26 | hickey's ability
Ppang !
Wajah Taehyung tertoleh ke tepi tatkala menerima satu tamparan kuat dan pedas yang diberikan oleh Tuan Kim. Mata Tuan Kim mencerlung tajam menikam anak mata Taehyung.
Taehyung mengetap bibirnya perlahan. Wajahnya ditundukkan ke bawah , tiada keberanian langsung untuk bertentang mata dengan appanya. Tambahan pula , selepas keluarganya tahu tentang perkara itu.
Identiti hickeynya.
Sepatutnya pada malam itu mereka membuat perjumpaan keluarga dengan meriahnya namun entah macam mana Tuan Kim tahu berkenaan identiti hickey Taehyung , suasana malam itu serta merta menjadi renggang.
Ahli keluarganya yang lain turut terkejut tatkala menyaksikan Tuan Kim yang secara tiba tiba sahaja menampar Taehyung. Ribut tidak , gempa pun tidak , tiba tiba sahaja lelaki itu ditampar.
"Kau... memang dari dulu kerja memalukan keturunan aku sahaja." Ujar Tuan Kim tegas.
Pandangan tajam masih setia diberikan kepada Taehyung dengan wajah bengisnya itu. Tiada langsung secalit senyuman yang terhias buat anak lelakinya.
Taehyung hanya diam.
Langsung tidak mampu membalas apa apa kepada Tuan Kim. Jikalau dia balas sesuatu atau cuba menerangkan apa yang berlaku , sudah pasti Tuan Kim akan memarahinya dengan lebih teruk.
Cukup lah dengan memalukan dia di hadapan keluarganya yang lain sahaja.
Tuan Kim mengahwini 4 wanita. Dan Taehyung mempunyai 11 adik beradik. Kesemuanya lelaki. Dan dia merupakan yang termuda di dalam keluarganya walaupun dia seorang anak tunggal.
"Kenapa kau senyap ? Apa kau fikir aku ni tunggul depan kau ?"
Taehyung ketap bibirnya rapat.
"YAH KIM TAEHYUNG !"
Jeritan penuh amarah Tuan Kim memanggil nama Taehyung membuatkan bahu kesemua yang hadir pada malam itu terhinjut kerana terlalu terkejut.
Tuan Kim merupakan ketua keluarga.
Dan mempunyai perasaan takut terhadap lelaki itu adalah natural.
"Tak ada wujud dalam sejarah keturunan aku , hickey mereka merupakan seorang manusia. Dan kau ! Kau memang membawa malang dalam keluarga ni."
Dada Tuan Kim berombak laju. Nafasnya kedengaran begitu berat sekali. Dia betul betul marah akan apa yang menimpa keluarganya.
Disebabkan peristiwa yang tidak menyenangkan itu , perjumpaan keluarga mereka pada malam itu tamat lebih awal daripada sepatutnya. Manakan tidak , suasana pun dah jadi renggang semacam.
Lepas maki hamun Taehyung sepuasnya , Tuan Kim terus meninggalkan ruang makan itu. Tak mahu langsung memandang Taehyung sebagai seorang anak lelakinya lagi. Dia begitu malu dengan apa yang telah dilakukan Taehyung.
Mempunyai hickey yang merupakan seorang manusia menunjukkan betapa rendahnya taraf seseorang vampire itu. Dan sudah semestinya Tuan Kim amat marah.
Taehyung , memalukan keluarganya.
Taehyung menyisip perlahan tin beer yang sempat dia ambil di dalam rumahnya. Dia memandang kosong ke arah pemandangan pada malam itu. Duduk di tempat yang pernah dia rehat ketika 12 tahun dulu.
Ketika pertama kalinya dia bertemu Eun Haewon.
"Kim Taehyung."
Mendengarkan suara yang cukup dikenalinya itu , Taehyung tidak menoleh untuk melihat. Dibiarkan sahaja seperti langsung tidak ambil kisah. Malas nak layan sebenarnya.
Melihatkan Taehyung yang langsung tidak memberikan sebarang respon kepadanya , Yoona terus mengambil tempat di sebelah lelaki itu tanpa meminta izin.
Taehyung pula buat tak kisah sahaja. Apa yang gadis itu ingin lakukan , suka hati dia lah. Bukannya penting pun untuk dia ambil tahu semuanya.
"Jimin yang bagitahu appa kau tentang Haewon."
Taehyung hanya diam.
Langsung tidak berminat ingin berbualkan tentang topik yang Yoona mulakan. Kepalanya juga sudah pun serabut memikirkan apa yang perlu dia lakukan selepas ini.
Dia dah tinggalkan hickey dia dan sekarang keluarganya pula seakan tidak mahu menerima dia.
Jadi... apa lagi yang perlu dia lakukan ?
Seolah olah dia hidup tanpa arah tuju sekarang. Dia langsung tak tahu apa tindakan seterusnya yang perlu dia anbil untuk menenangkan hatinya.
Taehyung melepaskan keluhan berat. Kedua dua belah sikunya direhatkan di atas lututnya. Wajah penuh tertekan terhias jelas di wajah milik Taehyung.
"Aku dengar... kau akhiri semuanya dengan Haewon."
"Stop jangan pasal Haewon..." Taehyung memejam matanya rapat sambil dahinya berkerut. Terasa begitu tertekan. "...a-aku penat."
Yoona tersentak.
Namun perlahan dia mengangguk perlahan. Terus wajahnya dialihkan untuk memandang ke hadapan memerhatikan pemandangan.
Yoona sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Niatnya hanya ingin meneman Taehyung seorang diri di luar namun lain pulak jadinya.
Taehyung pula seakan ingin mengamuk.
Menyedari tin beernya sudah pun habis diminum , Taehyung terus mencampakannya ke tepi. Sekali lagi dia meraup wajahnya kasar , menunjukkan betapa tertekannya ketika itu.
Yoona menoleh sebentar melihat kelakuan Taehyung. Dia melepaskan keluhan buat seketika sebelum tin beer yang dibawanya bersama tadi dihulurkan perlahan ke arah Taehyung.
"Kalau kau nak lagi , kau ambil lah aku punya. Aku tahu kau tertekan."
Taehyung mengambil huluran Yoona kasar. Langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada gadis di sebelahnya itu. Tin beer itu pantas sahaja diteguknya rakus.
"Kim Taehyung."
Taehyung tidak membalas.
"Kau tahu... vampire kuat macam kau pun ada kelemahannya."
Sebelah kening Taehyung terjungkit ke atas. Tin beer itu dijauhkan dari bibirnya. Perlahan dia menoleh memandang Yoona di sebelah dengan pandangan pelik.
Yoona hanya menghadap ke hadapan sahaja , langsung tidak terniat ingin membalas pandangan Taehyung. Dia mengukirkan senyuman nipis dan memejam matanya rapat , menikmati pemandangan malam itu.
"Apa... maksud kau ?" Soal Taehyung perlahan hairan.
Yoona tersenyum sinis.
"Dan aku rasa... aku dah tahu kelemahan kau."
Taehyung mengerutkan dahinya. Masih keliru dan tidak faham dengan apa yang Yoona cuba katakan kepadanya.
Namun belum sempat dia ingin bertanyakan kenapa , tiba tiba sahaja kepalanya terasa sakit mencucuk cucuk membuatkan dia terus memegang sisi kepalanya erat.
Dahi Taehyung berkerut menahan rasa sakit. "Argh !"
Dia cuba untuk menyentuh bahu Yoona namun entah kenapa tubuhnya terasa begitu lemah ketika itu sehingga tubuhnya terbaring di atas rumput. Dia cuba untuk bangun , namun tubuhnya terasa begitu berat.
"I-Im Yoona..."
Perkara terakhir yang disaksikan Taehyung sebelum semuanya gelap hanyalah senyuman sinis Yoona yang terukir di wajahnya.
♡♡♡
Haewon's
"Err... Haewon. Kenapa mata kau bengkak ?" soal Jisoo di hadapan aku ragu ragu.
Dengar je dia tanya aku soalan bodoh macam tu , aku pantas mengangkat wajah dan menghadiahkan jelingan maut kepadanya membuatkan dia terus terdiam.
"Diam lah."
Ni semua sebab aku menangis tak ingat dunia semalam. Dah la aku mabuk semalam tu yang sendu bukan main semalam. Bangun bangun je pagi ni , semua tanya asal mata aku macam ni.
Sampai lecturer sekali tanya. Malu siot !
Penat aku tepek bedak , foundation , concealer semua tapi still nampak jelas yang mata aku bengkak. Shit , apahal kau nangis banyak sangat semalam Eun Haewon !
"Eh kau. Suka hati je diamkan awek aku." pandangan tak puas hati Jaehyun tayang.
Aku gulingkan mata ke atas. Ni yang aku tak suka bila lunch dengan dua ekor tenuk ni. Tak boleh usik sikit awek dia ni , mesti Jaehyun bising itu lah ini lah. Dasar.
Pandangan nak cari gaduh Jaehyun tayang. Aku pula membalas pandangannya dengan pandangan kau-pikir-aku-takut-dengan-kau?
Menyedari yang aku dan Jaehyun dah mula nak jadi kucing dengan anjing , pantas sahaja Jisoo memintas. Ditariknya lengan Jaehyun jauh sikit daripada aku.
Takut jikalau ada yang hilang mata pulak karang.
"By the way , Haewon." panggil Jisoo perlahan.
"Apa ?" aku membalas tanpa langsung memandangnya. Mata aku melekat kat makanan ni je.
"Aku dengar yang Jungkook kalah taekwondo international competition dia tu. Tu yang dia datang balik Korea. Tapi lama dah dia fly sini."
"So ?"
"Mana lah tahu kau nak tahu. Lagipun aku tengok dia jadi loner balik."
Aku terus hempas kuat chopstick di atas meja. Pandangan menyampah aku berikan kepada Jisoo. "Apa function kau bagitahu aku pasal benda ni , hm ?"
Jisoo tersenyum kelat. "Takdelah. Kau kan tak move on lagi dengan dia. Aku just cakap je kalau kau--"
"Kenapa ? Kau fikir aku ni perempuan bodoh sangat ke nak terima dia balik lepas dia tinggalkan aku ?" dingin sahaja suara aku membuatkan Jisoo terdiam.
"Yah Eun Haewon !"
And there's he go again...
Aku tayang wajah menyampah kat Jaehyun pulak bila dia bagi pandangan macam nak cari gaduh dengan aku. Eee tak suka betul lah dengan lelaki yang overprotective dengan awek dia ni.
"Kau jangan nak macam macam dengan awek aku ni. Aku pijak kau karang." Balas Jaehyun tak puas hati.
Pantas sahaja tubuh Jisoo di sebelahnya dia tarik ke dalam dakapannya. "Alolo sian baby Jaehyun ni , hm ?"
Jisoo ketawa. Dia cuba untuk meleraikan pelukan Jaehyun namun lelaki itu tidak mahu. Dieratkannya lagi pelukan mereka membuatkan Jisoo mengalah dan ketawa kecil.
Aku terdiam.
Entah kenapa di saat melihat Jaehyun memeluk tubuh Jisoo erat membuatkan aku terasa seakan merindukan seseorang. Merindukan moment Taehyung peluk aku...
Aku tundukkan pandangan.
Dia dah pergi tinggalkan kau , Eun Haewon. Lelaki semua sama. Tak pernah setia. Cepat sangat rasa bosan.
"Eun Haewon."
Aku yang ingin menyambung makan terhenti tatkala mendengar seseorang memanggil nama aku. Pantas sahaja aku menoleh. Wajah aku diangkat ke atas bagi melihat wajah lelaki itu.
Jeon Jungkook.
Dah kenapa pula dia tiba tiba datang meja ni dan ganggu lunch aku ni ? Jaehyun dan Jisoo yang tengah berlovey dovey pun terhenti dan pandang aku dan Jungkook pelik.
"We need to talk."
Aku jelingnya halus. "Aku takde benda nak cakap dengan kau , Jeon."
Belum sempat aku nak buat apa apa , Jungkook pantas sahaja menarik lengan aku kuat membuatkan aku terbangkit daripada dudukku. Mata aku membulat tatkala bertemu dengan anak mata milik Jungkook.
"Dengar cakap aku sementara aku cakap elok elok dengan kau." ugutnya.
Aku memandang tajam wajahnya.
♡♡♡
"Kau nak cakap apa ?" pandangan penuh tak berminat aku berikan.
Kedua dua belah tangan aku disilangkan dan dirapatkan di dada. Kelihatan aku begitu angkuh sekali ketika bercakap dengannya di belakang bangunan campus ini.
Sedangkan banyak lagi tempat untuk berjumpa , nak juga pergi belakang campus ni. Aku pun tak tahu apa masalah lelaki ni. Sejak dua menjak ni dia asyik nak masuk campur urusan aku je.
"Tunggu sebentar."
Dahi aku berkerut.
Dia membalas pandangan aku. "Ada seseorang yang nak jumpa kau."
Makin hairan aku jadinya bila dia cakap macam tu. Tapi disebabkan aku malas nak tanya lebih dan ambil tahu tentang apa yang Jungkook cakap , aku langsung tak bertanyakan apa apa.
Mahunya kalau aku tanya nanti dia fikir yang aku masih berminat dekat dia. Eh , tolong lah.
"Omo , sowreh ! Lama tunggu aku ?" seorang insan datang menghampiri kami berdua.
Dengan senyuman lebarnya yang membentuk eyesmile pada wajahnya membuatkan mata aku terbuntang luas. Aku rasa macam aku pernah nampak dia tapi kat mana eh ?
Aku cuba untuk ingat balik.
"Se-sepupu Taehyung ?" tekaku. Jimin tersengih.
"Nampak sangat kau tak ingat nama aku , Haewon-sshi." Dia ketawa kecil. "Aku Park Jimin. Ingat nama tu."
Aku angguk perlahan.
Buat seketika aku pandang wajah Jimin dan Jungkook silih berganti dengan pelbagai pertanyaan bermain di dalam minda aku. Macam mana pulak Jungkook dan Jimin boleh kenal antara satu sama lain ni ?
"Okay now , aku takde masa nak explain dekat kau tentang apa yang terjadi tapi... Kim Taehyung dalam bahaya."
Riak wajah aku berubah. "A-apa ?"
"Dan aku perlukan ability kau sebagai hickey Taehyung untuk bantu aku selamatkan Taehyung."
"Tu-tunggu..." aku mengangkat sebelah tangan ke atas tanda berhenti. "..ma-macam mana benda ni boleh berlaku ? A-apa yang jadi dekat Taehyung ? D-dia kat mana sekarang ?"
Ya , aku betul betul risau.
"I'm sowreh , aku takde masa nak explain dekat kau tentang semuanya. Aku betul betul kesuntukan masa."
"Ta-tapi apa maksud kau dengan ability aku sebagai hickey dia ?"
"Kau lebih tahu tentang tu daripada aku tahu , Eun Haewon."
Aku terdiam buat sejenak.
"...Kau dengan aku akan mempunyai satu perkara yang kita berdua dapat kaitkan. Aku tahu kau kat mana , dan kau tahu aku kat mana walaupun kita berdua berjauhan. Aku tahu kalau kau dalam bahaya , dan kau pun tahu kalau aku dalam bahaya..."
Entah kenapa di kala itu kata kata Taehyung berkenaan hickey itu bermain di dalam kotak fikiran aku. Aku terkedu buat seketika.
"T-Taehyung kata... aku boleh tahu di mana dia berada dan..." aku membalas pandangan Jimin. "...aku boleh tahu kalau dia dalam bahaya."
"Okay bagus. Kau kena guna ability tu sekarang untuk detect di mana Taehyung berada."
"Ta-tapi aku tak tahu ! A-aku pernah cuba untuk detect di mana Taehyung berada sewaktu di hilang. Ta-tapi aku tak reti !" aku geleng kepala laju.
Entah kenapa seluruh tubuh aku mula menggeletar. Aku terlalu takut dan risau jikalau ada sesuatu buruk yang berlaku kepada Taehyung.
"Okay dengar sini , Eun Haewon." Jimin memegang kedua belah bahu aku erat , membuatkan mata aku dan matanya bertemu buat seketika.
Dia senyum nipis. "Pejam mata kau. Kosongkan fikiran kau. Ikut apa yang aku suruh."
Disebabkan aku tak tahu apa yang perlu aku buat , aku hanya akur sahaja arahan Jimin. Perlahan aku anggukkan kepala membuatkkan Jimin kuntumkan senyuman manis.
Sebaik sahaja Jimin melepaskan tangannya daripada bahuku , aku mula memejam kedua belah mata aku rapat. Walaupun sukar , namun aku cuba sedaya upaya untuk kosongkan fikiran sendiri.
Tolonglah... aku perlu tahu di mana Taehyung.
Aku perlu...
Tubuh aku kaku. Serentak itu mata aku terbuka dan buat sekilas mata aku berubah ke warna merah sebelum berubah menjadi normal semula.
"Apa yang kau nampak ?" Soal Jungkook ingin tahu.
Aku terkedu.
"Me-mereka nak bunuh Taehyung..."
t o b e c o n t i n u e d
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro