🍀A🍀
Heyyo? 😳
🌻🌼🌻🌼🌻
𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
"Mai mai mai! Sapa tak beli ni, rugi! Rendang 100% resipi Odahthevass!"
Mendengarkan lontaran suara cukup riuh dari salah satu gerai, maka ramai penghujung pasar tani berpusu-pusu ke situ.
"Dik, daging dua, itik tiga ye."
"Akak nak ayam lima, daging satu."
Ketiga-tiga remaja itu ligat memasukkan bungkusan ketupat bersama rendang ke dalam plastik.
Dalam kekalutan melayani pelanggan yang semakin ramai berkerumun di hadapan gerai, sempat juga mereka bertiga terdengar seorang budak perempuan bercakap penuh melalut.
"Abang pasti ke jual rendang arnab? Ke abang yang arnab tu?" bibir Muhaimin dan Najmi dikemam rapat, hampir saja tawa mereka meletus. Namun apakan daya, mereka sekarang berhadapan dengan pelanggan, jadi seelok-eloknya jaga perangai.
Meskipun Syahmi tahu budak bertocang dua itu seperti menganjingnya, namun dia kekal tersenyum membalas pertanyaan budak tadi.
"Ada je abang jual rendang arnab, tapi tak banyak pun, sikit je."
Budak itu sekadar tersengih lalu menggapai tangan ibunya, mahu beredar dari gerai mereka.
Tidak lama kemudian gerai Kooktupat Palas didatangi oleh beberapa orang gadis. Dari pengamatan Syahmi, dia merasakan mereka ini biasa dilihat, mungkin dari kampung sebelah.
"Abang-abang ni betul ke dari Kampung Chiangkerik?"
Pelik, yang patutnya ditanya nak berapa bungkus, bukannya asal usul.
"Ye kitaorang asal situ." kalut Muhaimin menjawab yang sibuk membungkus makanan untuk pelanggan lain.
"Muka abang-abang semua ni macam artis mercun pop-pop tu la!" ujar gadis itu bernada fangirl.
"Woi artis k-poplah, bukan mercun pop-pop!" geram kawan kepada gadis itu memberitahu.
"Ish taulah aku, saja nak melawak. Abang-abang ganteng semua, gelaklah dengan lawak dari seketul kentang ni." mereka bertiga masing-masing memberikan ketawa agak 'ikhlas' dengan lawak gadis tadi.
Mahu saja Syahmi halau mereka pergi dari gerai, akan tetapi gadis-gadis ini telahpun membeli bungkusan ketupat dan rendang begitu banyak sekali, boleh dikatakan hampir suku dari keseluruhan.
"Terima kasih, kami jual ye."
"Saya beli ye. Jumpa lagi abang-abang mercun pop-pop."
Tergeleng-geleng mereka bertiga dibuatnya seusai melayan kerenah para pelanggan yang mengunjungi gerai hari ini.
"Tinggal lagi berapa?" teruja Najmi bertanya.
"Ada lagi lima enam bungkus je. Alhamdulillah~"
Masing-masing mereka melafazkan kesyukuran, betullah orang kata, rezeki tak pernah silap alamat.
🌼🌼🌼
"Meow meow... (Hai che abang sorang ni, dok senyum-senyum sampai ke telinga ni. Hati tengah berbunga-bunga ke?)" aku cuma memberikan pandangan menyampah pada si Yoongi. Tak habis-habis nak menyakat aku dengan miaw-miawnya.
"Eheh, ke situ pulak kau ni Yoongi..." aku berjeda seketika sebelum menjatuhkan punggung pada anak tangga, bersebelahan Yoongi yang ralit menjilat bulu.
"Aku ni sebenarnya rasa bersyukur sangat-sangat harini sebab gerai ketupat kami laku keras! Hampir licin ketupat kami jual tadi hehe."
"Meow meow... (Kan aku dah kata sebelum ni, kau guna je IG mak kau nak promot apa-apa, mesti orang tau kewujudan ketupat kau jual tu.)" sempat si comel itu menempelak perihal lalu sambil menjilat tapak kakinya.
"Yelah Yoongi, terima kasihlah sebab bagi cadangan haritu. Kalau tak aku rasa haritu mungkin kali pertama dan terakhir aku dengan yang lain berniaga." ujarku penuh keikhlasan.
"Meow meow... (Hai, terima kasih je? Takde apa-apa ke nak bagi kat aku?)"
Melihatkan wajah bulat milik Yoongi, aku tahu mesti dia datang ke mari kerana kelaparan. Jadi aku pun mengambil bungkusan rendang ayam yang berbaki sewaktu berniaga tadi. Isi ayam aku carik-carik sebelum diletakkan ke dalam mangkuk Powercat yang tersedia di anak tangga.
Hidung kecil milik Yoongi mula kembang kempis, cuba menghidu makanan yang aku sediakan buatnya. Setelah ayam siap dicarik, aku pun mendekatkan mangkuk pada si comel itu.
"Ha makan puas-puas tau." kepala kecil Yoongi aku elus kelembutan.
🌻🌼🌻🌼🌻
Entah kenapa takleh lari dari scene dengan Yoongi si kucing swag ni 😸😳 btw ff ni bakal ditamatkan tak lama lagi ☺️✌🏻✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro