Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍀T🍀

Yuhu abe Kook kembali beraksi 😎

🌻🌼🌻🌼🌻

𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2


Setelah motosikal diparkir di bawah bumbung garaj, aku pun berjaga-jaga menaiki anak tangga memandangkan lampu pada beranda rumah tidak dipasang. Entah kenapa aku rasa terpijak sesuatu yang lembut dan berbulu.

"Meow!"

"Sorry sorr- eh kau ke Yoongi? Buat apa malam-malam datang rumah ni?." tubuh kecil si comel itu aku gendong.

Nasib baiklah aku berhati-hati waktu naik anak tangga tadi, kalau tak pasti arwah sudah kucing kesayangan Abang Agust D ni nanti.

"Haih rajin betul kau meronda-ronda merata tempat." pujiku sebelum membelai manja bawah dagu kecil milik Yoongi.

"Meow meow... (Dah aku ada empat kaki, guna buat jalanlah. Takkanlah nak suruh kau gendong aku ke hulu ke hilir pulak?)" aku hanya mampu mengeluh panjang, sudah lali dengan kata-kata miaunya yang tak pernah tak sentap.

Jadi aku pun mengambil tempat atas anak tangga lalu membelainya.

"Meow meow... (Lewat betul kau balik. Tak takut kena sampuk dengan cengkerik yang bunyi 'chiachiachia' tu ke?)" Yoongi mengiau bernada gerun, mahu menakutkan aku agaknya.

Aku pun dengan selambanya melihat wajah bulat kucing itu.


"Deyh Yoongi, ingat aku takut ke tengok muka kau hah? Rasa nak gomol lagi ada lah." bersahaja aku cakap begitu, langsung tidak gentar dengan raut wajah Yoongi yang menyeramkan.

"Meow meow... (La~ tak takut ke?)"

"Daripada aku takutkan kau dengan cengkerik sumpahan yang orang kampung perkatakan tu, lebih baik aku takutkan Allah."

Yoongi yang setia dalam gendongan mula terdiam seketika. Saat itulah aku kembali menatap wajah gebu gebasnya.

"Wuish, makan dalam jugak kau ni rupanya." terkekeh-kekeh aku tertawakan Yoongi yang tersentap.

"Tulah Yoongi. Jangan ingat aku yang hati tisu 2 lapis tak boleh lawan kau yang hati kotak tisu tu muehehehe." puas hati aku akan keadaan Yoongi sekarang, terkelu seribu bahasa miau.

"Dahlah Yoongi, balik lekas. Nanti Bang Gesdi risau pulak kau tak balik-balik rumah."

"Meow~" jawab si comel itu kepasrahan, nampak sangat dia tak mampu membalas apa-apa.

Perlahan-lahan, aku jatuhkan tubuh berbulu itu ke bawah.

"Jangan nak merayau ke tempat lain pulak. Pergi balik sekarang."

"Meow..." pamitnya sebelum terkedek-kedek berjalan ke arah rumah tuannya yang tidak jauh dari rumah aku.

Setelah bayangan Yoongi si kucing suwek hilang dari pandangan, aku pun mula memasuki rumah.


🌼🌼🌼


Memandangkan kami diberi cuti pada hujung minggu, jadi aku akan gunakan peluang sebaiknya untuk berbincang hal ini dengan seseorang.

Terlihatku ke arah insan yang sibuk menyiapkan sarapan. Ouh tak lupa juga dengan telefon pintar yang merakamkan video kelakuannya.

"Mak. Oh mak~" panggilku, berlantunkan suara manja. Dengan mak sendiri tak salahkan?

Sambil-sambil memerhati mak, sempat aku menyisip secawan Neslo panas yang mak sediakan.

"Ha, Kook? Awat ni?"

Meskipun sibuk dengan rutin harian, mak tidak pernah sesekali membiarkan aku hidup sendu.

"Mak, boleh tak kalau Kook nak-"

"Nak apa? Nak kahwin dengan Nana Mipan Sususum Sususu ka?"

Tersedak aku dibuatnya. Sudahlah memintas percakapanku, boleh pula kaitkan pasal kahwin. Dugaan apakah ini?

"Tang situ pulak dah mak ni. Dah aih, Kook nak mintak tolong ni. Boleh tak kalau Kook nak pinjam sat (sekejap) buku resepi mak pasal makanan tradisional tu?"

"Hang nak buat apa? Nak suruh bakal menantu masak sambil tengok-tengok resepi ka?" aku sekadar mampu memaparkan senyuman paksa, senang cerita 'smile in pain'.

"Apa mak cakap semuanya bukan. Kook nak belajar buat rendang dengan ketupat."

"Awat nak belajaq masak ni? Bakal menantu mak tak reti masak ka?" bertalu-talu aku menepuk dahi. Mak aku dari tadi cakap pasal menantu. Memang nak aku kahwin di usia muda setahun jagung?

"Dak mak, Kook rasa nak start bussinesslah."

"Sungguh ka?" soal mak bersama mata membuntang, terkejut aku beritahu tujuan sebenarnya. Aku hanya mengangguk yakin.

"Ya Allah, tak sangka dah besaq panjang anak aku seketoi ni. Bukan dulu bukan main buaih (nakal), main meriam buluh guna buluh Hamad-"

"Mak dahlah, tu dulu. Kook nak berubah ni." riak wajah cemberut aku paparkan, rasa tak puas hati apabila mak kenangkan kisah tahun lepas.

"Kalau Kook cakap lagutu (macam tu), la (sekarang) jugak kita start buat!"

Aku mula bersorak keriangan, teruja pula nak mulakan.

"Tapi Kook, daun palas habis mak guna buat ketupat haritu."

"Tak apalah, mak. Kalau tak dak, Kook nak pi cari daun lain." segera aku beredar dari dapur, mahu cari daun yang aku maksudkan secepat mungkin.

"Tau ka nak ambik daun jenis lagumana (macam mana)?" terhenti langkahku untuk mengorak ke pintu.

"Kook nak pi cari daun nyioq sat."

🌻🌼🌻🌼🌻

Kook dah nak start bussiness, mehla kita support dia sama-sama 😆❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro