🍀O🍀
Sempena birthday uri golden maknae, Jeon Jungkook, tak salahkan Wauthormelon nak cuba ff baru sebelum hilangkan diri nanti.
🌻🌼🌻🌼🌻
𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈
'Cause I, I, I'm in the stars tonight
So watch me bring the fire and set the nights alight
Shoes on, get up in the morn'
Cup of milk, let's rock and roll
King Kong, kick the drum
Rolling on like a Rolling Stone
Sing song when I'm walking home
Jump up to the top, LeBron
Ding-dong, call me on my phone
Ice tea and a game of ping po-
Nyanyian kecil remaja lelaki itu terhenti lantaran satu makhluk berbulu mula menggeram atas ribanya tiba-tiba.
"Alah Yoongi ni, nak nyanyi sikit pun tak boleh." rungutnya sebelum wajah tampannya mula mencuka.
"Meow meow... (Daripada kau memekak depan rumah ni, lebih baik kau jenguk mak dekat dapur, tolong apa yang patut. Takpun stream Dynamite.)"
Tersentapnya akan penerangan kucing peliharaan tauke lemang di kampung itu. Patutlah tiada sesiapa mahu membelai kucing berwajah kerek ini setiap kali ia singgah ke rumah penduduk kampung lain, kata-kata miaunya cukup perit untuk ditelan, apatah lagi menyusup masuk ke dalam kalbu.
Tubuh kecil Yoongi dibawa turun dari riba, dia sudah tidak berminat untuk membelai manja kucing suwek itu.
"Dahlah Yoongi, lepas ni jangan mintak lagi Powercat dekat rumah aku, minggir kamu meow!" ujar remaja itu sambil mengusir perlahan si comel dari halaman rumah.
"Meow meow... (Nilah budak-budak sekarang, cakap sikit sentap terus. Dasar hati tisu 2 lapis.)" Yoongi mengiau meluat sebelum keempat-empat kaki kecilnya melangkah pergi dari situ.
🌼🌼🌼
"Mak!" sengajaku menyergah, membuatkan mak terkejut akan keberadaanku di dapur.
"Ouh mak hang kuat melatah!" mak lantas menekup mulut setelah sedar bibirnya tidak henti melatah.
"Haih, dah mabuk ketum ka tiba-tiba mai jenguk mak kat dapoq ni?" sesekali aku tertawa akan kerenah mak yang jenis cakap lepas.
"Dak aih (Taklah), merepek mak ni. Eh sat, mak nak buat apa ni?" tertanya aku sebelum meneliti mak yang leka menyusun bahan-bahan masakan.
Paling aku tertanya-tanya sekarang, kenapa daun palas turut ada?
Sesekali, dia menghulur telefon Oppo A3S dihulurkan padaku.
"Dah alang-alang Kook ada sini, mai sat tolong rakamkan. Satgi (Nanti) mak nak ap, ap-uploadkan video ni kat Instagram." bukan main bersungguh mak aku menyebut perkataan Inggeris. Senang cerita, bahasa omputeh.
Dengan kemalasan, aku mula menekan butang untuk merakam.
"Shining through the city with a little funk and soul
So I'ma light it up like dynamite, woah-oh-
Eh eh terlebih syahdu pulak nyanyi muehehehe. By the way, hi sayang-sayang Odah! Welcome BACK to OdahTV, ODAHTHEVASS!" sungguh aku tak menyangka mak mulakan minit pertama video masakannya dengan bersenandungkan lagu Dynamite.
Aju nais, makkurr!
Sambil-sambil itu, aku perhatikan perbuatan mak, ligat sekali dia memasukkan beras yang siap dibasuh ke dalam jalinan daun palas yang telah dianyam kemas.
Baru aku terfikir sesuatu.
"Mak, bukan raya dah lepas ke? Dah kenapa buat ketupat pulak ni?"
"Awat, berdosa besaq ka mak nak buat harini?" begitu ringan mulut mak menyusun kata-katanya. Hampir tergamam aku dibuatnya
"Amboi mak, tanya sikit pun tak boleh aih."
"Ni mak nak habaq ni. Kalau ada tanya, hang habaq ja. Sekurang-kurangnya apa yang mak nak telan satgi semuanya sendiri buat, tak suruh sapa-sapapun buatkan. Mampoih pi la depa nak kata nanti."
Sambil menyumbat butir-butir beras, mak masih lagi berleter. Seperti tiada kesudahannya. Tak mengapalah, banyak cakap pun, tangan masih buat kerja.
"Mak ni nak berletiaq kat Kook ka sapa ni?"
"Ish, mak tengah habaq kat penonton ni. Nanti depa dengaqlah." aku sekadar membulat ulas bibir, baru faham mengapa dari tadi mak asyik berleter.
Sebelum aku kembali fokus merakam, anak mataku tepat menikam pada jarum jam. Sudah menunjukkan jam 6 petang.
"Mak, Kook kena pi kerja la ni (sekarang). Satgi (Nanti) boss maqah pulak."
"Halah, pi lekaih (cepat)!"
🌻🌼🌻🌼🌻
Maaflah tak best mana, lama woi tak tulis ni 😵 btw pasal odahthevass tu, dia memang wujud weyh🤣🤣 Wauthormelon cukup suka loghat utara dia, peqat liqat. 😝
Btw ada yang rindukan Yoongi si kucing suwek? 🤣😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro