30 | hot stranger ii
. . .
" haritu ada customer complain awak curi gula gula anak dia "
mata aku serta merta membulat mendengar kenyataan yang sungguh tak masuk akal itu . mimik wajah tidak percaya serentak melekat di wajah aku .
" awak tu baru bekerja kat sini tak sampai 3 bulan dah buat perangai . awak nak kena pecat ke , Haein ? "
lelaki dalam lingkungan pertengahan 30-an merenung wajah aku tajam . sesekali matanya memerhatikan tag nama yang tertera HAEIN EUN di bahagian uniform kerjaku .
aku pula hanya berdiri tegak di hadapannya sambil menundukkan kepala ke bawah . mata memerhati lantai yang bersih tanpa sebarang kotoran , tak langsung bertemu mata dengan boss .
dia melepaskan keluhan berat .
" kalau saya dengar lagi complain pasal awak , saya takkan teragak agak untuk pecat awak "
aku terkejut .
" awak tu baru lagi , behave ."
selepas sahaja mengungkapkan kata kata terakhirnya kepada aku , terus sahaja aku diminta untuk keluar dari biliknya .
keluar sahaja dari bilik tersebut , aku melepaskan keluhan berat . masih tak berpuas hati sebenarnya dengan apa yang dia baru sahaja tuduh aku tadi .
" aku bukannya curi gula gula budak tu pun helemek . aku ambil dari tangan budak tu sebab dah jatuh kat lantai , dah kotor dah pun takkan lah aku nak biarkan je dia makan gitu "
sepanjang melangkah turun ke tingkat bawah , bibir aku tak henti terkumat kamit mengomel tentang boss sendiri . yelah , dia fikir dia hebat sangat lah tu ?
kalau ye pun , nak marah aku pi lah check cctv dulu . baru la mata dia nak terbelalak bila nampak aku cuba selamatkan budak tu dari makan benda yang kotor !
turun sahaja ke tingkat bawah , banjiran ramai pelanggan yang singgah ke cafe ini menyambut pandangan . aku terus ketepikan hal tadi , dan kembali bekerja .
aku Eun Haein .
well , aku memang pure korean . tapi aku tinggal dekat paris ni ha , bekerja pun dekat sini . aku dah lama tak balik ke tanah air sejak omma bawak aku ke paris ni .
dan aku pula bekerja sebagai salah seorang pelayan cafe . well , walaupun boss aku agak tak guna orangnya tapi kisah apa aku . asalkan dia bayar aku gaji pun dah cukup .
" haeeee ! "
aku yang baru sahaja ingin bersiap memakai apron separa itu terhenti buat seketika tatkala alice , kawan sekerja aku menerpa aku .
" wae ?" sebelah kening aku terjungkit perlahan ke atas , memberi pandangan hairan kepadanya .
dia ni Alice Kim . berdarah kacukan canada-korean so aku tak mempunyai masalah untuk berbicara dengannya dalam bahasa korea memandang dia juga memahami .
" i ada berita gembira untuk you !" ujar alice penuh teruja membuatkan aku semakin ingin tahu .
" apa ?"
" this " sekeping kertas berwarna putih dihulurkan kepada aku . " for you ehe "
aku tak bertanyakan lebih , pantas sahaja kertas yang dihulurkan itu aku terima . lipatan kertas itu dibuka dengan penuh perasaan ingin tahu .
In front of Eiffel Tower
8 : 30 PM
aku perlahan mengangkat semula wajah memandang ke arah alice dengan dahi yang berkerut , memintanya untuk menjelaskan kepada aku .
dia tersengih . " lucky you , miss eun !"
" pardon ? "
alice tersenyum lebar . " remember that hot guy ? yang selalu order hot chocolate with marshmallow tu ? he asked me to give this to you ! "
dahi aku semakin berkerut . " wait , memang dia sorang je yang order that pun ? " pandangan menyampah aku beri .
" well , memang lah bukan dia je yang order benda tu but semua pekerja dekat cafe ni kenal dia sebab dia regular customer kita yang hensem nak mampus !"
" wait , i can't remember his face "
" eee tu lah kau , workaholic sangat . sampaikan customer kita yang hensem tu pun kau layan macam angin "
" okay so now what ? kau tak rasa dia salah orang ke ? tah tah dia nak bagi kat orang lain tak ?"
" no , obviously you ! he's surely just said your name just now . EUN. HAE. IN ! "
" just now ?" sebelah kening aku terangkat . terus sahaja mata aku meliar memandang sekeliling . mana tahu ada mamat yang alice tengah cakap tadi .
melihatkan aku yang seolah sedang mencari , alice pantas menahan lengan aku membuatkan aku terus menoleh dan menghadap wajahnya kembali .
" dia dah pergi dah pun "
" so what ? kau nak aku pergi tempat tu ? "
" of course lah . if i were you , aku dah terbang lama dah ke sana !"
" why would i ?" aku mengerutkan wajah .
tak faham aku dengan alice ni . bukan sahaja dia , malahan ada juga beberapa rakan sekerja perempuan aku yang tengah curi curi dengar perbualan kami .
apa hot customer ni hensem sangat ke sampai semua nak ambil tahu pasal dia ? oh my , this guy is really pissed me off .
" dia kata dia perhatikan kau lama dah . and in conclusion , he's really into you , Haein !"
" yeah , i know . but you know that i'm not the type to go hangout with some stranger ."
" alaaaa pleaseeesee , haeee pleaseeess "
aku gulingkan mata ke atas .
. . .
" aish " aku merungut sebentar .
disebabkan alice tak habis paksa aku untuk pergi ke tempat tu , and now clearly aku memang betul betul ada dekat depan menara eiffel . tunggu mamat yang aku tak kenal tu lah .
bukan alice je , rakan kerja perempuan aku yang lain semua excited semacam siap bagi pinjamkan baju lah , offer nak makeup kan lah apa lah . dah macam aku nak jumpa boyfriend pulak .
sesekali aku toleh ke kanan dan ke kiri , melihat orang lalu lalang di sekeliling . mana tahu ada ke mamat yang ajak aku keluar jumpa dengan dia ni ke , kan ?
creepy betul mamat tu dia perhatikan aku sepanjang aku bekerja kat cafe tu . eish , dan aku lagi bodoh sebab terpaksa setuju untuk berjumpa dengan lelaki tu . kenal pun tak .
" tak gentleman betul dia bagi aku tunggu lama lama " omelku perlahan .
tangan kiri diangkat sedikit ke atas lalu jam yang dililit pada pergelangan tangan diperhatikan waktunya . oh , aku yang awal rupanya . baru 8 : 25 malam .
mampus lah . dia still tak gentle sebab tak datang awal .
" excuse me ?" serentak dengan suara garau itu , aku merasakan seperti seseorang mencuit belakang badan aku dari belakang .
pantas aku memusingkan tubuh ke belakang , menghadap seorang lelaki yang memang dijanjikan untuk berjumpa dengan aku di hadapan menara pada malam itu .
aku tersentak .
tatkala mata aku dan lelaki itu bertembung , dia mengukirkan senyuman nipisnya . ya , aku tak nafikan bahawa lelaki ini mempunyai wajah yang tampan .
" hot chocolate with marshmallows guy ?" tanpa aku sedar , panggilannya terlanjur keluar di bibir aku .
dia tertawa kecil . dia menggenggam perlahan tangan kanannya dan didekatkan ke mulutnya , menahan tawanya dari meletus dengan kuat .
aku terpana buat seketika dengan kekacakan yang dia miliki . sekarang , baru aku faham kenapa budak budak kerja aku angau dengan ketampanan dia .
" so that's what you're going to call me , hm ?" dia tersenyum .
menyedari aku yang terlepas panggil dia , pantas aku menggeleng kepala laju seraya menekup mulut dengan kedua dua belah tangan aku . meminta maaf kepadanya berkali kali .
aku gigit bibir bawah . belum apa apa lagi aku dah tersilap langkah . aduh payah betul kau ni Haein . selama aku hidup , aku mana pernah keluar date atau bercinta ...
" Taehyung Kim " ujarnya lembut lalu sebelah tangan kanannya dihulurkan ke arah aku .
eo ? lelaki ni korean ? patut lah iras wajah dia macam aku pernah nampak . mungkin aku ada pernah nampak dia dekat mana mana waktu aku kat Korea dulu .
aku terus menyambut huluran tangan Taehyung . " Haein Eun "
" arra " dia tersenyum manis .
aku ternganga buat seketika . wajah lelaki itu kelihatan cukup tampan . dua ulas bibirnya yang terkuntum sempurna , rambut blonde yang menari ditiup angin lembut dan ketinggian yang ideal .
lelaki itu kelihatan seperti seorang putera di dalam kisah dongeng yang omma selalu bacakan untuk aku sebelum aku tidur . cukup sempurna .
" kenapa awak ajak saya untuk jumpa awak dekat sini ?" aku cuba mengawal eksprasi muka . tak mahu lah tunjuk yang aku cepat tumbang dengan ketampanannya .
" arm... sebenarnya saya ajak awak berjumpa dan keluar bersama saya supaya kita... boleh kenal dengan lebih rapat "
aku menyilangkan kedua belah tangan lalu dirapatkan ke dada . dari atas hingga bawah , aku perhatikan lelaki itu dengan pandangan penuh judgemental .
" macam mana saya nak tahu yang awak takde niat jahat dekat saya ? well you know... awak stranger . dan saya tak mudah untuk percayakan stranger macam tu sahaja "
" saya suka awak "
aku tersentak . tak menyangkakan langsung secepat ini dia akan meluahkan rasa suka dia dekat aku . woah , lelaki ni memang betul betul straightforward .
dia senyum . " lagipun , kalau saya ada niat jahat dekat awak , saya takkan bawa awak ke tempat yang ramai orang macam ni "
aku berdehem perlahan , cuba mengalih perhatian . ada logik akal jugak dengan apa yang dia katakan . jadi mungkin aku boleh ikut dia dan hangout je dengan dia .
" erm... kalau macam tu..." Taehyung menoleh sebentar dan memandang sekeliling .
dia menoleh semula menghadap wajah aku . baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk mengatakan sesuatu kepada aku , pantas sahaja aku memintas .
" for your information , saya takkan go on dengan relationship yang tak serious . jadi kalau awak pilih saya hanya sebab saya cantik dan sebab awak bosan perlukan peneman , baik kita berhenti di sini sahaja , Taehyung-sshi "
dia terdiam buat sejenak mendengar luahan jujur daripada aku . memang dari dulu lagi , aku tak pernah terlibat dalam hal percintaan dan aku tak teringin pun untuk melibatkan diri dengannya .
cinta ni terlalu complicated . dan aku tak nak serabutkan otak untuk menjaga sesuatu hubungan yang aku tak pasti akan berkekalan . berkemungkinan aku hanya akan ditinggalkan sahaja satu hari nanti .
pandangan kosong aku berikan kepada Taehyung yang masih memerhati wajah aku , cuba mencari jawapan yang sewajarnya untuk dibalas kepada kata kata aku sebentar tadi .
" Haein-sshi , can you give me your hand ?"
sebelah kening aku terjungkit ke atas , pelik mendengar permintaannya secara tiba tiba . aku mengangkat tangan kanan aku separa dan memandangnya .
" my hand ?"
dia tersenyum lembut . " bukan tangan tu , tangan satu lagi "
tak menahu apa yang dia cuba lakukan , aku ikutkan sahaja . malas nak kalau nanti jadi perang mulut pula kalau aku berdegil . pantas aku menghulurkan tangan kiri kepadanya .
dia memandang tangan aku buat seketika sebelum mengukirkan senyuman manis . perlahan dia mengangkat wajah dan memandang aku . senyumannya sukar untuk aku tafsir .
mata aku membulat .
lelaki itu tiba tiba sahaja menyarungkan sebentuk cincin mutiara berwarna putih yang aku tak tahu dari mana datangnya ke jariku . betul betul di bahagian jari yang selalu disarungkan orang untuk pasangan mereka .
dia perlahan melepaskan tangan aku selepas menyarungkan cincin itu . dia berdehem perlahan dan mengangkat wajah . aku memandangnya dengan pandangan pelik , meminta untuk jelaskan apa maksudnya .
dia tersenyum sinis .
perlahan Taehyung berjalan menghampiri aku . semakin dekat , namun entah kenapa , aku langsung tidak berundur ke belakang mahupun berganjak dari posisi .
jarak di antara aku dan wajahnya semakin dekat sehingga aku dapat rasakan hembusan panasnya di wajah aku . anak mata hazel milik Taehyung bertemu dengan anak mata aku buat seketika .
sebelum dia mendekatkan mulutnya dengan telinga milikku . di kala hembusan panasnya hinggap di kulit leherku , dapat aku rasakan bulu roma aku serentak berdiri .
sama ada aku takut , atau apa aku sendiri tidak tahu .
" Haein-sshi , awak kata awak tak terima relationship yang tak serious , am i right ?"
aku hanya kekal membisu .
" would it be okay if I took some of your time ? just tonight " dia tersengih sinis .
entah kenapa jantung aku berdegup kencang .
" lepas awak spend time dengan saya malam ni , awak boleh decide untuk tanggalkan cincin tu ataupun tidak "
aku terkedu .
" if you choose to take off the ring , then I will leave for good . but..."
aku menelan liur kasar .
" if you choose to wear it even after that.... let me be your groom , Haein-sshi "
ya , aku terperangkap dalam suara deep Kim Taehyung yang membuatkan aku terpukau dengannya .
eottokhae ?
t o b e c o n t i n u e d
muehehehe cite ni tak habis lagi eheks
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro