15 | drunk kim
"Sudah sampai masanya untuk kau berlaku parasite terhadap seseorang , kim tae."
Kata kata Yoona sebentar tadi masih lagi terngiang ngiang di dalam kepalanya. Langsung tidak dapat dilupakan. Terasa bagaikan sudah digam kukuh di dalam kepala otaknya sendiri.
Taehyung yang sedang berjalan seorang diri itu perlahan menghentikan langkahnya. Keluhan berat dilepaskan serentak kedua dua belah matanya dipejam rapat , melepaskan segala rasa beban.
Malangnya , bebanan sendiri tak dapat dilupakan.
Taehyung juga sudah tidak tahu ke mana lagi mahu ditujunya. Entah ke mana kakinya membawanya , dia sendiri tidak tahu. Hanya berjalan tanpa arah tuju.
Keretanya pula sudah pun ditinggalkan kepada Yoona. Pandai pandai lah sepupunya itu menguruskan keretanya sendiri.
Perlahan wajahnya diangkat ke atas. Kedua dua belah matanya meliar memandang sekeliling. Memandang segenap ruang kawasan yang dia sedang berada.
Hanya sekitar kawasan jalan yang biasa. Terdapat pelbagai gerai menjual makanan , orang orang lalu lalang dan suasana yang agak sesak dengan ramai orang.
Namun , Taehyung tidak kisah.
Telefon pintarnya pun telah pun diturn off. Walaupun hakikatnya dia menerima banyak panggilan tak terjawab dan mesej daripada keluarganya , namun diabaikan sahaja.
Taehyung tahu dia bakal dimarahi sebentar nanti , namun apa boleh buat. Jikalau dia kata dia tidak mahu , maknanya situasi antara mereka sekeluarga tidak akan berubah langsung.
Lagipula , kalau dia kunjungi rumah keluarganya , bukannya dia akan berasa tenang pun. Makin serabut lagi ada lah. Buang masa sahaja dia ke sana.
"Haewon-ah..."
Entah bagaimana nama gadis itu tiba tiba sahaja terbit di bibir milik Taehyung. Sayu dan perlahan sahaja nada suara Taehyung. Mungkin kerana sedih ?
"Mianhae..."
♡♡♡
Haewon's
Ting ! Tong !
"Madam Lee ! Ada orang datang !" laungku kuat sambil berpaling ke arah dapur.
Rasanya tadi Madam Lee ada dekat dapur tengah kemas dapur. Tapi walaupun sudah berminit dia langsung tak sahut panggilan aku yang berada di ruang tamu ini.
Dahi aku berkerut buat seketika. Pelik lah pulak. Mana pulak Madam Lee ni ? Takkan dia tinggalkan aku sorang sorang dekat dalam rumah pulak ?
Omma dengan appa pulak macam biasa , tak ingat jalan balik rumah lah tu. Pejabat tu rumah baru gamaknya.
Ting ! Tong !
Perlahan aku tolehkan wajah dan memandang ke arah pintu utama rumah agamku ini. Entah siapa yang berada di hadapan pintu aku sendiri tak tahu.
Sebab malas sangat nak bermain permainan teka teki dengan kepala otak aku sendiri , aku pantas bangkit daripada duduk dan meletakkan telefon pintar di atas meja kaca di hadapan.
Langkah aku pantas sahaja diaturkan menuju ke arah pintu masuk rumah. Tanpa berfikir panjang , pantas pintu ditarik laju dan aku memandang ke arah gerangan yang menekan loceng rumah tak henti.
Maka terpampang lah wajah seorang lelaki yang aku cukup kenal. Mata aku membulat sedikit kerana terkejut melihat dia yang berada di hadapan secara tiba tiba. Langsung tak expect kedatangannya pada malam ini.
"Taehyung ?"
Tubuhnya aku perhatikan dari atas hingga bawah berulang kali tak henti. Sumpah aku cakap , penampilannya kelihatan agak serabut.
"Taehyung kau—"
Belum sempat aku ingin bertanya lagi , suatu bau yang sangat kuat menyengat rongga hidungku membuatkan aku pantas menekup hidung.
Bau arak. Dia mabuk ke ?
Sekali lagi aku perhatikannya dengan pandangan yang berkerut. Sambil tangan aku pula tidak lepas dari menekup mulut dan hidung kerana tidak tahan dengan bau arak yang kuat.
Messy hair. Butang kemeja atasnya dibuka mendedahkan bahagian collarbonenya. Pipinya kelihatan sedikit kemerah merahan , mungkin effect mabuk ? Dan gaya berdirinya pula kelihatan agak tidak stabil.
"Yah Kim Taehyung , kau lupa jalan balik rumah lagi ke ?" marahku sambil dahi berkerut.
Dah tahu mabuk , yang datang rumah aku ni kenapa ? Memang rumah aku ni tempat mengubat orang orang mabuk pun !
"Yah Kim Tae—"
Belum sempat aku ingin melenting dengan lebih lanjut sambil bercekak pinggang gaya gaya mak tiri di hadapannya tiba tiba sahaja dia memasuki rumah aku tanpa izin.
"YAH !!!"
Walaupun aku cuba menahannya , namun dia tetap memasuki ke dalam rumah aku dengan gaya jalannya seperti orang kurang waras.
Dengan dia tu daripada tadi tak henti henti tersenyum macam orang gila lagi. Apa dia tu byuntae ke apa ? Creepy lah siot mamat ni kan !
"Kau nak ke mana ?!"
Mata aku membulat tatkala menyedari dia yang tiba tiba sahaja mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas. Kalau dia masuk bilik aku memang aku ganyang dia cukup cukup !
"Yah yah yah ! Yah Kim Taehyunggg !!!"
Mendengarkan aku yang menjerit melalak macam orang gila memanggil namanya , dia akhirnya menghentikan langkahnya di saat tubuhnya tiba di tingkat atas.
Dahinya didaratkan di dinding lalu ditolehkan wajahnya sedikit ke tepi bagi memandangku dengan senyuman petak yang menghiasi wajahnya.
"Bak phone kau sekarang. Aku call siapa siapa yang boleh bawak kau balik rumah kau."
Dia senyum. "No no no !" dia geleng kepala dengan kedua dua belah mata dipejam. Taehyung mencebik.
"Apa yang no no no ? Kau fikir aku ni apa ha ?!"
"Ahhh Haewon-ahhh jangan lah bising. Sakit telinga la." cebiknya lagi manja.
"Kau sakit telinga ke tak sakit telinga ke , tu bukan masalah aku ! Sekarang better kau keluar !"
Dia ketawa kecil lalu menggeleng lagi. Disebabkan terlalu berang dengan kerenahnya , aku pantas sahaja memeriksa poket seluar Taehyung.
Nasib menyebelahi aku , telefon pintarnya berada di poket seluarnya. Pantas aku buka telefonnya. Di saat skrin telefonnya memaparkan ruang memasuki password , aku gasp.
"Fuck..."
Aku angkat wajah dan jeling Taehyung tajam. Dia masih dengan senyuman petaknya. Merasakan jelingan maut aku itu merupakan satu jenaka.
"Baik bagitahu aku sekarang apa password kau." ujarku dengan nada yang tegas.
"Password ?" dia mengerutkan dahi. Aku angguk perlahan.
Dia tersenyum seperti kerang busuk dan mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Mulutnya didekatkan dengan telinga aku bagi membisikkan jawapannya.
"Rahsia ngee ~ "
Sumpah aku nak bunuh dia.
"Yah Kim Taehyung , jangan main main boleh tak ? Kau dah kenapa sebenarnya ni ?!"
Dia sengih. "Atototo comelnya muka kau bila marah ni , Haewon."
Kedua dua belah tangannya memegang erat kedua belah pipi aku membuatkan bibir aku serta merta termuncung ke hadapan serupa itik. Mata aku membulat.
"Yah , Kim Taehyung baik kau—"
"Atototo comelnya ~ " dia ketawa.
Sumpah aku nak cari keranda lepastu tanam mamat ni hidup hidup.
Baru sahaja aku ingin melenting dengan lebih kuat kepadanya , tiba tiba sahaja dia melepaskan tangannya daripada pipiku dan mula mengatur langkah menuju ke bilik tidur.
Entah macam mana laju sangat dia boleh masuk bilik tidur aku dalam keadaan mabuk seperti itu.
Masuk sahaja ke dalam bilik tidurku , dengan rasa tak tahu malunya itu , dia terus landing atas katil aku siap senyum senyum ready nak hanyut dalam alam mimpi lagi si mamat ni !
Bebal betul !
Aku buat muka speechless. Tak percaya langsung dengan perangai bebal Taehyung ni. Selalunya dia behave je bila depan aku. Tak sangka aku boleh nampak sisi bongok dia time mabuk ni.
Aku mengatur langkah menghampiri katil tidurku dalam keadaan bercekak pinggang. Memang muka aku dah tayang garang ketat habis lah. Bengang punya pasal !
"Kim Taehyung , aku kira 1 sampai 3 kalau kau tak bangun dan berambus dari rumah aku dalam kadar segera , aku nak sumpah kau jadi katak !"
Dia ketawa kecil.
"Dan lepastu kau akan cium aku supaya aku jadi putera kacak , hm ?"
Frust punya pasal , jari tengah aku angkat.
Nasib dia tengah pejam mata dalam keadaan mabuk. Kalau tak mengucap dia tujuh keturunan nampak aku bagi middle finger dekat depan dia.
"Taehyung , aku kira 1 sampai 3. Jangan fikir aku bermain main dengan kau." ujarku tegas.
Dia masih tidak bangkit dari atas katil tidurku. Tambahan pula dengan bantal bantal lembut di sekeliling , memang bantal tersebut jadi mangsa peluk dia la gamaknya.
"Hana..."
Taehyung masih baring.
"Dul..."
Taehyung masih baring lagi.
"Set ! YAH KIM TAE—"
Belum sempat aku nak tendang bontont dia turun daripada katil tidurku , tiba tiba dia dengan pantas menarik lengan aku membuatkan aku terjatuh dan terbaring sekali di atas katil tersebut.
Mata aku serta merta terbeliak luas tatkala tubuhku mendarat betul betul di sisi Taehyung dan kepala aku pula kini beralaskan tangan sasa milik lelaki di sebelahku ini.
Dup ! Dap !
Dup ! Dap !
Dup ! Dap !
Ahh... ssibal.
Jarak di antara aku dan Taehyung terlalu dekat sangat. Dia berbaring dalam posisi mengiring di sebelah aku membuatkan aku sendiri dapat rasakan hembusan panasnya dari tepiku.
Tatkala hembusan nafasnya menyentuh permukaan kulit pipiku , entah kenapa bulu roma aku serentak menegak. Tubuh aku pula entah kenapa kaku semacam sahaja.
Bukannya aku tak biasa dalam keadaan sebegitu dengan lelaki lain , tapi entah kenapa kalini terasa lain macam. Mungkin sebab dia bukan manusia biasa ?
"Eun Haewon."
Suara garau dia... kedengaran begitu menggoda tatkala membisikkan nama aku di telinga aku sendiri. Suara dia mampu membuatkan aku jadi tak keruan.
"Haewon-ah..."
Aku menelan liurku gugup.
Setelah mengumpulakan segala keberanian yang aku ada , perlahan lahan aku memusingkan wajah ke tepi bagi memandang wajah Taehyung yang sedang ralit memerhatikan aku.
Aku tergamam tatkala melihat wajahnya yang begitu dekat dengan wajah aku. Hanya dalam beberapa inci sahaja , pasti wajah kami berdua akan bersatu.
Tatkala mata kami bertemu , dia tersenyum petak.
"Kenapa kau comel sangat ni , hm ?"
Aku tergamam.
"Kau buat aku tersenyum tak henti."
Cliche.
Tapi aku suka.
Pandangannya kini mula berubah. Daripada pandangan comel dan gembira kepada aku kini berubah menjadi renungan dalam dan redup.
Sangat menggoda.
"Haewon-ah..."
"Hurm ?"
"Ada sesuatu yang kau perlu tau."
"A-apa dia ?"
Semuanya berlaku dengan terlalu pantas sekali.
Tangan Taehyung sudah pun menjalar di belakang leherku dan kini bibirnya mendarat di atas bibirku dengan begitu lembut sekali. Wajahku ditarik ke hadapan bagi memperdalamkan ciumannya.
Mungkin aku ni gila atau aku sudah pun hilang deria rasa. Tapi bibir Taehyung terasa manis. Macam rasa strawberry. Ya aku yakin.
Aku tidak menolak mahupun menjauh , aku hanya membiarkan sahaja dia memperdalamkan ciumannya itu. Aku juga turut memejam mata dan menikmati ciumannya.
Pipiku dan bahuku diusapnya perlahan. Manakala rambutnya juga aku usap perlahan juga. Mana boleh tangan ni duduk diam dalam keadaan yang begitu intim ini ?
Dan aku tak tipu.
Si mabuk Kim Taehyung sangat menggoda.
Oh dan !
He's such a good kisser.
- t o b e c o n t i n u e d -
ah ah ah attention ...
KIM SUNWOO BERJAYA DEBUT UNTUK I-LAND HUWAAARRGGHHH !!! AND NAMA GROUP DORANG ID ENHYPEN HSHSHDJJAJSJAJDJKA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro