🍀A🍀
Heyyo remi-remi 😍🐰
🌻🌼🌻🌼🌻
𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8
"Mak ohhh mak~" melilau ekor mata anak remaja itu mencari kelibat emaknya.
"Manalah mak aku seketoi ni?" tergaru-garu dibuatnya apabila menyedari orang yang dia panggil tidak menyahut.
Sempat juga dia membuat andaian.
"Maybe ada kat pasar kot."
🌼🌼🌼
"Okey sayang-sayang Odah, harini Odah tak 'bersilat' kat dapoq, Odah ubah segala dapoq geih, segala tong geih (gas) kat luaq rumah!
Kita live tepi kebun buluh Pak Hamid ni ha. Uihh bukan main syok dok kat sini, merimbun pokok bulu- OPOCOT MAK HANG IJO LUMUT!" terhambur tawaku tatkala mendengarkan mak melatah panjang.
"Haih budak seketoi ni, nasib baik mak tak lempaq sudip ni, kalau dak benjoi dahi hang Kook oii." gertak mak yang mengangkat sudip sambil mengacu-acu pada aku. Sambil-sambil itu mak memasukkan bahan tumisan yang siap ditumbuk ke dalam kuali.
"Sorry la mak, Kook ingat mak pergi pasar tadi, sebab tulah Kook keluar nak cari mak hehe. Rupa-rupanya kat laman rumah." ujarku tersengih-sengih lalu menapak ke pangkin di bawah rimbunan buluh, lokasi mak berada sekarang.
Sesekali aku menghidu aroma tumisan bawang merah, bawang putih dan halia, cukup mengharumkan.
"Ha cari apa mak pagi-pagi ni? Nak masuk minang sapa-sapa ka?" aku terkedu seketika seusai mulut mak cukup ringan berkata-kata.
"Ish mak ni, sampai ke situ pulak. Kook ni baru 19 tahun tau. Apa-apapun Kook nak tanya something ni."
"Em apa dia?" soal mak yang ligat menumis.
"Mak selalu buat paid review macam-macam produk, kan?" soalku sambil bermain hujung jari telunjuk sendiri.
"Ya, awatnya (kenapa)?"
"Boleh dak kalau mak tolong promotkan business ketupat Kook? Nanti Kook bagi bayar mak." terkekeh-kekeh mak ketawakan aku. Aku ada buat lawak ke?
"Takkanlah mak nak mintak duit Kook kot? Tak payahlah, mak bagi free ja kat anak mak seketoi ni. Lagipun Kook boleh promot sendiri, kan?" aku terlompat teruja setelah mak sendiri mahu menolong.
"Boleh Kook promot sekarang ka?" mak sekadar mengangguk lalu aku pun menukarkan kedudukan telefon menghadap ke arah aku berdiri.
"Hai, Assalamu'alaikum semua. Hangpa mungkin tak berpeluang nak tengok muka mak saya Odahthevasss, tapi harini meh saya tunjuk seketoi-seketoi muka saya ni muehehehe." sengaja aku menggerakkan telefon ke merata-rata tempat.
"Okey, berdirinya saya di bawah rimbunan buluh ni untuk mempromosikan produk keluaran Kooktupat Palas. Bunyi pelik kan? Tapi sebenarnya itulah produk saya niagakan, ketupat! Rendang pun bermacam-macam jenis disediakan, turun temurun dari resepi Odahthevasss y'alls!
So kalau sapa-sapa yang tinggal di Kampung Chiangkerik, Kampung Durian Roboh atau mana-mana kawasan berdekatan, amatlah rugi kalau tak singgah ke pasar tani esok, saya berniaga dekat situ! Pukul 5 saya on time terpacak situ tau muehehehe!"
Setelah heboh aku mengkhabarkan tentang produk aku niagakan melalui platform dalam talian, telefon pintar kepunyaan mak aku letak semula pada tempatnya.
"Terima kasih nohh mak!" tubuh kecil mak aku lantas peluk dari belakang.
Pada waktu yang sama, sempat aku mengerling pada skrin telefon tadi aku gunakan. Di situ, terteranya ratusan komen yang tiba-tiba naik ketika siaran langsung.
'Hensemnya anak Odahthevasss!'
'Jom, aku nak masuk meminang budak ganteng ni~
'Muka dia macam artis mercun pop poplah!'
'Jom serbu berjemaah pasar tani esok!'
Terkelu aku tatkala membaca beberapa mesej secara monolog.
🌻🌼🌻🌼🌻
Wauthormelon akan tamatkan Kooktupat Palas secepat mungkin 🤓✌🏻
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro