6 | boyfriend
Haewon's
"Argh !" aku mengerang sakit perlahan sambil memegang dahi aku yang terasa pedih.
Entah kenapa kepala aku rasa perit semacam sampai buatkan aku sukar untuk membuka mata. Aku mengerdipkan mata buat beberapa kali sebelum perlahan lahan membuka mata.
"Cik dah bangun ?" suara seseorang membuatkan aku pantas menoleh.
Ternyata ianya pembantu rumahku , Ahjumma Lee. Aku hanya ukirkan senyuman nipis sahaja kepadanya. Dia yang sedang menggosok baju aku membalas senyumanku.
Aku pandang sekeliling buat seketika. Entah kenapa kepala aku rasa sakit sangat aku sendiri tak tahu. Penat betul nampaknya aku ni.
Telefon pintar yang terletak elok di sebelah aku itu aku capai dan bukak. Satu notification mesej masuk menarik perhatian aku.
Tanpa berfikir banyak , pantas aku menekan ruang chat tersebut dan mengerutkan dahi tatkala melihat nombor asing yang tiba tiba menghantar mesej kepada aku.
From : 011- 23X XXXX
morning sayang ❤️
"Euw" aku tayang wajah geli.
Tanpa berlengah , pantas sahaja nombor tersebut aku tekan block. Tah mamat miang mana tah tetiba chat aku wish morning. Cakap sayang pulak tu. Geli betul !
Telefon itu pantas aku tutup dan letakannya ke tepi semula.
"Ahjumma..." aku memanggil perlahan pembantu rumahku sambil mata melilau memandang sekeliling.
"Nae ?"
"A-apa yang jadi ?" soalku pelik.
Setahu aku , semalam aku beli barang dapur dengan Taehyung dan entah macam mana tiba tiba harini aku ada dekat dalam bilik tidur sendiri.
Elok pulak aku sedang berbaring di atas katil bersaiz queen aku sendiri ni. Posisi baring sudah pun aku ubah kepada posisi duduk.
Kini wajah penuh ingin tahu aku berikan kepada Ahjumma Lee. Dia hanya tersenyum manis dan menunduk hormat perlahan kepada aku.
"Semalam , teman lelaki cik yang bawak cik pulang ke rumah. Katanya cik tidur di kediaman dia kelmarin"
"Nae ?" mata aku serta merta membulat besar. "Te-teman lelaki ?"
Wajah dingin Jeon Jungkook serta merta terngiang di dalam kotak fikiran aku. Manakan tidak , dia merupakan satu satunya bekas teman lelaki aku latest.
Tunggu , kalau Jungkook yang bawak aku pulang ke rumah semalam , ma-macam mana pulak aku boleh terserempak dengan dia ?!
"Ya... kacak orangnya. Pandai cik pilih" pembantu rumahku tersenyum miang.
Amboi dia ni.
Dah tua tua pun bernafsu lagi dengan budak muda ke macam mana ?
"Wait a minute , d-dia cakap dia teman lelaki saya ? Siapa dia ? J-Jungkook ke ?" soalku ingin tahu.
Matilanak kalau orang tu Jungkook. Tah macam mana aku nak letak muka ni kalau terserempak dengan dia kat campus nanti.
Mahunya aku gali lubang lepastu masukkan kepala dalam lubang tanah at the moment jugak nanti karang !
"Katanya... nama dia Taehyung"
Mendengarkan sahaja nama jahanam itu , buat seketika aku berasa lega. Aku menghela nafas perlahan. Nasib menyebelahi aku kalini.
Tapi , jap...
"DIA MENGAKU DIA TEMAN LELAKI SAYA ?!"
♡♡♡
"OH. EM. GI !"
Kim Jisoo ketawa sakan tatkala mendengar apa yang aku baru sahaja ceritakan kepadanya. Daripada mula sampai habis aku ceritakan !
Tapi aku takdelah cerita bab vampire tu.
Memang sebenarnya aku nak cerita pun dekat Jisoo memandangkan aku rasa babak tu yang menarik. Tapi kalau aku bagitau pun , macam Jisoo nak percaya je.
Memang kena cop gila nanti aku jadinya !
"Seronok betul kene claim girlfriend dia wehhh ! Dah lah dia hot. Untung eh kauuu"
Jisoo ketawa sambil jarinya mencucuk perlahan berulang kali bahu aku. Aku pandang wajahnya tajam. Menjengkelkan betul !
"Kau sendiri tau , aku kalau dalam relationship takkan pernah menjadi" aku geleng kepala perlahan.
Aku dan Jisoo sama sama berjalan beriringan menuju ke arah dewan makan. Kami berdua baru sahaja habis kelas sebentar tadi dan sekarang dah tiba waktu lunch.
"Kenapa ? Teringat pasal Jungkook dulu ke ? Dan sebab dia kau jadi macam ni sekarang ?"
Aku tersentak.
"Kau tak boleh nak terikat dengan seorang lelaki je , Hae. Aku tau jauh dalam sudut hati kau tu , kau still tak move on dengan Jungkook kan ?"
"Ma-mana ada !" aku cuba untuk sembunyikan perasaan sendiri.
Jujur , walaupun dah 5 bulan hubungan aku dan Jungkook berakhir , namun sampai sekarang aku langsung tak boleh nak melupakan dia.
Dan disebabkan dia lah , aku...
Jadi seperti ini.
"Next week Jungkook akan balik ke Korea balik lepas international competition dia tu habis"
Aku hanya diam.
Tak mahu lah nampak macam aku ni teruja sangat tentang maklumat yang Jisoo sedang beritahu aku ni. Lagipun , macam aku tak pernah stalk dia.
Aku tahu je , sekarang dia dekat Canada dan tengah buat preparation untuk pertandingan terbesar dia minggu depan.
Jungkook tu... atlet taekwondo.
"Kau nak celebrate dia balik ke nanti ?" soalan Jisoo sekali lagi membuatkan aku tersentak.
Aku menoleh sedikit ke tepi bagi memandang wajah Jisoo yang memandang wajahku dengan pandangan ingin tahu.
Tipulah kalau aku cakap yang aku tak mahu jumpa dia dan celebrate dia balik tapi aku...
"Tak nak lah" balas aku selamba.
Aku kan...
Hanyalah bekas teman wanita dia.
"Kenapa pulak ? Bukan senang tau kau nak dapat peluang keemasan macam ni"
"Buat apa aku nak kisah pasal dia ? Lagipun ramai lagi lelaki lain yang terhegeh nak dekat aku. Buang masa aku je fikir pasal lelaki lembap macam dia"
"Kau ni , Hae. Tak habis habis berlagak je. Aku tau kau tengah tersakiti kannnn" usik Jisoo.
"Mana adalah. Lagipun , betul lah apa yang aku cakap. Buang masa je fikir pasal dia" balasku penuh angkuh.
Walaupun hati ni merindui dia , namun aku kena tunjuk kepada semua orang yang aku ni seorang gadis yang kuat. Tak mudah jatuh dengan lelaki begitu sahaja.
Perempuan yang menangis dan terluka kerana lelaki ni semuanya lemah.
Otak mereka melayang ke dalam lubang jamban gamaknya. Kalau kau tau kau akan berakhir dengan sad ending dengan lelaki itu , kenapa kau percayakan dia dari awal ?
Cinta ni semuanya toxic.
"Jisoo-ah.."
"Hurm ?"
"Aku cakap macam ni bukan sebab nak buatkan kau rasa sangsi dengan Jaehyun ataupun break dengan dia tapi..."
Berkerut dahi Jisoo mendengar apa yang aku katakan kepadanya. Langkah aku terus terhenti membuatkan langkahnya juga turut terhenti.
Perlahan aku tolehkan wajah dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Senyuman sinis aku terukir buat seketika.
"Don't let man treat you like a cigarette. They only use you when they're bored and step on you when they're done..."
Riak wajah Jisoo mula berubah.
Aku tersenyum sinis. "Be like drugs , let them die for you"
Sebaik sahaja berkata begitu , aku terus mengatur langkah pergi meninggalkan Jisoo yang terpinga pinga mendengar apa yang baru sahaja aku katakan kepadanya.
Entah kenapa aku rasa bangga.
Instead of lelaki permainkan aku , aku yang permainkan mereka.
"Goodmorning for Seoul National University's student !"
Langkah aku terhenti.
Sebelah kening aku terjungkit ke atas sambil wajah aku perlahan didongak ke atas dan memandang pelik ke arah siling tersebut.
Kedengaran dengan jelas ini merupakan pengumuman yang biasa kami dengar di campus. Namun entah kenapa kalini pengumuman ini kedengaran begitu aneh.
Malahan juga suara announcer pun macam lain.
"Pengumuman ni dibuat khas buat kesayangan saya , Eun Haewon dari account department"
Mata aku terbeliak luas.
Terkejut dengan pengumuman tersebut. Sudah lah announcer tu sebut nama aku kot ! Mana tak terkejut beruk aku jadinya dekat sini !
Pelajar yang ada berdekatakan sudah pandang aku pelik sambil berbisik antara satu sama lain. Aish , ni semua sungguh memalukan !
Siapa sahaja di dalam campus ni yang tak kenal dengan aku. Malahan boleh cakap lecturer semua kenal aku sekali tau !
Sudah lah pengumuman ni dibuat untuk satu campus. Mereka yang ada kelas dan tengah lunch apa semua tu dapat dengar tau pengumuman memalukan ni !
"Saya nak mesej awak , tapi sayangnya awak dah block saya dulu hiks"
Aku tersentak.
"A-apa yang lelaki tak guna ni merepek sebenarnya ?!" aku mula mencarut perlahan.
Siapa yang berani nak jatuhkan reputasi aku dan memalukan nama baik aku dekat campus ni sebenarnya ?!
"Jadi... saya rasa kalau saya buat pengumuman ni mungkin saya akan dapat tarik perhatian awak , tak ke macam tu , sayang ?"
"Sayang ? What the duck ?"
Aku menjengilkan mata memandang ke arah speaker berwarna hitam yang tersedia elok di siling.
Kalau aku dapat lelaki yang cuba nak memalukan aku ni , memang aku ganyang lelaki tu cukup cukup !
"Boleh saya ajak awak lunch sama sama dengan saya ?"
Dia ketawa kecil.
"Sincerely from teman lelaki awak , Kim Taehyung"
Dan di ketika itu lah , aku mencarut kuat.
— t o b e c o n t i n u e d —
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro