35 | he know
CHAPTER THIRTY FIVE :
he know
- - -
Y E O N
"Kau nampak kucing tu ?" suara garau menyapa gegendang telinga gadis kecil itu.
Perlahan gadis kecil bermata kelabu mengangkat wajah , mendongak bagi memandang ke arah seorang lelaki bermata coklat yang lebih tinggi daripadanya. Siapa lagi jikalau bukan lelaki pertama yang membawanya masuk ke dalam dunia baru , harabeoji.
Satu satunya lelaki yang memeliharanya dan membawanya masuk ke dalam satu keluarga yang diciptanya. Bagi gadis kecil itu , lelaki di sebelahnya sudah diibaratkan seperti Tuhan , kerana mampu membantunya keluar dari kesusahan hidup.
Si gadis kecil bermata kelabu.
Dia tidak tahu apa namanya. Apa asal usulnya. Perkara yang gadis kecil itu tahu hanyalah dia dibuang oleh keluarganya. Gadis kecil berusia 4 tahun yang hanya menjadi objek deraan orang dewasa.
Lebam pada wajahnya juga masih segar memandangkan harabeoji menjumpai gadis itu ketika hujan , di kala si gadis kecil melarikan diri daripada rumah deraannya. Terlalu takut untuk menjadi objek pukulan mereka lagi.
Dan harabeoji menemuinya. Menghulurkan tangan , mengajaknya untuk mengubah hidupnya.
Nama Lee Yeon diberi.
"Nampak. Comel !" si kecil Lee Yeon tersenyum lebar menampakkan gigi comelnya.
Gadis kecil itu begitu sukakan anak kucing. Memandangkan haiwan itu merupakan haiwan yang comel. Dengan perwatakan periangnya dan penampilan rambut perang pendeknya , jelas sekali dia merupakan seorang kanak kanak perempuan yang comel.
"Kau yakin kau nak jadi sebahagian dari Keluarga Lee ?" soal harabeoji lagi , meminta kepastian buat kali terakhir.
"Nae !" Lee Yeon mengangguk laju.
Gadis kecil berusia 4 tahun itu hanya mahu bebaskan dirinya daripada diperlaku keji di rumah kedua orang tuanya. Omma dan appanya hanya menggunakan dia sebagai objek deraan. Memaki hamun anak kecil itu bagai dia tidak punyai perasaan.
Sejak dia lahir , Lee Yeon merasakan kelahirannya merupakan satu kesilapan besar. Sukar untuk gadis itu bernafas.
Jadi , Lee Yeon berharap dengan keputusan menyertai sebahagian daripada Keluarga Lee akan mengubah segalanya. Mengubah segala kesengsaraan yang dilaluinya. Dan memberikan dia harapn untuk bernafas dengan sempurna.
"Ada sesuatu yang perlu kau lakukan jikalau kau ingin menyertai keluarga yang aku cipta , budak."
"Eo ? Apa dia , harabeoji ?" soal Lee Yeon dengan sepasang mata jernihnya.
Perlahan harabeoji menundukkan wajah , memandang ke arah gadis kecil yang masih memegang tangannya lembut menggunakan tangan kecilnya itu. Sekali pandang , orang pasti akan menyangkakan mereka merupakan atuk dan cucu perempuannya.
"Bunuh anak kucing tu sekreatif yang kau mampu."
Lee Yeon terkedu.
Senyuman lebar yang menghiasi wajahnya pada ketika itu serta merta mati. Pegangan tangannya dengan harabeoji juga menjadi longgar. Terkejut dengan pernyataan yang baru sahaja terbit jelas di mulut insan yang dipercayainya.
"Ha-harabeoji ?"
"4 tahun. Usia yang sesuai untuk kau membunuh buat pertama kalinya." perlahan senyuman sinis terukir di wajahnya.
Dan pada usianya 4 tahun , Lee Yeon membunuh anak kucing buat pertama kalinya.
- - -
Perlahan kedua kelopak mata aku terbuka. Pandangan aku yang pada awalnya kabur perlahan lahan menjadi stabil. Dan perkara pertama yang menyambut tidur lamaku pada ketika itu merupakan siling putih hospital.
Perlahan aku tolehkan wajah , memandang ke arah tepi tatkala merasakan satu figura seseorang berada di situ. Aku tergamam buat seketika tatkala melihat seorang lelaki berambut hitam yang sedang tertidur , melentokkan kepalanya di atas sisi katil hospitalku.
Dengan pakaian baseball yang dipakainya ketika perlawanan itu masih tidak ditanggalkan lagi. Terdapat kesan darah yang sudah kering pada baju seragamnya. Dan aku yakin... aku bertemu dengan Jungkook di kala aku pengsan.
Aku perlahan membetulkan posisi duduk. Mengamati wajah Jungkook yang terlelap berhampiran dengan aku. Senyuman kecil terukir di wajahku. Jujur aku kata , rupa Jungkook ketika tidur juga anehnya kelihatan begitu comel.
Matanya kelihatan sedikit sembap. "Dia... menangis ke ?" kening aku terjungkit ke atas.
Aku tersenyum. Sedikit sukar untuk aku bongkokkan badan kerana bahagian perut aku masih lagi sakit. Terasa bagaikan baru sahaja dijahit di bahagian itu memandangkan aku ditikam oleh Hanju sendiri.
Tangan aku perlahan menghampirinya. Menyentuh rambut hitamnya lembut. Aku tersenyum. Rambut Jungkook lembut sangat. Fluffy. Bayangan aku sahaja atau rambut Jungkook memang bau macam bayi ?
"Eo ? Cik Lee Yeon , awak dah sedar ?" suara seorang jururawat membuatkan aku tersentak.
Makin aku mengeluh perlahan tatkala suaranya berjaya mengejutkan Jungkook daripada tidurnya. Aku pantas menjauhkan tangan semula. Perlahan menoleh ke arah jururawat wanita itu dan menghadiahkannya jelingan maut.
"Eh , err..." mungkin renungan panas aku berkesan , dia hanya tersenyum kekok sebelum meninggalkan bilik sakit aku.
"Eo... Lee Yeon." suara Jungkook perlahan yang kini sudah sedar dari tidurnya.
Aku pantas memusingkan wajah , menghadiahkannya senyuman lebar sebaik sahaja dia bangkit daripada tidur. "Comel lah kau tidur ngehee." aku tertawa kecil.
Namun Jungkook langsung tidak memberikan sebarang respon. Dan pandangan yang dia beri kepada aku juga seolah olah merupakan pandangan yang begitu kekok. Tapi biarkan , aku tak peduli semua tu. Mungkin perasaan aku je.
"By the way , kau pakai shampoo apa ? Bau rambut kau macam ba-" baru sahaja aku mendekatkan tangan ke arahnya untuk menyentuh rambutnya , refleks Jungkook mengelak.
Aku terkedu.
Dia melarikan pandangan. Wajah ditundukkan ke bawah. "A-aku nak mintak diri dulu. Aku kena maklumkan dekat doktor yang kau dah sedar." ujarnya lalu pantas bangkit daripada duduk.
Tanpa menunggu balasan daripada aku , figura Jungkook serta merta lenyap tatkala dia mengatur langkah keluar dari bilik vvip ini. Aku terdiam buat sejenak. Hakikatnya dia mengelak dari disentuh oleh aku masih menganggu fikiran aku.
"Dia memang... mengelak dari aku atau ni perasaan aku je ?"
- - -
"Doktor cakap kau dah boleh bergerak tapi jangan terlalu buat aktiviti lasak sebab kau tak pulih sepenuhnya lagi. Takut jahitan kau nanti terbuka." ujar Jungkook lembut , masih tidak bertemu mata dengan mataku.
Sepasang mata hazelnya masih tertumpu kepada skrin telefon , memaklumkan kepada aku tentang apa yang telah pun dimaklumkan doktor yang merawat aku kepada aku. Aku hanya mengangguk perlahan , tak berapa berminat ingin tahu.
Kerana tumpuan aku pada ketika ini hanya satu. Jeon Jungkook.
"Ermm... kalau takde apa apa lagi. Aku nak mintak diri dulu. A-aku boleh pergi ke rumah kau untuk packing kan pakaian kau. Memandangkan doktor suruh kau stay dekat hospital ni buat beberapa hari."
"Jeon Jungkook." aku memanggil namanya dengan nada suara mendatar.
Dia terdiam. Agak tersentak dengan nada suara aku memanggil namanya begitu.
Perlahan dia memusingkan wajahnya , memandang ke arah aku dengan sepasang mata jernihnya. Walau bagaimana sekalipun dia memandang aku , dia masih sedaya upaya cuba melarikan anak matanya dari bertemu dengan anak mata aku.
Dan aku juga bukan Kim Taehyung , jadi aku tak berupaya membaca air muka Jungkook.
"Kenapa... walau kita berada sehampir ini , aku tetap merasakan kita berada sangat jauh ?" ujarku sayu , merenung wajahnya dalam.
Dia menundukkan wajah. Sekali lagi , melarikan pandangan dari bertemu dengan anak mataku.
"Le-Lee Yeon , kau perlu berehat , jadi aku-" bibir bawah digigit. Sedaya upaya dia cuba mengungkapkan kata kata tanpa tergagap.
"Jeon Jungkook , I'm fucking asking you right now." nada suara aku berubah tegang membuatkan tubuh Jungkook serta merta terkaku.
Dia terdiam. Juga tiada idea untuk memberikan aku jawapan yang sebagaimana.
Aku menggunakan peluang itu untuk mengamati tubuhnya lama. Dari bawah sehingga ke atas , dari atas sehingga ke bawah. Aku amati betul betul rupa insan yang aku cukup sayang dan mampu mati kerananya.
Apa sebenarnya yang bermain di dalam fikirannya ? Aku ingin tahu. Apa yang dia sedang rasakan pada ketika ini ? Aku juga betul betul ingin tahu. Namun hakikatnya , aku tak faham dan mengerti bagaimana rasanya sesuatu perasaan.
Alexithymia. Suatu penyakit yang tak tahu bagaimana merasai sesuatu perasaan.
Mungkin kes aku lebih kurang begitu. Namun yang berbezanya , aku tidak dilahirkan dengan penyakit mental sebegitu. Tapi... aku dididik untuk menjadi seorang manusia yang mempunyai penyakit sebegitu. Bukan hanya aku , malah Lee Hyuk dan Lee Soo juga.
Harabeoji mendidik kami untuk tidak faham dan mengerti perasaan yang manusia rasakan. Supaya kami tidak akan mempunyai perasaan belas kasihan terhadap mangsa sendiri. Dan hasilnya... walaupun aku sudah 19 tahun dan belajar tentang perasaan melalui buku , aku tetap. Tak mampu mengerti perasaan seseorang. Bahkan perasaan aku juga.
"Lee Yeon."
Jungkook perlahan mengangkat wajahnya. Matanya yang sedikit bengkak merenung wajah aku redup. Memberikan aku suatu pandangan yang aku tak mahu pun terima. Sepasang matanya seolah sedang berbicara... ' aku penat . penat dengan kau '.
"Izinkan aku pulang sebentar... boleh ?" soalnya lemah seraya melepaskan keluhan berat di hujung ayat.
Aku terdiam.
Perlahan melarikan pandangan. Mungkin aku yang memandang situasi ini secara berlebihan. Menganggap pandangan biasa yang Jungkook berikan kepada aku sebagai pandangan yang penat dan menyampah dengan segala pertanyaan yang aku tujukan kepadanya.
"N-nae... aku izinkan." ujarku perlahan.
Sebaik sahaja mendapat izin daripadaku , Jungkook terus mengatur langkahnya keluar dari bilik sakit vvip yang menempatkan aku di hospital ini. Lelaki itu langsung tidak menoleh ke belakang untuk memandang aku buat kali terakhir.
Dia hanya pergi dan tinggalkan aku seorang diri.
"Apa yang aku dah buat ?" bibir bawah aku gigit erat. Memejam mata seraya melepaskan keluhan berat. "Kau menjengkelkan dia , Lee Yeon." muka sendiri aku raup kasar.
Benci dengan hakikat aku sudah tersilap langkah. Melakukan satu kesilapan yang membuatkan Jungkook memberikan aku satu pandangan yang cukup aku takutkan. Aku benci diri sendiri. Kenapa aku terlalu desak dia ?
Kccik !
Mata aku serta merta membulat tatkala telinga aku menangkap bunyi pintu bilik dibuka. Pantas aku mengangkat wajah dan memandang ke arah pintu utama dengan mata yang bersinar sinar. Mengharapkan itu merupakan Jeon Jungkook yang ingin datang semula untuk bertemu dengan aku.
Namun senyuman aku mati tatkala melihat satu figura seorang lelaki berambut perang dengan pakaian mewah berjenama gucci tersarung di tubuh idealnya. Melangkah penuh karisma ke dalam bilik vvip aku.
"Anneyong , jagiya !" senyuman petak Taehyung berikan seraya menghulurkan aku sejambak bunga rose merah jambu.
Aku menggulingkan mata ke atas. Tidak menyambut hulurannya , pantas aku menyandarkan belakang badan dengan katil pesakit yang sudah diposisikan untuk ke atas sedikit. Membuatkan aku berupaya untuk duduk dengan selesa di atas katil.
Taehyung tersengih. Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di atasnya. "Kau nampak macam tak gembira dengan kedatangan aku."
Aku tidak memandangnya , hanya merenung kosong ke arah pemandangan di luar tingkap besar yang ada di bilik ini. Merenung kosong. Dalam kepala masih terbayangkan pandangan menakutkan yang Jungkook beri kepada aku tadi. Trauma.
Aku betul betul trauma dengan pandangannya.
"Well , boyfriend blah girlfriend terus badmood. Memang korang ni couple yang tak boleh berenggang dengan each other ke ?" sengihan sinis Taehyung berikan.
Bunga rose yang dibawanya sudah pun diletakkan ke dalam pasu bunga yang disediakan di atas meja sisi katil pesakit. Aku melepaskan keluhan berat , perlahan memusingkan wajah dan memberi pandangan menyampah kepadanya.
"Kalau kau datang sini nak menyakitkan hati aku , lebih baik berambus. Aku lebih rela tengok Lee Hyuk dengan aksi pornografi dia tu berbanding tengok kau yang menyakitkan mata ni." lafaz aku penuh jujur.
Taehyung tertawa. "Kau bergurau ke ? Abang kau tu mental. Karang sekali dengan kau kau sekali di ajak join buat aksi pornografi !"
Aku menggulingkan mata ke atas. Makin layan perangai Taehyung ni makin sakit jiwa aku jadinya. Naik menyampah. Kalau dah perangai memang macam ni , better tak payah datang dan buat aku rasa nak humban dia dalam jamban.
"Tadi aku nak masuk aku terserempak dengan Jungkook." ujarnya masih dengan sisa gelak tawa.
Aku tidak membalas apa apa. Hanya duduk berpeluk tubuh memandangnya dengan pandangan tidak berminat. Bosan aku dengar dia cakap entah apa apa. Gamaknya suara dia boleh dodoi aku sampai aku tertidur.
"Dan muka dia... tak gembira macam selalu. Nampaknya dia tak bagitahu kau tentang perkara tu lagi , hm ?" Taehyung tersenyum sinis membuatkan riak wajah aku berubah.
Aku terbau sesuatu yang mencurigakan.
"Tahu... apa ?" sebelah kening terjungkit ke atas , memandang Taehyung ingin tahu.
Dia tersenyum. Perlahan menyandarkan belakang badannya dengan kerusi yang disediakan. Duduk dengan gaya menyilangkan kedua belah kaki. Menunjukkan kepada aku bagaimana cara seorang lelaki kaya duduk di atas kerusi.
"Kau pengsan selama 3 hari , Lee Yeon." ujarnya kini dengan pandangan redup , tiada lagi senyuman playful Kimnya.
Mata aku membulat. "Nae ? Sumpah lah ?"
Dia mengangguk perlahan. "Dan selama tiga hari tu , teman lelaki kau tak balik rumah. Duduk di sisi kau bersengkang mata dari pagi sampai malam hanya untuk menanti kau buka mata kau. Kau sendiri nampak seragam baseball yang dia pakai tu tak bertukar langsung since perlawanan baseball 3 hari lepas."
Aku tersentak. Aku... tak perasan tarikh hari ini. Aku fikir , aku pengsan pagi tadi dan terbangun petang ini.
"Dan kau mesti tengah tertanya , kenapa dia layan kau begitu sebaik sahaja kau buka mata , kan ?" sengihan nakal Taehyung berikan.
Aku mengerutkan wajah. Bagaimana Taehyung tahu tentang hal itu , aku tak perlu tahu. Memandangkan Taehyung tahu semua benda. Berkat ilmu psychology yang dipelajarinya di America , dia begitu handal dalam menyelesaikan masalah perasaan suatu individu.
Taehyung mendekatkan tubuhnya dengan katilku , memberi senyuman playful Kimnya sekali lagi. Aku hanya merenungnya , sabar dan menunggu dia memberitahu aku sebab utama Jungkook berkelakuan seperti itu tadi.
Jeon Jungkook berkelakuan pelik.
Selama aku kenal lelaki itu , dia tidak pernah sekalipun membuat perangai seperti itu dengan sesiapa. Bahkan dengan orang yang dia tidak kenal sekalipun. Memandangkan Jungkook merupakan seseorang yang sabar dan pandai memendam perasaannya.
"Dia dah tahu." Taehyung memberi pandangan kosong.
"Nae ?"
"Dia dah tahu yang teman wanita yang dia sayangkan sangat tu seronok bermain dengan nyawa manusia lemah di sekelilingnya."
- t o b e c o n t i n u e d -
having a nice and loyal girlfriend but the truth is that girlfriend is a psychopath killer-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro