8 | deal
"Kenapa kau datang jumpa aku ?" soal Haewon dingin.
Kedua dua belah tangannya disilangkan dan dirapatkan ke dada. Wajahnya memandang dingin sahaja lelaki di hadapannya itu. Pandangan tajam diberikan sekali.
Namun lelaki di hadapannya itu langsung tidak menunjukkan sebarang rasa gentar pun terhadap renungan tajam Haewon yang dianggap bagaikan setajam pisau plastik mainan sahaja.
Makanan yang ditempahnya sebentar tadi di hadapannya itu lebih utama berbanding perempuan tembok tak tahu malu yang sudah pun meniduri lelaki puntianak sepertinya itu.
"Tunggu , aku tak tahu pulak yang vampire sangat berselera makan makanan manusia" ujar Haewon dalam nada perli.
"Habistu ? Kau fikir kitorang makan najis ?" sarkastik sahaja Taehyung membalas.
Balasan Taehyung membuatkan Haewon membuat mimik wajah menyampah. Matanya diguling ke atas. Sungguh malas ingin melayan lelaki menyakitkan hati di hadapannya ini.
Namun apakan daya , memang ini takdir Eun Haewon untuk melekat bersama Kim Taehyung yang dia sendiri tidak tahu tentang asal usul lelaki bukan manusia biasa tersebut.
"Bukan... korang hisap darah manusia ke ?" bicara Haewon serious.
"Darah manusia ? Kampung betul kau punya pemikiran terhadap vampire"
"Apa ? Betul lah. Dalam filem filem barat pun ada cakap yang vampire ni hisap darah manusia tau !"
Taehyung ketawa kecil. Seolah olah apa yang dikatakan oleh Haewon ketika itu terlalu lucu baginya. Entah apa yang kelakar , Haewon sendiri tidak tahu. Gila ke lelaki ni ?
"Kitorang dah lama berhenti hisap darah manusia , untuk pengetahuan kau"
"W-wait what ?" membulat mata Haewon.
Sesungguhnya , dia tidak sangka plot twist yang telah berlaku dalam dunia vampire. Selama ni dia hanya dididik dengan santapan asas puntianak iaitu darah manusia sendiri.
"Well , mungkin masih ada yang hisap darah manusia tapi mostly dah takde dah. Cause you know what..." Taehyung mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah Haewon.
Haewon pula membuat mimik wajah ingin tahunya kepada Taehyung. Tidak mahu terlepas walaupun satu pun butiran maklumat yang diberikan Taehyung kepadanya.
Taehyung tersenyum. "Darah manusia ni kinda disgusting , for your information"
Zzap !
Entah kenapa Haewon rasa sentap semacam. Hakikatnya bahawa dirinya itu merupakan manusia yang berhadapan dengan Kim Taehyung , si lelaki vampire itu.
Adakah lelaki itu bermain dan cuba untuk menghina Haewon dalam maksud tersirat sebenarnya ?
"Apa ? Kau fikir aku tipu kau ?" Taehyung ketawa kecil. "Aku tengah jujur lah"
"Kau biar betul ? Habistu... korang makan makanan manusia ?"
"Well , kitorang makan je makanan manusia walaupun makanan ni tak bagi effect apa pun. Bila kitorang makan , makanan ni rasa macam plain. Rasa macam takde rasa. Kitorang makan ni pun bila bosan rasa macam mulut kosong rasa nak mengunyah je"
Ternganga Haewon buat seketika mendengar penjelasan jujur yang diutarakan oleh Taehyung sendiri. Apa lelaki ni biar betul ? Sumpah lah dia ni vampire ?
Taehyung tersenyum. "Instead of hisap darah manusia , kami mendapatkan tenaga melalui sumber lain"
"Apa dia ?"
Taehyung tersenyum sinis sebelum tangannya perlahan memegang sebelah tangan Haewon yang diletakkan elok sahaja di atas meja.
"Melalui sentuhan kami dengan manusia"
Terkebil kebil Haewon memandang Taehyung. Disebabkan terasa agak terancam dengan sentuhan tiba tiba oleh Taehyung , pantas dia menarik jauh tangannya.
"M-maksud kau ?"
Taehyung tersenyum sinis. "Kami mendapatkan tenaga melalui sentuhan kami dengan manusia yang berada di sekeliling. Dengan ni , identiti kami sebagai vampire dapat disembunyikan dengan lebih selamat"
"T-tunggu , a-aku tak faham"
"Kau pernah dengar tentang tenaga solar ? Yang sumbernya daripada cahaya matahari sendiri ?"
Haewon mengangguk laju.
"Concept dia sama sahaja. Jikalau kami menyentuh manusia , tenaga dari badan manusia itu akan kami serap sedikit demi sedikit. Dengan sentuhan ni lah dapat membuatkan kami jadi bertenaga"
"M-maknanya korang ni takdelah berbahaya sangat kan ?"
"Tapi masih ada kategori vampire liar di luar sana yang masih menghisap darah manusia"
Haewon tersentak.
Entah kenapa , fikirannya tiba tiba sahaja membayangkan dirinya yang digigit dan dihisap darah oleh para vampire liar secara berjemaah.
Uish , memang patut dijauhkan sungguh dengan benda benda seperti itu. Haewon pantas menggeleng kepalanya dan kembali menumpukan perhatiannya kepada Taehyung di hadapan.
"Jadi , apa yang kau nak daripada aku ?" soal Haewon ingin tahu.
Taehyung tersenyum. "Aku nak kita berdua bersama"
"Euw. Kau bukan type aku"
"Omg , kau serious ? Aku ni lelaki idaman semua perempuan kot" dengan angkuhnya Taehyung berkata.
"Tunggu , kalau aku active kan hickey kau sekalipun , apa kaitannya yang aku perlu bersama dengan kau ? Apa isunya sekarang ?"
Taehyung tersenyum nipis. "Kau... manusia pertama yang mengactivekan hickey vampire"
"Jadi ? Apa masalahnya ?" berkerut dahi Haewon. Masih tidak faham dengan apa yang Taehyung cuba maksudkan.
"Manusia seperti kau ni istimewa. Untuk pengetahuan kau , kami vampire activekan hickey masing masing dalam musim mengawan. Jadi jikalau vampire perempuan dapat activekan hickey vampire lelaki , maknanya mereka ni kira jodoh"
Haewon yang sedang menyisip air kopinya itu tersedak. Belum sempat dia ingin membuat apa apa , air yang diminumnya itu tersembur ke hadapan mengenai tepat di wajah Taehyung.
Refleks , Taehyung memejam matanya rapat. Muka redha nak mati mamat tu.
"D-dan kau nak cakap yang aku jodoh kau ke sekarang ? Apa kau fikir ni drama melayu pukul 7 ke ?!"
♡♡♡
"Kau dah takde kelas kan ? Tanak aku tumpangkan balik ke rumah ?"
Pantas Haewon menggeleng laju. Dia mengangkat tangannya ke atas dan menunjukkan isyarat tidak mengapa kepada Taehyung.
"Aku ? Kau nak aku masuk dalam kereta vampire ? Apa tetiba nanti aku terjumpa gigi taring palsu kau dalam kereta tu tak ke nazak aku nanti ?"
Taehyung ketawa. "Kau ni hambar jugak rupanya. Aku rasa aku kena memberkak kau dengan Seokjin hyung"
Haewon menggulingkan matanya ke atas. Malas ingin melayan Taehyung yang entah betul ataupun tidak agak agaknya lelaki itu sebenarnya.
"Dah lah , aku nak balik dengan kawan aku dulu"
Baru sahaja Haewon ingin melangkah pergi , pantas sahaja Taehyung menarik tangannya membuatkan langkah Haewon terhenti.
Haewon yang disentuh secara tiba tiba itu pantas sahaja melepaskan tangannya daripada dipegang Taehyung. Takut takut jikalau tenaganya telah pun diserap oleh Taehyung.
"Eun Haewon-sshi"
"Apa kau nak ?"
"Jom buat deal dengan aku , nak ?"
Mendengarkan sahaja kata kata Taehyung , dahi Haewon terus berkerut. Apa pulak yang lelaki vampire ini ingin lakukan pulak sekarang ?
Deal ? Deal tentang apa pula kalini ?
Haewon menyilangkan kedua dua belah tangannya dan dirapatkan ke dada. Wajah Taehyung dipandangnya pelik. Perasaan ingin tahu masih membuak buak.
Taehyung tersenyum sinis. "Nampaknya kau memang nak tahu betul dengan apa yang aku nak bagitau"
Haewon menjeling halus. Tahu sahajalah , lelaki di hadapannya ini dapat membaca isi hatinya sebentar tadi.
"Apa deal yang kau nak buat ?"
"Kita buat deal win-win situation. Macam mana ?"
"Yelah. Aku tau lah. Tapi kau nak deal yang macam mana ? Kau nak aku buat apa ?" soal Haewon malas.
"Memandangkan kau dah activekan hickey aku , jadi kau kena bertanggungjawab"
Berkerut dahi Haewon. "Apa hickey ni sejenis dara kau ke apa ?"
Taehyung ketawa kecil. "Kau memang pandai berlawak , Haewon"
Pandangan menjengkelkan masih menghiasi wajah gadis itu dan diberikan khas buat Kim Taehyung di hadapannya.
"Aku nak kau jadi santapan tenaga aku. Dan aku akan lakukan apa sahaja yang kau inginkan"
"Hell no , kau fikir aku ni apa ?" membulat mata Haewon.
"Haewon , please ? Aku dah cakap kan yang ni win-win situation. Lagipun aku ni vampire lonely. Member manusia pun takde. Takkan lah aku nak sentuh stranger tetiba semata mata nak dapatkan tenaga , kan ?"
"Jadi ? Apa kaitannya dengan aku ? Hidup kau , hidup kau. Hidup aku , hidup aku. Jangan hidup nak menyusahkan orang boleh tak ?"
Taehyung mengeluh. "Kau memang cabar aku untuk call vampire liar bagi hisap darah kau sampai mati nampaknya"
"Yah Kim Taehyung !"
Taehyung ketawa kecil. "Kenapa ? Takut ?" senyuman sinis menggoda dia tayang.
Seronok mengusik Haewon yang dah macam nak lempar heels dekat muka dia tu. Namun , Taehyung masih tersenyum. Wajah tampannya takkan rosak hanya dengan heels 5 inci Haewon pun.
"Okay , fine. Deal !"
Taehyung tersenyum. "Serious ? Kalau macam tu kau nak aku buat apa ?"
"Jadi sugar daddy aku"
Taehyung melopong.
"Aku nak setiap hari kau bagi aku emas sebagai hadiah. Lepastu kalau boleh comeback Bangtansonyeondan bulan 8 ni aku nak kau belikan aku semua album. Concert Seventeen aku nak tempat duduk VVIP. Pastu aku nak kau belikan lightstick Got7 sebab aku tak sempat nak beli. Lepastu kalau boleh belikan aku merch Ateez dengan NCT sekali tau. Beli yang lawa lawa mahal mahal jangan berani nak beli cikai cikai. Pastu kalau kau baik , kau rasuah lah mnet bagi Sunoo dapat debut untuk I-LAND—"
Belum sempat Haewon ingin menghabiskan kata katanya , pantas Taehyung menekup mulut gadis itu membuatkan dia terhenti daripada berkata kata.
"Kau serious sikit tak boleh ke ha ?" berkerut dahi Taehyung. Nasib dia penyabar , kalau tak dah lama dia tendang perempuan ni.
Haewon tersenyum sinis.
Melihatkan Haewon yang sudah kembali waras daripada menjadi seorang kpopers multifandom berjaya , perlahan lahan Taehyung melepaskan tangannya daripada mulut gadis itu.
"Jadi , bagitahu aku. Apa yang kau nak aku buat sebagai balasan kau bagi aku sentuh kau ?"
Taehyung memandang wajah Haewon selamba dengan kedua dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Haewon tersenyum sinis.
"Be my sugar daddy. I'm so fucking serious , Kim Taehyung"
— t o b e c o n t i n u e d —
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro