Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29 | jeon is yours


CHAPTER TWENTY NINE :
jeon is yours

- - -

" Eh tu budak yang di recruit jadi pemain utama baseball negara kita kan ?"

" Macam mana siut dia jadi player kalau dia still tak habis lagi sekolah menengah ?"

" Bukan budak tu budak kelas alpha ke ?"

"Kenapa aku macam tak pernah nampak eh dia ? Tak sangka pulak dia hensem "

" Tu lah , Jeon Jungkook. Budak halimunan kelas alpha tu "

Bibir merah bawahnya digigit geram , perlahan wajahnya diangkat ke atas. Merenung teliti wajah seorang lelaki yang cukup sempurna wajahnya sedang menikmati makanan tengaharinya. Langsung tidak menghiraukan desas desus pelajar lain.

Sudah 2 minggu berita Jungkook menjadi pemain utama team baseball negara digemparkan. Bukan sahaja pelajar , malahan guru guru yang mengajar juga turut terkejut mendengar berita tersebut. Lelaki yang dahulunya halimunan , sekelip mata jadi popular.

Gigitan pada bibir bawahnya makin dieratkan , geram. Sepasang mata kelabu Lee Yeon merenung tajam beberapa pelajar lain yang cuba mencuri pandang ke arah mereka yang sedang menikmati lunch di satu meja yang sama.

Sejak Jungkook jadi player baseball , penampilannya terus berubah. Dari gaya rambutnya sehingga ke cara style fashion yang dikenakannya. Semuanya berterima kasih kepada Lee Yeon yang menjadi sponsor tetap lelaki itu walaupun Jungkook berkeras tidak mahu.

Pada mulanya Lee Yeon menawarkan diri menjadi manager lelaki itu kerana ingin menjaga reputasi Jungkook sebagai pemain utama baseball negara , namun tidak sangka pulak tindakannya telah pun membuatkan hampir satu sekolah sekarang dah mula minat Jungkook !

Kau jangan main main , baru 2 minggu , budak perempuan sekolah ni dah mula tubuhkan kelab persatuan peminat peminat Jungkook !

"Kenapa kau tak makan ?" satu suara menyapa lembut membuatkan Lee Yeon yang tak sudah menghantar pandangan maut ke sekelilingnya pantas menoleh hadapan semula.

Wajah Jungkook memandang gadis itu hairan. Masih dengan sepasang mata jernih innocent nya , dengan sebelah pipi yang sedikit gemuk kerana sedang mengunyah makanan yang telah dihidangkan pihak cafeteria.

Lee Yeon mencebik. "Nothing." wajah ditunduk , makanan di hadapan diberi perhatian.

"Baru seminggu aku makan dekat cafeteria ni tapi... aku still tak boleh nak biasakan diri lagi." Jungkook tersengih kelat. Kepala yang tak gatal digaru.

Memandangkan berita Jungkook menjadi pemain utama permainan sukan tersebut sudah tersebar sampai ke pihak atasan sekolah , pengetua terus memberi layanan istimewa kepada lelaki itu kerana telah mengharumkan nama sekolah.

Makanan yang dihidangkan kepada Jungkook juga akan dikira percuma.

Lee Yeon mengeluh berat membuakan Jungkook terus mengangkat wajah semula untuk memandang wajah teman wanitanya itu. Dah kenapa pulak murung semacam sahaja gadis itu pada hari ini ? Bad mood ke ?

Lee Yeon meletakkan chopsticknya di atas pinggan. Bibirnya dimuncungkan ke hadapan. Dagunya direhatkan di atas telapak tangan sendiri. Memandang Jungkook di hadapan dengan wajah muramnya membuatkan lelaki itu memandangnya hairan.

"Ke...napa ?" kening Jungkook terjungkit ke atas. Membalas pandangan Lee Yeon dengan pandangan kekok.

"Kenapa kau ni tamak eh ?" jelingan maut diberi kepada Jungkook.

"Nae ?"

"Tak cukup jadi comel sibuk nak jadi hensem pulak dah kenapa ? Tak boleh diam diam jadi comel je ? Nak jugak bantai jadi hot , tengok sekarang satu sekolah nak ngorat kau." balas gadis itu berbaur tidak puas hati.

Wajahnya pantas ditunduk. Chopstick diambil semula lalu digunakan untuk mencucuk makanan di atas pinggan berulang kali tanda geram. Kalau boleh , mahu sahaja dia cungkil biji mata setiap perempuan yang cuba untuk bermain mata dengan Jungkook.

Mendengarkan omelan gadis itu , Jungkook tertawa kecil. Dia menggunakan sebelah tangan untuk menutup mulut supaya gelak tawanya tidak meletus kuat. Sepasang matanya juga tidak kelihatan tatkala dia ketawa. Eyesmile.

"Omo-yah , apa yang aku dengar ni , hm ?" Jungkook mengerutkan dahi , memandang Lee Yeon hairan. "Aigoo... ada orang tengah cemburu ke ni ?" sengihnya nakal.

Lee Yeon menggulingkan mata ke atas seraya melepaskan keluhan berat. "Cemburu tu hanya untuk manusia lembap yang tak percayakan diri."

"Okay dan ?" Jungkook masih tersenyum. Entah mengapa , di ketika itu dirinya merasakan kelakuan Lee Yeon kelihatan cukup comel.

Buat pertama kali , Jeon Jungkook menyaksikan sendiri bagaimana Lee Yeon cemburu.

Sepasang mata Lee Yeon merenung tepat ke dalam anak mata Jungkook serious. "Dan ya , aku tengah berkelakuan seperti manusia lembap yang tak percayakan diri."

Jungkook tertawa kecil seraya menggeleng kepala. Comel. Semua yang dilakukan dan dilafazkan oleh teman wanitanya di hadapan pada ketika itu cukup membuatkan lelaki itu geli hati. Tidak sangka pulak perempuan itu akan berkelakuan comel seperti itu ketika cemburu.

"Kau gelak ? Sekarang bukan masanya untuk berjenaka." pandangan ketat Lee Yeon tayang.

Walau macam mana pun dia cuba untuk fikir , dia masih tidak dapat jawapan yang kukuh tentang mengapa Jeon Jungkook tertawa di hadapannya. Hendak kata dia sedang buat lawak , pale hotak mu. Tah mana punchline nya pun dia sendiri tak tahu.

"Buat apa kau nak cemburu pulak ? I'm yours , didn't I ?" sengihan nakal terukir di wajah lelaki itu.

"Kau takkan boleh predict siapa yang akan cuba memenangi hati kau , bukan ? Kau fikir aku tak tahu kuman kuman tu dah mula mengorat kau ? Kasi kau coklat lah surat cinta lah dekat bawah meja."

Jungkook tertawa kecil. "Say who yang rampas semua surat cinta dan coklat tu lepastu bakar dengan gasoline."

Lee Yeon menggulingkan matanya ke atas tanda menyampah. Makin sakit hati bila Jungkook langsung tidak memandang isu yang diperdebatkan pada ketika itu serious. Mungkin baginya Lee Yeon hanya cemburu buta.

"Hey Jeon Jungkook , bila datangnya hal cinta , aku merupakan seorang yang cukup setia." kedua belah tangannya disilangkan lalu dirapatkan ke dada seraya belakang badannya direhatkan di kerusi.

Memberi pandangan cukup angkuh kepada teman lelakinya di hadapan yang masih tertawa kecil melihat tingkah laku comelnya ketika itu. Jungkook menggeleng kepalanya perlahan.

"Dan ? Kau pernah bercinta ?"

Lee Yeon terdiam buat sejenak.

Baru sahaja dia dengan angkuhnya mengucap kata putus kepada Jungkook bahawa dia merupakan seorang gadis yang setia orangnya. Namun tatkala Jungkook menujukan soalan tersebut , entah kenapa lidahnya terkelu.

Kerana Jeon Jungkook... bukan teman lelaki pertamanya.

Senyuman Jungkook perlahan memudar. Menyedari riak wajah Lee Yeon yang sudah berubah. Di kala itu , tahu lah lelaki itu apa yang bermain di dalam fikirannya barangkali benar. Lelaki itu menundukkan sebentar wajahnya ke bawah , memandang makanan di hadapan mata.

"Nampaknya... aku bukan yang pertama. Sayangnya , kau sentiasa yang pertama buat aku." nada suaranya makin perlahan di hujung ayat.

Lee Yeon mengangkat sebelah kening. "Buat apa sibuk jadi yang pertama sedangkan yang terakhir adalah lebih penting ?"

Jungkook terkedu.

Perlahan dia mengangkat wajah. Terkebil kebil memandang Lee Yeon yang kini mengubah posisinya. Tubuhnya didekatkan di hadapan. Mendekatkan wajahnya dengan wajah milik Jungkook yang berada di hadapannya.

Lee Yeon mengukirkan senyuman sinisnya. Bibir Jungkook dipandangnya sekilas sebelum membalas pandangan anak mata lelaki di hadapannya yang sudah menelan liurnya gugup pada ketika itu.

"Kau mungkin tak tahu... tapi aku sentiasa berusaha untuk jadikan kau yang terakhir." rambut lelaki itu diusapnya lembut.

Jungkook mengetap bibir rapat , malu. Gemuruh juga.

Setiap sentuhan secara tiba tiba yang diberikan gadis itu kepadanya entah kenapa membuatkan dirinya rasa sedikit sukar untuk bernafas. Jantungnya pula tidak henti berdetak laju bagaikan bila bila masa sahaja ia bakal meletop !

Lee Yeon tersenyum. "Jadi , boleh aku jadi yang pertama dan yang terakhir buat kau , Jeon Jungkook-sshi...?" nada suara penuh sensual gadis itu bisikkan.

Lee Yeon tersengih kecil. Mungkin seronok melihat tingkah laku comel teman lelakinya itu yang kini kedua belah pipinya sudah mula membahang sehingga berona merah. Lelaki itu memang seorang yang pemalu.

"Y-Yeon..."

"Hurm ? Yes , baby ?" senyuman nakal terukir. Hampir gadis itu tertawa melihat wajah innocent lelaki itu.

"Nak aku tu-tunjukkan sesuatu ?" soalnya tergagap gagap. Masih dapat dengar nada suara penuh gemuruhnya tatkala bertentang mata tepat ke dalam anak mata kelabu Lee Yeon.

Sebelah kening Lee Yeon terjungkit ke atas. Memberi pandangan ingin tahu kepada Jungkook. Fikirannya pada ketika itu hanya kosong. Sepasang mata kelabu aslinya hanya tertumpu jelas terhadap Jeon Jungkook si comelnya di hadapan.

"Tunjuk... apa ?" sebelah kening dijungkit ke atas.

Belum sempat Lee Yeon bermain dengan teka teki yang dimulakan Jungkook , semuanya berlaku dengan sangat pantas. Mata Lee Yeon terbebalak luas tatkala kucupan mengejut dari dua ulas bibir Jungkook didaratkan sempurna di atas bibirnya.

Terdiam terus Lee Yeon , terkejut.

"Tengok ? Aku dah tunjuk dekat kuman kuman kau yang aku hak milik sah Lee Yeon." Jungkook tersengih nakal.

Mungkin disebabkan malu dengan tindakan beraninya sebentar tadi , Jungkook terus bangkit daripada duduk sambil membawa dulang makanannya. Lari tak cukup tanah sebab takut Lee Yeon bakal memarahinya kerana mencium gadis itu tanpa kebenaran.

Bukan sahaja Lee Yeon , malahan satu cafeteria terkejut dengan adegan comel itu. Ada yang fangirling , ada yang memulakan agenda mengumpat gadis berambut merah jambu itu dan ada juga yang berdrama menangis sambil bernyanyikan 'that should be me'.

Buat seketika , Lee Yeon tertawa kecil.

Wajahnya ditekup perlahan menggunakan kedua belah tangannya. Cuba menyembunyikan kedua belah pipinya yang sudah mula membahang bersama senyuman lebar yang tidak mahu hilang dari wajahnya ketika itu.

"Dasar seketul Jeon betul."

- - -

HOT NEWS : THE TRUTH FACE OF LEE YEON , GENIUS STUDENT OF HANYOUNG HIGH

Hanju berhenti menaip. Segala butiran bersama gambar sebagai bahan bukti yang disertakan sekali di dalam lampiran tersebut juga turut selesai. Hanya tinggal submit dan send di portal laman sesawang sekolah sahaja.

Memandangkan Cheon Hanju merupakan salah seorang dari ahli jawatankuasa yang menguruskan portal laman sesawang sekolah , dia menggunakan kelebihan itu untuk menyebarkan berita tergempar berkanaan musuhnya sendiri.

Tidak lain tidak bukan. Gadis yang pernah membunuh adik perempuannya , Lee Yeon.

Gadis berambut hitam paras bahu itu menjauhkan sebentar wajahnya dari komputer di hadapan. Sejak dia dibebaskan dari hospital , Hanju langsung tidak menjejakkan kaki ke sekolahnya lagi. Memberi alasan kepada cikgu untuk berehat.

Walaupun pihak hospital sudah mengesahkan bahawa kesihatan mental dan fizikalnya sudah pun pulih , namun Hanju tetap enggan ingin ke sekolahnya.

Waktu itu bukan waktu yang sesuai untuk membuat comeback.

Gadis itu ingin mencari waktu yang sesuai untuk dia muncul dan menghancurkan segalanya di dalam hidup Lee Yeon sebagaimana gadis tak berhati perut itu menamatkan riwayat Cheon Hyena betul betul di hadapan matanya.

Sakit. Sakit sangat sangat.

Dan Cheon Hanju mahu Lee Yeon merasakan secebis dari kesakitan yang dia alami memandangkan ini baru sahaja permulaan. Tidak perlu tergesa gesa mendedahkan segalanya di sekolah , gadis itu mahu bertindak perlahan dan penuh teliti.

Kerana matlamatnya hanya satu. Menghancurkan kepercayaan Jeon Jungkook terhadap Lee Yeon.

Hanju ingin saksikan bagaimana gadis berambut merah jambu itu meratapi pemergian Jungkook yang jijik untuk memandangnya , meninggalkannya sendirian tatkala mengetahui identiti dan rahsia kejam gadis itu sendiri.

"Kau nak kata aku jahat...? Hmm... memandangkan kau kata dekat aku , kita perlu jadi diri sendiri. Jadi , aku hanya buat semua ini kerana aku ingin menjadi diri sendiri." monolog Hanju sendirian.

Senyumannya makin melebar.

Sekeping gambar seorang gadis berpakaian seragam Heejong High di skrin komputernya diperhatikan dengan satu senyuman penuh maksud tersirat. Hanya dia dan Taehyung sahaja tahu bagaimana rupa sebenar Lee Yeon sebelum membuat pembedahan plastik.

Rupa gadis itu buruk.

Terlalu buruk sehingga Hanju juga mampu samakan buruknya bersama sifat buruk yang dimiliki Lee Yeon.

Hanju ingin saksikan detik detik gadis itu dipandang serong oleh satu sekolah. Bukan sahaja pelajar , malahan juga guru guru yang lain. Pelajar pelajar di sekolah bakal hilang hormat kepadanya nanti. Mereka yang dahulunya takut dengannya barangkali juga akan mula untuk membulinya.

Kerana apa ? Kerana raksasa yang akan menyarungkan wajah dewi palsunya itu tak layak untuk digeruni sesiapa. Mana mungkin dunia ini terima seseorang yang palsu sepertinya. Cantik ? Tidak pernah sesekali pun perkataan itu dapat disamakan dengan Lee Yeon.

Kewujudan Lee Yeon juga sudah diibaratkan sebagai sebuah malapetaka bagi Cheon Hanju.

Dan yang paling utama , Hanju mahu lihat reaksi Jeon Jungkook terhadap berita ini pada hari esok. Mengetahui rupa cantik yang digemarinya selama ini semuanya hanyalah palsu semata mata.

Kerana gadis itu menyarungkan topeng malaikat sejak dari dulu lagi. Menutup segala keburukannya dengan topeng itu , membuatkan semua yang dilakukannya terlihat indah dan cantik sahaja di hadapan mata Jungkook.

"Jadi... apa agak agaknya reaksi Jungkook ? Aku tak sabar nak tahu." Hanju tersenyum sinis.

Akhirnya , detik detik yang ditunggunya tiba juga.

Jangan risau , ini semua hanyalah satu permulaan bagi permainan yang Cheon Hanju sendiri aturkan. Kau perlu bersedia sehingga ke penamat permainan yang kita sedang bermain , Han Yoon Hee.

- t o b e c o n t i n u e d -

lmao disebabkan next week neul ada exam so neul takkan update untuk minggu depan HUWAAAA SALAHKAN SEKOLAH NEUL JSJSJSJ KALAU BOLEH MEMANG NAK SETIAP MINGGU ADA EXAM EYYY

anyway sebab neul sayang readers neul jsjsjsj neul akan update esok okay ?? jeng jeng jeng so what would happen next ? ingat , hanju cakap ni baru permulaan so ada banyak lagi rahsia lee yeon yang dia nak rungkaikan yang maybe korang pun tak tau pfftt 🤡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro