malu sebelum langkah dibuka ke arah sana.
🌼🌼🌼
"San, Wooyoung, Jongho, aku ada soalan buat kau orang. Dalam banyak-banyak makanan, yang mana kena buat rundingan?"
Sepupu sepapat itu menongkat dagu, cuba memikirkan jawapannya.
"Steamboat?"
"Shell out?"
"Ais krim Family Mart?"
Dia menyilang jari menandakan jawapan diterimanya salah.
"Begedeal (begedil)? Deal dengan rundingan kan sama maksud." jawab Harraz Johari Choi yang terduduk seperti gaya profesor, merasakan jawapannya tepat.
Namun, pemuda berbahu lebar itu sekadar menggeleng kepala.
"Sumpah weyh soalan kau tak masuk dek akal duhh. Bagitau jelah jawapan, Seokjin oi. Aku dah give up." mendatar Khairil Uwais berkata-kata, seperti tidak mahu teruskan.
"Jawapannya ialah SERUNDING!" ketiga-tiga mereka mencerlung bengang ke arah Zarul Irsyad yang menghamburkan tawa persis bunyi tingkap yang sedang dilap.
"Okey turn aku pulak. Soalannya berbunyi, ehem ehem. Apa jadi kalau kita terserempak dengan perempuan cantik?" masing-masing mula fikirkan secara rasional untuk memberikan jawapan nanti kepada Hassan Mustakeem Choi.
"Ngoratlah." jawab Khairil bersama sengihan miangnya.
"Bawak dia pergi makan?" teragak-agak Zarul menjawab soalan tadi.
"Ajak kahwin." santai sekali Harraz melontarkan jawapan.
"Semua salah. Jawapannya, BURGERTAR TULANG RUSUKlah." terjelir-jelir lidah tauke kilang santan itu mendedahkan jawapan.
Sementara mereka yang lain tidak berpuas hati dengan pickupline Hassan, Zarul mula mengetap geram. Kenapa burger juga disebut-sebut? Sudahlah burger punca rezeki pemuda berbahu lebar itu.
"Kau orang, tahu tak apa jadi kalau kita selalu keluar bersama seseorang bukan mahram?" Hassan dan yang lain-lain hanya mengangkat bahu, tidak tahu untuk kemukakan apa-apa jawapan.
"Lama-lama kita akan BURGERLUMANG DENGAN DOSA."
Melihatkan raut wajah ketiga-tiga pemuda itu, boleh dikatakan mereka semua tersentap dengan jawapan Harraz.
"Fuh Jongho, makan dalam aku dengan burgerlumang kau tu." akui sepupunya Khairil, bernada sesal.
"Alang-alang nak buat pickupline, tak salahkan aku nak buat peringatan buat kau orang, kan?" mereka hanya mampu mengangguk perlahan, tidak membantah apa-apa.
Mahu saja Harraz teruskan soalan pickuplinenya, mereka didatangi seorang remaja.
"Assalamu'alaikum abang-abang Malaya semua." tertib sekali Syahmi mengucapkan salam, tidak seperti kebiasaannya. Selalunya salam gaya suwek saja.
"Wa'alaikumussalam. Nak apa Kook si rambut mangkuk?" Syahmi mengetap gigi, geram pula Zarul mengejek disebabkan gaya rambutnya.
Tanpa mengendahkan Zarul, dia mula bertanyakan soalan pada Hassan.
"Bang San, saya nak mintak sikit pelepah nyioq boleh dak?"
"Nak buat apa? Main tarik-tarik pelepah kelapa ke? Jom main!" sampuk Khairil yang terlompat-lompat teruja. Namun, perbuatannya terhenti seusai dipandang maut oleh Harraz.
"Awatnya tak boleh pulak? Ambiklah banyak mana pun, nak buat atap pun boleh." perli Hassan yang mahu bergurau. Sesekali dia bingkas berdiri dari kerusi batu lalu mengambil sabit yang diikat pada galah.
Setelah meminta diri untuk beredar pergi, Syahmi membuntuti Hassan yang membawanya ke arah kebun kelapa. Sebatang pokok kelapa pandan dituju mereka memandangkan galah dibawa Hassan tidaklah panjang mana.
"Nak banyak mana?" ujar Hassan yang erat memegang galah tinggi melayut itu.
"Satu pelepah je hehe." pinta Syahmi, berkeadaan tersipu malu.
🌻🌼🌻🌼🌻
Maaflah lawak abah (daddy jokes) Wauthormelon ke laut muehehehe #cravingburgerpunyapasal 😳
Btw y'all, watak-watak Kilang Santan kembali lagi dalam short story ni 🤣🖤 dipersilakan....
Choi San sebagai Hassan Mustakeem Choi
🌼
🌼
🌼
Choi Jongho sebagai Harraz Johari Choi
🌼
🌼
🌼
Jung Wooyoung sebagai Khairil Uwais
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro