Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37 | let him go


CHAPTER THIRTY SEVEN :
let him go

- - -

"Apa kau orang buat kat sini ?" soal Lee Yeon dengan pandangan redup setia diberikan kepada 4 orang lelaki yang berada di dalam bilik sakitnya.

Lelaki lelaki sialan yang baru datang untuk melawatinya sedangkan langsung tidak mengambil kisah tentang keadaannya di hari pertama dia dilaporkan ditahan di dalam hospital. Gelaran keluarga yang diberi hanya sekadar lakonan.

Harabeoji yang satu satunya individu sedang berlabuh punggung di atas kerusi di hadapan katil Lee Yeon tersenyum kecil. Memberikan pandangan lembut dan suci seorang lelaki tua yang mampu dia berikan.

Sesiapa yang melihat pun tidak akan mengesyaki bahawa dia merupakan pencipta keluarga mafia.

"Macam mana keadaan kau ? Dah boleh membunuh semula ?" tidak berkias , harabeoji terus menyatakan soalan yang ingin ditanya.

Memang tujuan utama dia datang ke hospital untuk menemui cucu perempuannya hanya untuk memastikan kemampuan dan kebolehannya pada ketika iti. Barangkali misi membunuh yang diberikan kepada gadis itu lebih penting daripada kesihatannya.

Lee Yeon merenung kosong wajah lelaki tua di hadapannya. Tidak langsung ingin membuka mulut untuk memberikan sebarang jawapan. Memandangkan dia juga sudah dapat agak tujuan utama empat lelaki tak guna tiba tiba sahaja datang melawatinya.

"Yeon-ah..." panggil Tuan Lee tegas membuatkan gadis berambut merah jambu itu pantas menoleh wajahnya , memandang ke arah lelaki yang menggelar dirinya sebagai 'appa'.

Tuan Lee melepaskan keluhan berat buat seketika seraya menundukkan wajah. "...jawab bila harabeoji tanya soalan."

Lee Yeon hanya mendiamkan diri.

Mereka bertiga , yang pernah dianggapnya sebagai satu keluarga sempurna semuanya berpihak kepada lelaki tua jahat itu. Mereka semua sudah pun tenggelam dalam kemewahan hidup yang ditawarkan lelaki itu kepada mereka.

Sudah pasti... tiada satu cara untuk Lee Yeon membantah dan cuba memberontak.

Lee Yeon melepaskan keluhan perlahan seraya meraup rambut hadapannya ke belakang kasar tanda menyampah. "Doktor cakap aku tak boleh buat aktiviti yang lasak buat sementara , jadi aku mungkin tak dapat membunuh buat seketika."

Setiap kali gadis itu menyebut perkataan 'bunuh' di kala itu lah dia tersentak. Tersentak dengan hakikat teman lelakinya sudah mengetahui identiti sebenarnya. Identiti yang selama ini dia berusaha keras untuk menyembunyikannya.

"Hmm... mungkin aku patut beri kau cuti buat seketika sampai kau pulih. Tapi aku mahu kau kembali dua kali ganda dari yang dulu." ujar lelaki tua itu sinis.

Lee Yeon hanya memandang kosong ke arah lelaki itu. Sedikitpun tidak mahu mengukirkan senyuman kepada lelaki jahanam yang ura ura ingin menyelamatkannya yang berakhir dengan menjahanamkan hidupnya.

Perlahan harabeoji bangkit berdiri. Senyuman penuh keatukan diberi. "Semoga cepat pulih." walaupun ayat yang dituturkan lelaki tua itu kedengaran manis , namun Lee Yeon tahu lelaki itu cuba memprovok dirinya.

Kedua belah tangannya yang setia diletakkan di atas peha mula digenggam , marah dan geram.

Sebaik sahaja harabeoji berkata begitu , dia mula melangkah keluar diikuti mereka yang lain mengikuti dari belakang tak ubah seperti anjing peliharaan yang setia.

Namun tidak bagi seorang lelaki , Lee Soo.

Pandangan redup si sulung berikan kepada si bongsu , kasihan dengan situasi adik perempuannya pada ketika itu. "Kau... okay ?"

Lee Yeon tidak membalas. Pantas mengalihkan pandangan. Tidak mahu langsung berbicara dengan abang yang pernah mempunyai hubungan rapat bersamanya pada suatu ketika dulu.

Lee Soo melepaskan keluhan perlahan. "Lee Yeon , aku tahu kau-"

"Kau orangnya , bukan ?" mendatar suara Lee Yeon membuatkan sebelah kening Lee Soo terjungkit ke atas , memandangnya hairan.

"Nae ?"

Lee Yeon mengangkat wajah , merenung wajah abangnya kosong. "Kau yang bagi maklumat tu dekat Hanju kan ? Kau tahu semuanya akan jadi macam ni."

Lee Soo terdiam.

"Aku tak sangka... seseorang yang aku percaya tikam belakang aku begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Pffttt lagipun kau mana reti merasa perasaan , sudah pasti kau tak tahu bagaimana rasa bersalah , hm ?" provok gadis berambut merah jambu itu sinis.

Lee Soo masih mendiamkan diri. Memandang redup ke arah adik perempuannya.

"Kau sendiri tahu... betapa aku sayangkan dia , tapi kenapa kau buat tindakan macam ni ? Kenapa kau khianat aku dan beri maklumat tu dekat Hanju ? Kenapa kau cuba jatuhkan aku ?"

"Han Yoonhee..." lelaki berkot coklat itu memanggil nama gadis di hadapannya tegas.

Lee Yeon tersentak.

"Kau nak berakhir seperti omma ke ? Kau sendiri tahu apa yang terjadi dekat omma dan kau masih nak teruskan permainan bodoh ni ? Kau tahu omma buat kesilapan dan dia dihukum macam tu. Kau tahu semua tu tapi kenapa kau nak buat kesilapan jugak ? Kenapa kau nak ikut jejak langkah dia jugak ?"

Lee Yeon terdiam. Tiada apa yang mampu dia ungkapkan tatkala isu berkenaan ibunya dibangkitkan.

Han Sohee.

Membuat satu kesilapan besar. Melahirkan seorang anak gadis bernama Han Yoonhee. Bermakna Lee Yeon merupakan anak kandung milik Sohee sedangkan mereka merupakan sebuah keluarga olok olok yang tiada pertalian darah.

Disebabkan kesilapan yang dilakukan Han Sohee , dia dihukum sebegitu. Wanita yang disanjung itu melahirkan seorang anak hasil dia dan juga seorang lelaki biasa.

Kelahiran Han Yoonhee merupakan satu kesilapan besar. Han Yoonhee yang sepatutnya mati dibunuh oleh president pada awalnya namun Han Sohee berkeras dan merayu.

Dimana Han Sohee yang sepatutnya mati untuk anak kandungnya.

"Yeon-ah."

Perlahan gadis itu mengangkat wajah , memberi tumpuan ke arah abang sulungnya memandangnya dengan pandangan penuh simpati. Entah itu pandangan olok olok atau benar , Lee Yeon sendiri tidak tahu.

"Lepaskan dia. Dia tak layak untuk perempuan seperti kau."

- - -

Jungkook memandang sekeliling , mencari kelibat seorang lelaki berambut perang namun sejak dari tadi batang hidungnya sendiri tidak kelihatan. Sepatutnya mereka sudah berjanji untuk beremu di situ.

Suasana pada malam itu juga terlalu sejuk membuatkan Jungkook terus memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket jaketnya. Ramalan cuaca ada menyatakan malam ini akan turunnya salji.

Tapi Jungkook juga tidak pasti. Kadang kadang ramalan cuaca boleh salah juga. Kenapa pulak salji nak turun pada bulan Septermber , bukan ?

Jungkook yang masih tercegat di hadapan bangku luar hospital mula mengeluarkan telefon dari dalam poket jaketnya. Cuba mendail nombor Taehyung bagi menghubungi lelaki itu.

Sudah lah suasana di sekitar pada ketika itu sejuk dan sepi tanpa ada siapa siapa. Jungkook ada minta untuk bertemu di lobby hospital tapi Taehyung tetap berkeras ingin bertemu di situ.

"Mana pulak mamat monyet ni ?" omel Jungkook sendirian sambil mengerutkan dahinya.

Sudah la Taehyung yang mintak jumpa pastu sekarang dia pulak boleh lambat dan buat Jungkook tertunggu tunggu macam tunggul. Call pulak asyik tak dapat je , apa jadi sebenarnya ?

Sedang Jungkook mengomel dan menyumpah seranah Taehyung dalam hati , tiba tiba satu tangan menarik perlahan belakang kot yang tersarung di tubuh Jungkook.

Menyedari seseorang memegang bajunya dari belakang , perlahan Jungkook memusingkan kepala sedikit ke belakang bagi melihat gerangan tangan yang memegang baju kotnya.

Jungkook tersentak.

Seorang gadis berambut merah jambu panjang bersama tiang pek air di sebelahnya berdiri betul betul belakangnya. Satu satunya gadis yang sedaya upaya dia cuba untuk mengelak daripada berjumpa.

"Gguk , bo-boleh kita bercakap sekejap ?" bibir bawah diketap erat lalu wajah ditunduk ke bawah.

Tangan kecil gadis itu perlahan Jungkook leraikan dari memegang belakang baju kotnya. Perlahan lelaki itu memusingkan tubuhnya dan kini tubuh mereka saling berhadapan.

"Make it quick. Aku kena jumpa Taehyung nanti." dingin suaranya.

"Sejujurnya... Taehyung suruh kau datang untuk berjumpa dengan aku."

Jungkook terdiam. Tidak sekali pun terkejut.

"A-aku janji. Aku janji takkan ambil masa kau lama." ujar Lee Yeon pantas dengan wajah masih ditundukkan ke bawah , tidak berani ingin bertentang mata dengan teman lelakinya.

Jungkook memandang redup gadis itu. Pertama kalinya. Gadis berani yang tidak pernah takut dengan cabaran berkelakuan seperti itu. Keberaniannya lesap begitu sahaja hanya kerana seorang Jeon Jungkook.

Jungkook melepaskan keluhan berat. Lengan gadis itu dipegang perlahan membuatkan Yeon pantas mengangkat wajah , memandang figura lelaki itu dengan pandangan terkejut.

Lelaki itu memimpin tangan Yeon ke arah bangku yang disediakan. Pantas Jungkook mengambil tempat lalu memandang gadis itu yang masih tercegat bersama tiang pek saluran airnya itu.

"Kenapa ? Kau tak nak duduk ? Nak lenguh kaki cakap dalam keadaan berdiri ?"

"A-anni. Kat luar ni sejuk aku cuma... tak nak kau rasa tak selesa dengan keadaan sejuk ni."

Jungkook mengalihkan pandangannya. "Takpe. Aku nak tengok pemandangan kat luar."

Mendengarkan jawapan Jungkook , Yeon mengangguk perlahan. Gadis itu terus mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Walaupun mereka bersebelahan , namun masih ada jarak yang memisahkan kedudukan mereka.

"Kenapa... kau nak jumpa dengan aku ?" soal Jungkook perlahan , memerhati dari sisi gadis di sebelahnya.

"Mianhae."

Jungkook tersentak. "U-untuk apa ?"

Yeon tersenyum nipis. "Semua. Untuk segala galanya."

Jungkook hanya diam. Di kala itu dia tahu , dia hanya perlu diam dan dengar segala luahan dari gadis di sebelahnya. Lelaki itu tahu , walau sesakit mana hatinya , dia perlu mendengar kisah dari pihak Lee Yeon.

"Gguk-ah." Yeon tersenyum nipis , matanya masih setia memerhati pemandangan di hadapan.

"Hurm ?"

"Kau tahu... kau sangat bermakna dalam dunia ni buat aku. Anni , kau adalah dunia bagi aku. Setiap hari , setiap malam , setiap masa kau selalu singgah dalam minda aku dan anehnya... hanya dengan memikirkan tentang kau buat aku rasa bahagia."

Yeon tersenyum. Jungkook hanya diam. Memerhati gadis berambut merah jambu itu dalam diam.

"Selama aku hidup , aku hanya bergantung kepada topeng yang aku sentiasa pakai. Ketawa , menangis... aku belajar semua perasaan tu melalui buku. Tapi kenapa ? Kenapa bila bersama dengan kau perasaan yang aku rasa lain sekali ? Pe-perasaan tu terasa seperti betul... ikhlas."

Senyuman Yeon mati. "Sama seperti ketika aku bersama dengan omma dulu."

Jungkook terkedu.

"Tapi aku sedar suatu perkara. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Walau sebanyak mana pun aku cintakan kau , aku tak boleh paksa kau dan aku tak boleh buat kau merana hanya disebabkan keinginan aku mahu kau kekal bersama dengan aku. Aku... mahukan kebahagiaan kau juga , Jungkook."

Di ayat terakhirnya , Lee Yeon memusingkan wajahnya menghadap wajah Jungkook. Bersama dengan eyesmile manisnya. Namun walau senyuman manis diberi , lelaki itu dapat lihat mata gadis itu yang kian berair.

"Aku tak mahu tipu kau lagi. Aku tak mahu rahsiakan apa apa dari kau lagi. Y-ya , a-aku pembunuh. Dan aku tahu perempuan jijik macam aku ni tak patut bersama dengan kau. Aku mungkin akan muncul sebagai satu malapetaka dalam hidup kau sahaja."

Yeon tertawa kecil.

"Aku tak mahu berikan kau alasan. Aku hanya mahu mengaku dengan sejujurnya. Aku mahu kau lihat dan tahu diri aku yang sebenar macam mana. Aku bukan lah perempuan idaman yang kau sangkakan selama ni , aku hanya...." bibirnya yang sudah bergetar diketap erat.

Sedaya upaya Yeon cuba menguntumkan senyuman manisnya kepada Jungkook walaupun hakikatnya pandangan matanya sudah kabur dek kerana air mata. "...perempuan psycho yang bodoh."

Air matanya mengalir perlahan.

Jungkook terdiam. Dirinya ketika itu dalam dilema. Tidak tahu tindakan betul mana yang perlu dia lakukan. Lelaki itu sendiri ragu ragu. Tidak pasti sama ada air mata yang mengalir ikhlas ataupun sekadar lakonan.

"Gguk-ah..." serak suara gadis itu memanggil namanya.

Senyuman nipis Lee Yeon ukirkan kepada Jungkook. Tangan lelaki itu dipegangnya erat.

"Sampai masanya , kita berhenti. Hubungan kita patut berakhir sampai sini sahaja dan kita tak patut jumpa satu sama lain dah lepasni."

Walaupun Lee Yeon mengungkapkan kata kata itu dengan senyuman manis , namun air mata tak henti mengalir membasahi pipinya sendiri.

"Jeon Jungkook , Lee Yeon akan lepaskan kau-"

Belum sempat gadis itu menghabiskan kata katanya , sepasang tangan melekap erat di kedua pipinya lalu kepalanya ditarik laju ke hadapan. Membuatkan bibirnya tercantum dengan bibir lelaki itu secara mengejut.

Lee Yeon terkejut namun dia hanya mampu memejam matanya rapat sehingga air mata mengalir. Perit di dalam hatinya mengatakan bahawa ciuman itu merupakan ciuman terakhir antara mereka berdua.

"Ju-" dada lelaki itu dipukul Yeon perlahan namun Jungkook langsung tidak meleraikan ciuman.

Lagi lelaki itu memperdalamkan ciumannya. Memejam kedua matanya rapat sambil kedua tangannya tidak langsung dilepaskan dari kedua pipi milik gadis di hadapannya.

Jungkook sendiri tidak tahu apa yang dia sedang lakukan. Hatinya sakit mengetahui kebenaran. Dirinya takut mengetahui luahan yang diungkapkan gadis itu.

Tapi kenapa dia bertindak mencium gadis itu ? Kenapa begitu susah dia ingin meninggalkan gadis itu ?

"Tarik balik apa yang kau cakap , Lee Yeon. Kau juga... merupakan dunia buat aku."

Air mata.

Jeon Jungkook lemah dengan air mata yang mengalir membasahi wajah gadis yang dicintainya.

- t o b e c o n t i n u e d -

lmao lama mat aku tinggal fanfic ni dah sebulan dah pun pfftt agak agak ada ke readers tunggu lagi fanfic ni HAHAHAHHA anyway sorry sebab lama tak update sebab neul kat maktab so pepajam jela susah nak cari masa update tu dengan exam apa lagi semua

tapi jangan risau maybe dalam minggu ni or minggu depan coy habis dah so nantikan ye ! and neul akan update setiap selasa, rabu, khamis tau !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro