39 | phone call
CHAPTER THIRTY NINE :
phone call
- - -
Y E O N
"Kau yakin kau nak discharge harini ?" suara garau menegur aku dari belakang membuatkan aku yang sedang memasukkan barang ke dalam beg terhenti.
Perlahan aku pusingkan wajah ke tepi , memandang ke arah Taehyung yang masih memberikan pandangan yang sama kepada aku. Pandangan kosong. Dengan posisi berpeluk tubuhnya lalu menyandarkan tubuhnya ke dinding lagi.
Aku hanya menggulingkan mata ke atas tanda menyanpah. "Ni dah kali kesepuluh kau tanya aku benda yang sama , Taehyung."
Dia masih dengan pandangan tegangnya. "Kau tu tak okay lagi. Apahal tetiba nak discharge ?"
"Kau pun satu , memang suka ke tengok aku terkurung bosan sorang sorang dekat sini ha ??"
Taehyung melepaskan keluhan berat. "Tapi Yeon , kau-"
"Takde takde , aku tak nak dengar." sengaja aku menekup kedua belah telinga dengan tangan.
Buat buat macam aku tak dengar satu hapak apa yang dia cakap. Malas lah bila Taehyung dah tukar mood jadi mak tiri ni. Semua benda dia nak bebel. Ergh.
Taehyung mengeluh seraya meramas rambutnya perlahan. Fedup dengan kerenah aku yang sentiasa degil dan tak mahu mendengar apa yang dia cakap , mungkin ?
Beg yang sudah selesai aku masukkan barang barang aku di bilik ni , aku tarik perlahan. Jangan tanya kenapa aku bawak luggage sedangkan duduk sini tak sampai seminggu lagi.
Berterima kasih kepada Jungkook , semua keperluan aku ada je dekat hospital ni.
Langkah aku terhenti. Di kala itu aku teringatkan apa yang terjadi di antara aku dan Jungkook malam semalam. Peristiwa yang aku sungguh tak sangkakan , akhirnya berlaku.
Persoalannya... yang masih tak terjawab sejak semalam.
Sama ada Jeon Jungkook masih sayangkan aku dan cintakan aku seadanya walaupun sudah tahu identiti aku yang sebenar. Walaupun aku tahu , kemungkinan dia akan rasa begitu sangat sedikit , tapi aku tetap berharap sebaliknya.
Aku tetap berharap akan ada seorang insan yang akan mencintai raksasa hodoh seperti aku.
Beg roda yang aku bawa diberikan kepada Taehyung. Memandangkan dia mengada nak jemput aku discharge so dia kena lah angkatkan barang aku , ngeh padan muka.
"Jom ?" Taehyung menjungkitkan kedua belah keningnya , teruja memandang aku.
Aku hanya membalas dengan senyuman nipis. Lagipun sekarang aku penat. Aku tak tahu apa yang aku buat , tapi badan aku rasa lemah. Dan sekarang , walaupun aku tengah berdiri , aku tetap rasa mengantuk.
Aku dan Taehyung akhirnya masuk dalam kereta. Memandangkan Taehyung boleh pandu kereta , jadi dia akan bawa aku pulang ke rumah aku semula. Agak berguna jugak Taehyung ni sebenarnya.
Tapi kalau ikutkan , aku boleh je suruh pembantu rumah aku jemput aku pulang , tapi dah Taehyung ada. Jadi aku kena lah gunakan dia sebaiknya.
"Yeon-ah."
Aku tersedar dari lamunan. Pantas aku memusingkan wajah ke tepi bagi memandang Taehyung. Mata aku membulat tatkala menyedari wajah Taehyung begitu dekat dengan wajah aku pada ketika itu.
"Kau berangan apa ha ?" dia tersenyum petak.
Terkebil kebil aku memandang dia. Dengan wajah kami yang sedekat ini , aku memang dah boleh berhenti bernafas dah kalau dia attack aku macam ni tiba tiba.
Dia hanya tersenyum seraya menggeleng. Tak meminta izin , tangannya lincah sahaja menghampiri aku dan memakaikan aku tali pinggang di tempat duduk sebelah pemandu.
Seusai itu , dia kembali ke tempat pemandunya semula. Bersedia ingin memandu kereta bagaikan tiada apa yang baru sahaja berlaku di antara aku dan dia sebentar tadi.
Aku terdiam.
Masih tak dapat melepaskan pandangan daripadanya. Jujur , aku agak terkejut. Tapi memandangkan ini bukan kali pertama , aku tak terkejut sangat ... atau mungkin sebab aku dah lama tak jumpa dia. Mungkin sebab tu aku bagi reaksi sebegini.
"Han Yeonhee. Perempuan tu ketuanya."
Pandangan aku berubah kosong serta merta.
Bila aku tengok Taehyung , aku tak tipu bila aku cakap aku tak boleh nak lupakan hubungan kami dua tahun yang lalu. Memang aku akuinya , hubungan kami bermula dengan percintaan antara dua pelajar yang hanya inginkan kebebasan.
Tapi disebabkan satu kesilapan , semuanya hancur. Hubungan kami berhenti sampai di situ sahaja. Dan aku... berakhir dengan membakar sekolah yang Taehyung belajar.
Aku menyandarkan belakang badan pada kerusi. Wajah pula hanya memandang kosong ke luar tingkap. Dalam kepala , masih cuba untuk mengingati apa yang terjadi di antara Taehyung dan aku dua tahun lepas.
Kim Taehyung , satu satunya cucu jutawan.
Dan dia juga merupakan cucu kepada harabeoji. Lelaki tua yang sial cipta keluarga puaka seperti ini.
Pada awalnya , aku agak terkejut mengetahui yang harabeoji punyai cucu sebenar. Memandangkan lelaki tua tu tak pernah bukak cerita pasal keluarga dia malahan aku sendiri tak pernah nampak dia dengan keluarga dia.
Tapi di kala itu lah aku diberikan satu misi penting.
Misi untuk melindungi Kim Taehyung. Memandangkan hidup lelaki itu dalam bahaya. Kau mungkin takkan percaya , tapi ada seseorang yang ditugaskan untuk membunuh Taehyung.
Nampak macam bodoh , tapi harabeoji mengaturkan satu permainan melibatkan nyawa cucu dia. Dia tugaskan seorang gadis dari keluarga Nam untuk membunuh Taehyung dan dia tugaskan aku untuk melindungi Taehyung.
Siapa akan menang ? Itulah permainannya.
Hanya salah seorang daripada kami yang akan menang. Dan si menang akan hidup.
Dan ya , aku menang. Disebabkan tu lah , aku bunuh semua orang yang ada di dalam sekolah itu. Memandangkan semua orang di dalam sekolah tu semuanya ingin membahayakan nyawa Taehyung.
"Yeon-Yeonhee... aku rasa aku sukakan kau."
Aku melepaskan keluhan berat.
Tapi tugas aku jadi tak teratur bila Kim Taehyung jatuh cinta dengan aku. Aku tak menyangkakan yang semua ini akan jadi seperti ini. Disebabkan aku perlu lindungi dia , sudah pasti aku perlu berkawan dengan dia.
Tapi... semuanya jadi makin tak teratur bila Taehyung tahu harabeoji dia bermain dengan nyawa dia.
Dia begitu tertekan. Walaupun dia masih dibawah umur , dia teguk kesemua soju sampai dia rasa nak mampus. Dan di kala itu , aku ada bersamanya. Sentiasa ada bersamanya untuk melindunginya.
Tak menyangkakan , malam itu dara aku bakal diragut oleh Kim Taehyung yang mabuk.
Kenapa aku tak melawan dan mengelak ? Kerana aku ditugaskan untuk melindunginya. Jikalau aku cuba menentangnya , aku takut kalau aku pula yang bakal membunuhnya.
Hidup aku bagai robot. Hanya akur dengan segala yang telah ditugaskan untuk aku.
Tapi kejadian dia mengkhianati aku. Kejadian itu paling aku tak boleh maafkan. Kejadian dia menyalahkan seratus peratus semuanya ke atas aku. Berkenaan... kes curi yang dia selalu lakukan senyap senyap.
Kepercayaan aku kepada dia hilang. Dan sejak itu , aku tak mahu bertemu dia lagi.
"Yeon ?"
Mendengarkan suara garau Taehyung memanggil aku , aku perlahan memandangnya dengan pandangan kosong. Menyedari riak wajah aku , senyuman yang memudar.
"Kenapa... kau khianati aku dulu , Taehyung ?" soalku dengan nada suara mendatar.
Matanya sedikit membulat , terkejut. Tidak menyangkakan yang aku bakal menujukan soalan itu kepadanya dalam waktu sebegini. Bibir bawahnya diketap perlahan.
"Mianhae... mianhae Yeon-ah." suaranya penuh kesal.
"Bukan. Aku tak mahu dengar maaf kau. Aku mahu tahu puncanya. Kenapa kau khianati aku dulu ?"
Taehyung melepaskan keluhan berat. Perlahan dia mengangkat wajah dan memandang wajahku. Di kala itu , kedua anak mata kami bertembung. Sama sama ingin mencari penjelasan ikhlas melalui anak mata sendiri.
"Sebab aku tahu... kau ditugaskan untuk melindungi aku."
Aku terdiam. Memahami apa yang dia jelaskan.
Hakikat dia betul betul menggunakan aku sebaiknya. Menjadikan aku sebagai benteng pertahanannya dari terkena pelbagai masalah. Dan aku... hanyalah si bodoh yang tak tahu apa perlu buat.
"Aku pergi dulu. Terima kasih sebab bawak aku balik rumah aku." ujarku dengan nada mendatar.
Tidak memandangnya langsung , aku terus keluar dari perut kereta. Meninggalkan dia penuh kekesalan terhadap apa yang baru sahaja dia lakukan terhadap aku dua tahun lalu.
Jikalau masa boleh diputarkan semula , sudah pasti Taehyung dan aku dapat menjadi sahabat yang baik.
- - -
Jam sudah menunjukkan 9 malam. Dan aku masih berdiri di balkoni. Dengan mata yang daripada tadi tidak henti melihat dan memerhatikan pagar rumah aku. Menunggu untuk kelibat seseorang muncul.
Jeon Jungkook.
"Jawapan tu... aku akan beri jawapan dekat kau esok. Di hadapan rumah kau."
Sudah dua jam aku berdiri di sini walaupun hakikatnya sekarang keadaan dekat luar ni memang sejuk. Tapi aku tak mahu mengalah , aku tetap nak tunggu Jungkook datang dan beritahu aku jawapannya.
Sesekali telefon aku diperiksa semula. Aku ada hantar pesanan dekat Jungkook petang tadi , tapi sampai sekarang dia tak balas. Bukan sahaja balas , malahan baca mesej aku pun belum lagi.
Bibir bawah aku ketap erat. Sedikit risau. Kenap aku rasa tak sedap hati.
Adakah dengan tidak menghadirkan diri ke rumah aku pada malam ini... satu petanda buruk ? Petanda yang Jeon Jungkook tidak mahu ada apa apa hubungan dengan aku lagi ?
Tok ! Tok ! Tok !
Bahu aku terhinjut perlahan kerana sedikit terkejut dengan bunyi ketukan itu. Pantas aku memusingkan tubuh ke belakang , memandang ke arah seorang pembantu rumah aku yang berada di pintu balkoni itu.
"Kenapa ?" soalku dingin. Tidak punya masa untuk bermesra dan tersenyum kepadanya pada ketika ini.
Madam Choi menunduk hormat buat seketika sebelum dia mengatur langkahnya laju menghampiri aku. Aku hanya memberi pandangan kosong kepadanya , lagipun kepala aku dah begitu serabut fikirkan pasal masalah aku.
"Ini..." satu telefon dihulurkan kepada aku.
Sebelah kening aku terangkat ke atas. Memandang telefon di tangannya dan wajahnya silih berganti dengan pandangan pelik. Tidak memahami apa yang sebenarnya terjadi.
Namun tatkala aku menyedari telefon yang dihulurkan kepada aku pada ketika itu... milik Jeon Jungkook , mata aku membulat besar. Tangan aku pantas merampas telefon itu dari tangannya.
"Macam mana telefon Jungkook boleh ada dekat kau ???" soalku gelabah. Pelbagai fikiran negatif sudah berlayar di minda berkenaan Jungkook yang masih sekarang tak muncul muncul di hadapan rumah aku.
Apa yang terjadi dekat dia ?
"Aigoo... chill lah. Jangan lah kabut sangat."
Satu suara yang aku cukup kenal bersuara melalui telefon Jungkook yang berada di tangan aku. Hakikatnya sekarang , orang itu sedang membuat panggilan kepada aku menggunakan telefon Jungkook.
Gigi aku ketap erat hingga membuatkan rahangku mengeras , menahan marah. Perlahan telefon itu aku tekupkan di sebelah telinga. Riak wajah aku cukup tidak puas hati.
"Mana Jungkook ?" itu soalan pertama yang aku tujukan.
"Pffttt... aku tak sangka kau terus tanya aku soalan tu. Mungkin kau bodoh kalau kau yakin aku akan beri jawapan yang kau nak."
Sebelah tangan aku digenggam erat , membentuk penumbuk. Aku cuba sedaya upaya untuk menahan diri dari bertindak agresif. Kerana aku tahu , jikalau mengamuk , takkan ada perkara baik yang bakal terjadi.
"Aku ulang semula , mana Jungkook ?" suara aku kedengaran agak bergetar kerana menahan rasa marah.
Dia tertawa di hujung talian. "Aku dah bagitahu kau awal awal , kau tak layak untuk bahagia."
Sial.
"Jadi aku rasa macam nak bagi kau main satu permainan pada malam ini dan sudah semestinya melibatkan Jeon Jungkook kesayangan kau."
"O-oppa... to-tolong..." suara aku tersekat. Ya aku tahu dia , Lee Soo. "... beri aku bukti Jungkook masih bernyawa sekarang."
Dia tertawa lagi. Lelaki gila.
PPOMM !
Serantak bunyi tembakan dilepaskan , aku dapat dengar suara seseorang mengerang kesakitan. Dan tipu jikalau jantung aku tak rasa bagai hendak tercabut tatkala mendengar bunyi itu.
"OPPPAAAA !!!!" aku menjerit marah.
Dia tertawa.
"Aku beri kau 5 minit. Kalau kau tak dapat sampai ke tempat rahsia aku ni , aku akan dedahkan semuanya dekat dia."
Mata aku sudah berair. Bibir aku bergetar.
"O-oppa , jangan..." walau aku merayu , aku tahu lelaki gila ini tidak akan bersimpati dengan aku.
"Semuanya... berkenaan apa yang kau dah buat dekat omma dan appa dia. Semuanya yang kau rahsiakan daripada lelaki ini , Yeonhee."
"Tolong , aku merayu dekat kau sangat sangat. Bagitahu apa yang kau nak , aku akan lakukan semuanya. Aku janji !"
Keadaan di hujung talian menjadi senyap buat seketika. Sebelum aku dengar bunyi dia tertawa mengejek.
"Aku dah beri kau peluang awal awal lagi , adik ku. Tapi kenapa kau perlu ambil keputusan untuk jumpa dia malam semalam ? Kenapa perlu kau menagih simpati dan sayang daripadanya macam orang bodoh ? Yah , predator macam kita takkan sesekali tunduk dengan mangsa sendiri , kau tak faham ke ???"
"Oppa tolong..." air mata aku mengalir deras.
Aku tak mahu semuanya berakhir seperti ini. Aku tak mahu rahsia aku terbongkar dan Jungkook pandang aku sebagai entiti yang jijik , tapi nampaknya semuanya bakal terjadi.
Aku tak mahu meletakkan nyawa Jungkook dalam bahaya , tapi nampaknya semuanya sudah terjadi. Kehadiran aku dalam hidup dia , hanya merupakan satu bebanan dan malapetaka yang besar. Aku tak boleh nafikannya.
"Permainan kita bermula sekarang , Yeon."
Dan pada ketika itu aku tahu , aku takkan dapat putar semula waktu dan perbaiki segala kesilapan aku.
- t o b e c o n t i n u e d -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro