Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28 | pinky promise

CHAPTER TWENTY SEVEN :
pinky promise

- - -

"A-apa...?" terkebil kebil Jungkook memandang seorang lelaki berbadan tegap di hadapannya itu.

Masih dengan reaksi tidak percaya akan apa yang baru sahaja lelaki itu beritahunya sebentar tadi. Hakikatnya lelaki yang menggelarnya sebagai Kim Bum juga merupakan salah seorang pihak atasan yang bertanggungjawab dalam menguruskan pemain baseball negara.

Dan kenyataan bahawa lelaki itu datang berjumpa Jeon Jungkook di sekolahnya sendiri untuk memberitahu lelaki itu bahawa dia ingin mengambil Jungkook sebagai pemain utama untuk pertandingan baseball yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Sukar. Sangat sukar untuk Jungkook percaya.

"Ta-tapi macam mana ? Ma-macam mana encik boleh kenal saya dan macam mana encik boleh terfikir untuk recruit saya jadi pemain baseball negara ? Pe-pemain utama pulak tu." tergagap lelaki itu berbicara , masih sukar untuk percaya semuanya.

Kim Bum tersenyum kelat. "Ada cikgu sekolah kau ni dah perhati kau lama. Dan dia bagitau aku yang kau ada potensi."

"Ta-tapi..." terkedip kedip mata jernih Jungkook. "Sa-saya tak pernah main baseball kat sekolah dan kenapa... pemain utama ?"

Kim Bum tertawa kecil. "Kau nak reject offer aku ke ? Kalau kau tak nak , takpe. Aku bo-"

"Sa-saya nak !" disebabkan terlalu teruja , tidak menyedari dirinya terucap dengan begitu kuat sekali membuatkan beberapa pelajar lalu lalang memandang mereka berdua pelik.

Menyedari kesilapannya , mata Jungkook membulat. Pantas kedua tangannya menekup mulutnya tanda terkejut. Kim Bum di hadapan hanya tertawa kecil melihat reaksi comel dari seketul Jeon Jungkook.

"Nah." sekeping business card dihulurkan kepada Jungkook. "Nanti lepas habis sekolah call number tu. Akan ada driver ambil kau nanti dia bawak kau terus ke pusat latihan."

"N-nae ?" kening Jungkook terangkat , masih tidak percaya.

"Yes kid , pertandingan bulan depan. Sudah pasti kau kena terus berlatih sungguh sungguh. Kat sana nanti aku kasi borang semua so kau bole sign kat sana." sebelah mata sengaja dikenyit ke arah Jungkook yang masih memandangnya terpinga pinga.

"Okay , gotta go now. Kau pun ada kelas kan nanti ? So apa apa jumpa aku kat pusat latihan habis sekolah nanti." bahu Jungkook ditepuk dua kali seraya tersenyum.

Lelaki berbadan tegap itu mula melangkah pergi meninggalkan Jungkook yang masih tercegat sambil kedua tangannya masih tidak melepaskan business card yang baru sahaja diberikan oleh Kim Bum sebentar tadi.

Siapa sangka akhirnya impiannya untuk bermain baseball tercapai juga. Lagi mengejutkan apabila ahli teratas baseball negara sendiri yang datang berjumpanya untuk merecruit Jungkook menjadi pemain utama baseball negara.

Bukannya pemain baseball biasa standard sekolah , tapi pemain baseball negara ! Sungguh , macam tak percaya.

Jungkook tersenyum lebar menampakkan gigi arnab comelnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa teruja dan gembiranya dia pada ketika itu tatkala mendengar permintaan Kim Bum sebentar tadi. Sangat mengejutkan !

"A-aku kena bagitahu Yeon." dia tersenyum manis.

Pantas Jungkook berlari laju meninggalkan kawasan koridor kelasnya , mengatur langkahnya laju untuk mencari keberadaan teman wanitanya untuk memberitahu gadis itu berkaitan berita gembiranya.

Mungkin dia tidak sedar. Berterima kasih kepada Lee Yeon , impiannya tercapai.

- - -

"Lee Yeon !" jeritnya penuh teruja tatkala sepasang mata hazelnya menangkap kelibat seorang gadis berambut merah jambu yang sedang tercegat berdiri di hadapan rak buku.

Beberapa pelajar yang berada di sekitarnya sudah mula memandangnya serong memandangkan Jungkook membuat bising tatkala dia menjejakkan kaki ke ruangan perpustakaan sekolah pada ketika itu.

Namun lelaki itu langsung tidak pedulikan pandangan dan jelingan judgemental mereka. Tujuan utama dia hadir ke tempat itu hanya untuk mendapatkan Lee Yeon. Hanya teman wanitanya itu sahaja yang berada di pandangannya ketika itu.

Lee Yeon yang menyedari namanya dipanggil , perlahan memusingkan wajah ke tepi. Sebuah buku yang baru sahaja dia ingin tarik keluar dari susunan terus diletakkan semula. Berkerut dahinya memandang Jungkook yang sudah termengah mengah di hadapannya kini.

"Jungkook ?"

Dada Jungkook berombak naik dan turun dengan lajunya. Kedua belah lutut dipegang erat seraya tubuhnya ditunduk buat seketika. Sedaya upaya cuba untuk mengambil nafas tatkala berlari tidak cukup tanah mencari di serata pelusuk sekolah tersebut.

Namun usahanya berbaloi. Gadis berharga itu dijumpainya juga.

"Kenapa ni ?" pantas Lee Yeon bertanya , makin pelik dengan kelakuan Jungkook.

Mendengarkan gadis itu bersuara , pantas Jungkook mengangkat wajah lalu membetulkan kedudukan berdirinya. Senyuman penuh puas dan teruja terukir lembut di wajahnya. Senyuman yang cukup bahagia diberikan kepada gadis di hadapannya.

"Aku... dah dapat." nafasnya kedengaran agak berat.

"Dapat... apa ?" sebelah kening terjungkit ke atas , masih cuba mentafsir apa yang dimaksudkan lelaki itu.

"A-aku tau ianya kedengaran agak gila. Ta-tapi tadi... ada pihak pengurusan baseball team negara datang berjumpa dengan aku ! D-dia offer aku jadi pemain utama untuk pertandingan bulan depan !" senyuman lebar masih tidak lekang di wajah.

Sesungguhnya , permainan sukan tersebut amat digemari lelaki itu. Sejak di rumah anak yatim lagi , Jungkook berlatih dan bermain sukan itu sendiri memandangkan jikalau dia bermain bersama orang lain , Jungkook takut dia bakal dipandang rendah dan ditertawakan.

Hidup selama 19 tahun. Akhirnya , buat pertama kali dia berkesempatan bermain di dalam perlawanan betul. Tapi siapa sangka , tuahnya melimpah , dia berpeluang menyertai perlawanan sebagai pemain utama negara.

"Haha chukahae." Lee Yeon tersenyum manis menampakkan eyesmile comelnya.

Belum sempat gadis itu membuka mulut untuk bertanya lebih , tubuh kecil gadis itu pantas sahaja ditarik Jungkook masuk ke dalam dakapan hangatnya. Mata Lee Yeon membulat besar , seluruh tubuhnya kaku tatkala tangan Jungkook mengusap belakang kepalanya lembut.

Pelukan hangat.

Lee Yeon tidak dapat huraikan bagaimana perasaanya pada ketika itu. Teruja ? Terkejut ? Seronok ? Dia tidak tahu. Hanya terkedu tatkala lelaki itu memeluk tubuh kecilnya begitu erat bagaikan tidak mahu melepaskan tubuh manusia yang paling dia sayang.

"A-aku tak percaya..." suara Jungkook kedengaran sebak. Matanya mula berair.

Riak wajah Lee Yeon berubah.

Pelukan Jungkook makin eratkan. Tidak mahu melepaskan tubuh gadis itu walau sesaat. Jungkook mahu Lee Yeon menjadi orang pertama menyaksikan detik detik bahagianya pada ketika itu. Dia mahu Lee Yeon menjadi orang pertama yang akan tahu semua benda tentangnya.

"K-kau tahu..." bibir Jungkook digigit buat seketika. Hidungnya terasa perit dan sukar baginya untuk bersuara. "..o-omma dan appa aku suka baseball. Di-diorang sukakan baseball sangat sangat."

Pandangan Lee Yeon berubah redup.

Gadis itu membiarkan sahaja lelaki itu memeluk tubuh kecilnya seerat dan selama yang mungkin bagi melepaskan segala perasaan bercampur baurnya pada ketika itu. Lee Yeon tahu , sebab utama Jeon Jungkook begitu minat dengan permainan baseball tersebut.

Ianya kerana kedua orang tuanya. Mereka terlalu gemarkan sukan tersebut. Dan Jungkook berimpian untuk muncul di kaca televisyen bagi membanggakan kedua ibu bapanya. Melihat dia menang dalam perlawanan baseball.

Dan kerana itulah , Lee Yeon menjadikan Jeon Jungkook sebagai pemain utama baseball negara.

"A-aku...hiks..." seluruh anggota Jungkook mula menggigil. Entah mengapa , begitu sukar untuk dia menyatakan perkataan seterusnya.

Dia tidak menyangkakan dia bakal kelihatan begitu lemah di hadapan gadis yang begitu mencintainya. Dia kelihatan seperti seorang lelaki lembap yang hanya tahu menangis dan lemah di dalam dunia ini. Dia tidak sukakan perasaan itu.

Ta-tapi entah kenapa...

Tatkala tangan Lee Yeon perlahan lahan membalas pelukan Jungkook , mengusap belakang badan lelaki itu lembut bagaikan sedang memujuk perasaan bercelaru milik lelaki itu , membuatkan Jungkook tidak kisah berkenaan hakikat dia sedang menangis.

Membuatkannya semakin ingin menangis.

Jungkook membenamkan wajahnya di bahu Lee Yeon. "Ma-maafkan aku , Yeon... ma-maafkan aku."

Lee Yeon senyum segaris. Belakang kepala Jungkook diusapnya lembut. "Bahu aku sentiasa ada untuk kau luahkan segalanya , Jungkook. Aku takkan penat layan kau."

Walaupun beberapa pelajar sudah memandang mereka pelik , namun tatkala menyedari gadis berambut merah jambu itu menghadiahkan jelingan maut , terus pelajar lain meninggalkan mereka dan tidak mahu masuk campur.

Barangkali takut ingin mencari masalah dengan anak gadis menteri kewangan negara tersebut , ruangan perpustakaan di mana Jungkook dan Lee Yeon berada serta merta menjadi kosong tanpa sesiapa. Hanya mereka berdua.

Mereka berpelukan buat beberapa minit. Dengan Lee Yeon menepuk perlahan belakang badan Jungkook , memujuk lelaki itu yang masih bersedih. Memberi masa kepada Jungkook untuk menenangkan perasaannya pada ketika itu.

Menyedari kini tangisan Jungkook sudah reda , Lee Yeon tersenyum. Pantas dia menarik kepala Jungkook jauh dari bahunya , bagi menghadap wajahnya dengan kedua dua belah tangannya. Senyuman bersama eyesmile dilemparkan.

"Alolo , sian baby yeon ni nangis." wajah dicebik , membuat mimik wajah sedih. Ibu jarinya mengelap lembut air mata yang membasahi pipi Jungkook.

Walaupun mata dan hidungnya sudah merah , namun Jungkook masih mampu tersenyum. Dia tertawa lemah. "Jangan lah ketawakan aku. Malu lah."

"Haiyaa... buat apa nak malu ma ? Bukannya ni first time aku tengok baby aku ni nangis." jari gadis itu mengelap lembut wajah Jungkook yang basah dengan air mata.

Mendengar kata kata Lee Yeon , Jungkook tersenyum lembut. Lee Yeon sibuk mengelap pipi lencun Jungkook membuatkan mereka pada ketika itu tidak saling bertentang mata antara satu sama lain.

Jungkook hanya merenung wajah gadis di hadapannya lembut. Buat pertama kalinya , dia bersyukur kepada Tuhan kerana menghantarkan seorang gadis yang begitu sempurna sifatnya di dalam hidupnya.

Gadis itu... terlalu berharga.

Tangan kiri Lee Yeon yang ingin membersihkan bahagian bawah mata Jungkook ditahan lelaki itu membuatkan Lee Yeon tergamam. Tangan Jungkook menggenggam tangan kiri Lee Yeon erat membuatkan gadis itu mengangkat wajah dan memandanganya hairan.

Mata mereka saling bertemu.

Mata merah Jungkook menatap lembut ke dalam anak mata kelabu milik Lee Yeon. Pandangan yang cukup... bagaimana ingin huraikan. Ianya lebih kepada pandangan yang sedang berbicara 'terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku'.

Jungkook menarik tangan Lee Yeon yang digenggamnya itu lalu mencium telapak tangan gadis itu lembut. Memejam kedua belah matanya sambil mencium telapak tangan gadis yang dicintainya itu lama penuh kasih sayang.

Lee Yeon tergamam.

Terkejut dengan apa yang baru sahaja Jungkook lakukan pada ketika itu. Mustahil jikalau jantungnya ketika itu langsung tidak berbunga bunga dan berdegup kencang. Malahan berdegup bagaikan ingin meletop !

Kedua belah mata Jungkook dibuka perlahan. Dia menjauhkan wajahnya dari tangan Lee Yeon setelah lama mencium telapak tangan gadis itu lama. Perlahan sepasang anak mata hazelnya yang masih merah menatap lembut anak mata Lee Yeon.

Entah mengapa , tatapan mata Jeon Jungkook membuatkan kedua pipi Lee Yeon mula membahang.

"Bo-boleh kau janji dengan aku satu perkara ?" soalnya lembut membuatkan kening Lee Yeon terangkat.

"E-eo ? Apa ?"

Perlahan wajah ditundukkan ke bawah. "Ka-kalau a-aku menang perlawanan nanti , bo-boleh kau err buat benda tu ? Ma-macam kau datang ke sesi interview aku dan kiss aku depan semua orang ? Tak kisah kan langsung mata orang yang memandang. Ma-macam kita ni budak nakal yang tengah hangat bercinta...?" soalnya dengan nada suara cukup gemuruh.

Lee Yeon tertawa kecil. Tidak menyangkakan Jeon Jungkook bakal menerbitkan suatu idea comel dari bibirnya dengan sepasang mata jernihnya yang kelihata penuh innocent. Tak ubah seperti kanak kanak yang meminta mainan.

"Yes baby , pinky promise." Lee Yeon tertawa seraya memgeluarkan jari pinky promisenya.

Jungkook mengangkat wajah. Memandang jari pinky promise yang dihulurkan Lee Yeon buat seketika sebelum memandang wajah teman wanitanya di hadapan. Yang sedang melemparkan senyuman manis menampakkan eyesmile sempurnanya.

Jungkook mengetap bibirnya rapat , mengawal diri dari tersenyum bagai orang gila. Jari pinky promise Lee Yeon disambut malu malu. "I-I... love y-you." nada suara diperlahankan kerana begitu malu.

Lee Yeon tertawa. "Ha ? Apa ? Tak dengar lah." gelak tawanya makin kuat tatkala kedua pipi Jungkook berona merah. Wajahnya pula makin ditundukkan ke bawah.

"T-tak ada apa apa lah !" pantas Jungkook memusingkan wajah , melarikan pandangan. 

Lee Yeon tertawa. "Baby , jangan lah macam ni , hurm ?" pujuk gadis itu lembut membuatkan Jungkook perlahan memandang semula wajah Lee Yeon.

Melihatkan semula wajah gadis itu bersama eyesmile comelnya , sekali lagi Jungkook tundukkan pandangan ke bawah. Tersangat malu bertentang mata dengan sepasang mata kelabu milik Lee Yeon.

"Be-berhenti senyum kat aku , a-aku asyik tergagap bila kau pandang aku macam tu..."

- t o b e c o n t i n u e d -

dengan ini saya nak declare yang saya nak kawen dengan laki lagi mudah- pfftttt

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro