Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🥥N🥥

Okey mungkin ni chapter terpanjang, enjoy your reading ✨

🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈


𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10 (𝑭𝒊𝒏𝒂𝒍𝒆)

"Dalam dingin subuh, hatiku terusik..." nyanyian dendangan Allahyarham Sudirman Arshad terpaksa kuhentikan setelah menyedari adikku duduk bersebelahan. Haih, kacau daun betul.

"Amboi San, lunak sungguh nyanyian kau." pujian daripada Jongho mengundang bibirku tersungging senyuman meleret.

Mana tidaknya, jarang sama sekali dia nak puji melambung begini.

"Tapi lagi lunak kalau kita sama-sama takbir waktu malam raya ni." mati terus senyuman tadi yang sememangnya aku khaskan buatnya. Tercyduk sebentar, dengan adik pula tu.

Bahu kananku ditepuknya sekali, seperti mahu aku mengikutinya. Tapi, aku buat keputusan untuk kekal terpacak berhadapan jendela.

Sambil-sambil itu, tatapanku ralit memerhatikan nyalaan pelita-pelita yang disusun mengelilingi halaman depan rumah, saja nak mengenang nasib yang menimpa sepanjang bulan puasa.

Aku perlahan-lahan cuba reda untuk menerima ujian daripada Allah yang menimpaku.

Dan Alhamdulillah, operasi kilang yang aku usahakan kembali kepada normal sejurus kes khianat yang dirancang Yeosang berjaya ditumpaskan Jabatan Agama Islam dan adik aku, Jongho.

Pin! pin!

Lamunanku lesap seusai bunyi hon kereta kedengaran dari jalan utama. Terpaksa aku kecilkan mata berikutan silauan kereta yang diubahsuai seperti kartun Minion menghala tepat pada tempat aku berdiri.

Tidak lama kemudian, lima orang jejaka mula beredar keluar dari perut kereta.


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙

"Assalamu'alaikum San..."

"Erm, waalaikumsalam." jawabnya sedikit mendatar.

"San, aku dengan yang lain sebenarnya datang ke sini sebab nak mintak maaf buat kali kedua." Yunho bersuara sayu memohon keampunan daripada San. Begitu juga dengan HongJoong dan Yeosang.

"Aku dah lama maafkan korang."

"Betul ke?" soal mereka serentak, tidak duga semudah ini San memaafkan mereka, meskipun hakikatnya perbuatan khianat mereka lakukan agak sukar untuk dimaafkan.

"Dahlah, benda dah lepas. Yang penting sekarang, korang janji takkan ulangi kesilapan yang sama." senyuman manis bersama lesung pipit San tayangkan seikhlas hati.

Tanpa disangka-sangka San, tubuh tegapnya didakap seerat-erat mereka bertiga.

"Selamat Hari Raya, San! Kosong-kosong tau?"

"Ya, uhuk-uhuk! Empty-empty!" tersekat-sekat San bercakap berikutan terhimpit dalam pelukan.

"Oit, buat bromance apa di malam raya ni? Mehlah masuk!" pelukan terlerai setelah ayah San, Encik Murad Choi mengajak masuk.

"Mingi! Seonghwa! Tunggu sekejap!" dua daripada lima jejaka terhenti daripada memasuki rumah lantaran San memanggil mereka.

Pandangannya ditoleh pada Mingi terlebih dahulu.

"Lepas cuti raya, aku kasi up upah kau."

"Seriously boss?" bersinar-sinar mata Mingi tatkala terdengar perkataan 'up' dan 'upah'.

"Haah. Dahdah, pergi masuk makan." dengan sengaja San menghayunkan jemarinya, mahu menghalau Mingi.

Setelah mendapati Mingi sudahpun memasuki rumah, San pun menghampiri Seonghwa yang kekal berdiri.

"Hwa, aku sebenarnya nak minta maaf sangat-sangat, aku terlalu ikut perasaan dan percayakan mulut orang kampung dari kebenaran. Please, forgive me." tertunduk malu San semasa mahu memohon kemaafan daripada Seonghwa.

"It's okay, San. Aku maafkan kau, janganlah risau. Aku cuma buat kerja sambilan dekat gerai tu. Kau sendiri tahukan aku dah jadi pegawai Jabatan Agama Islam? Lagipun, akulah yang tangkap dia orang bertiga haritu." tersengih-sengih San, yang sebenarnya lupa akan pekerjaan sebenar Seonghwa.

"Eh, apa kita tercegat lagi dekat sini? Jom masuk masak." bahu Seonghwa ditepuk San dengan lembut, diselangi pelawaan.

Pin! pin!

Mahu saja dia membuntuti Seonghwa, San menoleh ke belakang ekoran bunyi hon motosikal yang bertalu-talu kedengaran.

"Eh eh Gesdi! Ada apa datang ni?" kalut San menuruni tangga bagi mendapatkan sahabatnya seorang itu.

"Ni hah, mak suruh hantarkan lemang. Katanya, kau mengidam nak makan." gurauan Gesdi disambut San dengan tawa kecil.

"Memang pun hehe. Eh- mehlah masuk rumah aku dulu, ada makan-makan."

"Eh tak apalah." ujar Gesdi sambil menggosok belakang leher, segan sebenarnya.

Namun, San tetap mengajaknya yang kelama-lamaanya diterima jejaka itu.


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙

"Hah, abang-abang semua mehlah makan." ajak K-onn penuh kesantunan di hadapan mereka, sambil tolong mencedok rendang dan ketupat pada pinggan.

Tersembur aku sejurus meneguk sirap selasih, melihat kelakuan K-onn yang sumpah ayu. Ouh lupa, depan orang lain yang berhimpun di ruang makan memang acah-acah baik, cuba kat dapur sana, dah lama menggila dengan mak dan mak ngah tu.

Seusai menghidangkan juadah malam raya, K-onn yang tersipu malu mula meninggalkan ruang makan.

"San, dia tu siapa?" soal Seonghwa.

"Dia Khairun Nisa, sepupu aku. Tapi aku panggil dia K-onn je." ujarku yang hampir termuntah melihat lakonan mantap K-onn.

"Ouh. Nanti tanya dia, nak tak jadi pakwe pegawai Jabatan Agama Islam macam aku ni?" tutur Seonghwa sambil mengurut bawah dagunya.

"Tercyduk K-onn tu nanti kalau couple dengan kau. San, bolehkan kalau pakej upah kerja dengan couple dengan K-onn digabungkan?" soal Mingi dengan teruja.

"Nehi kabhi nehi, rasanya dia sesuai dengan aku." ujar Yeosang dengan bangganya.

"Bang Yeosang, sedarlah. Abang punya bini tengah berpantang sekarang ni, jangan gedik berniat nak pasang dua pulak. Lagipun saya rasa K-onn tu sebaya saya je, tengok muka macam nak ambik SPM je."

"Em, dia dah 20 Hongjoong oi." HongJoong tersedak rendang setelah mengetahui usia sebenar si K-onn.

Kami terbahak-bahak ketawakan HongJoong seraya melihatkan wajahnya biar-benar-bang?

"San!" aku mengerut dahi dengan geram ekoran jeritan nyaring Wooyoung menghentikan perbualan rancak kami.

Pandanganku tertancap padanya yang masih berdiri statik di hadapan pintu dapur.

"Sebelah kau tu siapa?"

"Ouh dia ni Gesdi."

"AGUST D?" terbeliak matanya sebelum tumbang ke bawah.

Suasana meriah mula bertukar huru-hara tatkala mereka terkejut melihat Wooyoung yang sudahpun pengsan.

TAMAT

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Cubalah santan kotak berjenama SanTan. Pasti korang akan bulleo bulleo uri jigeum bulleo lepas makan rendang kalau gunakan santan saya muehehehe.

Btw, Selamat Hari Raya, empty-empty! ❞

- 𝖲𝖺𝗇 𝖺.𝗄.𝖺 𝖧𝖺𝗌𝗌𝖺𝗇 𝖬𝗎𝗌𝗍𝖺𝗄𝖾𝖾𝗆 𝖢𝗁𝗈𝗂

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Selamat Hari Raya semua. Mohon maaf jika saya terkasar bahasa. Eh jap- berkata-kata seperti gaya tarbiah sentap diklasifikasi terkasar bahasa ke?

Dah dah, pergi tolong mak masak rendang kat dapur. ❞

- 𝖩𝗈𝗇𝗀𝗁𝗈 𝖺.𝗄.𝖺 𝖧𝖺𝗋𝗋𝖺𝗓 𝖩𝗈𝗁𝖺𝗋𝗂 𝖢𝗁𝗈𝗂

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Aku sedar atas kekhilafan sebagai manusia biasa, tapi tak salahkan kita saling bermaafan?

Apa-apapun, Selamat Hari Raya, ouh ya- nak bagitahu, aku dapat anak perempuan kembar!❞

- 𝖸𝖾𝗈𝗌𝖺𝗇𝗀 𝖺.𝗄.𝖺 𝖸𝖺𝗌𝗌𝗂𝗇 𝖥𝖺𝗋𝗁𝖺𝗇

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Korang jangan ungkit pasal pergaduhan simbah menyimbah kat gerai haritu tau? Leklek weyh.

Tu kerja sambilan je, lagipun gaji bekerja sebagai pegawai Jabatan Agama Islam sentiasa masyuk muehehehe. Matriye! ❞

- 𝖲𝖾𝗈𝗇𝗀𝗁𝗐𝖺 𝖺.𝗄.𝖺 𝖥𝖺𝗁𝗆𝗂 𝖲𝖺𝖿𝗐𝖺𝗇

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Mintak maaf sangat-sangat pasal haritu. Che janji tak nak berdendam.

By the way, doakan che boleh jadi model buah kismis pulak lepas raya ni! ❞

- 𝖸𝗎𝗇𝗁𝗈 𝖺.𝗄.𝖺 𝖸𝗎𝗌𝗈𝖿𝖿 𝖳𝗁𝖺𝗋𝗂𝗊

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

Haih, dari sebelum puasa sampai dah raya still tak dapat title 'the worker of the month', hiks! Tapi tak apalah, upah aku makin masyuk nanti muehehehe.

Anyways, minal aidin wal faizin. ❞

- 𝖬𝗂𝗇𝗀𝗂 𝖺.𝗄.𝖺 𝖠𝗆𝗂𝗇 𝖹𝖺𝗄𝗐𝖺𝗇

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Hai akak-akak abang-abang semua. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana saya masih boleh beraya hehe.

Yang exam tahun ni, raya, raya jugak, jangan lebihkan kuih raya dari homework tu. Geget kang! ❞

- 𝖧𝗈𝗇𝗀𝗃𝗈𝗈𝗇𝗀 𝖺.𝗄.𝖺 𝖥𝖺𝗋𝗂𝗌 𝖨𝗄𝗋𝖺𝗆

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Orang beraya pasang lagu Siti Nurhaliza, aku pasang lagu baru abang Agust D muehehehe.

Selamat Hari Raya dan jangan lupa stream sekali MV Daechwita okey? ❞

- 𝖶𝗈𝗈𝗒𝗈𝗎𝗇𝗀 𝖺.𝗄.𝖺 𝖪𝗁𝖺𝗂𝗋𝗂𝗅 𝖴𝗐𝖺𝗂𝗌

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Eh aku pun terjebak sekali dekat sini? Em apa-apa jelah.

Hah, yang bertandang ke rumah San nanti, jangan bagi duit raya pulak kat aku. Cukuplah setin Powercat, meow~

SHRMZDB. ❞

- 𝖡𝗒𝖾𝗈𝗅 𝖻𝗎𝗄𝖺𝗇 𝖡𝗂𝗎𝗅 𝖺.𝗄.𝖺 𝗄𝗎𝖼𝗂𝗇𝗀 𝖲𝖺𝗇

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





Finally, sudah berakhirnya alkisah seketul manusia yang diberi nama Hassan Mustakeem Choi dan kawan-kawan. So, korang ratedlah 1-10, nak tau jugak hehe😆.

Terima kasih sangat-sangat buat pembaca yang setia menantikan update ff noob (dengan tatabahasanya salah, typo sekali, storyline tak menarik hiks). Tbh Wauthormelon appreciate sangat-sangat 🤩

Anyways, Wauthormelon nak mintak ampun maaf dari hujung kelapa, eh kepala ke hujung kaki sekiranya ff ni tak menepati citarasa korang 🙂

Dari lubuk hati timun cina che, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin❤️✨ ikhlas daripada K-onn a.k.a seketul taembaekhai 🍉

Completed on 23.5.20 at 21.59 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro