4 | lee yeon imnida
CHAPTER FOUR :
lee yeon imnida
- - -
"A-apa...?" dahi Jungkook serentak berkerut dengan matanya membulat besar.
Firasatnya kalini tidak menipu dirinya.
Namun hakikat realitinya ketika itu membuatkan Jeon Jungkook menjadi terlalu sukar untuk menerimanya. Mengetahui bahawa gadis terkenal di sekolahnya ini... merupakan stalkernya.
Lelaki itu akuinya , Lee Yeon memang perempuan gila. Memang gelaran psychopath witch sesuai dengan penampilan dan gayanya , namun Jungkook langsung tak menyangkakan takdir akan menemukan dia dan gadis itu seperti ini.
Masih sukar untuk dia percaya.
"Kenapa ? Tak suka ? Kau tak suka bila dapat tahu aku yang selama ni stalk kau , hm ?" soal Yeon dengan wajah polosnya.
Langsung tak merasakan istilah menghendap itu merupakan aktiviti tidak normal bagi manusia biasa. Mungkin baginya dengan menghendap orang lain merupakan aktiviti normal hariannya.
"T-tunggu sekejap..." perlahan Jungkook menolak bahu Yeon. Menghasilkan jarak di antara dia dan gadis itu.
Lee Yeon menjungkitkan sebelah kening , memandang Jungkook dengan pandangan hairan. Sepasang mata kelabu aslinya cuba membaca apa yang sedang lelaki itu fikirkan.
"A-aku tak faham. Ke-kenapa..." Jungkook memandang wajah Yeon dengan dahinya yang berkerut. Mencari jawapan dari pandangan mata polos gadis itu. "...aku tak faham kenapa kau stalk aku."
"Tch , kau tak faham atau buat buat tak faham ?" Yeon berdecit sinis. Tak menyangkakan itu balasan lelaki itu.
Namun Jungkook tidak ketawa. Bermakna dia betul betul serius , dia tidak tahu langsung mengapa gadis itu menghendapnya dalam diam. Malahan juga... berkemungkinan Lee Yeon boleh menjadi penyebab utama kejadian pagi tadi berlaku.
Kerana perempuan ini... tidak normal.
"Tak. Aku tak faham."
Lee Yeon tersenyum sinis. "Aku stalk kau sebab aku sukakan kau."
Keadaan menjadi hening buat seketika. Mata Jungkook membulat besar , agak terkejut dengan pengakuan berani daripada Lee Yeon , gadis yang amat ditakuti oleh pelajar lain.
Namun Lee Yeon hanya mengahadiahkan senyuman manisnya sehingga membentuk eyesmile yang tampak begitu sempurna di wajahnya. Tidak langsung terkesan dengan pengakuan sukanya kepada lelaki itu.
Seolah olah memberitahu seseorang yang dia menyukainya merupakan perkara kecil.
"Kau... kau jangan main main boleh tak ?" dahi Jungkook berkerut , tegas sepasang matanya merenung wajah Yeon tajam.
"Eo ? Muka aku nampak macam aku tengah bermain ke ?" soal Yeon polos sekali lagi.
Anak mata Jungkook merenung tajam ke dalam iris mata berwarna ganjil milik gadis di hadapannya. Walau apa pun yang terjadi , dia tidak mahu terpedaya dengan muslihat Lee Yeon.
Bukannya dia tidak tahu tentang situasi ini. Bahkan di dalam drama jugak sudah berjuta kali tayang babak seperti ini dan perwatakan seperti ini.
Lee Yeon... gadis itu pasti menipunya.
Fikir Jungkook , mungkin gadis itu kalah dalam permainan bersama rakan rakannya dan diberi misi untuk bercinta dengannya dan pada akhirnya akan menghancurkan hatinya lalu meninggalkannya seorang diri.
Cliche ? Tapi benda cliche ni juga lah yang selalu terjadi. Kerana hidup manusia tak pernah terlepas dari sesuatu yang sudah pun dijangkakan.
"Pfftt... kenapa kau beri aku pandangan macam tu ? Tak terharu dengan pengakuan cinta aku ?"
"Berhenti berlakon depan aku. Mungkin kau fikir kau akan menang , tapi aku takkan mudah terpedaya dengan lakonan kau , Lee Yeon."
Dahi Yeon berkerut , tidak mengerti dengan apa yang cuba Jungkook maksudkan. Makin hairan gadis itu tatkala menyedari riak wajah yang diberikan Jungkook kepadanya masih sama.
Renungan tajam. Seolah olah dia membenci gadis itu.
Yeon tertawa kecil. "Jangan cakap... kau tengah tolak perasaan suka aku dekat kau , Jeon Jungkook."
Yeon mengangkat sebelah keningnya , memberi pandangan sukar untuk dipercayai kepada lelaki itu. Decitan sinisnya kedengaran halus. Kedua dua belah tangannya disilangkan lalu dirapatkan ke dada.
Jungkook hanya diam.
Renungan mata tidak beremosi masih setia diberikan kepada gadis itu. Tidak sekali pun ingin mengubah pandangan kosongnya terhadap Lee Yeon di hadapan.
"Aku nak balik. Air liur aku kering bercakap dengan perempuan macam kau."
Jungkook terus memusingkan tubuhnya ke belakang dan melangkah terus ke meja belajarnya. Barangnya dikemas pantas lalu beg sandangnya disarungkan pada sebelah bahu.
Mendengarkan balasan Jungkook terhadap soalannya , Yeon tertawa sinis. Belakang pinggangnya disandarkan pada meja belajarnya , memerhati dengan teliti setiap gerak geri lelaki itu.
Selesai mengemas semuanya , Jungkook terus mengatur langkahnya ingin menuju ke pintu keluar di belakang kelas. Namun langkahnya terhenti di bahagian belakang tengah kelas.
Perlahan dia memusingkan wajahnya memandang ke arah gadis yang daripada tadi tak henti memerhatikan setiap gerak gerinya dengan penuh tekun dengan senyuman sinis.
"Kalau air liur kau kering... aku boleh tolong kau dengan tu." senyuman sinisnya makin melebar. "Kita boleh kiss dan aku tak teragak agak untuk sedekahkan air liur aku dekat kau." gadis itu tersenyum manis.
Jungkook memandangnya kosong.
Mendengarkan balasan gadis itu , Jungkook mengerutkan dahinya. "Perempuan gila."
Langsung tidak menghiraukan balasan daripada gadis itu , Jeon Jungkook terus mengatur langkahnya keluar daripada ruang kelasnya. Tidak sekali pun terniat untuk menoleh ke belakang bagi melihat Lee Yeon.
Bukan itu masalahnya ketika itu.
Baginya , Lee Yeon hanya merupakan salah satu pelajar karnivor yang mungkin hanya tahu bermain dengan perasaan dan hati pelajar lelaki yang lain memandangnya dia mempunyai wajah yang agak cantik.
Namun Jeon Jungkook tidak akan terpedaya dengan lakonan dan rupa dewi gadis itu. Siapa tahu , mungkin Lee Yeon mempunyai wajah comel serupa bayi , tapi personalitinya jauh lebih teruk daripada setan.
- - -
"Haih..."
Lelaki berambut hitam itu hanya melepaskan keluhan berat , tidak mampu untuk berbuat apa apa lagi memandangkan dia memilih waktu dan hari yang salah ketika itu.
Siapa suruh dia keluar dari bangunan sekolah lambat , sedar sedar cuaca sekarang sudah pun menjadi buruk. Keluar sahaja dari kelas tadi , tahu tahu hujan lebat sudah membanjiri bumi Korea.
Malang tak berbau , Jeon Jungkook hanya dapat berteduh di perhentian bas yang berhampiran dengan kawasan sekolahnya. Pakaian sekolahnya juga sudah sedikit basah dek kerana terkena air hujan.
"Sudah lah lepasni aku ada kerja part time. Mesti boss akan marah aku lagi kalau aku masuk kerja lambat." omel Jungkook perlahan.
Sesekali dia mencarut perlahan di dalam hati , menyumpah seranah pemandu bas yang daripada tadi tak nampak batang hidung. Malahan kenderaan berwarna biru yang membawa penumpang ramai juga tidak kelihatan di hadapan mata.
Adakah memang harini merupakan hari malang buatnya ke ?
Elok pula di pondok perhentian bas pada ketika itu pun hanya ada dia sahaja , tiada sesiapa. Mereka semua sudah pun berlari untuk mencari tempat teduh dalam suasana hujan lebat ini.
Jungkook melepaskan keluhan berat. Belakang badannya disandar elok di tempat duduk. Belakang kepalanya direhatkan pada dinding plastik pondok perhentian tersebut.
Perlahan dia memejamkan matanya , cuba untuk merehatkan minda yang sudah kucar kacir dengan semua perkara tak masuk akal yang menimpanya sekali gus pada hari ini.
Ianya terlalu mustahil untuk dia terima.
Yang pertama , tiga orang pembuli terkenal di sekolahnya yang baru sahaja semalam belasah tubuhnya tiba tiba datang melutut dan meminta maaf kepadanya pagi ini.
Yang kedua , sticky note sticky note kuning pelik yang sentiasa diberikan kepadanya oleh si penggemar rahsia , sebenarnya merupakan seorang penghendapnya dalam diam.
Dan yang terakhir... dalangnya semua hanyalah seorang , Lee Yeon. Dia juga lah manusia pelik yang sebenarnya menghendap lelaki itu dalam diam serta memberinya sticky note kuning di mana sahaja dia berada.
Gadis pelik itu juga... baru sahaja mengaku bahawa dia mempunyai perasaan suka terhadap dirinya. Dan ianya adalah sesuatu yang paling mustahil untuk lelaki seperti Jeon Jungkook menerimanya.
Perlahan lahan Jungkook membuka kelopak matanya , memandang redup ke langit yang masih menangis tanpa sebab. Mencurahkan segala air matanya di atas bumi.
"Selama 19 tahun aku hidup... tak pernah seorang pun cakap yang dia sukakan aku. Jadi mustahil , semuanya berlaku pada hari ini."
Ppingg !
Tubuh Jungkook terhinjut laju tatkala suatu bunyi kuat menerjah masuk ke dalam deria pendengarannya. Pantas dia memandang ke hadapan , memandang ke arah bunyi hon kereta yang berhenti di hadapannya.
Terkebil kebil lelaki itu tatkala melihat sebuah kereta hitam pacuan empat roda berjenama canggih Porsche berhenti betul betul di hadapannya. Seluruh tingkapnya sudah pun di tinted berwarna hitam.
Tiba tiba seorang lelaki dalam pertengahan umur 40-an keluar dari tempat pemandu , mengatur langkahnya bersama payung berwarna hitam ke arahnya.
Membulat mata lelaki itu tatkala melihat pakcik yang entah mana dia tidak kenal tiba tiba sahaja menghampirinya. Sudah lah tak kenal , dah kenapa pulak datang berjumpa dengannya ?
"Tuan muda , izinkan saya untuk menjemput tuan muda ke dalam kereta sekarang." ujar lelaki itu dengan nada suara mendatar.
Jungkook mengerutkan dahinya , semakin hairan dia tatkala menyedari lelaki yang tak dikenali itu bercakap dengannya. Lagikan pelik tatkala lelaki itu memanggilnya dengan gelaran 'tuan muda' ?
Belum sempat Jungkook ingin membalas apa apa , beg sandangnya yang diletakkan di tepi pantas diambil oleh lelaki itu. Bahu Jungkook juga ditariknya perlahan supaya lelaki itu akan berdiri.
Masih dengan pandangan kelirunya , dia diiring menuju ke arah kereta canggih tersebut. Payung hitam yang dibawa melindungi tubuh Jungkook sepenuhnya.
Walaupun payung itu tidak cukup untuk dua orang , namun lelaki yang tidak dikenali itu langsung tidak mempedulikan dirinya. Hanya memayungkan Jungkook sepenuhnya dan langsung tidak menghiraukan dirinya yang kian basah.
"Ahjussi , saya--"
Belum sempat Jungkook mengatakan sesuatu , pintu kereta bahagian belakang pemandu sudah pun dibuka , meminta Jungkook untuk masuk ke dalam perut kereta.
Jungkook memandang lelaki itu sekilas , cuba untuk memahami situasi apa yang dia sedang hadapi namun masih tidak dapat membacanya. Lelaki itu juga tidak membalas pandangan Jungkook.
Tidak punyai pilihan lain , Jungkook terus masuk ke dalam perut kereta seperti yang diminta lelaki yang tak dikenali itu. Lelaki itu terus menutup pintu itu dan bergerak ke bahagian pemandu.
"Itu Ahjussi Nam. Driver tetap aku."
Suara yang cukup dikenalinya itu membuatkan Jungkook terus menoleh ke bahagian kirinya , matanya sedikit membulat tatkala melihat wajah seorang gadis yang cukup tidak asing.
Lee Yeon , the psychopath witch.
Dia yang menyedari dirinya ditenung perlahan menoleh wajah dan membalas pandangan Jungkook. Perlahan bibirnya menguntumkan senyuman manis.
"Dia bukannya ignore kau tadi. Dia cuma pekak. Untuk pengetahuan kau , pekerja aku semuanya beradab."
Jungkook mengerutkan dahinya. Masih tidak faham dengan apa yang gadis itu cuba lakukan. Berharap supaya Lee Yeon di hadapan akan menjelaskan semuanya.
"Eo , hampir aku terlupa." sebelah tangannya menekup mulutnya perlahan lalu tertawa kecil.
Perlahan tangannya dihulurkan ke arah Jungkook , menghadiahkan senyuman paling manis yang pernah dia kuntumkan sepanjang dia hidup.
"Anneyong , Jeon Jungkook. Lee Yeon imnida. Your future soulmate."
Jungkook mengerutkan dahinya. Baru sahaja lelaki itu ingin membuka mulut untuk mengatakan sesuatu , pantas jari telunjuk milik gadis berambut merah jambu itu didaratkan lembut di atas dua ulas bibirnya , mata Jungkook membulat.
"Shuhh... no need to say anything." senyuman manis tidak lekang di wajah.
Jungkook mengerutkan dahi. Masih tidak faham dengan apa yang cuba dilakukan oleh gadis pelik yang baru sahaja dia kenal sebentar tadi di dalam kelas disebabkan satu perihal yang sukar untuk diterangkan bagaimana.
Tangan Lee Yeon kini beralih di rambut Jungkook yang sedikit basah. Mengelus rambut hitam milik lelaki itu lembut sambil senyuman manis tidak pernah dilenyapkan di wajah , memberi pandangan cukup gembira kepada lelaki itu.
"Jom , ikut aku balik rumah." selamba gadis itu berkata , menghadiahkan eyesmile comel miliknya.
"N-nae ?"
Senyuman Lee Yeon serta merta mati.
"Ikut aku balik rumah sebelum aku bakar kau sehingga rentung , Jeon Jungkook." dan senyuman manis sekali lagi dihadiahkan kepada lelaki di hadapannya.
- t o b e c o n t i n u e d -
thank you kepada semua yang stay tuned and sudi tunggu neul update every tuesday , wednesday and thursday !! much love for yalls ❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro