23 | let her go
Haewon menghentikan langkahnya di saat dia mula keluar dari perut kereta milik Taehyung. Kini dia berdiri betul betul di hadapan pintu pagar rumah agamnya.
Perlahan tubuh gadis itu dipusingkan ke belakang bagi menghadap Taehyung yang kini juga berada betul betul di hadapannya. Senyuman manis Taehyung berikan di saat mata mereka saling bertentangan.
Haewon tundukkan wajahnya ke bawah. Bibir bawahnya diketap. "Sejujurnya , aku tak nak balik lagi."
Taehyung tersenyum.
"Nanti kalau parents kau ingat aku culik kau , macam mana ? Mahunya aku kena heret ke makhamah nanti." gurau Taehyung.
Haewon mengangkat wajahnya dan memberikan jelingan halus kepada lelaki di hadapannya. Boleh pulak mamat monyet ni buat lawak bodoh di dalam waktu begini ? Hampeh !
Taehyung tersenyum kelat.
"Gumawo , untuk harini." senyuman manis meleret di wajah Haewon. "Aku betul betul enjoy untuk harini."
"Aku pun."
Haewon memandang tepat ke dalam anak mata Taehyung buat seketika sebelum dia menguntumkan senyuman manis kepada lelaki itu.
"Kalau macam tu , aku nak masuk dulu. Esok ada kelas. Nanti lambat bangun pulak."
Sebaik sahaja berkata begitu , gadis itu terus memusingkan tubuhnya ke belakang dan ingin meneruskan langkahnya masuk ke dalam kawasan rumah agamnya.
"Haewon-ah."
Langkah Haewon terhenti.
Pantas dia memusingkan semula tubuhnya ke belakang bagi menghadap Taehyung. Pandangan pelik mula terhias di wajahnya. Kenapa pulak lelaki ni panggil dia tiba tiba.
Taehyung menundukkan wajahnya. Belakang lehernya diusap perlahan. Entah apa yang bermain di dalam benak fikirannya sehingga membuatkan dia sukar untuk bersuara.
"Sebelum kau pergi..." Taehyung ketap bibirnya.
"Hurm ?" Kening Haewon terjungkit ke atas. Menanti ayat Taehyung.
Perlahan Taehyung angkat wajahnya membuatkan mata mereka berdua saling bertembung. "Arrmm... boleh aku peluk kau ?"
Haewon tersenyum.
Ingatkan apalah tadi. Rupanya itu sahaja permintaan Taehyung. Tak ubah seperti budak kecil. Benda tu pun susah ke nak mintak ?
Haewon terus mendepakan kedua dua belah tangannya luas seraya tersenyum melihat Taehyung.
"Meh sini. Noona akan bagi Taehyung peluk noona sepuas puasnya."
Taehyung ketawa kecil. "Noona ?"
Haewon ketawa.
Tanpa banyak cakap , terus sahaja Taehyung menghampiri tubuh Haewon sebelum dia memeluk tubuh kecil milik Haewon erat. Dagunya dilentokkan perlahan di atas bahu gadis itu.
Pelukannya dieratkan lagi seraya kedua belah matanya dipejam rapat. Jelas , dia tidak mahu langsung melepaskan tubuh gadis itu pada malam itu.
Haewon tersenyum. Gadis itu hanya membalas pelukan erat Taehyung. Belakang badan lelaki itu diusapnya perlahan lembut.
"Aku pun."
"Hurm ?" sebelah kening Haewon terangkat ke atas.
"Aku pun tak nak balik lagi..."
Haewon tersenyum.
"Banyak benda yang aku nak buat dengan kau harini tapi hanya sikit je yang kita dapat buat bersama." Nada suara Taehyung makin perlahan.
Haewon ketawa kecil. Entah apa yang dirasakannya kelakar mendengar Taehyung berkata begitu kepadanya.
"Mianhae. Aku patutnya dapat buatkan kau bertambah seronok bila bersama dengan aku..."
Pelukan mereka terus dileraikan Haewon. Haewon memegang pipi Taehyung erat dengan kedua dua belah tangannya membuatkan mata mereka saling bertemu.
"Atototo... si kecil Taehyung kita ni sedih ke , hm ?"
Taehyung hanya diam.
"Takpe , noona dah rasa cukup seronok dah pun dengan Taehyung. Nanti next time kita pergi tempat yang Taehyung nak tu , kita spend time sama sama lagi , hokey ?" Haewon mencubit pipi Taehyung perlahan membuatkan Taehyung ketawa kecil.
"Yah , kalau orang dengar apa yang kau cakap tu , dorang akan ingat yang kau ni lagi tua daripada aku tau."
"Kenapa ? Jeles ? Aku tahu lah muka aku ni matang."
"Anni. Muka kau kan nampak tua."
"Yah !" Tak semena mena kepala Taehyung diketuk oleh Haewon.
"Argh sakit lah gile !" berkerut wajah Taehyung menahan sakit. Kepalanya dipegang erat.
Haewon ketawa.
Melihatkan Haewon yang mula ketawa melihat kelakuannya , Taehyung pun juga turut menguntumkan senyuman. Gembira melihat gadis itu ketawa seperti itu.
"Dah lah , daripada aku layan perangai merapu kau ni , baik aku masuk pastu ti--"
Kata kata Haewon tergantung tatkala Taehyung memegang pipinya perlahan dan terus mendaratkan bibirnya di dahi milik gadis itu. Membuatkan Haewon tergamam dengan tindakannya.
Kedua belah mata Taehyung yang dipejam dibukanya semula dan dia mula menjauhkan wajahnya daripada wajah Haewon. Wajah Haewon dipandang dengan senyuman manis.
"Goodnight , sayang."
Rambut gadis itu diusapnya lembut sebelum dia mula melangkah masuk ke dalam perut keretanya semula.
Manakala Haewon masih terkaku di posisinya.
Taehyung ketawa kecil. "Yah Eun Haewon , kalau kau ternganga macam tu , nanti ada lalat masuk mulut kau tau !"
Tersedar dari lamunannya , pantas Haewon menggeleng kepalanya. Dia mengetap bibirnya rapat menahan rasa malu. Macam mana pulak dia boleh terkaku sekejap tadi ?
Taehyung tersenyum. Tangannya dilambai perlahan ke arah Haewon. "Anneyong."
♡♡♡
"Kyaaaaaa !!!"
Sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya , Haewon terus bergolek golek bagai kena sawan di atas katilnya yang bersaiz queen itu. Dipeluk bantalnya erat sambil menjerit bagai nak gila.
"Omo-yah , omo-yah..."
Bahagian dadanya diusap perlahan. Sesungguhnya , jantungnya terasa bagai hendak berhenti tatkala mendengar lelaki kacak itu memanggilnya dengan gelaran sayang.
Wanita mana sahaja yang tidak cair dengan gelaran itu ?
Senyuman manis selebar yang mungkin terkuntum di wajahnya langsung tidak dapat dihilangkannya. Terlalu teruja ingin menunggu hari esok supaya dia dapat bertemu dengan Taehyung lagi.
Pantas tangannya diangkat ke udara. Tangan kirinya yang tersarung cincin mutiara yang diberikan Taehyung kepadanya itu ditatapnya lama buat seketika.
"Jadi... macam ni ke rasanya bila kena lamar dengan seseorang ?"
Haewon mengetap bibirnya , menahan dirinya daripada menjerit bagai orang kena sawan dan tersenyum bagai orang kurang waras ketika itu.
Sudah lewat malam lagipun , mahunya kena maki dengan jirannya jikalau dia menjerit jerit dan fangirling dengan apa yang baru sahaja Taehyung lakukan tadi ?
"Eun Haewon , aku tak sangka hari macam ni akan tiba juga." Haewon menekup mulutnya tanda tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku.
"Kyaaaaa ~ comelnya Taehyung tadiiii !"
Aktiviti bergolek di atas katil diteruskan lagi oleh Haewon bersama bantal tidurnya. Memang tak tidur citer dia perempuan ni kalau dah macam kena sawan malam ni.
Teruja.
Gadis itu betul betul teruja.
♡♡♡
"Kim Taehyung."
Taehyung yang sedang mengatur langkah ingin mendaki tangga naik ke tingkat atas , terus menghentikan langkahnya. Kepalanya terus ditoleh ke arah gerangan suara tersebut.
Park Jimin.
Yang sedang duduk molek di atas sofa ruang tamu sambil matanya setia menatap ke arah televisyen yang langsung tidak dibuka di hadapannya itu.
Sebelah kening Taehyung terangkat ke atas buat seketika. Pelik. Entah kenapa dia dapat rasakan aura yang begitu tidak menyenangkan daripada perubahan suara tegas milik sepupunya itu.
Tanpa banyak tanya , Taehyung terus melangkah menghampiri Jimin. Sofa di tepi Jimin dipilih untuk diduduk olehnya. Wajah Jimin tanpa sebarang reaksi dipandangnya pelik.
"Kau kenapa ?" soal Taehyung pelik.
"Perempuan tu ke ?" mendatar sahaja suara Jimin tatkala bersuara membuatkan Taehyung bertambah pelik.
Yelah , Jimin ni seorang lelaki yang periang.
Pelik pula jikalau melihatnya dalam situasi seperti ini. Lagi lagi apabila dia berkelakuan tegas dan serius seperti ini. Park Jimin mana pernah serius dalam semua perkara.
"Maksud kau ?"
"Hickey kau. Manusia tadi tu ke ?" Sengaja Jimin menekankan perkataan manusia kepada Taehyung.
Riak wajah Taehyung berubah.
"Bukan niat aku nak curi tengok korang malam semalam. Tapi aku nampak kau kiss dia. Jadi... aku tak rasa kau akan kiss mana mana manusia macam tu je memandangkan kau jenis yang tak bergaul dengan mana mana manusia.
Taehyung diam.
"Jadi buat seharian ni aku berfikir. Aku fikir dengan otak geliga aku ni dan aku tahu... berkemungkinan dia tu hickey kau." Pandangan kosong Jimin berikan kepada Taehyung.
Taehyung hanya menundukkan pandangannya ke bawah , langsung tidak membalas apa apa kepada sepupunya itu. Bukannya tidak mahu membalas , tapi dia sendiri tidak tahu ingin balas apa.
"Dalam keturunan kita , kau seorang sahaja yang lambat jumpa hickey. Dan aku pernah terfikir hickey kau pun mungkin tak lahir lagi. Tak mengapa , aku masih beranggapan hickey kau ni merupakan seorang rookie vampire tapi bila aku tengok dengan mata aku sendiri betapa rapatnya kau dan manusia perempuan tu semalam..."
Pandangan tajam Jimin berikan.
"Aku tahu , hickey kau merupakan manusia perempuan tu."
"Jimin , kau tahu kan bukan aku yang decide hickey aku sendiri ? Dia yang--"
"Kau tak payah nak ajar aku , Kim Taehyung. Aku sendiri tahu hickey tu akan datang dekat kau secara natural. Dan seseorang tu akan activekan hickey kau secara semula jadi tanpa aku tak pernah menyangkakan hickey tu boleh jadi... seorang manusia."
Pandangan penuh perasaan jijik Jimin tayang.
Taehyung ketap bibirnya rapat. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia katakan kepada sepupunya ketika itu.
Dia tahu , Park Jimin juga terkejut tentang apa yang terjadi dan lelaki itu langsung tidak menyangkakan perkara seperti ini akan berlaku dalam dunia sebenar.
"Dia tahu yang kau vampire ?"
Taehyung mengangguk.
"Dia tahu yang dia tu hickey kau ?"
Taehyung mengangguk.
"Dia tahu yang kau ni bukan seperti keturunan vampire biasa ?"
Taehyung tersentak.
Buat kali ini , dia langsung tidak mampu membalas apa apa kepada Jimin. Sejujurnya , dia juga risau tentang fakta tersebut. Di mana dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin jujur tentangnya kepada Haewon.
Jimin meramas rambutnya kasar. "Kalau omma dengan appa tau macam mana ? Kalau puak vampire semua tahu macam mana ?"
Taehyung ketap bibirnya rapat.
"Hey bodoh , aku tanya ni kau jawab lah ! Kau tahu kan nyawa kau akan berada dalam bahaya ?!"
"Ya aku tau !" Pantas Taehyung mendongak dan memandang tepat ke dalam anak mata Jimin. Matanya sudah mula berair.
"Ta-tapi apa yang aku perlu buat ?" Suaranya mula bergetar. "Aku sayangkan dia , Jimin. Aku betul betul sayangkan dia lebih dari nyawa aku sendiri !"
Jimin berdecit halus. "Sayang ? Apa yang kau tahu tentang sayang ? Kau tahu kan kalau kau berterusan ada dekat dengan dia , kau akan mengakhirinya dengan membunuh dia sahaja ?"
"Jimin , aku--"
"Kalau kau betul sayang dia , kau akan tinggalkan dia dari mula lagi !!!"
Air mata Taehyung mengalir.
"Kim Taehyung , bangun daripada tidur kau. Ini realiti yang kau kena hadap. Kau bukan jenis keturunan vampire yang hisap darah manusia. Kau , satu satunya vampire yang meresap tenaga daripada sentuhan manusia."
Jimin merenung wajah Taehyung tajam.
"Semakin banyak kau sentuh manusia tu , semakin banyak kau curi tenaga dia. Di mana akan membuatkan dia hilang tenaga dan mati. Kau sendiri tahu tentang benda ni , Taehyung..."
Tubuh Taehyung mula menggigil. Hidungnya terasa pedih sangat sangat. Walaupun dia membuka mulut namun tiada sebarang suara pun yang dia mampu keluarkan kepada Jimin.
Air mata yang penuh di tubir matanya membuatkan pandangannya mula kabur dan tidak stabil. Dia cuba untuk mengatakan sesuatu tapi entah kenapa tekaknya terasa sakit.
Jimin memegang erat bahu Taehyung.
"Tinggalkan dia , Kim Taehyung. Itu sahaja cara untuk kau dan dia selamat. Kau dan dia takkan boleh bersama juga pada akhirnya."
Air mata Taehyung mengalir deras.
Jujur , hatinya sakit sangat sangat. Terasa bagaikan jiwanya kosong sepenuhnya jikalau dia perlu meninggalkan Haewon pada waktu begini.
Taehyung tidak mampu lagi memeluk tubuh Haewon.
Taehyung tidak mampu lagi mengusap pipi Haewon.
Taehyung tidak mampu lagi mencium bibir Haewon.
Taehyung tidak mampu lagi berjenaka bodoh dengan Haewon.
Bahkan , dia juga tidak mampu lagi bersama dengan gadis yang dicintainya itu.
"Ji-Jimin..."
"Hurm ?"
"Aku sayangkan dia. Aku sayangkan dia sangat sangat." Air mata Taehyung mengalir deras membasahi pipinya.
Siapa sangka , pada hari pertama dia bersama Haewon akan menjadi hari terakhirnya bersama gadis itu ?
t o b e c o n t i n u e d
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro