Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

31 | i miss them


CHAPTER THIRTY ONE :
i miss them

- - -

"Kamu tu budak baru , yang cari masalah tiba tiba tu kenapa ?"

Miss Choi melepaskan keluhan berat seraya meraup wajahnya kasar. Makin serabut kepalanya memikirkan tentang masalah yang melanda tanpa henti. Kalau boleh mahu sahaja dia berhenti kerja , namun jikalau dia berbuat begitu di mana lagi dia mahu mencari sumber pendapatan ?

"Ma-maafkan saya , cikgu..."

Taehyung tertawa sinis.

Perlahan dia memusingkan wajahnya ke tepi , memandang ke arah Jeon Jungkook yang kelihatan begitu selekeh. Dengan rambut serabainya lagi. Pakaian seragamnya yang kini sudah tidak di tuck in ke dalam baju bersama luka di wajahnya.

Terdapat kesan ungu di bahagian pipi kanannya , jelas menunjukkan dia baru sahaja ditumbuk seseorang.

"Haih kamu ni pulak Jungkook , macam mana boleh terlibat dalam kes pukul pukul ni ? Saya dengar dari budak budak lain , kamu yang mula dulu. Apa nak jadi dengan kamu ni ha ?" keluh Miss Choi sekali lagi.

Mendengar bebelan penuh tertekan dari guru kelasnya sendiri , Jungkook hanya mampu tundukkan wajahnya ke bawah. Masih rasa bersalah dengan tindakan terburu burunya sebentar tadi. Yang kini sudah menyusahkan guru kelasnya pulak.

"Kamu tu main player baseball negara. Kalau kes ni sampai ke pihak media macam mana ? Saya seorang je tak boleh tutup mulut satu sekolah tau. Jangan salahkan saya kalau awak digantung dan tak boleh bermain untuk perlawanan bulan depan."

Bibir bawah Jungkook gigit erat. Lelaki itu tahu , dia telah pun melakukan perkara yang cukup hilang akal tatkala memulakan pergaduhan terhadap pelajar lain. Siapa lagi jikalau bukan Jeon Wonwoo.

Hendak dijadikan cerita , dalam masa yang sama Jungkook terdengar perbualan Wonwoo di koridor sekolah bersama Vernon di hujung talian. Mungkin kerana hilang arah tatkala mendengar nama Lee Yeon diburukkan , Jungkook mula menumbuk Wonwoo.

Tidak menyangkakan , Jungkook dan Taehyung dua dua terlibat dalam pergaduhan yang sama.

Tapi jikalau hendak dibandingkan dengan Taehyung , Jungkook lebih banyak luka. Memandangkan itu merupakan pertama kali dia bergaduh dengan orang lain. Manakala Taehyung pulak memang sudah biasa bergaduh.

"So what ? Manusia memang tak boleh bergaduh , tu point cikgu , hm ? Remember this young woman , rambut sama hitam tapi hati lain lain." ujar Taehyung sinis. Memandang guru perempuan di hadapannya dengan pandangan sinis.

Membulat mata Jungkook di sebelah. Tak menyangkakan Taehyung bakal bertindak kurang biadab dengan guru kelasnya sendiri. Jungkook pantas menahan bahu Taehyung lalu menggeleng perlahan.

Namun Taehyung langsung tidak mengendahkan lelaki pengecut di sebelahnya.

"Taehyung , saya tahu awak nak settle kan kes ni cepat tapi masalahnya sekarang-"

"SAPE YANG BELASAH ANAK AKU !"

Ruang bilik guru terus menjadi huru hara tatkala sepasang suami isteri dengan pakaian mewah mereka melangkah masuk ke dalam. Dengan mata meliar memandang sekeliling , merenung tajam semua guru yang berada di situ.

"Miss Choi , siapa yang belasah Vernon dengan Wonwoo !" guru perempuan itu pantas sahaja diserbu.

Miss Choi pantas berdiri , cuba untuk menenangkan Tuan Chwe dan Puan Chwe yang kabut bagai hilang anak di hadapannya ketika itu. Mereka berdua sudah mula memberi pandangan tajam ke arah Jungkook dan Taehyung yang masih duduk diam di meja yang sama.

Jungkook sudah menundukkan wajah ke bawah. Tidak berani mengangkat wajah untuk bertentang mata dengan sesiapa pun pada ketika itu manakala Taehyung hanya memandang sinis ke arah sepasang suami isteri tersebut. Langsung tidak gentar.

"Tu-tuan , puan , bawak bertentang dulu. Duduk dulu , kita bincang elok elok." sedaya yang mungkin guru wanita itu mengukirkan senyuman.

Mungkin disebabkan Vernon seorang sahaja yang teruk dibelasah , hanya ibu bapa Vernon sahaja yang datang. Memandangkan kes Jungkook pulak , lelaki itu yang memulakan pergaduhan namun di akhirnya dia pula yang dibesalah teruk.

Jikalau kes Vernon dan Taehyung , sampai ke hospital lelaki itu Taehyung belasah.

"Kau , kau yang belasah anak aku kan ! Apa masalah kau ?!" jerit Tuan Chwe marah walaupun pada ketika itu dia sudah pun duduk di hadapan dua orang pelajar lelaki itu bersama isterinya.

Mana boleh mereka berdua berdiam diri mengetahui anak mereka diserang sebegitu. Lagipula , boleh dikatakan keluarga mereka agak berada. Boleh sahaja mereka saman Taehyung dengan tindakan membelasah anak mereka.

Taehyung tertawa kecil.

Membuatkan semua mata pada ketika itu tertumpu ke arahnya dengan pandangan terkejut. Tidak menyangkakan bahawa dia akan ketawa dalam situasi sebegini. Apa yang dia fikir sampai ketawa sebegitu ?

"Kenapa perlu bising ? Saman je aku , nanti aku bayar duit kat kau sebanyak mana kau mahu." ujar Taehyung sinis.

Semua tersentak. Jungkook di sebelah melopong memandang Taehyung. Mulutnya ditekup perlahan tanda tidak percaya. Aura aura Taehyung tak lain tak bukan , saling tak tumpah seperti aura Lee Hyuk.

"A-apa ?" berkerut dahi Tuan Chwe. Baru sahaja lelaki itu ingin bangkit berdiri untuk menampar Taehyung pantas isterinya menahan.

"Apa yang awak-"

"Itu dia. Cucu majikan awak..." bisik isterinya perlahan penuh berhati hati membuatkan si suami tersentak.

Tuan Chwe memandang Taehyung yang tersenyum sinis di hadapan dengan pandangan tidak percaya. Tidak menyangkakan bahawa dia bakal bertemu dengan pelajar kedua terkaya di sekolah anaknya ketika itu.

Terdiam terus pakcik tu seorang.

"K-kau ! Kau yang mulakan pergaduhan dengan Wonwoo kan !" gempa tak ribut tak , tiba tiba sahaja Jungkook di sebelah diserang.

Mungkin malu dengan diri sendiri kerana tidak mampu menyalahkan semua yang berlaku kepada lelaki berambut perang di hadapannya , kini Tuan Chwe menukar sasarannya. Menyasarkan ke arah lelaki berwajah polos di sebelah Taehyung.

"N-nae ?" terkebil kebil Jungkook memandang.

Tuan Chwe masih memaparkan pandangan ketatnya kepada Jungkook. Sengaja ingin menunjukkan kepada lelaki berambut hitam di hadapannya bahawa dia merupakan seorang lelaki yang kuat dan dapat menyalahkan Jungkook tentang semua yang berlaku.

Lagipula , jikalau dia mengambil keputusan untuk memaafkan kedua dua mereka , habis tercalar egonya. Buat malu sahaja.

"Wonwoo tu aku dah anggap macam anak aku sendiri tau. Baik kau cakap , kenapa kau cari pasal dengan dia , ha ?!" marah lelaki itu.

Jungkook tersentak.

Bibir bawah diketap rapat. Dia cuba untuk mencari jawapan sedangkan dia memang sudah punyai jawapan di dalam kepala sendiri. Punca utama dia melibatkan diri di dalam masalah itu hanya satu.

Hanya kerana seorang gadis. Lee Yeon.

"Saya..."

"Mana mak bapak kau ? Tak jalan kalau aku bincang dengan budak budak biadap macam kau orang ni. Biar orang tua cakap dengan orang tua. Mana mak bapak kau ? Cepat call dorang datang sini sekarang !"

Jungkook tersentak.

Bukan kerana tengkingan kuat daripada ayah Vernon , namun kerana lelaki itu menyebut berkenaan omma dan appanya yang sudah lama pergi meninggalkan dunia.

Bukan sahaja dia , malahan Miss Choi juga turut terkejut. Memandangkan sebagai guru kelas , wanita itu juga tahu berkenaan kedua orang tua Jungkook yang sudah tiada di sisi lelaki malang itu lagi.

"Woi , kau pekak ke ? Aku cakap call mak bapak kau sekarang !" marah Tuan Chwe lagi. "Kau ni pulak nama je cikgu tapi tak boleh diharap langsung !" penat membebel di hadapan Jungkook kini guru wanita itu pula dimarahinya.

"Sa-saya takde omma dan appa." Jungkook bangkit berdiri. Merenung tepat ke arah sepasang suami isteri di hadapannya yang kini memberi perhatian terhadapnya.

Kedua belah tangannya sudah mula menggigil namun sedaya upaya lelaki itu cuba untuk menahan diri daripada menangis bagai orang bodoh di hadapan manusia manusia yang memandang rendah ke arahnya.

Bibir bawah diketap erat. Nafas ditarik dan dihembuskan perlahan. Cuba mengawal diri sebaik yang mungkin. Sepasang mata hazelnya juga sudah mula berair , namun tetap menahan diri daripada menangis.

"Saya... takde sebarang keluarga jadi," bibir dikemam rapat. Nafas ditarik perlahan. "..ka-kalau ada sesuatu yang nak dibincangkan , cakap dengan saya sahaja."

Suasana bilik guru terus menjadi sunyi sepi.

Staff yang berada di bilik guru semuanya tahu berkenaan kejadian yang menimpa kehidupan Jungkook. Satu satunya pelajar malang yang kehilangan kedua ibu bapanya tepat pada hari jadinya 2 tahun lepas.

"Anniya. Jeon Jungkook silap."

Bagaikan penampilan menggemparkan di setiap babak di dalam drama , seorang gadis berambut merah jambu dengan ikatan ponytailnya mengatur langkah menghampiri meja yang diduduki mereka. Berjalan dengan penuh gahnya sambil mengunyah gula gula getah.

Langkahnya dihentikan betul betul di hadapan meja , bersebelahan tempat duduk Miss Choi. Sepasang mata kelabunya merenung tepat ke arah sepasang suami isteri itu dengan renungan kosong tidak beremosinya.

Gula gula getah yang dikunyah perlahan ditiup membentuk belon berwarna merah jambu sehingga meletup di wajahnya. Gula gula getah itu dikunyah semula. Semua mata pada ketika itu hanya tertumpu ke arah gadis itu.

"Dia ada keluarga." perlahan senyuman comelnya terukir membentuk eyesmile. "Ahli keluarga dia yang paling seksi. Aku lah tu , ehek Lee Yeon." gaya jari peace dibuat.

"Apa ?" dahi Tuan Chwe dikerutkan , memandang gadis asing di hadapannya dengan pandangan sukar dipercayai.

Entah datang dari mana tiba tiba sahaja membuat kecoh di tempat itu. Tuan Chwe mula bengang. Sepatutnya pada hari itu dia jejakkan kaki ke sekolah untuk menuntut keadilan anak lelakinya bukannya dipermainkan sebegini.

Apa budak perempuan gila di hadapannya ini tengah bermain ke ?

Jungkook terkedu. Matanya yang berkaca sedikit membulat memandang ke arah Lee Yeon yang masih memaparkan pandangan sinis terhadap kedua orang tua Vernon manakala Taehyung hanya memejam mata rapat sambil mengukirkan senyuman puas.

Bagaikan situasi di hadapan mata tidak begitu terkejut baginya.

"Eh budak ni , aku lah kan-" baru sahaja Tuan Chwe ingin bangkit berdiri untuk melempang Lee Yeon , renungan matanya pantas membakar sepasang mata milik lelaki itu membuatkan Tuan Chwe terdiam.

Sukar untuk lelaki itu tafsirkan bagaimana... tapi renungan yang diterimanya begitu panas sehingga mampu membuatkan seluruh bulu romanya berdiri tegak. Lelaki itu terkelu lidah. Tidak tahu ingin ungkapkan apa apa.

"Kalau kau anggap Jeon Jungkook anak yatim piatu dan penyendiri yang menyedihkan , kau salah." gadis itu memasukkan kedua belah tangannya elok ke dalam poket hoodienya.

Eyesmile terbentuk sempurna di wajahnya. "Sebab aku satu satunya keluarga yang dia ada. Aku boleh jadi omma , appa , hyung , noona , saeng dan juga... wife dia."

Tali leher Tuan Chwe ditarik kasar membuatkan wajah lelaki itu tertarik ke hadapan menghadap gadis berambut merah jambu itu. Renungan kosong kini menyinggah wajah Tuan Chwe.

Lee Yeon mengeluarkan lidahnya. Gula gula getah segar dari lidahnya dikeluarkan lalu ditampal pada dahi milik lelaki tua di hadapannya. Senyuman kecil terukir di wajah gadis itu. Seolah apa yang berlaku terasa kelakar.

"Nah , freegift !"

Semua yang melihat terkejut. Bahkan Tuan Chwe yang kena juga turut terkejut dengan hakikat dia tidak mampu melawan atau berbuat apa apa. Bagaikan seluruh anggota tubuhnya tidak mampu bergerak selepas menerima pandangan tak beremosi milik gadis itu.

Lee Yeon menjarakkan dirinya , perlahan memusingkan wajah memandang ke arah Taehyung yang kini sudah membuka mata dan memandang adegan di hadapannya penuh wajah bosan. Tidak merasakan situasi di hadapannya terlalu menarik.

Hanya dengan signal mata dari Lee Yeon , Taehyung mengangguk faham. Menerima arahan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

- - -

"Gguk , kau okay ?" pandangan penuh risau tertampal jelas di wajah Lee Yeon.

Selesai membuat kecoh untuk menyelamatkan keadaan , Lee Yeon pantas menarik Jungkook keluar dari bilik guru. Kini mereka berada di koridor bilik guru yang sunyi tanpa sesiapa di laluan.

Kedua tangan Lee Yeon menekup wajah Jungkook. Memandang penuh risau luka di wajah Jungkook yang kelihatan segar memandangkan adegan pukul memukul baru sahaja berlaku sebentar tadi.

Jungkook hanya menundukkan wajahnya ke bawah. Tidak sesekali pun terfikir untuk mengangkat wajah dan menghadap Lee Yeon di hadapannya pada ketika itu. Memandangkan perasaannya tersangat bercampur baur.

"A-aku mintak maaf. Sepatutnya aku perlu ada di sisi kau di saat kau perlukan aku. A-aku tak sangka pula kau bakal dipukul. Ssibal , aku patut berhenti jadi bodoh dan sentiasa ada dengan kau." bibir bawah Lee Yeon gigit.

Geram dengan diri sendiri kerana tidak mampu menghalang kes itu daripada berlaku. Jikalau dia ada bersama Jungkook dan tidak terlalu memikirkan perasaan bodohnya , sudah pasti wajah Jungkook tidak akan luka sebegini !

"Lee... Yeon."

Lee Yeon yang baru ingin membebel terdiam.

Air mata Jungkook mengalir perlahan di pipinya membuatkan tangan Lee Yeon yang sedang memegang pipi Jungkook terkaku. Jungkook menepis perlahan tangan gadis itu sebelum tubuh Lee Yeon dipeluknya erat.

Dahinya didaratkan di atas bahu gadis itu. Nafasnya ditarik dan dihembus berkali kali , cuba mengawal diri supaya tidak kelihatan lemah dan menangis bagai orang bodoh di hadapan gadis yang sentiasa dia ingin tunjukkan betapa hebatnya dia.

Namun , Jeon Jungkook gagal.

Lelaki itu menangis teresak esak sehingga bahunya terhinjut berkali kali. Tubuh Lee Yeon hanya terkaku. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan , namun jauh di dalam sudut hatinya , rasa berkecai. Melihat lelaki yang dicintainya menangis sebegitu.

"A-aku..." tersedu sedan Jungkook. "A-aku rindu omma dan appa aku..."

Lee Yeon mengeratkan pelukan. Belakang kepala Jungkook diusapnya perlahan. "Macam mana kau boleh rindukan mereka sedangkan kau tak pernah kenal mereka ?"

"A-aku tak tahu...." bibirnya yang bergetar diketap erat. "A-aku cuma... rindukan diorang sangat sangat."

Kedua belah tangan Jungkook makin dieratkan di bahagian pinggang Lee Yeon , membiarkan dirinya melepaskan segala perasaan sedihnya di bahu gadis yang dicintainya. Menangis di hadapan gadis yang menjanjikan bulan dan bintang untuknya.

Walau sebanyak mana pun Jungkook cuba untuk berlagak kuat dan hebat di hadapan mata gadis itu , dia sentiasa berakhir kelihatan lemah dan bodoh di hadapan Lee Yeon. Di hadapan Lee Yeon , Jungkook terasa begitu lemah. Terasa begitu cepat meluahkan segala perasaannya.

Jeon Jungkook bencikan semuanya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di mata Lee Yeon. Tapi , dia tidak mampu mengawal diri sendiri.

Lee Yeon memejam matanya rapat seraya melepaskan keluhan berat. Ubun rambut Jungkook dikucupnya lembut , berharap dapat menenangkan jiwa seorang lelaki yang sakit merindui kedua orang tuanya yang tidak mampu lagi dia temui.

Jangan risau , Lee Yeon berjanji pada dirinya untuk tidak meninggalkan Jeon Jungkook seorang diri tanpa seorang keluarga. Dia berjanji pada dirinya sendiri untuk melindungi lelaki itu sebaik yang mungkin.

Impiannya hanya satu. Menjadikan Jeon Jungkook miliknya. Suaminya. Dan keluarganya.

- t o b e c o n t i n u e d -

sebab seketul dayang request nak double update nah hadiah jsjsjsj anyway wish me goodluck next week ngehehehe ^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro