Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 | save me

Suasana ruang makan tersebut sunyi sepi tanpa sebarang suara. Hanya bunyi sudu , garfu dan pinggan berlaga sahaja yang memenuhi ruang makan tersebut.

Mereka yang turut hadir di rumah agam milik Keluarga Kim semuanya berpakaian kemas dan segak sahaja. Tidak kira sama ada perempuan mahupun lelaki.

Bukan seperti keluarga biasa yang menikmati hidangan mereka bersama dengan keluarga tercinta , namun keluarga yang bersama di ruang makan ini sangat berbeza.

Daging mentah yang masih kelihatan enak dengan darah segar menghiasi pinggan putih tersebut. Tidak langsung membuatkan mereka yang menikmatinya terasa jijik.

Malahan mereka melahap daging dan darah segar itu dengan begitu tekun dan berselera sekali. Memang benda itu sahaja merupakan nafsu makan mereka.

Tapi hanya ada seorang sahaja yang tidak tenggelam dalam nafsu makanannya. Masih berdiam diri dan langsung tidak menyentuh makanannya.

Taehyung termenung jauh.

Fikirannya jauh melayang ke tempat lain memikirkan sesuatu. Seolah olah hanya jasadnya sahaja yang ada di kerusi namun rohnya melayang jauh entah ke mana.

Menyedari anak bongsunya yang langsung tidak menumpukan perhatian terhadap makanan yang terhidang khas buat mereka yang cukup luar biasa ini , Tuan Kim berdehem.

Deheman Tuan Kim mampu membuatkan mereka di meja makan serentak berhenti.

Pantas kesemuanya menoleh dan memandang yang paling tua itu serentak. Hanya Kim Taehyung sahaja masih tenggelam dengan angan angannya.

"Taehyung-ah , mana selera kau , hm ?" suara garau serak itu menerjah pendengaran.

Serentak mereka di meja makan memusingkan kepala dan memandang ke arah Taehyung yang tersedar dari lamunannya. Terpinga pinga lelaki itu jadinya.

"Nae ?"

Dia yang duduk paling hujung sekali terkejut melihat Tuan Kim yang kini sedang merenung tajam ke arahnya seolah langsung tidak berpuas hati dengannya.

"Ke-kenapa , appa ?"

"Kau termenung apa ? Benda apa yang bermain dalam kepala otak kau tu sampai makanan dekat depan mata pun langsung kau tak layan ?"

Taehyung terdiam.

"Jangan nak termenung sangat , makan makanan kau tu" ujar Tuan Kim kasar lalu menyambung menikmati makanannya semula.

Perlahan lahan Taehyung meletakkan garfu dan pisaunya di atas pinggan dan mengangkat wajahnya ke atas. Abahnya yang berada di hadapan dipandang.

"Perjumpaan keluarga malam ni memang nak kaitkan pasal Taehyung ke ?"

Suasana sunyi sepi buat seketika.

Tuan Kim yang berada di tengah tengah meja makan tersebut memandang tepat ke arah Taehyung. Dahinya dikerutkan tatkala memandang anak bongsunya sendiri.

Mendengarkan kata kata Taehyung , membulat terus mata Jimin. Cuak lelaki ketot itu jadinya. Takut takut jikalau Taehyung membuka mulut dan membabitkan namanya sekali.

Pandangan redup Taehyung berikan. "Appa nak mention pasal hickey Taehyung ke ?"

Dahi Tuan Kim berkerut.

Buat seketika , Taehyung memandang mereka semua yang berada di ruang makan itu silih berganti. Semua ahli keluarganya ditatap wajah perlahan.

"Mungkin selama ni kamu semua pandang rendah dekat Taehyung sebab masih tak jumpa pengactive hickey sendiri sedangkan kamu semua dah jumpa. Dan Taehyung tahu , sebagI keturunan vampire , hickey tu penting untuk hidup kita semua sendiri"

Mereka mendengar dengan penuh teliti tentang apa yang diucapkan Taehyung. Diam sahaja. Tidak langsung menyampuk apa yang lelaki muda itu ingin katakan.

"Dan untuk pengetahuan kamu semua... hickey Taehyung sudah pun diactivekan"

Serentak terbeliak luas mata mereka yang ada di meja makan ketika itu. Terlopong lagikan terkejut dengan apa yang baru sahaja Taehyung ungkapkan.

Manakan tidak , Kim Taehyung sudah bertahun tahun tidak menjumpai pengactive hickeynya sehinggakan mereka fikir Taehyung patut berputus asa sahaja.

Berita yang baru sahaja Taehyung sampaikan membuatkan semua yang ada di situ terkejut. Hakikatnya bahawa Taehyung sendiri merupakan keturunan vampire liar...

"Kalau betul apa yang kau cakapkan , aku nak kau bawak perempuan tu esok ke rumah" ujar Tuan Kim keras.

Taehyung tersentak.

Tidak langsung memikirkan apa apa perkara yang bakal menyusahkannya selepas dia menyampaikan berita mengejutkan itu kepada seluruh ahli keluarganya.

The fact that his hickey is a human.

"Kenapa ? Kau tak mampu ? Berlagak dan riak sahaja kau ni rupanya , Taehyung" balas Mark sinis , yang merupakan abang ketiganya.

Taehyung hanya berdiam diri.

Sedang dia merenung pinggannya mencari sebarang jawapan yang mampu dia luahkan kepada mereka semua bagi membuktikan apa yang dikatakan sebentar tadi , tiba tiba suatu benda aneh terjadi.

Matanya berubah ke warna kuning terang sekilas buat seketika.

Serentak itu suatu babak seperti di dalam filem terlintas di fikirannya membuatkan matanya serentak membulat besar. Terlopong seketika Taehyung.

Dia tidak dapat melihat apa apa.

Hanya dapat melihat beberapa orang berpakaian serba hitam di dalam sebuah bilik yang sedang menguntumkan senyuman lebar mereka.

Dan taring mereka kelihatan cukup jelas. Mereka merupakan... vampire liar. Yang hanya menghisap darah manusia.

Tapi kenapa dia dapat lihat semua ni ?

A-apa yang berlaku sebenarnya ?

Entah kenapa hati Taehyung terasa berdenyut kuat. Seperti rasa kurang enak terbit dengan jelas di dalam dirinya. Namun dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi.

"Eun Haewon...."

Nama gadis itu entah bagaiman tiba tuha sahaja terbit di bibir Taehyung. Masih dengan riak wajah cuak dan terkejutnya memandang pinggan makannnya sendiri.

Tuan Kim yang mendengar apa yang disebut Taehyung , mengangkat sebelah keningnya ke atas. Memandang pelik ke arah anak lelakinya yang berkelakuan aneh.

Pantas Taehyung bangkit daripada duduk dan memandang ke semua ahli keluarganya.

"Taehyung mintak diri dulu. Ada suatu benda penting yang perlu Taehyung uruskan"

Tanpa sempat mereka membalas apa apa kepada Taehyung , lelaki itu sudah pun berlari pergi meninggalkan ruang makan keluarga mereka tersebut.

Kini , hanya Eun Haewon sahaja yang berada di dalam fikirannya.

♡♡♡

Mata Haewon membulat besar.

Seluruh anggota tubuhnya menggeletar dahsyat. Terlalu takut dengan apa yang dia harus hadapi ketika ini. Jantungnya pula tidak henti henti berdenyut laju.

Jikalau jantungnya boleh meletop , sudah lama jantungnya berkecai menjadi cebisan cebisan yang tidak akan lagi dapat dikenal pasti.

Perlahan Haewon menunduk sedikit dan memandang tubuhnya yang kini sudah pun diikat kuat dengan tali dan didudukkan di sebuah kerusi.

Dirinya pula kini dikelilingkan dengan 7 lilin yang baru sahaja dinyalakan oleh mereka yang langsung tidak Haewon kenali itu.

Tapi setelah apa yang dia hadap selama ni , Haewon pasti.

Mereka merupakan vampire...

Haewon memejam matanya rapat sehingga air matanya mengalir deras membasahi pipinya. Peluh peluh dingin mengalir dengan begitu banyak sekali.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya Haewon ketika itu.

"Aneh..."

Ungkapan seorang pemuda yang tak dikenali itu membuatkan Haewon pantas mengangkat wajahnya dan memandang ke arah lelaki itu yang sedang memerhatikannya.

"Tak silap aku... keturunan vampire tak pernah lagi ada pengactive hickey yang merupakan seorang manusia" lelaki itu tersenyum sinis.

Dia mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke dalam anak mata milik Haewon yang kini sudah pun berair kerana terlalu takut dengan mereka.

"Kau tau apa maksudnya kalau kau dah activekan hickey seorang vampire ?"

Haewon hanya diam.

"Itu maknanya , kau akan serta merta masuk dalam keluarga vampire tu sendiri"

Mata Haewon terbeliak luas.

Terkebil kebil gadis itu. Riak wajahnya serta merta berubah. Tidak sangka dengan apa yang baru sahaja mereka semua katakan kepadanya itu.

Walaupun kedengaran seperti sememangnya tidak masuk akal langsung , tapi Haewon sendiri tahu. Sejak dia pertama kali bertemu dengan Taehyung , semua benda di sekelilingnya bakal menjadi tidak mustahil.

"A-apa yang kau nak buat dekat aku sekarang... ?"

Mendengarkan soalan Haewon , mereka memandang antara satu sama lain sebelum menguntum senyuman sinis yang menakutkan khas buat Eun Haewon.

"Kau rasa apa yang kami akan lakukan ?"

Berkerut dahi Haewon.

"Sudah pasti kami nak hapuskan keturunan keluarga Kim Taehyung"

Perlahan air mata Haewon mengalir.

Di dalam mindanya tak henti henti fikiran negatif berlegar legar. Sepertinya hari itu merupakan hari terakhir buatnya berada di atas muka bumi ini.

Dan sekarang , dia betul betul takut.

Terasa seperti rohnya ditiup keluar buat seketika , Haewon langsung tidak dapat memikirkan apa apa yang dapat membantunya menyelamatkan diri.

Buat seketika , dia teringatkan kembali apa yang Taehyung katakan kepadanya tempoh hari.

Haewon pantas memejam matanya rapat dan mengetap bibirnya. Di dalam hatinya tak henti henti dia berdoa dan berharapkan sesuatu keajaiban bakal berlaku.

" Kim Taehyung "

" Kau kata , kau boleh detect kalau aku dalam bahaya "

" Jadi tolong ! "

" Tolong selamatkan aku sekarang !"

" A-aku perlukan kau , Kim Taehyung ..."

Air mata Haewon mengalir deras.

Ting ! Tong !

Pantas mata Haewon terbuka tatkala mendengar bunyi loceng rumah agam itu yang tiba tiba sahaja berbunyi kuat membuatkan penghuni rumah tersebut semuanya agak terkejut.

Tanpa berlengah , salah seorang daripada mereka pantas sahaja mengatur langkah dan menuju ke arah pintu rumah tersebut.

Di waktu waktu begini jugak , ada yang ingin menganggu mereka untuk melaksanakan misi terpenting di dalam hidup mereka itu.

Pintu perlahan lahan dibuka maka terpampang lah wajah seorang lelaki yang sangat sangat mereka semua kenali.

"Am I too late to join the party ?" Taehyung tersenyum nakal.

Dan hadirnya seorang lelaki , yang akan menyelamatkan Eun Haewon seperti hero filem.

t o b e c o n t i n u e d —

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro