Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

38 | the truth untold


CHAPTER THIRTY EIGHT :
the truth untold

- - -

"Ju-Jungkook..."

Terkebil kebil gadis itu memerhatikan lelaki berambut hitam di hadapannya. Masih menguntumkan senyuman manis kepada gadis itu seakan hakikat gadis itu merupakan seorang pembunuh bersiri bukan lah satu masalah besar baginya.

"Dah , tak perlu cakap apa apa lagi. Tidur je , okay ?" bicara Jungkook lembut lalu menolak tubuh gadis itu untuk baring di atas katil bilik sakitnya.

Lee Yeon hanya memerhatikan sahaja setiap gerak geri lelaki itu. Langsung tidak membuka mulut untuk mengungkapkan apa apa walaupun hakikatnya terdapat pelbagai soalan yang bermain di dalam mindanya.

Apa yang terjadi ? Kenapa Jungkook cium aku ? Kenapa dia berkelakuan macam ni ? Adakah hubungan aku dan dia dah berakhir ?

"Jangan fikir apa apa dah , kau rehat je , okay ?" senyuman kecil Jungkook kuntumkan.

Kepala gadis itu diusapnya lembut sebelum perlahan dia memusingkan tubuh ke belakang bagi mengatur langkah meninggalkan bilik sakit Lee Yeon. Lagipula , dia perlu memberi ruang kepada gadis itu untuk berehat.

Belum sempat Jungkook ingin melangkah pergi , lengannya ditahan pantas oleh gadis berambut merah jambu itu. Enggan membiarkan lelaki itu pergi begitu sahaja meninggalkannya seorang diri.

Perlahan Jungkook menoleh , memandang Lee Yeon hairan yang kini sudah mengubah semula posisi baringnya kepada duduk. Tangan gadis itu dieratkan pada lengan Jungkook , tidak mahu lelaki itu pulang.

Senyuman nipis Jungkook ukirkan. "Kenapa ni , hm ?"

"Kau tak boleh tinggalkan aku macam tu je tanpa menjelaskan apa yang sedang berlaku sebenarnya." jelas Yeon jujur.

Dia sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku. Sepatutnya mereka sudah tidak bertemu satu sama lain dan memutuskan hubungan yang mereka ada sebentar tadi tapi kenapa... Jungkook masih berada di sini ?

Jungkook tersenyum nipis.

Perlahan kerusi yang berada berhampiran ditarik lalu lelaki itu mengambil tempat di atasnya. Tangan Lee Yeon yang memegang lengannya dileraikan namun kini dia pula memegang erat tangan gadis itu.

"Apa yang buatkan kau fikir kau tak penting buat aku dalam dunia ni ?" Jungkook memulakan bicara.

Namun Lee Yeon hanya diam. Memandang sahaja wajah Jungkook di hadapan tanpa mengungkapkan apa apa kepadanya. Seolah sedang memberi ruang kepada Jungkook untuk menjelaskan semuanya.

"Kau... berharga dalam hidup aku. Aku betul betul maksudkannya , Yeon-ah."

Senyuman kecil lelaki itu kuntumkan.

"Sejujurnya , aku takut. Aku betul betul takut bila tahu hakikat yang kau lain daripada yang lain. Aku tak menyangkakan yang kau akan jadi seseorang lebih daripada apa yang aku sangkakan. Dan mungkin disebabkan itulah... begitu sukar untuk aku terima yang kau nak lepaskan tangan aku."

"Jungkook...."

"Aku tak boleh nak tidur fikir yang kau mungkin ada niat untuk bunuh aku satu hari nanti memandangkan kau merupakan seorang psychopath. Dan aku dimaklumkan psychopath dilahirkan tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap manusia lain."

Yeon tersentak.

Mendengarkan apa yang diungkapkan Jungkook , perlahan gadis itu menundukkan wajah ke bawah. Kini , tidak berani bertentang mata dengan lelaki yang dia begitu cintakan. Pegangan tangannya juga menjadi longgar.

Menyedari reaksi gadis itu , Jungkook melepaskan keluhan berat. Pegangan tangan yang menjadi longgar dieratkannya lagi membuatkan Yeon sedikit terkejut dan pantas memandangnya dengan pandangan terkejut.

Jungkook ukirkan senyuman nipis. Rambut gadis itu diusapnya lembut. "Tapi semua perasaan takut aku hilang serta merta bila aku nampak kau menangis tadi."

Terkebil kebil Yeon memandang lelaki itu. Hairan.

"Seorang psychopath takkan menangis sepertimana kau menangis di hadapan aku macam tadi , Lee Yeon."

Yeon tergamam.

"Dan pada ketika itu aku yakin satu perkara. Semua teori aku berkenaan kau merupakan psychopath semuanya salah. Kau bukannya seorang gadis yang tidak mempunyai perasaan cinta terhadap orang lain kau cuma... lain daripada orang yang lain. Kau bukannya gadis kejam yang tidak pernah mengambil berat tentang perasaan orang lain , kau cuma Lee Yeon. Gadis yang cukup luar biasa di mata aku."

"Ju-Jungkook tapi aku dah-" Lee Yeon pantas mengalihkan pandangan , bibir bawah diketap erat.

Cukup sukar baginya untuk memperjelaskan situasi pada ketika itu. Hakikat bahawa dia merupakan seorang pembunuh dan dia begitu tidak layak bersama dengan Jeon Jungkook membuatkan Lee Yeon terasa seperti kewujudannya di dalam dunia begitu menjijikkan.

"Aku tahu. Kau berpengalaman membunuh orang lain...." suara Jungkook berubah mendatar.

Tangan Yeon mula menggeletar.

"Tapi... adakah ianya bermakna kau perlu hukum diri kau sepanjang hidup kau ? Kau tak layak dikasihi dan disayangi seperti orang lain ? Kau tak layak merasakan bahagia ?"

Yeon tersentak.

Perlahan dia mengangkat wajahnya semula menghadap wajah Jungkook di hadapan. Kedua belah mata gadis itu sudah mula berair semula. Menunggu masa untuk tangisan kecilnya kembali berbunyi.

"Boleh aku tahu... kenapa kau bunuh mereka ?" soal Jungkook lembut.

Namun Yeon hanya diam. Dia tidak mampu mengungkapkan apa apa kepada lelaki itu. Walaupun hakikat jawapan sudah tersusun elok di dalam otaknya , sayangnya tiada satu huruf yang dia gadis itu terbitkan.

Jungkook melepaskan tangan gadis itu perlahan , menyedari Lee Yeon tidak langsung memberikan sebarang jawapan kepadanya. "Betul ke kau bunuh mereka hanya suka suka ?"

Kedua belah tangan Yeon digenggam erat. Bibir diketap erat. Dia tidak tahu apa yang perlu dia ungkapkan. Langkah mana yang perlu dia ambil. Beritahu perkara sebenar atau menerima sahaja semua kesalahannya ?

"Kenapa aku perlu bagitahu kau...?" wajah ditunduk ke bawah , dingin suara Yeon berbicara.

"Nae ?"

"Walau sebanyak mana pun alasan yang aku berikan , hakikat aku bunuh mereka semua takkan pernah berubah. Aku tetap.... seorang pembunuh , Jeon Jungkook."

Jungkook terdiam.

Dapat lelaki itu dengar dengan jelas suara gadis itu yang bergetar tatkala mengungkapkan apa yang baru sahaja dia katakan kepadanya sebentar tadi.

"Aku mintak diri dulu , hm ?" ujar Jungkook lembut lalu kepala gadis itu diusapnya perlahan.

Perlahan Jungkook bangkit daripada duduknya. Ingin meminta diri bagi meninggalkan gadis itu seorang diri di dalam bilik sakitnya. Lagipula , Lee Yeon perlukan masa sendiri untuk berehat.

"Maaf menganggu kau , aku pergi dulu , hm ?" walaupun perit , Jungkook tetap menguntumkan senyuman.

Lee Yeon hanya menundukkan wajah. "Boleh aku tanya sesuatu ?"

Sebelah kening Jungkook terjungkit ke atas. Memandang gadis berambut merah jambu di hadapannya sedikit hairan. "Kau... masih sayangkan aku setelah tahu identiti sebenar aku ?"

Jungkook terdiam.

Tidak menyangkakan soalan itu akhirnya bakal terbit dari mulut Lee Yeon. Soalan yang begitu lelaki itu takut dan sukar untuk jawab. Kerana... dia sendiri ragu ragu.

Jungkook sendiri tidak pasti sama ada perasaan yang dia rasakan kepada Lee Yeon pada ketika itu adalah cinta atau hanya perasaan simpati dan kasihan terhadap gadis itu kerana tidak mempunyai kasih sayang yang cukup.

Adakah betul dia masih mencintai gadis itu atau tidak ?

Jungkook memandang redup ke arah Lee Yeon. Lama lelaki itu mendiamkan diri membuatkan gadis itu perlahan mengangkat wajah , memandang Jungkook yang masih tercegat berdiri di hadapannya pada ketika itu.

"Jungkook...?" sebelah kening dijungkitkan ke atas , meminta jawapan.

"Jawapan tu... aku akan beri jawapan dekat kau esok. Di hadapan rumah kau."

Mata mereka saling bertembung antara satu sama lain sebelum Jungkook memusingkan tubuhnya ke belakang. Mengatur langkahnya untuk meninggalkan Lee Yeon di dalam bilik sakitnya.

Keluar sahaja dari bilik itu , Jungkook terus menyandarkan belakang badannya dengan dinding. Keluhan berat dia lepaskan. Wajahnya diraup kasar bagai sesuatu perkara buruk sudah pun terjadi.

"Kenapa aku ragu ragu dengan perasaan sendiri ?"

- - -

"Jadi kenapa kau minta untuk berjumpa dengan aku ?" soal Lee Soo sinis sambil menyisip perlahan kopi panasnya.

Taehyung hanya memandang redup ke arah lelaki di hadapannya. Pandangan ketat. Tidak sekali pun berfikir untuk menguntumkan senyuman manis kepada lelaki itu walaupun dia memendam perasaan istimewa terhadap adiknya.

"Rancangan aku berjalan dengan lancar. Jadi aku mintak jasa baik kau untuk tidak menganggu dan mengubah semuanya menjadi satu malapetaka." ujar Taehyung tenang.

Suasana di dalam cafe yang sudah pun disewa dan hanya ada mereka berdua sahaja menjadi sunyi sepi. Memandangkan cafe itu merupakan hak milik Kim Taehyung.

Dia tidak mahu bertemu Lee Soo di tempat yang ramai orang. Mana tahu... mungkin pertumpahan darah bakal berlaku jikalau mereka ditempatkan dalam satu bilik. Takkan lah Taehyung mahu orang lain terlibat sekali , bukan ?

"Aku nampak." Lee Soo tertawa kecil. Belakang badan disandarkan pada kerusi lalu berpeluk tubuh di hadapan Taehyung. "Rancangan kau nak mereka kekal bersama berjalan lancar mungkin... buat masa ni ?"

Senyuman sinis lelaki itu ukirkan.

"Soo , dengar sini baik baik. Aku tak mahu rosakkan lagi hidup adik kau. Aku tahu , jauh dalam sudut hati kau , kau masih sayang dia sebagai adik perempuan kau. Jadi , takkan lah kau tak mahu dia bahagia langsung ?" berkerut dahi Taehyung.

Lee Soo tertawa kecil. "Psychopath... tak pernah pendam perasaan cinta , Kim Taehyung-sshi."

Taehyung tersentak.

"Kenapa pulak aku perlu biarkan Yeon bahagia kalau aku juga tak boleh nak bahagia , hm ? Dia pun perlu rasakan segala kesakitan dan keperitan keluarga aku rasakan. Berani kau sentuh hak milik aku , Taehyung ???"

Lee Soo mengerutkan dahi , bermain reaksi muka dengan Taehyung di hadapan tak ubah seperti lelaki gila. Sekejap sekejap , dia mula ketawa. Ketawa kerana seronok melihat perubahan riak takut di wajah Taehyung.

"Kau jangan risau , walau seteruk mana pun kau masuk campur urusan aku , aku takkan bunuh kau. Kau tahu kan , Taehyung ?" Lee Soo tertawa sinis.

Taehyung hanya diam sambil mengalihkan pandangan. Mustahil jikalau dia tidak tahu punca utama keluarga Lee yang lain tak pernah berani menyentuhnya.

"Berterima kasih kepada harabeoji kandung kau , dia dah cipta keluarga bahagia yang aku ada sekarang. Dia , yang rosakkan hidup Yeon dari mula , tapi kenapa kau salahkan semuanya kepada aku , hm ?"

Taehyung terdiam. Tidak mampu berkata apa apa.

Melihatkan Taehyung yang langsung tidak membalas apa apa , Lee Soo tersenyum. Senyuman kemenangan. Mengetahui dirinya sudah menang berlawan mata dan bertikam lidah dengan lelaki lemah di hadapannya.

"Dia adik aku. Hak milik aku. Jikalau aku sendiri tak boleh nak merasakan perasaan sebenar... kenapa dia boleh pulak , hm ?"

Taehyung mengangkat wajah , memandang Lee Soo dengan pandangan berkerut. "Kau... memang tak pernah ada perasaan sayang terhadap adik perempuan kau ke ?"

Dia tersenyum sinis.

"Kalau Jungkook merupakan sumber kebahagiaan dia , aku hanya perlu hapuskan sahaja dia , tak ke begitu ?"

"Soo..."

"Kau mungkin tak tahu tentang perkara ni , tapi Lee Yeon merupakan punca utama kedua orang tua Jungkook mati."

Taehyung tersentak. Membulat matanya mendengar sesuatu yang di luar jangkaan. Tidak menyangkakan perkara seperti itu akhirnya bakal terungkap.

Lee Soo tersenyum sinis.

"Kau ingat insiden 2 tahun lepas ? Peristiwa menarik harabeoji kau tugaskan Yeon untuk jaga kau di Heejong High dan singkirkan sesiapa sahaja yang cuba ganggu dan jatuhkan kau ?"

Taehyung menggenggam tangannya erat sehingga membentuk penumbuk. "Dan dia... bunuh satu sekolah. Hanya untuk... lindungi lelaki lemah seperti aku."

"Dan kau tahu apa yang lebih menarik ?"

Perlahan Taehyung mengangkat wajah dengan sebelah kening terjungkit ke atas. Meminta Lee Soo untuk menjelaskan semuanya kepadanya.

"Puan Jeon dan Tuan Jeon merupakan guru di Heejong High."

Taehyung tersentak.

"Well , sepatutnya orang tua dua ekor tu dapat diselamatkan sebab diorang dibawa ke hospital awal. Tapi adik perempuan aku yang bijak , tamatkan riwayat diorang di hopsital tu."

"Le-Lee Soo..."

Lee Soo tersenyum sinis. "Membuatkan Jungkook yang datang ke hospital pada hari kejadian menyaksikan kedua orang tuanya mati di hadapan mata."

Mata Taehyung membulat. Terlalu terkejut dengan apa yang baru sahaja dia dengar.

Bermakna... di sekolah bukan kali pertama Lee Yeon dan Jeon Jungkook bertemu. Mereka berdua pernah bertemu 2 tahun lepas. Di hospital. Jungkook dan Yeon.

Sewaktu Jungkook ingin mencari bilik sakit kedua orang tuanya , lelaki itu berselisih dengan seorang gadis berambut perang yang jalan bertentangan arah dengannya , baru sahaja membunuh kedua ibu bapanya di bilik sakit.

Gadis dengan tag nama Han Yeonhee.

"Ta-takkanlah...." berkerut kerut wajah Taehyung , masih sukar untuk menerima kenyataan.

"Nampaknya Yeon tak pernah buka cerita dekat kau pasal ni pfftt aku fikir kau berdua rapat." kopi sekali lagi disisip perlahan.

Taehyung memandang Lee Soo dengaj pandangan sukar hendak percaya. "Ja-jadi , Yeon...."

"Dia bersama dengan Jungkook untuk tebus kesilapan insiden 2 tahun lepas. Apa kau fikir psychopath akan pendam perasaan cinta terhadap manusia lemah macam lelaki tu , hm ?"

- t o b e c o n t i n u e d -

jeng jeng jeng , well bende ni tak suspend pun sebab rasanya maybe ada readers yang dah dapat agak bende ni . so thats why waktu birthday jungkook , yeon kasi purple hyacinth flower meaning 'please forgive me'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro