🍀S🍀
Wauthormelon nak bubye siap-siap 😢❤️🍊
🌻🌼🌻🌼🌻
𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11 (Finale)
Dari tadi, Syahmi Adha tidak henti-henti melafazkan kesyukuran pada Sang Pencipta. Mana tidaknya, perniagaan Kooktupat Palas bersama dua rakannya berkembang maju dan semakin dikenali orang ramai.
Sewaktu dia cuba mengenangkan peristiwa ketika mula-mula berniaga, tiba-tiba remaja itu terdengar bunyi hon motosikal dari luar rumah. Dengan tergesa-gesa, dia pun beredar ke luar rumah untuk menjenguk gerangan orang tersebut. Rupa-rupanya abang posmen yang tercegat di depan rumah bersama sampul surat di tangan.
"Terima kasih bang." ucapnya seraya menerima surat.
Dengan cermat dia mengeluarkan isi daripada sampul itu. Raut wajahnya tampak bingung setelah isi surat dibaca dengan teliti. Tanpa berfikir panjang, Syahmi pun menapak ke dapur, dimana emaknya berada di situ.
🌼🌼🌼
"Mak! Mak!" Odahthevasss yang sibuk dengan live dari tadi mula menoleh ke arah anak terunanya.
"Ha awat ni, Kook?"
Tanpa mengeluarkan sepatah kata, Syahmi sekadar memberikan surat tadi buat emaknya. Pandangan ingin tahu dibuat-buat oleh Odahthevasss sebelum meneliti kandungan surat itu.
Tak lama selepas itu, Odahthevasss mendabik hati bersama riak wajah gembira.
"Alhamdulillah! Kook diterima masuk ke Kolej Matrikulas..." suara Odahthevasss kian mengendur tatkala wajah anaknya ditenung, kelihatan muram.
"Awat ni, Kook sayang? Kook tak mau terima ka tawaran ni?" Syahmi berdiam diri seketika sebelum kembali menyusun kata-kata.
"Bukan Kook tak mau mak, tapi sapa yang nak handle bisnes ketupat ni nanti? Namjoon dengan Jimin pun mesti dapat tawaran sambung belajar macam Kook jugak."
Odahthevasss sekadar mengeleng kepala setelah mendengarkan isi hati anaknya, macam-macam ragam dia ni!
"Lah, hat tu ka dia dok pikiaq rupanya? Ingatkan apa tadi! Takpa aih, Kook pi ja la matriks tu, biaq mak yang jaga bisnes hangpa tiga." riak wajah kesedihan milik Syahmi bertukar menjadi ceria.
"Sungguh ke mak?" soal remaja itu sambil mengoncang teruja tubuh emaknya.
"Sungguhlah! Dah tu, hang nak suruh sapa lagi jaga? Yoongi ka?" terkekeh-kekeh Syahmi ketawa dengan lawak hambar si Odahvasss.
🌼🌼🌼
"Goodluck nohh Kook belajar kat sana nanti." Syahmi tersenyum lebar setelah melihat gerangan-gerangan yang mengucapkan maju jaya buatnya.
"Terima kasih bang Seokjin, bang Hoseok!" ucapnya kepada Zarul Irshad dan Harris Solihin.
"Nanti sampai sana, habaq tau?" pesan Taufiq Hidayat buat bekas pekerjanya itu.
"Okey bosskur!"
"Tak sangkakan, sekejap je kau membesar, Kook. Dulu bukan main nakal kau ni, curi buluh lemang kitaorang, siap buat meriam buluh lagi." habis merah padam pipi Syahmi lantaran Hamadi Affendi sengaja mengenangkan kembali zaman nakalnya. Malu teruk.
"Apa ni, bang Gesdi? Tak baik tau ungkit kisah lama." bahu jejaka putih pucat itu ditampar perlahan oleh Syahmi.
"Benda betul kan-" kata-kata Hamadi tadi tergantung akibat dia menyedari kakinya disapa dengan sesuatu yang lembut dan gebu.
"Lah, kau ke Yoongi? Nak bubye kat Kook jugak ke?" tubuh kecil milik Yoongi didukung oleh tuannya.
"Meow~"
"Ouh ya, Joon. Goodluck ye jadi foundation student." Najmi Iskandar sekadar menghadiahkan senyuman meleret, sehingga terlakar lesung pipinya.
"Kau pun, Jimin. Elok-elok jadi form 6 student, jangan buat perangai macam waktu SPM dulu." gurauan Syahmi tadi diterima tumbukan kecil daripada Muhaimin Amsyar.
Melihatkan ibunya sudah memasuki kereta, jadi Syahmi dengan berat hati rasa teragak-agak untuk meninggalkan rakan-rakannya.
"Erm aku pergi dulu ye? Nanti kita jumpa lagi waktu cuti sem."
Sesudahnya dia memasuki ke dalam perut kereta, Syahmi pun menurunkan cermin kereta lalu menjengul kepala ke luar untuk melihat mereka buat kali terakhir.
Lambaian tangan juga tidak henti-henti dibuat oleh mereka berenam untuknya. Tapak kaki milik Yoongi turut diangkat oleh Hamadi, lalu dibuat seperti melambai ke arah Syahmi.
Perlahan-lahan jarak dekat mereka kian berjauhan lantaran ibunya, Odahthevasss sudahpun memulakan pemanduannya.
Tidak lama selepas itu, akhirnya kereta mereka telah meninggalkan Kampung Chiangkerik.
🌻🌼🌻🌼🌻
Akhirnya tamat jugak ff keempat siri Kampung Boi ni. Terima kasihlah buat yang sudi singgah ke sini. (dedicated to itsmeunanaa ❤️ sebab dialah orang pertama yang buat Wauthormelon publish ff ni *pasang lagu love talk bubblewrap version*)
And mintak maaflah kalau ff ni tak best mana, Wauthormelon tau buat lawak hambar je mueheheeh.
Ouh ye sebelum terlupa, Wauthormelon nak bagitau, lepas ni Wauthormelon dah tak selalu update sebab sem breaks bakal berakhir😔 Kalau berkesempatan In Shaa Allah Wauthormelon update Travellers in Luv atau Nak Coklat Tak?
Completed on 22.3.21 at 9.15 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro